You are on page 1of 5

.

A) Doa Bagi Mudah Mengingat Pelajaran


.

Ya Allah! Kasihanilah daku dengan (mengurniakan kepadaku keampunan) meninggalkan maksiat selagi daku hidup, Kasihanilah daku dari memberatkan diriku dengan perkaraperkara yang tidak penting bagiku; Dan kurniakanlah kepadaku anugerah melihat perkara yang Dikau suka. Ya Allah, Yang Maha Pencipta langit dan bumi, Yang Memiliki Keagungan, Kemuliaan dan Kekuasaan yang tidak pernah luput! Daku memohon kepada-Mu Ya Allah, Yang Maha Pemurah dengan Kekuasaan-Mu dan Cahaya-Mu agar menjadikan daku mampu menghafaz kitab-Mu sebagaimana yang Dikau ajarkan dan kurniakanlah kepadaku (kesempatan) untuk membacanya sebagaimana yang Dikau kehendaki. Ya Allah, Yang Mencipta langit dan bumi, Yang Memiliki Keagungan, Kemuliaan dan Kekuasaan yang tidak pernah luput! Daku memohon kepada-Mu Ya Allah, Yang Maha Pemurah dengan Kekuasaan-Mu agar menjadikan penglihatanku terang dengan kitab-Mu, agar dilepaskan hatiku (dari permasalahannya) dengan kitab-Mu itu, dilapangkan dadaku dengannya dan dibersihkan tubuhku

dengannya. Sesungguhnya tiada yang dapat memberikan pertolongannya melainkan Dikau dan mendatangkannya selain-Mu. Tiada daya upaya melainkan dengan izin Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung! . . .

B) Cara Mengamalkannya
. 1. Dirikan Solat Sunat Hajat sebanyak 4 rakaat pada Malam Jumaat, iaitu pada sepertiga malam terakhir. . 2. Selepas membaca Surah Al-Fatihah, bacalah:Rakaat Pertama : ~ Surah Yaasin Rakaat Kedua : ~ Surah Al-Dukhan Rakaat Ketiga : ~ Surah Al-Sajadah. Rakaat Keempat : ~ Surah Al-Mulk. . . 3. Selepas selesai memberi salam, bacalah Tasbih Majmuk 100 kali.

. . 4. Berselawat ke atas Nabi Muhammad ShallAllahu alaihi wasallam10 kali.

. . 5. Beristighfardan mohonlah keampunan buat semua orang beriman dan yang telah mendahului dalam keimanan kepada Allah SWT.

. . 6. Akhir sekali bacalah doa (A) di atas dengan disertai selawat ke atas Nabi pada permulaan dan penutup doa tersebut. . . Menurut satu riwayat daripada Ibnu Abbas, beliau berkata, ketika kami

sedang duduk bersama Rasulullah ShallAllahu alaihi wasallam, tiba-tiba datanglah Ali Bin Abi Talib r.a., lalu beliau berkata: Wahai Rasulullah, al-Quran ini selalu hilang daripada ingatanku. Aku dapati diriku menghadapi masalah untuk mengingatinya dalam dadaku. Maka Rasulullah ShallAllahu alaihi wasallam menganjurkan kepadanya petua bagi menguatkan ingatan iaitu bangun malam Jumaat pada sepertiga malam yang terakhir. Perkara ini telah dilakukan oleh Nabi Yusuf a.s. Jika tidak mampu, maka bangkitlah pada pertengahanya dan jika tidak mampu, maka bangkitlah pada sebelah awalnya. Solatlah empat rakaat, bacalah Surah Yaasin pada rakaat pertama, al-Dukhan pada rakaat kedua, al-Sajadah pada rakaat ketiga dan Tabarak pada rakaat keempat. Semuanya dibaca selepas al-Fatihah. Apabila selesai membaca tasyahud (takhiyat akhir) maka, pujilah Allah SWT dan berselawatlah ke atas Nabi Muhammad ShallAllahu alaihi wasallam dan mohonlah keampunan buat semua orang beriman dan orang yang telah mendahului dalam keimanan kepada Allah SWT. Akhirnya bacalah doa di atas. (Hadis Riwayat Tarmizi) . . .

C) Doa Sebelum Memulakan Mentelaah Pelajaran


. Sebelum memulakan pelajaran, bolehlah dimulakan dengan potongan ayat Al-Quran berikut. Insyallah, segala yang dipelajari akan mudah diingat dan mendapat keberkatan Allah SWT.

You might also like