You are on page 1of 6

SULIT 02/2

02/2
Bahasa
Melayu
Kertas 2
Mei
2009
2 jam

PEJABAT PELAJARAN DAERAH JOHOR BAHRU

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN


TINGKATAN TIGA
PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2009

BAHASA MELAYU
Kertas 2
Dua jam

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi empat bahagian: Bahagian A, Bahagian B, Bahagian C


dan Bahagian D.

2. Bahagian A terdiri daripada dua bahagian: Bahagian A(i) dan Bahagian Aii). Anda
dikehendaki supaya menjawab kedua-dua bahagian tersebut. Bahagian B dan Bahagian
D juga mesti dijawab. Manakala Bahagian C mempunyai lima pilihan soalan dan anda
diminta supaya menjawab satu soalan sahaja.

3. Anda dinasihati supaya mengambil masa 40 minit untuk menjawab Bahagian A, 25 minit
untuk Bahagian B, 45 minit untuk Bahagian C dan 10 minit untuk Bahagian D.

4. Jawapan anda hendaklah ditulis dalam kertas jawapan yang disediakan. Sekiranya ruang
jawapan tidak mencukupi, sila dapatkan helaian tambahan daripada pengawas
peperiksaan.

02/2 © 2009 Hak Cipta PPD Johor Bahru [ Lihat sebelah


SULIT
SULIT 2 02/2

Kertas soalan ini mengandungi 6 halaman bercetak

Bahagian A(i) - Ringkasan

[20 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan
tentang langkah-langkah untuk memupuk semangat patriotik dalam kalangan
remaja. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda
digalakkan supaya menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Kini, remaja semakin kurang patriotik, malah mereka sering dikaitkan dengan
kebejatan sosial dan budaya hedonisme yang begitu cepat merebak umpama virus
epidemik. Oleh itu, inisiatif yang bersifat praktikal perlulah diambil bagi memastikan api
semangat patriotik dalam kalangan remaja tidak padam dan lenyap begitu sahaja sebelum
nasi menjadi bubur.

Strategi yang dapat dilakukan bagi menyuburkan semangat patriotik adalah


dengan menyertai program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Program yang telah
dilaksanakan sejak tiga tahun yang lalu sememangnya mempunyai pelbagai faedah yang
amat berguna. Hal ini demikian kerana program tersebut dipenuhi aktiviti yang dapat
memupuk semangat patriotik, antaranya latihan kawad kaki, kursus menembak dan aktiviti
berkumpulan. Menerusi aktiviti ini, dapatlah pelatih yang terdiri daripada pelajar lepasan
Sijil Pelajaran Malaysia mempelajari nilai murni seperti bertanggungjawab, bekerjasama
dan hormat- menghormati.Mereka juga dapat bercampur gaul dengan para pelatih daripada
etnik yang berbeza. Suasana ini secara tidak langsung dapat memupuk perpaduan yang
merupakan elemen penting dalam semangat patriotik.

Selain itu, golongan remaja seharusnya mengambil bahagian dalam aktiviti


bulan kemerdekaan. Aktiviti ini dapat menjadi medium yang sangat berkesan untuk
menyemai rasa cinta akan negara dalam sanubari para remaja. Remaja dapat mengimbas
kembali kenangan lampau sewaktu negara dijajah melalui nukilan puisi, sketsa dan novel
kemerdekaan sehingga terbit di hati mereka semangat biar putih tulang jangan putih mata.
Remaja juga perlu bersyukur kerana kita telah dapat menikmati dan mengecapi kemajuan
negara. Sewajarnya, mereka haruslah membaca artikel-artikel yang berkaitan sejarah
kemerdekaan tanah air agar semangat patriotik dapat diterapkan dalam jiwa.

