You are on page 1of 14

LAPORAN LAWATAN PENANDA ARAS (BENCH MARK) KE SK SULTANAH ASMA , ALOR SETAR, KEDAH .

BERSAMA: PEJABAT PELAJARAN DAERAH REMBAU DAN SK. SEMERBOK, KOTA, NEGERI SEMBILAN SK KAYU ARA, REMBAU, NEGERI SEMBILAN 013 Mac 2013

Disediakan oleh: Norazali bin Shahak GPK 1, SK Semerbok Mac 2013

ISI KANDUNGAN LAPORAN:

1.0 2.0 3.0 4.0 4.1 4.2 4.3 4.4 5.0 6.0 7.0 7.1

Pendahuluan ................................................................................................................................. 3 Objektif dan matlamat program Lawatan ...................................................................................... 4 Tentatif Program Lawatan ............................................................................................................. 4 Hasil Dapatan ................................................................................................................................ 5 Akademik ....................................................................................................................................... 5 Kebitaraan Sekolah ....................................................................................................................... 5 Pengurusan PIBG .......................................................................................................................... 6 Program Sekolah Penyayang ........................................................................................................ 7 Perbincangan ................................................................................................................................ 8 Rumusan ....................................................................................................................................... 8 Program Penstrukturan Semula (Restructured) ............................................................................. 9 Bidang Akademik ......................................................................................................................... 10

7.1.1. Program Bulan/minggu Panitia akan diwujudkan ......................................................................... 10 7.1.2. Program one day in English. ...................................................................................................... 11 7.1.3. Program Bijak Sifir. ....................................................................................................................... 11 7.1.4. Pertandingan sudut-sudut panitia yang terbaik. ........................................................................... 11 7.1.5. Program sehari menjawab 10 soalan ......................................................................................... 12 8.0 8.1 8.1.1 8.1.2 Hal Ehwal Murid........................................................................................................................... 12 Program Sekolah Penyayang ...................................................................................................... 12 Anugerah Bulanan Putera dan Puteri Harapan. ....................................................................... 13 Program Rakan Penyayang ..................................................................................................... 13

1.0 Pendahuluan
Terdapat pelbagai definisi dan konsep mengenai Penanda aras berdasarkan bidang -bidang tertentu. Penanda aras mengikut (Sabda, 2008) dalam konteks pembaikan kualiti secara menyeluruh merupakan suatu proses pembaharuan yang berterusan dan ia juga merupakan strategi ke arah memantapkan piawaian yang terbaharu serta memperbaiki piawaian terdahulu. Kajian mengenai penanda aras merupakan satu proses pembaikan yang berterusan yang menunjukkan contoh amalan yang baik serta pendekatan yang baharu yang boleh ditiru dan dijadikan pengukur prestasi yang berkesan.Ia diamalkan bagi membina kelebihan kompetitif dengan berpandukan idea yang terbaik serta mengenal pasti kekuatan dan kelemahan pengurusan sekolah serta boleh menentukan dimana untuk memulakan proses pembaikan yang berkesan. Selain itu menurut (Preedy, Glatter, & Levacic1997:53), penanda aras pencapaian, dalam erti kata kata pengelolaan sekolah yang berkesan amat perlu dalam mengelola program dan aktiviti untuk menentukan matlamat dan objektif. Bagi sesetengah penanda aras, pernyataan ringkas sudah mencukupi namun demikian terdapat juga penanda aras yang memerlukan perincian spesifik dan merujuk maklumat tambahan yang melibatkan pengukuran kualiti dan komitmen dalam bahagianbahagian tertentu. Oleh yang demikian, pembentukan penanda aras sebenarnya adalah berbentuk kualitatif dan kuantitatif. Menyedari pentingnya penanda aras dalam menstruktur atau menambah baik pengurusan sekolah, maka adalah penting bagi warga SK Semerbok menyertai program lawatan integrasi ke SK Sultanah Asma, Alor Setar yang dianjurkan oleh Pejabat Pelajaran Daerah Rembau bersama SK. Kayu Ara, Rembau dalam usaha untuk meningkatkan kualiti, prestasi dan kecemerlangan yang telah dirancangkan sebelum ini.

2.0 Objektif dan matlamat program Lawatan


Objektif dan matlamat utama program lawatan penanda aras ini dijalankan adalah bertujuan : a. Sebagai satu rujukan kepada semua Pentadbir, guru-guru dan kakitangan sekolah dalam usaha melahirkan sekolah yang cemerlang. b. Sebagai perkongsian pintar antara kedua-dua pihak sekolah dalam sama-sama membangunkan program dan aktiviti sekolah ke peringkat yang lebih tinggi. c. Meningkatkan motivasi dan keinginan yang tinggi para pentadbir, guru-guru dan kakitangan sekolah untuk memajukan pembangunan sekolah dari semua aspek, akademik, kokurikulum, hal ehwal murid serta pentadbiran.

