You are on page 1of 89

PRESENTATIONPERKEMBANGAN DAN SUMBANGAN DALAM SISTEM PENDIDIKAN DAN PERKEMBANGAN ALIRAN PEMIKIRAN

Disediakan oleh: LIE POH LING

PERKEMBANGAN DAN SUMBANGAN DALAM SISTEM PENDIDIKAN

1. Ilmu Undang-Undang

Undang-undang Mesopotamia
Pemerintahan dijalankan berdasarkan Common Law yang mengikut keadaan sosial dan ekonomi pada zaman-zaman tertentu.
Antara kod undang-undang yang dihasilkan pada tamadun ini ialah Undang-undang Ur Nammu, Undang-undang Bilalama, Undang-undang Lipit-Isthar dan Undang-undang Hammurabi. Kod Undang-undang Hammurabi terdiri daripada 282 fasal yang meliputi kesalahan dalam bidang perdagangan, perkhawinan, keluarga, pembahagian harta, tanggungjawab golongan profesional, masalah perundangan berhubung kegiatan pertanian, kadar bayaran sewa dan urusan membeli dan menjual hamba.

Mengikut kod undang-undang ini, masyarakat Babylon dibahagikan kepada 3 kelas, iaitu Awelu (rakyat merdeka), Mushkenu (rakyat miskin) dan Wardu (hamba). Hukuman dan denda yang dikenakan berbeza mengikut status sosial orang yang melakukan kesalahan.

Hukuman mati akan dikenakan terhadap mereka yang cuba mengubah mana-mana bahagian dalam Kod Undang-undang Hammurabi.
Kod Undang-undang Hammurabi juga menetapkan hukuman berat terhadap orang yang melakukan perbuatan jampi dan mantera serta kesalahan merompak. Kod undang-undang ini turut mengandungi fasal-fasal yang berkaitan dengan hal kekeluargaan dan pembahagian harta bertujuan memelihara hak kaum wanita dan kanak-kanak.

Dari segi pewarisan harta, Kod Undang-undang Hammurabi menyatakan harta si mati harus dibahagikan kepada anak lelakinya, isteri mempunyai hak dan kebebasan untuk menikmati harta dan menjual tanah, ladang atau rumah yang diberikan oleh suaminya serta harta yang diperoleh daripada raja diwarisi oleh anak lelakinya dan tidak bole h diserahkan kepada isteri atau anak perempuannya.

Kod Undang-undang Hammurabi juga menetapkan kod etika bagi hakim untuk menjamin para hakim menjalankan perbicaraan secara adil. Peraturan turut digubal untuk memelihara hak pengguna daripada ditipu oleh peniaga. Pedagang dan peniaga harus menjamin mutu barangan dan perkhidmatan.
Kod undang-undang ini merupakan undang-undang unik yang melambangkan tahap tamadun tinggi yang dicapai oleh masyarakat Mesopotamia.

Undang-undang Mesir
Tujuannya adalah untuk memelihara hak asasi rakyat dan mewujudkan keamanan dalam negara. Di Mesir, tidak terdapat kod undang-undang bertulis kerana mereka percaya setiap individu mempunyai hak dan ia tidak perlu bertulis. Terdapat dokumen-dokumen mengenai pemilikan harta benda, sistem pewarisan, bancian penduduk dan pencukaian yang menunjukkan kemahiran mereka dalam bidang perundangan. Hukuman yang dikenakan terdiri daripada denda, hukuman rotan dan memotong anggota badan. Hukuman ini adalah berdasarkan jenis kesalahan yang dilakukan.

Hukuman mati hanya dikenakan bagi kesalahan berat dan hakim harus mendapat kebenaran daripada ketua hakim sebelum menjatuhkan hukuman mati. Hakim juga dikehendaki berbincang dengan firaun sebelum membuat keputusan dalam sesuatu kes. Dari segi struktur pentadbiran kehakiman, firaun merupakan kuasa tertinggi dalam bidang pentadbiran undang-undang. Antara bidang kuasa firaun ialah mengisytiharkan peraturan dan undang-undang, memelihara kebajikan dan keharmonian, mengadili kes-kes rayuan dan mempunyai kuasa untuk mengesahkan hukuman mati.

