You are on page 1of 10

SULIT 1103/2

1103/2
Bahasa Melayu

Kertas 2
Mei 2009
2 1/2 jam
_______________________________

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2009


TINGKATAN 5

BAHASA MELAYU

Kertas 2

Dua jam tiga puluh minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi empat soalan.

2. Jawab semua soalan

3. Jawapan bagi Soalan 2(b), Soalan 2(c), Soalan 2(d) dan Soalan 4 berdasarkan
Teks Komponen Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan Tingkatan 5

4. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi

Kertas soalan ini mengandungi 9 halaman bercetak dan 1 halaman tidak bercetak.

SULIT 1103/2

1103/2 © 2009 Hak Cipta PPDJB


[Lihat sebelah
SULIT
2
Soalan 1 : Rumusan

[ 30 markah ]

Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian buat satu rumusan tentang langkah-langkah
mencapai kejayaan negara yang cemerlang dan kepentingan memartabatkan bahasa
Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah
perkataan.

Selepas 50 tahun mencapai kemerdekaan daripada penjajahan British, tempoh ini secara
relatifnya masih muda berbanding dengan negara lain seperti Amerika Syarikat. Bagaimanapun,
kemajuan yang dicapai oleh negara ini jauh ke hadapan melangkaui umurnya dan lebih
membanggakan melangkaui pembangunan negara lain yang mencapai kemerdekaan pada era
yang sama. Dalam tempoh tersebut, cabaran utamanya adalah dalam aspek bahasa kebangsaan
Rakyat Malaysia perlu memberikan perhatian yang serius terhadap usaha memperkasakan bahasa
kebangsaan sebagai bahasa ilmu.

Agenda memperkasakan bahasa kebangsaan sudah lama diperjuangkan, namun


kepentingannya semakin dirasai ketika negara ini memasuki umur 50 tahun sebagai negara
merdeka yang memerlukan pengukuhan jati diri rakyatnya. Hal ini ditambah akibat kesan
penjajahan Inggeris dan arus globalisasi yang melanda sekarang mampu memberikan impak
negatif kepada kedaulatan bahasa Melayu. Rakyat negara ini tidak akan mencapai kemajuan
sebenar sebagai bangsa merdeka sekiranya bahasa ibunda tidak diletakkan di tempat yang
sewajarnya. Matlamat ini tidak mampu dicapai dengan kadar segera kerana memerlukan
kesedaran dan pendidikan dalam tempoh yang panjang. Rakyat negara ini juga amat digalakkan
menguasai bahasa kedua seperti bahasa Inggeris kerana kedudukannya yang tinggi sebagai
bahasa ilmu. Namun, hal ini tidak bermakna bahasa Inggeris lebih penting dan perlu diutamakan
berbanding dengan bahasa kebangsaan.

Peningkatan kualiti wacana nasional juga perlu dilestarikan. Minda kelas pertama di
dalam negara kelas pertama yang disarankan oleh Perdana Menteri itu memerlukan usaha serius
yang berterusan untuk direalisasikan. Dalam hal ini, ahli akademik disarankan tidak terlalu leka
duduk selesa di menara gading sahaja sehingga buah fikiran mereka tidak sampai kepada
masyarakat. Pihak media massa pula tidak harus mengutamakan bahan sensasi dan hiburan
untuk dihidangkan kepada orang ramai. Program realiti televisyen yang berleluasa sekarang
dilihat membawa kesan negatif terhadap pembinaan bangsa yang maju. Di samping itu, mereka
perlu berperanan lebih aktif membentuk minda kelas pertama dalam kalangan rakyat. Lebih jauh
lagi, media perlu berperanan menentukan agenda masyarakat agar lebih berkesan. Sebagai
institusi budaya dan sosial, media turut mempunyai tanggungjawab sosial yang besar dalam
pembinaan bangsa Malaysia. Media juga wajar menghebahkan wacana ilmiah yang tidak sampai
kepada masyarakat. Berikutan itu, ahli akademik dan media mampu memberikan sumbangan
yang besar terhadap pembinaan bangsa yang maju demi kemajuan dan kejayaan negara dalam
pelbagai bidang.