3.0 Tentatif Program Lawatan


8.00 Pagi: Tiba di SK Sultanah Asma 8.30 Pagi: Taklimat oleh Guru Besar SK Sultanah Asma Aspek yang dibincangkan: a. Profil SK Sultanah Asma b. Kejayaan-kejayaan yang diperoleh oleh SK Sultanah Asma c. Etos dan kebitaraan sekolah. d. Kemenjadian sekolah (kemenjadian akademik dan sahsiah) e. Program Peningkatan Akademik f. Kekuatan Sekolah dan kejayaan sekolah 10.30 Pagi: Jamuan ringan 11.00 Pagi: Kumpulan-kumpulan guru (Sk. Semerbok & Sk.Kayu Ara) melakukan kolaborasi dan perbincangan bersama guru-guru penyelaras bagi setiap bidang yang telah dikenalpasti: a. Akademik b. Kebitaraan Sekolah c.Program Sekolah Penyayang d.Pengurusan PIBG 1.00 Tengahari: Penutup dan pulang ke Rembau.

4.0 Hasil Dapatan 4.1 Akademik


Antara perbincangan yang dilakukan antara kedua-dua pihak (SK Semerbok-Sk Sultanah Asma) adalah meliputi dari aspek berikut: a. Perancangan Akademik b. Program-program kecemerlangan akademik c. Pembentukan jawatankuasa kecil akademik kecemerlangan d. Program Peningkatan UPSR e. Perancangan dan pelaksanaan program-program bagi murid-murid tahun 6. f. Isu-isu berkaitan dengan program-program kecemerlangan akademik. Secara keseluruhannya, apa yang dilakukan oleh warga SK Tunku Hasmah, mempunyai banyak persamaan dengan perancangan dan program yang dilakukan oleh warga SK Semerbok sebelum ini. Perbezaan yang besar adalah, SK Tunku Hasmah mempunyai kumpulan tenaga kerja yang mantap, berdedikasi serta berkomitmen tinggi dalam usaha untuk mencapai matlamat dan visi kecemerlangan akademik murid-murid. Ini merupakan kunci utama bagi mana-mana organisasi untuk mencapai matlamat, visi dan misi.

4.2 Kebitaraan Sekolah


Hasil daripada pemerhatian dan perbincangan yang dilakukan semasa lawatan ke SK Sultanah Asma, didapati pencapaian yang membanggakan terutamanya dari aspek penyertaan yang disertai oleh sekolah ini. Namun begitu, secara umumnya, SK Sultanah Asma memilih Bahasa Arab sebagai kebitaraan sekolah berkenaan. Walaupun sekolah ini memilih Bahasa Arab dalam kebitaraan mereka, pencapaian yang membanggakan turut dicapai dalam aspek kokurikulum yang mana sekolah ini telah merangkul johan dalam pertandingan pancaragam sekolah rendah peringkat negeri Kedah pada tahun 2012. Selain itu, SK Sultanah Asma turut menggandakan peluang mereka dalam bidang kokurikulum yang lain yang mana terdapat wakil muridnya yang menyertai permainan tenis mewakili negara ke Hong Kong untuk menyertai pertandingan tersebut. Selain itu, dari aspek

kebudayaan, sekolah ini turut dijemput dalam pelbagai acara atau majlis antaranya diperingkat antarabangsa, mendapat jemputan dari sekolah-sekolah Thailand untuk mengadakan majlis kebudayaan bersama disamping diperingkat negeri yang turut dijemput untuk memeriahkan majlis kebudayaan.

4.3 Pengurusan PIBG


PERSATUAN IBU BAPA GURU (PIBG) SEKOLAH KEBANGSAAN SULTANAH ASMA PIBG Sekolah Kebangsaan Sultanah Asma telah memainkan peranan dalam menjayakan pelbagai aktiviti yang dijalankan oleh pihak sekolah. Aktiviti-aktiviti yang telah berlangsung ternyata dapat membantu pihak sekolah dalam mencapai matlamat ke arah kecemerlangan dan kegemilangan berteraskan kurikulum, kokurikulum dan hal ehwal murid. Antara aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan adalah seperti berikut :Sumbangan Lawatan Penanda Aras Ke Thailand Sumbangan Penyelenggaraan Komputer Sumbangan Membaiki Laluan Masuk Ke Sekolah Sumbangan Khairat Kematian Guru SKSA Sumbangan Keceriaan Bilik Mesyuarat SKSA Sumbangan Baju Koprat AJK PIBG SKSA Sumbangan Baju Uniform Pengakap Sekolah Sumbangan Program Motivasi UPSR dan Kelas Tambahan Murid Tahun 6 Sumbangan Anugerah Murid Cemerlang UPSR Sumbangan Hari Keusahawanan SKSA Sumbangan Kain Skirting Meja Kantin SKSA Sumbangan Majlis Qiamullail Murid Tahun 6 dan Bacaan Yaasin Waris Tahun 6 Sumbangan Hari Tunas Harapan PIBG (kedudukan 1,2 dan 3 mengikut kelas)