Di samping itu, remaja perlu mengenali tokoh yang berjasa seperti Tunku
Abdul Rahman, Tuk Janggut dan Mat Kilau . Remaja bukan sahaja perlu mengenali tetapi
mereka juga harus menghargai tokoh tersebut agar dapat menjadi inspirasi dan idola dalam
hidup mereka. Semangat mereka berjuang bermati-matian demi mempertahankan tanah
tumpah darah mereka perlu wujud dalam diri para remaja agar tidak menjadi lipatan
sejarah semata-mata . Sering kali dalam bulan kemerdekaan, media massa terutamanya
televisyen menyiarkan program atau dokumentari peristiwa dan tokoh-tokoh bersejarah.
Remaja perlulah mengambil peluang ini untuk menonton filem tersebut supaya dapat
menghayati perjuangan mereka.

Konklusinya, remaja merupakan tonggak negara yang bakal menerajui pucuk


pimpinan negara pada masa hadapan.
SULIT 3 02/2

( Dipetik dan diubahsuaikan daripada


Patriotik dalam Kalangan Generasi Muda,
Arifah Husna Muhamad, Dewan Siswa, Januari 2008)
Bahagian A (ii)- Pemahaman

[10 markah]

Berdasarkan petikan Bahagian A (i), jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan
ayat anda sendiri.

1. Berikan maksud melalui nukilan dalam petikan. [ 2 markah]

2. Menurut pengarang, apakah faedah remaja menyertai Program Latihan Khidmat


negara? [ 4 markah]

3. Pada pendapat anda, bagaimanakah caranya ibu bapa dapat menyemai semangat
patriotik dalam diri anak-anak mereka? [ 4 markah]
SULIT 4 02/2

Bahagian B

[ 20 markah ]

Berdasarkan gambar di bawah, huraikan pendapat anda tentang cara-cara menjaga


kesihatan diri dan keluarga. Panjangnya huraian anda hendaklah tidak melebihi 120
patah perkataan.

Menggosok gigi

Cara-cara Menjaga
Kesihatan Diri dan
Keluarga

Bersukan Makan makanan seimbang


SULIT 5 02/2

Bahagian C

[40 markah]

Pilih satu daripada soalan di bawah. Tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih
daripada 180 patah perkataan.

1. Kejadian keracunan makanan di sekolah sering berlaku sejak kebelakangan ini.

Berikan pendapat anda tentang punca-punca keracunan makanan di sekolah.

2. Kenaikan harga barangan di pasaran pada masa sekarang begitu ketara. Sebagai
pengguna kita perlu bijak berbelanja supaya kewangan kita dapat diurus dengan
baik.

Bincangkan cara-cara untuk menjadi pengguna yang bijak.

3. Seorang rakan anda telah berjaya memenangi tempat pertama dalam pertandingan
mengarang esei peringkat kebangsaan. Anda telah berbual-bual dengan rakan anda
itu tentang kejayaan tersebut.

Tulis dialog itu selengkapnya.

4. Anda telah menyertai Program Anak Angkat selama tiga hari di sebuah
perkampungan nelayan. Tulis sepucuk surat kepada keluarga anda untuk
menceritakan pengalaman menjadi anak angkat kepada nelayan itu.

5. Hidup sandar-menyandar bagai aur dengan tebing. Tulis sebuah cerita yang
berkaitan dengan peribahasa di atas.
SULIT 6 02/2

Bahagian D

[ 10 markah ]

Jawapan mestilah berdasarkan novel yang anda kaji dalam Tingkatan 2 dan
Tingkatan 3

PERSOALAN

Kasih sayang dalam keluarga

KANANG
TRAGEDI
CERITA
EMPAT
SEORANG
DISEMBER
PAHLAWAN

Rajah di atas menunjukkan persoalan yang terdapat dalam kedua-dua buah tersebut.

Huraikan empat contoh peristiwa yang berkaitan dengan persoalan di atas, iaitu dua
peristiwa daripada sebuah novel Tingkatan 2 dan dua peristiwa daripada sebuah novel
Tingkatan 3.

KERTAS SOALAN TAMAT

You might also like