You are on page 1of 5

ULASAN JURNAL

2013

A.

PENGENALAN

Dalam mengharungi era globalisasi ini, dunia disediakan dengan kecanggihan sains dan teknologi dalam pelbagai bidang terutamanya terhadap bidang pendidikan. Proses pendidikan masa kini seringkali dikaitkan dengan unsur penerapan nilai-nilai murni dan pembentukan jati diri pelajar. Berdasarkan beberapa kajian lepas, perkembangan sains dan teknologi dan pendidikan pra sekolah telah menimbulkan kebimbangan dalam kalangan ibu bapa dan guru. Oleh itu, kajian ini membincangkan tentang penerapan nilai murni dan pembentukan jati diri kanak-kanak pra sekolah melalui penggunaan bahan-bahan multimedia. Ini kerana pengkaji mendapati bahawa penggunaan bahan-bahan tersebut juga berperanan dalam membentuk jati diri kanak-kanak. Nilai murni boleh didefinisikan sebagai perlakuan yang baik, peradaban dan tatasusila individu manusia dalam hubungan sesama manusia, alam dan Tuhan. Jati diri mempunyai kaitan yang rapat dengan akhlak dseseorang individu. tanpa akhlak mulia dan nilai-nilai murni dalam jati diri, jati diri tidak dapat dibentuk dan dipupuk dengan baik. Akhlak mulia amat penting dalam penghidupan manusia kerana ia memberi pengaruh dan impak yang besar terhadap gerak langkah seorang muslim. Menyedari kepentingan penggunaan bahan-bahan multimedia yang mampu membangunkan masyarakat bertamadun dan berintelektual, dapatlah disimpulkan bahawa pemilihan perisian perisian multimedia yang tepat amat penting untuk tujuan membangunkan masyarakat Islam ke arah ketamadunan di samping membentuk peribadi dan jati diri seseorang individu

Muslim sejak di peringkat awal usia lagi.

ULASAN JURNAL

2013

B.

RINGKASAN ULASAN

Jurnal ini ditulis oleh Latifah Binti Abdul Majid, Wan Nasyrudin Wan Abdullah dan Nurul Hidayah Binti Ahmad Zakhi dari Falkulti Pengajian Islam , Universiti Kebangsaan Malaysia. Tajuk jurnal ialah Penerapan Nilai Murni dan Pembentukan Jati Diri Kanak-kanak Prasekolah Melalui Penggunaan Multimedia. Jurnal ini diambil dari Jurnal Hadhari Special Edition (2012) 51-56.

C.

RINGKASAN ARTIKEL

Kajian ini mengkaji sejauh manakah penggunaan perisian multimedia dalam pembelajaran memberi kesan kepada pembentukan jati diri dan penerapan nilai-nilai murni terhadap kanakkanak pra sekolah di daerah Kuala Terengganu. Kajian ini dijalankan di tiga buah Taman Didikan Kanak-kanak (TADIKA) pra sekolah seliaan kerajaan dan swasta. Instrumen kajian adalah gabungan metode kajian lapangan dan kepustakaan. Kajian di lapangan menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian. Melalui instrumen ini, maklumat sebenar berkaitan persoalan kajian diperolehi tanpa dipengaruhi mana-mana pihak. Seramai dua belas orang guru daripada ketiga-tiga buah TADIKA dipilih sebagai responden untuk menjawab borang soal selidik sementara temu bual dilakukan ke atas enam orang guru pra sekolah bertujuan mendapat pandangan mereka tentang penerapannilai murni dan jati diri kanakkanak melalui penggunaan multimedia dalam pendidikan. Pengkaji juga menemubual kanakkanak untuk mengetahui minat dan pandangan mereka terhadap penggunaan bahan-bahan multimedia dalam pembelajaran di sekolah mahupun di rumah. pengkaji turut membuat pemerhatian ke atas 76 orang kanak-kanak semasa proses pembelajaran berlangsung. Segala maklumat yang diperolehi dianalisis terlebih dahulu sebelum membuat kesimpulan terhadap

