You are on page 1of 2

OUMM3203 1 PROFESSIONAL ETHICS

1.0 PENGENALAN Rasuah didefinisikan sebagai pemberian hadiah atau wang untuk mempengaruhi seseorang supaya memenuhi keinginannya. Menurut sejarah Jepun, rasuah mula diperkatakan pada era Edo (1603-1868) yang diistilahkan sebagai sidepno-shito yang bermaksud wang dari bawah meja. Rasuah adalah satu jenayah atau kesalahan undang-undang di mana seseorang mendapat kebebasan, kontrak, atau keistimewaan (favours) daripada pihak berkuasa atau sesebuah syarikat selepas memberi wang, hadiah, keraian kepada pihak-pihak tersebut. Ini merupakan definisi yang diberikan berkaitan tentang rasuah. Rasuah menurut Bahasa Latin pula berasal daripada corruptio, iaitu daripada kata kerja corrumpere yang membawa erti busuk, rosak, menggoyahkan, memutar belit, dan menyogok. Cukup menarik apabila takrifan yang diberi merujuk kepada busuk yang pastinya memualkan dan meloyakan. Secara tidak langsung, mesej yang paling jelas ingin disampaikan melalui pengertian rasuah ialah ia merupakan satu perilaku yang sangat terkutuk dan dibenci bukan sahaja agama malah kemanusiaan sekalipun menolaknya secara total. Mengikut Tranparency International, rasuah adalah perilaku di jabatan-jabatan atau pejabat-pejabat awam, termasuklah para politikus dan pegawai-pegawai yang secara tidak wajar dan tidak sah menurut undang-undang.

Rasuah mencakupi empat perkara: 1- Melanggar undang-undang yang dikuatkuasa 2- Penyalahgunaan harta negara 3- Merugikan negara 4- Memperkayakan diri sendiri dan kerabat

Manakala Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ( SPRM ) meletakkan empat kesalahan utama dalam rasuah merangkumi: 1- Meminta/ menerima rasuah 2- Menawar/ memberi rasuah 3- Membuat tuntutan palsu 4- Menyalahguna jawatan/ kedudukan

OUMM3203 2 PROFESSIONAL ETHICS

You might also like