Di peringkat wilayah, kes-kes akan diadili oleh wazir di mahkamah wazir. Antara bidang kuasa wazir ialah menjadi ketua hakim di peringkat wilayah, mentadbir kes-kes di peringkat wilayah dengan bantuan pengarah kebinat dan jurutulis, menjatuhkan hukuman mati selepas mendapat nasihat daripada firaun serta menjalankan pentadibiran mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh firaun. Pentadbiran kehakiman di peringkat bandar dikendalikan oleh Majlis Penasihat Perundangan yang dikenali sebagai Kenbet. Kenbet terdiri daripada orang tua dan diketuai oleh Datur Bandar. Kenbet bertindak sebagai badan penasihat kepada tribunal kehakiman yang dikenali sebagai Zazat. Tugas utama Zazat adalah untuk menggubal polisi dan hukuman bagi kesalahan.

Undang-undang China
Undang-undang awal China ialah Fa jing yang digubal pada tahun 400 S.M. Undang-undang ini terbahagi kepada 6 bahagian, iaitu undang-undang mengenai pencurian, jenayah, penahanan, penangkapan serta undang-undang pelbagai dan am.
Penggubalan undang-undang China mencapai kemuncaknya pada zaman Dinasti Tang dengan penghasilan Kod Tang. Kod Tang menggariskan lima jenis hukuman yang boleh dikenakan kepada pesalah pembunuhan dengan mencekik leher atau pemancungan, dibuang negeri, pengabdian, pemukulan dengan buluh yang berat serta pemukulan dengan buluh yang ringan.

Pada zaman Dinasti Ming, usaha telah diambil untuk membina semula sistem perundangan China sejajar dengan Kod Tang dan pengalaman Dinasti Yuan. Usaha ini yang berlanjutan selama 30 tahun membawa kepada penggubalan Ming Code pada tahun 1374 M. Apabila pemerintah Manchuria menawan Negara China, sebuah kod baru telah dihasilkan berdasarkan intipati Ming Code yang dikenali Qing Code. Sewaktu zaman Dinasti Yuan, hukuman mencekik leher digantikan dengan pembunuhan dengan memotong pesalah. Pada zaman Dinasti Ching, hukuman mencekik leher dan pemancungan terbahagi kepada dua, iaitu hukuman mati yang dilakukan serta-merta atau yang ditangguhkan serta hukuman buang negeri dengan memaksa pesalah berkhidmat dalam tentera di kawasan yang jauh.

Undang-undang tradisional China juga meliputi 2 jenis hukuman kolektif. Pertama, hukuman yang berkait rapat dengan sistem keselamatan tempatan Organisasi Baaja dan yang keduanya tanggungjawab kolektif. Organisasi Baaja ialah penyatuan 10, 100 atau 1000 buah keluarga untuk menyediakan satu rangkaian keselamatan polis dalam sesuatu daerah. Hukuman tanggungjawab kolektif dikenakan ke atas ahli keluarga dan saudara-mara pesalah bagi beberapa kesalahan besar. Bagi kesalahan seperti membunuh dan cuba membunuh, isteri pesalah dan mereka yang tinggal dalam rumah pesalah boleh dibuang negeri. Hukuman kolektif yang dilaksanakan di bawah undang-undang tradisional China sesungguhnya berkesan dalam mengelakkan jenayah-jenayah besar. Selain undang-undang formal, masyarakat China juga mengamalkan undang-undang tidak formal yang dikenali sebagai Customary Law untuk menyelesaikan perbalahan di peringkat bawahan masyarakat China seperti puak, kampung dan persatuan.

Undang-undang Islam
Undang-undang Arab Sebelum Kedatangan Islam
Masyarakat Arab Jahiliah sebelum kedatangan Islam berpegang teguh kepada adat dan tradisi. Oleh itu, tidak wujud penggubalan undang-undang atau badan untuk melaksanakan undang-undang. Ketiadaan proses pengadilan undang-undang secara formal menyebabkan berlaku ketidakadilan dan penindasan terhadap orang miskin, perhambaan, penindasan terhadap kaum wanita dan pembunuhan anak perempuan. Dari segi ekonomi, ketiadaan undang-undang formal menyebabkan berlaku perjudian dan penipuan dalam urusan jual beli. Dari segi jenayah pula, mereka digalakkan bertindak sendirian dan menuntut bela.