SULIT
1103/2

1103/2 © 2009 Hak Cipta PPDJB


[Lihat sebelah
SULIT
3

Kemajuan fizikal yang dicapai oleh negara sejak merdeka tidak memberikan apa-apa
pengertian sekiranya taraf wacana nasional rakyat negara ini masih tidak mendalam dan kurang
kecintaan terhadap bahasa kebangsaan. Kemerdekaan ini sewajarnya dijadikan persediaan
rakyat menghadapi sebarang kemungkinan pada masa hadapan. Kemajuan intelektual perlu
seiring dengan kemajuan fizikal agar pembangunan negara ini tidak tempang.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada rencana Membina Identiti Malaysia


Oleh Haris Zalkapli, Dewan Masyarakat, Jun 2007)

Soalan 2 (a): Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1 di atas, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan
ayat anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata memerlukan pengukuhan jati diri. [2 markah]

(ii) Mengapakah usaha-usaha memperkasakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa ilmu


perlu dilakukan di negara ini? [3 markah]

(iii) Pada pendapat anda, apakah kesan negatif rancangan televisyen berbentuk realiti
yang ditayangkan di negara ini terhadap remaja? [4 markah]

SULIT 1103/2

1103/2 © 2009 Hak Cipta PPDJB


[Lihat sebelah
SULIT
4
Soalan 2 (b) Petikan Drama

Baca petikan drama di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

IBU : (Duduk berhadapan) Ya, dia datang tadi, baru juga keluar. Kejap lagi baliklah
dia. (Diam sebentar) Apa khabar di kampung?
MAJID : Alhamdulillah, baik semuanya. Nampaknya tahun ini padi jadi benar, tak
tertuai kita. Rambutan dah berputik. Tak lama lagi adalah orang memajaknya.
IBU : (Teringat) Eh, Bang Majid tentu haus...! (Bangkit berjalan ke pintu, memanggil)
Piah!
SAFIAH : (Dari Dalam) Yaaa! Apa mak!
IBU : Bawakah air untuk pak cik kau ni, jauh-jauh datang, haus....
SAFIAH : (Masih dari dalam) Nanti kejap, mak! (Diam sebentar) Kopi, ya mak?
IBU : Tengah-tengah hari ini, buatkan air limau sahaja. (Kembali duduk di
kerusinya menyambung bual) Kata, kebun yang di baruh tu nak dijual?
MAJID : Begitulah, dah banyak yang menawarnya. Kebun tu pun tak begitu jadi.
Dekat sangat dengan hutan. Buah-buah tak bersisa dibaham kera, monyet.
(Diam sesaat) Hajat hati kalau dapat duitnya, kami nak ke Mekah.
IBU : (Cepat menoleh memandang Pak Majid, terkejut dan riang) Ya? Syukur kalau
begitu.
MAJID : (Senyum memandang bakal besannya) Dik Limah bila pula, takkanlah
tak ada rancangan.
IBU : (Mengeluh sedih) Hai, tak adalah nampaknya, kerja bergaji begini habis bulan
habis duit...!
(Safiah masuk menatang dulang. Dia telah bersalin pakaian Melayu).
SAFIAH : (Sedikit kekok, meletakkan gelas air limau di hadapan Pak Majid) Ini airnya,
pak cik. Jemputlah.

(Dipetik daripada drama Serunai Malam oleh Usman Awang


dalam antologi Anak Laut, Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Apakah berita gembira yang disampaikan oleh Majid? [3 markah]

(ii) Pada pendapat anda, bagaimanakah sektor pertanian di negara ini dapat dimajukan?
[3
markah]
(iii) Huraikan satu perwatakan Safiah yang terdapat dalam petikan di atas dan dua
perwatakannya yang lain yang terdapat dalam keseluruhan drama itu.
[3 markah]

1103/2 © 2009 Hak Cipta PPDJB


[Lihat sebelah
SULIT
5

SULIT 1103/2

Soalan 2 (c) Petikan Prosa Klasik

Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Arakian, setelah bayan yang banyak itu habis jatuh ke tanah berkaparan, maka terbanglah
sekaliannya. Setelah dilihat oleh budak itu akan kelakuan bayan itu, maka ia pun marahlah, lalu
turun ke tanah, katanya, ”Binatang haram jadah ini, ditipunya kita, pura-pura mematikan dirinya.
Aku lontarkan ke tanah berkaparan seperti bangkai lalu ia terbang habis. Tetapi baiklah yang
tinggal ini kubunuh juga, baharu puas rasa hatiku.”