Kerjasama di antara para WARIS (gelaran bagi ibu bapa/penjaga murid) dan warga sekolah amat jitu dalam merealisasikan impian sekolah dengan mengembling tenaga bagi keteguhan ikatan yang telah dijalinkan.

Para WARIS juga menjadi tiang seri dengan berdiri kukuh dalam membantu pihak sekolah demi memenuhi matlamat ke arah melahirkan insan dan sekolah yang cemerlang. Berbekalkan dana kewangan PIBG yang kukuh, pihak PIBG dapat menyumbangkan peralatan dan kelengkapan sekolah. Antara aset PIBG adalah seperti berikut : 9 unit kipas angin berkaki 10 unit pondok rehat Anjung Perdana Stor Peralatan Sekolah Peralatan Pancaragam Tempat Letak Kereta Berbumbung Papan Kenyataan Di Pejabat Sekolah Sistem Siaraya Komputer & Mesin Pencetak di Bilik Peperiksaan Permaidani Bilik Mesyuarat Blazer Pengawas dan Uniform TKRS

4.4 Program Sekolah Penyayang


Secara umumnya dilihat, guru-guru SK Sultanah Asma sangat mengambil berat terhadap murid-muridnya. Pelbagai aktiviti atau pertandingan diadakan bagi memberi nilai tambah dari aspek sosial para muridnya. Antaranya ialah, SK Sultanah Hasma mengadakan anugerah Puteri Hasma setiap bulan yang mana memberikan penghargaan kepada murid-murid yang berjaya menunjukkan prestasi dan kecemerlangan mereka di sekolah. Keseluruhannya dilihat, program sekolah penyayang yang dijalankan di sekolah ini banyak memberikan manfaat kepada murid-murid serta guru. Secara tidak langsung emosi murid untuk suka ke sekolah dapat ditingkatkan dan masalah ponteng sekolah dapat dikurangkan.

5.0 Perbincangan
Secara umumnya, kecemerlangan SK Sultanah Asma adalah disebabkan beberapa faktor antaranya ialah; Komitmen dan kesungguhan semua guru dan kakitangan serta ibubapa. Kesepakatan antara semua pihak (guru-pentadbir-kakitangan-penjaga-komuniti). Kumpulan kerja (team work) yang mantap. Kewangan yang kukuh. Persekitaran kerja yang kondusif.

6.0 Rumusan
Rumusan yang dapat dibuat adalah berdasarkan kepada kerangka konsep di bawah: Harapan Pentadbir Guru-guru Kakitangan Ibubapa/Komuniti Bersatu Hati Bertolak Ansur Menyayangi Ambil Berat Memahami visi/misi dan matlamat organisasi Memahami perubahan yang diinginkan organisasi Semangat

Membina hubungan

Kumpulan kerja mantap Tenaga Komitmen (luaran/dalaman)

Hasil Sekolah Cemerlang Rajah 1: Kerangka konsep faktor asas kecemerlangan sekolah Berdasarkan kerangka konsep di atas, untuk melahirkan kecemerlangan sesebuah sekolah adalah merupakan tanggungjawab semua pihak samaada pihak pentadbir, guru-guru,kakitangan dan ibubapa serta komuniti setempat. Faktor asas utama yang perlu difahami dengan jelas ialah perhubungan