Undang-undang Islam zaman Rasulullah s.a.w Sumber perundangan pada zaman Rasulullah s.a.w ialah al-Quran dan Sunnah. Perkembangan undang-undang Islam pada zaman Rasulullah s.a.w. bermula dari tahun 610 M sehinggalah Baginda wafat. Perkembangan ini dapat dilihat sewaktu di Makkah dan seterusnya di Madinah. Di Makkah, tumpuan Baginda adalah terhadap masalah pemikiran dan pembentukan sikap masyarakat. Baginda menyeru supaya masyarakat Arab membebaskan diri daripada kepercayaan kepada berhala, jin, bintang-bintang dan roh. Baginda memperkenalkan konsep tauhid, iaitu mempercayai Tuhan Yang Maha Esa. Sewaktu di Madinah, tumpuan Baginda tidak hanya terhad kepada masalah akidah, akhlak dan kerohanian, sebaliknya meliputi pembentukan undang-undang Islam. Baginda memenuhi keperluan ini, Allah s.w.t. telah menurunkan wahya kepada Rasulullah s.a.w. yang merangkumi bidang sivil, keluarga, pentadbiran, jenayah, acara dan keterangan, perhubungan antarabangsa dan lain-lain.

Undang-undang Islam zaman Khulafa al-Rasyidin Khalifah Abu Bakar meneruskan segala dasar undangundang yang dilaksanakan oleh Rasulullah s.a.w., iaitu meletakkan masalah penyelesaian umat Islam kepada alQuran, sunnah dan ijtihad. Beliau mengambil tindakan tegas dalam melaksanakan undang-undang Islam. Manakala di bawah kepimpinan Khalifah Umar, sistem pentadbiran dan pelaksanaan undang-undang Islam telah melalui pembaharuan dan perubahan. Beliau telah membuat penentuan baharu terhadap hukum hudud dan menambah sembahyang sunat tarawih sebanyak 20 rakaat. Di bawah pemerintahan Khalifah Uthman bin Affan dan Ali bin Abu Talib, tidak banyak perubahan dilakukan baik dari segi pemerintahan mahupun pelaksaan undang-undang Islam.

Undang-undang Islam zaman Bani Umaiyah Institut kehakiman diteruskan. Para hakim di peringkat pusat dilantik oleh khalifah dan di peringkat negeri dipilih oleh wakilnya, iaitu Amir atau Wali. Beberapa jabatan baharu yang dikenali sebagai Diwan ditambah bagi melicinkan pelaksanaan undang-undang Islam. Pada zaman ini juga, muncul golongan para ulama yang menentang dan menyisihkan diri daripada pemerintah Bani Umaiyah. Golongan ini mendalami ilmu dan menghalusi pengajaran Islam dengan menumpukan perhatian kepada pengumpulan hadis Rasulullah s.a.w.. Pusat kegiatan ilmu yang memuncak pada zaman ini membawa kepada kelahiran aliran pemikiran fikah.

Undang-undang Islam zaman Bani Abbasiyah Pemerintahan Bani Abbasiyah memberi penekanan semula kepada pelaksanaan undang-undang Islam. Pelaksanaan undang-undang Islam diletakkan di bawah pentadbiran Jabatan Kehakiman. Para hakim terdiri daripada golongan Muslim dan bukan Muslim. Seorang Ketua Hakim dilantik dan ditempatkan di ibu kota Baghdad. Di sini, kes-kes jenayah dikendalikan oleh hakim khas. Sebuah mahkamah tinggi yang dikenali Diwan al-nazr fi al-mazalim telah ditubuhkan di peringkat pusat yang dipengerusikan oleh khalifah sendiri. Hukum Syura dalam percukaian dikekalkan dengan beberapa penambahan baharu. Pada zaman ini pula lahir ramai ulama yang mahir dalam bidang perundangan Islam seperti Imam Malik. Zaman ini juga memperlihatkan pertumbuhan beberapa mazhab fikah seperti Mazhab Maliki.

Undang-undang Yunani
Undang-undang amat penting dalam sistem pentadbiran Yunani yang menekankan demokrasi. Terdapat 3 institusi yang mengendalikan pentadbiran, iaitu Dewan Perhimpunan, Majlis serta Majistret dan Juri.