Maka diambilnya bayan tua seekor yang tinggal itu hendak disembelihnya. Maka kata
bayan itu, ”Hai budak, jika engkau bunuh aku, tiadalah akan kenyang engkau makan dagingku
yang sekepal ini, melainkan engkau jualkanlah aku ini dengan harga dua ribu dinar boleh engkau
makan sampai anak cucumu! Bawalah aku ini kepada raja di dalam negeri ini. Kudengar ada
penyakit sopak pada kaki raja itu dan tangannya. Aku tahu ilmu tabib. Akulah mengubati dia.

Setelah didengar oleh budak itu, maka dibawanya bayan itu kepada raja itu. Apabila tiba
ia kepada orang penunggu pintu raja, maka budak itu, ”Hai penunggu pintu, tuan hamba
persembahkanlah kepada raja bahawa adalah hamba berjual seekor burung bayan, tahu ia akan
ilmu tabib! Maka harganya empat ribu dinar.”

(Dipetik daripada Cerita Bayang Tiada Menurut Kata Ibu Bapanya,


Antologi Anak Laut, Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Apakah maksud rangkai kata persembahkanlah kepada raja? [2 markah]

(ii) Apakah yang menjadi punca kemarahan budak itu?


[3 markah]

(iii) Bidang perubatan tradisional masih menjadi pilihan masyarakat di negara di samping
perubatan moden.

Pada pendapat anda, apakah kebaikan bidang perubatan tradisional?


[3 markah]

1103/2 © 2009 Hak Cipta PPDJB


[Lihat sebelah
SULIT
6

SULIT 1103/2

Soalan 2 (d) Petikan Puisi

Baca puisi di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

JALAN-JALAN RAYA KOTAKU

Saban waktu sepanjang perjalanan


jalan-jalan raya kotaku
lewat senja begini
tika gerimis menabur benih
menerima kehadiran warga kota
lemas dalam kesabaran
lelah meresahkan
dengan luka parah di hati

Ketidaksabaran membengkak
kesombongan merajai setiap ruang
semakin padat dengan emosi
kebosanan menggigit pangkal rasa

Demikian etika di perjalanan


budi luhur warga kotaku
tidak lagi berlaku
yang hadir adalah keserakahan
memacu menghimpun kekuatan
menghakis sopan santun
seperti banjir kilat
melanda pinggir perjalanan
fitrah sang manusia
peradaban kota masa kini

Jalan-jalan raya kotaku


adalah gelanggang kebuasan
perlumbaan kebiadaban
para pesakit
kemanusiaan semakin mandul
pada penghujung musim

ZAM ISMAIL
Antologi Anak Laut,
Dewan Bahasa dan Pustaka

1103/2 © 2009 Hak Cipta PPDJB


[Lihat sebelah
SULIT
7

SULIT 1103/2

(i) Nyatakan sikap pengguna jalan raya seperti yang terdapat dalam sajak di atas.
[2 markah]

(ii) Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang boleh diambil oleh kerajaan untuk
mendidik pengguna jalan raya agar mematuhi peraturan di jalan raya.
[4
markah]

(iii) Nyatakan tiga pengajaran yang terdapat dalam sajak di atas.


[3 markah]

Soalan 3: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

[30 markah]

Jawab semua soalan

(a) Tulis satu ayat bagi tiap-tiap perkataan dalam pasangan perkataan di bawah untuk
menunjukkan bahawa anda faham akan perbezaan maksud dan penggunaannya. Anda tidak
boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa dan
nama khas.

(a) jejari
(b) dedaun
(c) serta-merta
(d) kacau-bilau
(e) kalau-kalau
(f) mentah-mentah
[6 markah]

(b) Sambungkan setiap ayat di bawah supaya menjadi tiga ayat sahaja.

