You are on page 1of 2

8 INFO Ringkas Berkenaan Drama Juvana tv3

DRAMA bersiri popular, Juvana yang mula ditayangkan pada 25 April lalu di TV3 sememangnya telah mencetus fenomena baru dalam penyiaran televisyen negara. Ia bukan sekadar omongan kosong sebaliknya ia dapat dibuktikan dengan rating yang dicatatkan oleh AC Nielsen setiap minggu. Episod pertamanya sahaja telah mencatatkan jumlah penontonan sebanyak 2.4 juta sekali gus meletakkan karya terbitan Filmscape Sdn. Bhd., itu sebagai salah sebuah drama bersiri popular. Bermula daripada episod kedua sehingga ke-12, Juvana terus menjuarai carta AC Nielsen sebagai rancangan yang paling ramai ditonton dengan purata hampir tiga juta penonton setiap minggu. Impak yang terhasil daripada Juvana juga bukan sedikit sehingga kesemua pelakon yang membintangi drama bersiri itu sudah berupaya mengumpul peminat mereka sendiri. Ternyata pertaruhan Filmscape meletakkan 12 pelakon baru untuk menerajui Juvana dilihat telah berjaya sekali gus membuktikan bahawa karya yang bagus bukan terletak kepada populariti seseorang pelakon itu semata-mata. Sebaliknya, ia juga terletak kepada jalan cerita yang memiliki sentuhan segar selain menepati cita rasa penonton terutama golongan muda. Terasa waktu begitu pantas berlalu sehingga tidak disedari, Juvana yang mendapat sentuhan Faisal Ishak selaku pengarah itu sudah sampai ke kemuncaknya. Full credit to : Utusan Malaysia

****************************************************************************** Sinopsis Juvana di TV3

Kisah Juvana bermula apabila Daim bin Yahya (Zahiril Adzim), seorang remaja 17 tahun yang pendiam dituduh membunuh ibunya dan teman lelaki ibunya. Tidak upaya untuk membela diri dan membuktikan kenaifannya, Mahkamah menjatuhkan hukuman agar dia dihantar ke Sekolah Pemulihan Akhlak Wira Bakti (sebuah sekolah NGO) sehingga dia cukup umur untuk dibicarakan.

Bermulalah episod ngeri Daim yang menjadi mangsa buli oleh sekumpulan pelajar diketuai oleh Botak (Johan Ariff). Encik Raja (Bront Palarae), warden yang tiada belas kasihan hanya membiarkan kejadian tesebut terus berlaku. Pengawal sekolah, Tony (Hariry) yang menggunakan kekerasan untuk menyelesaikan masalah hanya memburukkan keadaan Daim. Cikgu Ariffin ( Beto Khusairy) dan Cikgu Azmee (Irfan Roslan) juga mengambil langkah atas pagar dan enggan masuk campur dalam kes pergaduhan pelajar.

Daim hanya mempunyai harapan semula apabila Cikgu Zakiah (Izreen Azminda), seorang tokoh guru bimbingan dan kaunseling menerima tawaran untuk mengajar di Sekolah Wirabakti. Cikgu Zakiah teruja dengan tawaran tersebut dan bercita-cita untuk membimbing pelajar-pelajar di sekolah juvana. Namun begitu,, tugasnya tidak mudah dilaksanakan kerana pelajar-pelajar di sana samseng belaka dan tidak mahu belajar. Warden Raja tidak suka dengan kehadiran Cikgu Zakiah kerana dia memerlukan lebih ramai pengawal dan bukannya guru. Bagi Warden Raja, Sekolah Wirabakti hanyalah sebuah penjara untuk pesalah-pesalah juvana dan cuma kekerasan yang dapat mengawal budak-budak tersebut.

Di bawah bimbingan Cikgu Zakiah, Daim mula mendapatkan keyakinan diri apabila dia menyertai kelab pendebatan. Daim sudah berani melawan balik Botak dengan cara psikologi untuk meleraikan pergaduhan dan mula mendapat sokongan daripada pelajar-pelajar lain. Namun, apa yang Daim dan Cikgu Zakiah tidak tahu ialah isi hati Warden Raja yang dilihat seakan setuju dengan perubahan positif yang berlaku dalam sekolah tersebut. Daim dan Cikgu Zakiah sedang berdepan dengan ancaman nyawa daripada pihak yang tidak menyenangi tindakan mereka. Apakah yang akan berlaku seterusnya?

Juvana, sebuah drama bersiri yang akan mengupas sisi hidup pesalah-pesalah juvana. Selain menyelami dunia dan perasaan hati pesalah juvana, JUVANA juga mahu mendidik para penonton supaya mengambil iktibar daripada paparan kisah kehidupan watak-watak siri drama tersebut. ********************************************************

uvana bukan sebuah filem. Juvana hanya drama yang dimainkan di TV. Dalam Juvana kalian tidak akan jumpa kisah tentang tembak menembak secara berleluasa macam negara kita tidak ada polis, kisah cinta antara dua darjat, yang si heronya sangat miskin dan papa kedana serta heroinnya kaya mengalahkan firaun Hatshepsut. Dan, kalian tidak akan ketemu kisah orang kaya yang bercakap tentang juta-juta dalam bahasa penjajah yang diselangselikan dengan bahasa kebangsaan kita. Ataupun kisah tentang jerit menjerit apabila terserempak dengan hantu yang sekejap boleh tanggal kepala sekejap boleh sambung semula kepalanya. Juvana hanya cerita tentang remaja yang silap. Sebuah cerita biasa sekiranya dipandang dari mata penghadam kisah yang popular.

Namun, walaupun biasa, ia bukan drama kosong. Juvana ada nilai. Juvana tidak perlu berkhutbah untuk menyatakan nilainya, kerana berkhutbah adalah sesuatu yang membosankan (betulkan?). Juvana bercerita lewat kisah Botak, Ayam, Kicap, Komeng, Gajah Panjang, Daim, Apek, Cikgu Zakiah dan warga Wira Bakti. Moral dan pengisiannya jelas tanpa perlu teks panjang seperti buku teks pendidikan moral ataupun modul Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan.

Juvana memberi insaf tanpa sedar, buat mereka yang menyelaminya. Syabas Filmscape.

You might also like