Plato dalam karya Republic menyarankan bahawa negara harus diperintah oleh ahli falsafah kerana mereka mempunyai kebolehan untuk membuat undang-undang dan mengawasi pelaksanaannya.

Solon merupakan tokoh undang-undang Yunani yang meletakkan asas demokrasi bagi negara kota Athens. Beliau membahagikan warganegara Athens kepada 4 kelas dan yang paling penting ialah perwakilan rakyat. Perwakilan rakyat mempunyai hak dan kuasa untuk memegang jawatan kerajaan, membuat undang-undang dan membuat keputusan untuk berperang atau berdamai.

2. Ilmu Astronomi

Astronomi Mesopotamia
Perkembangan dalam bidang ini bermula di selatan Mesopotamia selepas pertengahan abad pertama S.M.. Para sarjana dan jurutulis Mesopotamia menggunakan kaedah matematik dalam mengkaji fenomena alam seperti pergerakan planet, bulan dan perubahan dalam jangka waktu siang dan malam. Pengetahuan dalam bidang metafizika juga mendorong kajian terhadap fenomena alam.

Pengetahuan tentang perubahan dalam semesta dapat membantu meramalkan bencana alam dan peristiwa yang bakal berlaku serta mengambil langkah awal untuk mengatasi bencana itu daripada berlaku.

Orang Mesopotamia juga mencipta kalendar lunar dan solar yang mempengaruhi sistem kalendar pada masa kini. Kejayaan ahli-ahli astronomi Mesopotamia menetapkan tarikh dan masa permulaan tahun baharu dan bulan dengan tepat adalah kerana kemahiran dalam menjalankan pemerhatian yang tepat dan penggunaan matematik bagi merumuskan data. Di samping itu, orang Mesopotamia menggunakan peralatanperalatan seperti gnomon dan clipsydra untuk mengetahui masa. Zodiak ataupun peta kedudukan binatang digunakan untuk mengetahui waktu pada waktu malam. Mereka juga membahagikan laluan metahari dan planet kepada 12 seksyen dan setiap seksyen pula dibahagikan kepada 30. Seperkara lagi, ahli-ahli astronomi Mesopotamia juga menulis tentang Venus, menghasilkan katalog mengenai binatang dari abad ke-7 S.M. hingga ke-8 S.M. dan meramalkan gerhana bulan dan matahari.

Lagipun, orang Mesopotamia berpendapat bumi berbentuk leper dan ditutupi oleh langit yang tinggi berbentuk mangkuk terbalik. Matahari bergerak menyusur pada waktu siang manakala bulan bergerak demikian pada waktu malam. Apabila tamat tempoh siang bagi matahari dan malam bahi bulannya, keduanya bergerak melalui bawah bumi untuk muncul keesokan hari. Mereka mengetahui bahawa bulan membalikkan cahaya matahari dan tidak mengeluarkan cahaya sendiri. Matahari dan binatang yang berkelip pada waktu malam mengeluarkan cahaya sendiri dan dipercayai terlekat pada dinding langit. Langit pula mempunyai beberapa lapisan dan berwarna biru kerana terbentuk daripada batu permata berwarna biru. Ahli-ahli astronomi Mesopotamia juga membina Ziggurat untuk menjalankan kajian mengenai unsur alam seperti binatang dan planet.

Astronomi Mesir
Golongan pendeta memberikan sumbangan besar dalam perkembangan ilmu astronomi di Mesir. Kajian astronomi dilakukan di rumah-rumah berhala yang lengkap dengan perpustakaan dan peralatan untuk menjalankan kajian. Di dinding rumah berhala Edfu diukur katalog yang mengandungi maklumat tentang pergerakan matahari dan bintang. Di Heliopolis, seorang pendeta yang dikenali sebagai Great Seer ditugaskan khas untuk memerhati dan merekodkan pergerakan matahari. Hasil pemerhatian yang dilakukan terhadap pergerakan mataharii dan bintang, orang Mesir mencipta kalender. Terdapat 2 sistem kalendar yang digunakan, iaitu kalendar lunar dan kalender solar.