ULASAN JURNAL

2013

data-data tersebut. Data-data dipersembahkan dalam bentuk penceritaan, perbandingan dan persejarahan. Antara perkara-perkara yang dianalisis dalam kajian ini adalah data-data berkaitan kandungan silibus pendidikan seperti aspek bahasa yang digunakan, sikap, minat dan gaya pembelajaran, penglibatan kanak-kanak dalam aktiviti aktiviti yang dijalankan, kerjasama antara rakan, kefahaman kanak-kanak terhadap latihan dan ujian serta kesannya terhadap penerapan nilai dan pembentukan jati diri kanak-kanak pra sekolah. Berdasarkan jurnal ini, dapatan diperolehi ialah responden memahami pelajaran yang telah dipelajari dengan menunjukkan minat yang tinggi serta berani tampil ke hadapan untuk menyelesaikan masalah dalam pembelajaran. Responden juga dilihat berebut-rebut untuk menjawab dan menyelesaikan masalah dalam setia[p aktiviti yang dilakukan. Dapatan dari guru juga menyatakan murid lebih berminat belajar terhadap pembelajaran berbantukan multimedia berbanding pembelajaran konvensional. Responden lebih banyak bermain di dalam kelas jika guru tidak menggunakan alat bantu mengajar. hasil kajian juga mendapati bahawa kepelbagaian kaedah dalam proses PdP khususnya penggunaan multimedia mampu memberi impak positif. Namun penggunaan bahasa kebangsaan tidak dititikberatkan di TADIKA swasta kerana banyak penggunaan perisian berbahasa Indonesia atas alasan mahal perisian dalam bahasa kebangsaan di pasaran. Kesimpulan dibuat oleh pengkaji dalam jurnal ini ialah perisian bahan-bahan multimedia mampu memberi kesan ke atas penerapan nilai murni dalam proses pembentukan jati diri kanak-kanak.

ULASAN JURNAL

2013

D.

ULASAN KRITIS JENIS JURNAL Jurnal ini berbentuk ilmiah akademik menggunakan teknik penceritaan dan persejarahan. Analisis lebih menggunakan permerhatian dan boleh diklasifikasikan sebagai jurnal kualitatif tanpa sebarang data kuantitatif.

GAYA BAHASA Gaya bahasa jurnal kurang baik. Banyak unsur pengulangan isi pada setiap bahagian olahan contohnya berkali- kali pengkaji menyatakan bahawa menggunakan instrumen soal selidik dan pemerhatian pada bahagian pengenalan, metodologi dan diulang-ulang pada hampir setiap perenggan olahan dapatan dan perbincangan. Penggunaan kata responden tidak dispesifikkan responden murid atau responden guru kadang-kadang membuat pembaca keliru.

Selain itu, penggunaan multimedia dan sikap murid juga diulang-ulang penceritaannya dan isinya tidak diolah dengan berkesan sehingga pembaca tercari-cari apa isi baru yang cuba disampaikan.

Penggunaan istilah statistik jarang sekali diperolehi dalam pengolahan data membuatkan jurnal menjadi kurang menarik seperti lebih kepada petikan sahaja bukannya kajian.

IDEA JURNAL Idea yang cuba disampaikan ialah hubungan penggunaan teknologi dengan pembentukan jati diri kanak-kanak. Idea jurnal dengan tajuk yang gah serta perkaitan dengan kajian-kajian lepas amat membanggakan. Contoh yang cuba ditonjolkan serta kata-kata yang dipetik dari kajian literatur sangat baik. Namun idea penyusunan jurnal dari satu tajuk ke satu tajuk seterusnya kurang sesuai.

ULASAN JURNAL

2013

KEKUATAN DAN KELEMAHAN Artikel Penerapan Nilai Murni dan Pembentukan Jati Diri Kanak-kanak Prasekolah Melalui Penggunaan Multimedia telah menunjukkan bahawa kajian ini sama dengan kajian-kajian lepas yang menyokong bahawa penggunaan multimedia dapat meningkatkan minat belajar kanak-kanak. Metodologi diterangkan dengan jelas cara pelaksanaan dan instrumen yang digunakan. Sikap kanak-kanak serta perkaitan masalah dengan dunia sains dan teknologi dihuraikan dengan baik pada bahagian pengenalan. Kelemahan jurnal ini ialah pada bahagian dapatan, pengkaji tidak menunjukkan hasil kajian secara kuantitatif seperti bilangan atau peratus. Tiada jadual boleh dirujuk oleh pembaca dan hanya dapatan secara pemerhatian pengkaji sahaja dinyatakan. Kajian juga tidak dibuat secara perbandingan antara sebelum atau selepas penggunaan multimedia. Selain itu, pembolehubah yang terlibat dalam kajian ini tidak diperincikan dengan jelas.

E.

PENUTUP

Tajuk jurnal ini amat menarik hati pembaca. Pengkaji boleh menambah baik gaya bahasa dan pengolahan isi disusun dengan lebih kemas. Tajuk ini boleh ditambah dengan sedikit analisis statistik. Penggunaan skala likert 5 skala dilihat mampu memberi kesahihan jurnal ini. Analisis dapatan skala likert boleh dibuat menggunakan jadual untuk mencari dapatan deskriptif seperti min, mod dan sisihan piawai. Beberapa perkara harus ditekankan oleh penulis untuk mencantikkan dapatan kajian serta mengukuhkan pembuktian kajian. Analisis yang baik akan memberi kejituan yang lebih.

You might also like