(relationship) yang baik dari semua pihak. Ini boleh dibuat dengan membina asas-asas perhubungan yang baik dan strategik antara semua pihak berkepentingan. Tanpa membina hubungan yang baik, walaupun komitmen guru-guru 100%, agak mustahil untuk mencapai kecemerlangan yang benar-benar berkualiti. Setelah hubungan yang baik dapat dibina, maka pemahaman terhadap visi,misi dan matlamat kecemerlangan perlu difahami dengan jelas oleh semua pihak. Ini bertujuan, agar dapat menentukan program dan perancangan pembangunan yang bertepatan dengan hala tuju visi,misi dan matlamat untuk menjadikan sekolah cemerlang. Dalam usaha ke arah itu, sudah tentu terdapat pelbagai perubahan dan penstrukturan semula yang akan mengakibatkan suasana menjadi kritikal akibat ketidakfahaman, tekanan kerja dan sebagainya. Oleh itu, pemahaman semua pihak terhadap tujuan perubahan yang diinginkan adalah sangat perlu, bagi mengurangkan tahap kritikal dalam proses perubahan bagi mencapai matlamat yang diinginkan. Pewujudan kumpulan kerja yang mantap dan mempunyai semangat yang tinggi (bertenaga) mampu menghasilkan tenaga kerja yang berkomitmen tinggi disamping dapat mengurangkan kos tempoh masa kerja dan masalah emosi seperti stress. Dengan itu, insya Allah, kecemerla ngan sekolah dapat diperolehi dengan jayanya.

7.0 Program Penstrukturan Semula (Restructured)


Hasil daripada pemerhatian, perbincangan dan kesepakatan semua warga SK Semerbok, penstrukturan semula program-program meliputi kesemua aspek, kurikulum, hal ehwal murid dan ko-kurikulum perlu dilakukan semula bagi memberi nilai tambah yang baik serta kualiti tinggi kepada program-program dan perancangan yang telah di rancang sebelum ini. Namun begitu aspek pertama yang perlu diberikan perhatian dalam menghasilkan sekolah yang cemerlang adalah dengan menetapkan terlebih dahulu Etos dan Kebitaraan sekolah. Oleh itu, warga SK Semerbok telah memilih;

ETOS SEKOLAH Warga SK Semerbok


AKTIF, BERPENGETAHUAN TINGGI SERTA BERBAKTI Pemilihan etos ini dibuat atas matlamat ingin menghasilkan murid-murid dan warga SK Semerbok menjadi warga yang aktif dalam pelbagai bidang. Mempunyai kekuatan kendiri serta yakin diri yang tinggi. Manakala, berpengetahuan tinggi dan berbakti memperlihatkan, budaya sentiasa dahagakan

ilmu dalam kalangan murid-murid mampu menghasilkan warga yang berpengetahuan tinggi,cemerlang dan berkualiti tinggi serta boleh berbakti kepada agama, bangsa dan Negara.

KEBITARAAN SEKOLAH Akademik-Bahasa Arab dan Pendidikan Agama Islam


Warga SK Semerbok telah sepakat untuk memilih kebitaraan sekolah dari aspek akademik dan kokurikulum dengan memilih Bahasa Arab dan Pendidikan Agama Islam. Pemilihan ini dibuat berdasarkan kekuatan sekolah ini dalam penyertaan pertandingan MTAQ dan Semaian Wahyu peringkat daerah. Selain itu juga, dari aspek akademik turut menunjukkan prestasi yang membanggakan bagi kedua-dua matapelajaran tersebut disokong dengan prestasi UPKK (Ujian Penilaian Kelas Kafa). Selain daripada itu, terdapat juga beberapa program yang ditambah dan diberi sedikit tambah nilai agar ianya mampu memberikan hasil output yang berkualiti seperti yang diinginkan dalam Etos sekolah.

Antara program-program dan perancangan yang akan dijalankan adalah seperti berikut:

7.1 Bidang Akademik 7.1.1. Program Bulan/minggu Panitia akan diwujudkan


Program Panitia secara mingguan atau bulanan akan dilaksanakan bagi mewujudkan peluang untuk murid-murid terlibat secara aktif dalam bidang akademik di samping mewujudkan semangat ingin terus belajar. Kewujudan semula minggu panitia adalah dalam bentuk matlamat jangka panjang yang mana setiap aktiviti akan lebih bersifat kepada pertandingan dan aktivti yang banyak menguji Kemahiran Berfikir Secara Kreatif dan Kritis (KBKK). Ini bertujuan untuk meningkat kemahiran high order thinking skills dalam kalangan murid-murid.

7.1.2. Program one day in English.


Program One day in English diadakan bermatlamat untuk meningkatkan kemahiran berbahasa inggeris dalam kalangan murid-murid SK Semerbok. Program ini dijalankan pada setiap hari Rabu, yang mana murid-murid dan guru diwajibkan menggunakan bahasa inggeris dalam apa jua aktiviti kecuali dalam pengajaran dan pembelajaran (bagi subjek lain selain bahasa inggeris).Penilaian program akan dilakukan sebanyak dua kali iaitu penghujung semester 1 dan semester 2 bagi menilaia sejauhmana kejayaan program ini meningkatkan penguasaan berbahasa inggeris dalam kalangan murid-murid.