Bintang-bintang pula dibahagikan kepada 3 kumpulan, iaitu The Imperishable (tidak mudah musnah), The Indestructible (tidak dapat dimusnahkan) dan The Unwearied. Orang Mesir percaya bintang-bintang Imperishable mengelilingi kutub dan roh raja yang meninggal ditempatkan di kawasan bintang ini. Terdapat 36 bintang ditetapkan yang menerajui salah satu daripada 36 dekan (hari) dalam setahun. Orang Mesir mengetahui lambang zodiak daripada orang Greek pada Zaman Akhir. Orang Mesir juga mempunyai pengetahuan tentang konsep jam.

Astronomi China
Astronomi China menerima pengaruh dari Babylon dan Maharaja Yau menakluki kaum Bak yang menerima pengaruh Babylon daripada orang Susiana. Orang China menggunakan 2 sistem kalendar, iaitu Kalendar Lunar yang digunakan untuk upacara-upacara keagamaan serta Kalendar Suria yang digunakan untuk menetapkan musim. Sistem 10 hari seminggu digunakan mulai zaman Shang manakala sistem 7 hari seminggu diperkenalkan pada tahun 1000M oleh orang Islam. Orang Cina melakukan kajian tentang segala gerhana, planet dan letupan bintang sejak tahun 720 S.M.

Kajian tentang Nova dan Supernova dilakukan sejak zaman Han dan catatan mengenainya dibuat pada tahun 1006 M, 1054 M, 1572 M dan 1604 M. Menjelang abad ke-4 S.M., tiga ahli astronomi terkenal, iaitu Shih Shen, Kan Te dan Wu Hsien melakukan kajian pemetaan langit. Pada 940 S.M., Chen Lo Chih mencipta sebuah peta bintang dengan menggunakan kaedah unjuran. Orang Cina juga telah mencipta alat-alat astronomi seperti sfera bingkai yang digunakan untuk pengukuran dan gnomon untuk mengukur kecondongan matahari. Orang Cina memiliki kebolehan melukis peta bergrid sejak zaman Han. Pelukis peta bergrid terkenal ialah Chong Hen dan Chin Sin Pen.

Astronomi Islam
Karya astronomi yang termasyhur dihasilkan oleh al-Sufi dan ia menjadi rujukan pengkaji astronomi selepasnya. Fakhr al-Din ialah ahli astronomi Arab yang memperkenalkan tesis Aristotle bahawa bintang-bintang berkedudukan tetap, berada dan bergerak dalam jarak yang sama. Selain menjalankan pemerhatian, pengajian dan pengukuran, ahli astronomi Arab juga mempelopori pengukuran muka bumi, menentukan darjah longitud dan latitud serta mengira hubungan pergerakan cakerawala.

Pada zaman Abbasiyah, ahli-ahli astronomi diberi penghormatan dan mempunyai kedudukan yang tinggi. Khalifah al-Mansur menjadikan Nawbakht, seorang ahli astronomi Parsi sebagai teman karibnya dan meminta Abu Yahya al-Batriq menterjemahkan tulisan Ptolemy dalam bahasa Arab. Tokoh yang pertama kali membuat penemuan tentang sifat pergerakan bulan ialah Abu al-Wafa al-Buzajani.

Pada zaman Umaiyah, Khalifah al-Mamun membina pusat pemerhatian astronomi di Gunung Qaysun dekat Damsyik dan Shammasiyyah di Baghdad. Al-Khawarizmi merupakan tokoh astronomi yang pertama menyediakan takwim bertajuk Zij alSindhind. Beliau juga menulis tentang alat astronomi astrolab.
Tokoh-tokoh astronomi Islam menggunakan ilmu matematik dan trigonometri dalam mengira jarak antara bumi, bulan dan planet lain. Ahli-ahli astronomi Islam mencipta tiga jenis astrolab, iaitu astrolab satah, astrolab memanjang dan astrolab sfera.

Astronomi Yunani
Pada zaman Pertengahan, ahli-ahli astronomi Eropah berpegang pada teori yang dikemukakan oleh ahli falsafah Yunani, iaitu Ptolemy. Beliau berpendapat bahawa bumi berada dalam keadaan statik manakala matahari, bulan dan planet lain mengelilingi bumi dalam satu pusingan selama 24 jam. Beliau juga berpendapat alam bersifat geo-pusatan dan terdiri daripada pelbagai lapisan dan berpusatkan bumi. Teori beliau tidak bercanggah dengan ilmu kewujudan alam dalam kitab Injil dan diterima umum sebelum kemunculan Nicolas Copernicus.