Negara kita banyak mempunyai kawasan hutan. Negara kita kekurangan pakar untuk
memajukannya. Tanpa usaha pihak swasta kejayaan sesuatu projek pemuliharaan hutan
tidak akan berjaya. Tanpa usaha pihak awam kejayaan sesuatu projek pemuliharaan hutan
tidak akan berjaya. Pada masa yang sama, usaha ini memerlukan pekerja. Pekerja
mempunyai pelbagai kepakaran.
[6 markah]

1103/2 © 2009 Hak Cipta PPDJB


[Lihat sebelah
SULIT
8

SULIT 1103/2

(c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan
penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak
boleh menyenaraikan lebih daripada tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan
penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin petikan itu semula.

(i) Penglibatan pelajar dalam gejala gangsterisme perlu ditangani dengan


usaha berterusan dan pemantau semua pihak.

(ii) Mangsa kemalangan itu sedang membincangkan gantirugi yang berhak diperolehi
daripada pihak yang menyebabkan punca kemalangan itu.

(iii) Keputusan SPM yang diumumkan baru-baru ini, berpihak pelajar yang kurang
berkemampuan itu sekali pun tinggal di luar bandar.

[6 markah]

(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah
dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu.
Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau
istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin petikan itu semula.

(i) Rakyat negara kita sedang berusaha dengan gigih sebagai menuju ke arah
pembikinan produk industri yang berdaya maju.

(ii) Penjagaan dan pemeliharaan bangunan lama perlu ditingkatkan agar dapat
menarik lebih ramai para pelancong.

(iii) Berasaskan kajian, amalan membaca dapat dikaitkan dengan pembinaan ilmu
pengetahuan di dalam diri individu berkenaan.

[6 markah]

(e) Baca petikan di bawah ini dengan teliti kemudian nyatakan tiga peribahasa yang
menggambarkan situasi yang terdapat dalam petikan ini.

Semenjak berpindah ke taman perumahan baharu sebulan yang lalu, Ahmad


berasa tidak seronok. Dia mendapati jiran-jirannya, seolah-olah tidak mempedulikan
sesama sendiri. Masing-masing membawa hal sendiri. Dia selalu termenung dan teringat
akan rakan-rakan lamanya di taman perumahan lama. Di tempat yang lama, hubungan
sesama jiran sangat rapat. Mereka saling membantu apabila ada kenduri-kendara. Pada
minggu lepas, Ahmad menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Penduduk yang
membincangkan program gotong-royong membersihkan kawasan kediaman mereka.
Namun begitu, dalam mesyuarat itu tiada kata muafakat yang dicapai. Masing-masing
mahu menegakkan pendapat sendiri dan enggan menerima pandangan orang lain.
1103/2 © 2009 Hak Cipta PPDJB
[Lihat sebelah
SULIT
9
[6 markah ]

SULIT 1103/2

Soalan 4: Novel

[15 markah]

Jawab soalan di bawah. Jawapan anda hendaklah berdasarkan novel-novel yang anda
pelajari.

(i) Terminal Tiga karya Othman Puteh

(ii) Perlumbaan Kedua karya Marwilis Hj. Yusof

(iii) Di Hadapan Pulau karya A.Samad Said

(iv) Bukit Kepong karya Ismail Johari

(v) Konserto Terakhir karya Abdullah Hussain

(vi) Seteguh Karang karya Tuan Faridah Syed Abdullah

(vii) Julia karya Abu Hassan Morad

(viii) Putera Gunung Tahan karya Ishak Hj. Muhammad

(a) Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua perasaan yang anda alami
selepas membaca novel tersebut.
[7 markah]

(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, bandingkan perwatakan watak utama
setiap novel yang anda kaji.

[8 markah]

KERTAS SOALAN TAMAT

1103/2 © 2009 Hak Cipta PPDJB


[Lihat sebelah
SULIT
10

1103/2 © 2009 Hak Cipta PPDJB


[Lihat sebelah
SULIT

You might also like