7.1.3. Program Bijak Sifir.


Program Bijak Sifir adalah merupakan satu program yang bermatlamat untuk

meningkatkan aya ingatan murid-murid terhadap sifir yang sering menjadi masalah utama dalam matapelajaran Matematik terutama yang melibatkan operasi darab dan bahagi. Pelaksanaan program ini adalah bermatlamat jangka masa panjang yang mana penglibatan adalah melibatkan semua aliran bermula dari Tahun 1 hingga Tahun 6. Seperti biasa penilaian program juga akan dilakukan sebanyak dua kali iaitu dihujung semester pertama dan kedua bagi menilai sejauh mana pencapaian program ini terhadap penguasaan sifir dalam kalangan murid-murid.

7.1.4. Pertandingan sudut-sudut panitia yang terbaik.


Pertandingan ini melibatkan penglibatan semua guru-guru khususnya dalam panitia masing-masing dalam menyediakan ruangan atau sudut pembelajaran yang boleh dimanfaatkan oleh murid-murid. Antara Kriteria yang akan diambil kira adalah seperti yang berikut; a. Keceriaan b. Kandungan ruangan (mobility study) c. Keberkesanan ruangan terhadap emosi murid-murid.

Dicadangkan pemenang bagi sudut panitia terbaik akan diberikan ganjaran berupa wang tunai sejumlah RM 300.00. dan sijil penghargaan.

7.1.5. Program sehari menjawab 10 soalan


Program Sehari menjawab 10 soalan adalah merupakan program berbentuk jangka pendek yang mana hanya melibatkan murid-murid tahun 4,5 dan 6. Program ini akan dimulakan seawal pagi sebelum murid-murid menyertai perhimpunan pagi sekolah. Selain daripada itu juga, program ini adalah lebih kepada berbentuk kendiri, yang mana murid-murid akan mengambil soalan sendiri daripada guru yang bertugas mingguan dan menjawab secara berkumpulan (study group) atau bersendirian. Penyediaan soalan akan dibuat oleh guru matapelajaran selepas waktu pengajaran sehari sebelum aktiviti dimulakan. Antara matapelajaran yang terlibat ialah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Penyediaan soalan boleh dibuat samaada secara objektif mahupun sumatif (bertulis).Semakan jawapan akan dilakukan sendiri oleh murid, agar mereka dapat menilai sendiri keupayaan mereka.

8.0 Hal Ehwal Murid 8.1 Program Sekolah Penyayang


Konsep Sekolah Penyayang merupakan salah satu konsep yang penting dalam system pendidikan di Malaysia. Ia mempunyai hubungan yang cukup erat dengan cabaran ke-tujuh dalam Wawasan 2020, iaitu masyarakat penyayang dan budaya penyayang. Konsep sekolah penyayang adalah konsep yang mampu menyumbang ke arah melahirkan masyarakat penyayang. Sekolah Penyayang juga mampu menjana generasi pelajar yang seimbang dari segi harmoni, rohani, intelak dan jasmani dan mempunyai disiplin diri yang tinggi. Maka dengan itu, pihak sekolah melalui Unit Hal Ehwal Murid (HEM) akan memberikan nilai tambah program ini agar ia menjadi lebih baik dengan penambahan aktiviti-aktiviti dan

program yang lebih menyeluruh.Antara penambah baikkan kepada program sedia ada ialah seperti yang berikut;

8.1.1 Anugerah Bulanan Putera dan Puteri Harapan.


Anugerah ini diwujudkan bermatlamat untuk memberikan penghargaan kepada murid-murid yang menunjukkan contoh perilaku dan sahsiah yang terpuji. Ini dilakukan secara bulanan dimana setiap murid akan dinilai dari beberapa aspek seperti; a. Kehadiran penuh bulanan ke sekolah. tugasan,mempunyai semangat tinggi sewaktu P&P, keterlibatan secara langsung dalam pelbagai aktiviti di sekolah.) c. Penglibatan yang aktif dalam aktiviti dan program sekolah dan luar sekolah secara sukarelawan. b. Menunjukkan sikap berdedikasi serta semangat yang tinggi (menyiapkan

8.1.2 Program Rakan Penyayang


Program ini diwujudkan bagi menyemai rasa sayang sesama murid sebagai rakan di sekolah. Selain itu secara tidak langsung program ini dapat mewujudkan rasa ambil berat terhadap rakan-rakan mereka. Rakan murid boleh menjadi mata dan telinga kepada pihak guru sekiranya berlaku beberapa kes seperti penderaan, buli, ponteng sekolah, sakit dan sebagainya.

You might also like