3. Ilmu perubatan

Perubatan Mesopotamia
Ilmu perubatan di Mesopotamia merupakan kombinasi unsur magik, agama dan sains. Teks-teks perubatan yang ditemui di Assur dan perpustakaan Ashurbanipal di Nineveh menunjukkan perkembangan dalam bidang perubatan bermula pada Zaman Babylon Lama. Perubatan Mesopotamia diasaskan oleh orang Sumeria menggunakan kaedah rawatan dan perubatan yang berkesan.
Di samping menghantar pesakit kepada pendeta dan bomoh, doktor-doktor Mesopotamia juga memberikan ubat-ubatan untuk megusir roh dan semangat jahat. Selain unur ghaib, para doktor Mesopotamia percaya faktor semula jadi seperti habuk, kotoran, makanan dan minuman yang tercemar sebagai punca penyakit.

Para doktor di Mesopotamia termasuk dalam golongan profesional dan bidang ini dikawal oleh kerajaan. Pengamal perubatan dikehendaki mempelajari ilmu sains asas di sekolah dan seterusnya melanjutkan pelajaran di kolej perubatan. Doktor yang mempunyai kepakaran tinggi akan dilantik sebagai doktor peribadi keluarga diraja. Pertukaran doktor juga diamalkan di mana Raja-raja Babylon menghantar pakar perubatan ke istana Raja Hittite, Hattusilis III. Dokumen-dokumen perubatan yang mengandungi deskripsideskripsi tentang pelbagai jenis penyakit seperti epilepsy, penyakit kuning, penyakit ginekologi dan kanak-kanak ditemui. Manual perubatan yang berasal dari Zaman Ur Ketiga yang mengandungi koleksi resipi dan keterangan mengenai penyediaan salap, losen dan campuran yang dibuat daripada tumbuh-tumbuhan, binatang dan mineral.

Selain bahan mineral seperti sodium dan kalium nitrat, mereka juga menggunakan kulit ular, tempurung penyu dan usus binatang untuk membuat ubat-ubatan. Tumbuh-tumbuhan cassia, myrtle, asafetida, thyme serta pokok willow, pear, fir, fig dan date digunakan untuk membuat ubat. Tambahan pula, masyarakat Mesopotamia mempunyai pengetahuan tentang pembedahan dan anatomi manusia. Maklumat tentang penbedahan juga terkandung dalam Kod Hammurabi. Terdapat 9 fasal dalam kod ini yang berkaitan tentang bayaran bagi pembedahan dan hukuman bagi doktor yang melakukan kesilapan semasa melakukan penbedahan.

Perubatan Mesir
Orang Mesir merupakan masyarakat pertama menyelenggarakan buku-buku mengenai senarai nama ubat-ubatan dan proses menyediakan ubat-ubatan. Bahan-bahan yang digunakan untuk membuat ubat ialah minyak jarak, mandragora, jintan putih, candu, tanduk rusa jantan, kulit penyu dan ketumbar. Ilmu perubatan Mesir mempengaruhi masyarakat Yunani, Rom, Arab dan Parsi. Maklumat mengenai ubat-ubatan Mesir terdapat dalam karya yang ditulis oleh Pliny, Dioscorides, Galen dan Hippocrates.

Teks perubatan Mesir terawal dikarang oleh Thoth dan Imhotep. Teks ini disalin semula pada zaman Kerajaan Baharu. Sebuah teks perubatan Mesir di akademi perubatan New York mengandungi senarai peralatan yang digunakan untuk melakukan pembedahan di kepala dan dada.

