You are on page 1of 16

PENGAWETAN BASAH

AZIYAH AZIB

PENGAWETAN BASAH
Supaya spesimen biologi tahan lama dan tidak mudah rosak supaya spesimen berkenaan boleh digunakan sebagai bahan bantu mengajar Sesuai digunakan untuk menyimpan spesimen haiwan kecil (katak, cicak, ular, tikus) Spesimen tumbuhan : jika untuk mengekalkan warna asal bahagiannya

Maksud : spesimen diawet didalam larutan pengawet yang sesuai


LARUTAN
LARUTAN ETANOL FORMALIN

KUALITI HARGA PENGGUNAAN

TERBAIK MAHAL - MENGAWET SPESIMEN BERSAIZ KECIL

LEBIH RENDAH LEBIH BERPATUTAN -MENGAWET SPESIMEN BERSAIZ LEBIH BESAR

TEMPAT PENYIMPANAN

BALANG PENYIMPANAN

Jika balang sukar didapati, balang reka ganti yang sesuai boleh digunakan. CIRI- CIRI : botol kaca tanpa warna tinggi bermulut lebar mempunyai penutup seperti botol nescafe.

Contoh 1: Pengawetan Spesimen HAIWAN Secara Basah.


Bahan/Radas: 1. spesimen pilihan 2. botol pilihan 3. botol spesimen (saiz bersesuaian dengan saiz spesimen) 4. sekeping kaca nipis segi empat tepat (muat untuk dimasuk dan disandarkan pada dinding botol spesimen) 5. bahan pengawet, sama ada Etanol atau Formalin (formalin asal berkepekatan 40%) 6. tali nilon atau benang 7. kloroform 8. Kapas 9. forsep (dan peralatan lain yang sesuai)

Kaedah:
1. Matikan spesimen dengan menggunaka kloroform dalam sebuah botol berpenutup. (Nota: sebagai pilihan, spesimen boleh dimatikan dengan caracara lain tetapi yang penting ia dimatikan dalam tempoh yang pendek dan kurang menyakitkan) 2. Ikat spesimen pada sekeping kaca nipis segi empat tepat dengan tali nilon atau benang. Pastikan susunan anggota spesimen pada kedudukan yang terbaik supaya setiap bahagian dapat dilihat dengan jelas. 3. Masukkan kepingan kaca berspesimen dalam keadaan tersandar dengan baik pada dinding botol spesimen. Atur kedudukan terbaik yang memungkinkan spesimen dapat dilihat dari pelbagai sudut dengan jelas dan baik.

4. Botol pengawet mestilah diisi dengan bahan pengawet sehingga ke aras di mana apabila botol ditutup, tiada ruang udara didalamnya.

5. Sapu tepi tudung dengan lilin cair supaya kedap udara. (Nota: udara boleh mengoksidakan etanol atau formalin dan menjadikannya kurang berkesan). 6. Tampalkan label yang mengandungi maklumat-maklumat berikut: Nama sains Nama am Tarikh Habitat/tempat spesimen diperoleh Nama pengumpul Larutan pengawet

Nota:
1. Bagi spesimen yang tebal, misalnya katak, kita perlu menyuntik formalin 4% ke dalam tubuhnya bagi memastikan anggota dalam turut diawet. Bagi ular pula, kita harus menyuntik setiap jarak 5cm di sepanjang tubuhnya. 2. Oleh kerana alcohol (etanol) mudah meruap maka pemeriksaan secara berkala perlu dijalankan bagi mengelakkan kekeringan yang seterusnya merosakkan spesimen yang diawet.

Contoh 2: Pengawetan Spesimen TUMBUHAN Secara Basah


Bahan/Radas 1. Spesimen pilihan 2. Botol pilihan 3. Botol spesimen (sesuai dengan saiz spesimen) 4. Bahan pengawetan (jenis pengawetan dan kepekatan bergantung kepada jenis dan bahagian spesimen)

LANGKAH
1. Spesimen tumbuhan dimasukkan ke dalam larutan pengawet.

2.

Botol pengawet mestilah diisi dengan bahan pengawet sehingga ke aras di mana apabila botol ditutup, tiada ruang udara didalamnya.
Sapu tepi tudung dengan lilin cair supaya kedap udara. (Nota: udara boleh mengoksidakan etanol atau formalin dan menjadikannya kurang berkesan). Tampalkan label yang mengandungi maklumat-maklumat berikut: Nama sains Nama am Tarikh Habitat/tempat spesimen diperoleh Nama pengumpu Larutan pengawet

3.

4.

RUJUKAN
SIRI PENDIDIKAN PERGURUAN, Pedagogi Sains, Pengurusan Makmal & Sumber Sains. http://makmalsainsskkukusantawau.blogspot. com/2011/09/teknik-asas-makmalpengawetan-spesimen.html http://makmalskkemkabota.blogspot.com/20 11/09/pengawetan-spesimen-biologi.html

THANK YOU

You might also like