Clement dari Alexandria menyatakan enam daripada 42 buku Hermatic membicarakan tentang bidang perubatan, khususnya berkaitan dengan ubat, anatomi, peralatan penbedahan, penyakit mata dan kelahiran anak. Teks perubatan Ebers yang berjudul Papyrus mempunyai maklumat mengenai penyakit dan kaedah menggunakan ubatubatan semasa memberi rawatan. Teks Edwin Smith, Papyrus mengandungi senarai lengkap penyakit luar dan panduan merawat luka serta retakan tulang. Pemerintah-pemerintah Parsi seperti Cycrus dan Darius telah melantik doktor-doktor dari Mesir untuk berkhidmat di istana raja. Orang Yunani yang terkenal dalam bidang perubatan juga mempelajari asas ilmu perubatan orang Mesir. Orang Mesir menyamakan Imhotep, doktor terkenal di Mesir dengan Dewa Asclepius. Orang Mesir juga mahir dalam mengawet mayat tetapi mereka tidak mempunyai pengetahuan tentang anatomi dan fisiologi.

Selain itu, orang Mesir juga mahir dalam bidang ophthalmologi (penyakit mata) dan bidang ginekologi (penyakit wanita). Maklumat tentang ginekologi terdapat dalam Kahun Papirus. Orang Mesir juga mahir dalam bidang-bidang lain seperti menentukan jantina bayi dalam kandungan, mengetahui kesuburan wanita, mengenali kehamilan pada peringkat awal, membuat diagnosis untuk anak gembar dab merawat bayi yang sakit.

Perubatan China
Dokumen terawal yang mengandungi maklumat mengenai perubatan tradisional China ialah Huang-ti Nei-ching. Konsep asas dalam perubatan China ialah konsep Yang (kuasa aktif) dan Yin (kuasa pasif). Keseimbangan antara dua kuasa ini menandakan seseorang itu sihat. Mengikut teori perubatan Cina, manusia dianggap sebagai mikrokosmos yang mempunyai sistem peredaran angin, udara, panas dan sejuk yang tersendiri. Terdapat 2 sistem peredaran dalam tubuh manusia, iaitu sistem peredaran darah dan peredaran angin. Gangguan dalam peredaran angin dapat dibetulkan melalui kaedah akupunktur yang dipraktikkan sejak tahun 600 S.M.. Idea tentang sistem peredaran darah muncul pada abad pertama Masihi, iaitu pada zaman Han.

Terdapat 3 cara orang Cina merawat penyakit, iaitu material medica, moksibusi dan akupunktur.

Materia medica merujuk bahan-bahan seperti herba, bahan galian dan anggota haiwan yang digunakan untuk tujuan rawatan.
Moksibusi merupakan kaedah perubatan di mana sumbu atau moksa yang dibuat daripada herba dilekatkan pada kulit badan yang mengalami kesakitan dan dibakar untuk menyembuhkan penyakit. Manakala akupunktur ialah rawatan mengubati kesakitan dengan menusuk jarum pada tempat-tempat tertentu berhubung dengan anggota dalaman viskeral pada tubuh manusia. Li Shih Chen ialah ahli farmakologi China yang telah menghasilkan 5 tritis tentang cara-cara diagnosis, penyakit campak, stigmologi, ubat ginseng dan artemisia. Buku beliau berjudul Pen-Tsao KangMu atau Farmakopoei Bersistem merupakan ensiklopedia menyeluruh tentang mineralogi, kaji logam, botani dan zoologi.

Perubatan Islam
Pada peringkat awal, ilmu perubatan Islam menerima unsur dan pengaruh tamadun kuno Yunani, India dan China. Perkembangan ilmu perubatan Islam melahirkan pakar perubatan Islam yang terulung seperti Ibnu Sina dan al-Razi.

Selepas empayar Islam runtuh, karya-karya perubatan Islam diterjemahkan ke dalam bahasa Latin dan mempengaruhi pemikiran masyarakat Barat.
Perkembangan ilmu perubatan dalam Tamadun Islam dibahagikan kepada 2 tahap, iaitu tahap penterjemahan serta tahap penciptaan dan perkembangan.

Zaman Penterjemahan Pada tahap pertama, ilmu perubatan Arab menerima pengaruh ilmu perubatan Yunani yang diterjemahkan dan menyerap masuk ke dalam aktiviti-aktiviti pengajian. Bangsa Arab menerima pengaruh Yunani dalam bidang perubatan menerusi orang Syria dan Yahudi. Pada tahun 765 M, Khalifah Harun al-Rasyid menubuhkan pusat pengajian di Baghdad. Doktor-doktor Nestorian dan Sabaen berkhidmat di pusat ini. Selain itu, Hunain ialah penterjemah rasmi bagi Khalifah al-Mutawakkil yang menterjemahkan karya Corpus Hippocraticum serta karya-karya Oribasius, Paulus Aegina dan karya-karya Dioscordius dalam bidang farmakologi.

Zaman Keemasan Perubatan Islam

Pada zaman kecemerlangan perubatan Islam, muncul tokoh perubatan yang terkemuka seperti al-Razi, Ibnu Sina dan al-Majusi.
Tokoh-tokoh perubatan Arab meneliti pemikiran Yunani dalam bidang perubatan secara kritis dan bijak. Pada zaman ini muncul satu bidang baharu dalam ilmu perubatan, iaitu jurusan terapeutik.

Perubatan Yunani
Pada zaman Yunani, golongan yang mempunyai pengetahuan dalam ilmu perubatan terdiri daripada pendeta, ahli falsafah dan jurulatih sukan. Ilmu perubatan Yunani lahir daripada pemikiran rasional tokoh-tokoh. Democedes merupakan tokoh pertama yang menulis tentang perubatan dan beliau pernah menjadi pembantu perubatan kepada raja Parsi. Alcamaeon ialah tokoh perubatan Yunani yang memulakan pembedahan secara saintifik. Beliau menemui saraf bermula dari otak ke mata dan mengesahkan tentang laluan yang menghubungkan mulut dan telinga. Beliau berpendapat kesihatan bergantung pada keseimbangan antara 4 elemen utama dalam tubuh badan, iaitu api, air, angin dan tanah.

Hippocrates ialah tokoh perubatan Yunani yang dikenali sebagai Bapa Ilmu Perubatan Yunani. Antara sumbangan beliau ialah menghasilkan 70 buah buku yang dikenali sebagai Koleksi Hippocrates. Koleksi ini meliputi pelbagai perubatan seperti anatomi, perawatan am, perbidanan, penyakit kanak-kanak, prognosis, pantang larang, dadah, ilmu bedah dan etika kedoktoran. Beliau berpendapat bahawa wujud keseimbangan antara 4 elemen, iaitu darah, lender, hempedu kuning dan hempedu. Beliau juga menyatakan penyakit berlaku kerana sisa makanan dalam tubuh badan yang mengeluarkan wap yang menyebabkan penyakit.

Galen ialah tokoh perubatan Yunani yang berpengaruh di kalangan tokoh perubatan Islam dan Eropah. Beliau menjalankan kajian anatomi dan fisiologi terhadap haiwan, iaitu monyet. Melalui hasil kajiannya, beliau telah megenali 7 pasang saraf cranial, injap jantung dan membezakan antara urat membawa darah dengan arteri. Beliau juga berpendapat bahawa jiwa dan pneuma datang dari udara dan memasuki badan menerusi batang tenggorok melalui paru-paru dan ventrikel kiri jantung. Selain itu, beliau berpendapat bahawa keseimbangan antara 4 humor, iaitu kahak, hempedu hitam, hempedu kuning dan darah perlu untuk kesihatan.

Herophilus memberikan sumbangan dalam bidang anatomi dengan menjalankan pembedahan. Beliau berpendapat otak merupakan pusat sistem saraf dan pusat akal. Manakala Erasistratus ialah tokoh perubatan yang membezakan antara otak utama dan otak kecil. Beliau mengkaji lingkaran dalam otak dan berpendapat lingkaran yang kompleks dikaitkan dengan akal yang tinggi.

Dedanius Dioscorides memberikan sumbangan dengan menghasilkan buku mengenai senarai ubatubatan.

4. Ilmu Matematik

Matematik Mesopotamia
Sistem angka digunakan dalam tamadun ini sejak zaman Hammurabi. Angka dilambangkan dengan dua simbol baji, iaitu V bersamaan dengan 1, < bersamaan dengan 10. Penggunaan angka sifar tidak terdapat di kalangan orang Mesopotamia. Orang Mesopotamia menggunakan dua sistem untuk menulis angka, iaitu sistem perpuluhan dan sistem per enam puluhan. Orang Mesopotamia membahagikan lilit bulatan kepada 360 bahagian dan ini menjadi permulaan kepada luas bulatan 360.

Di samping itu, mereka juga memiliki formula untuk mengukur keluasan tanah dan isi padu sfera. Orang Mesopotamia juga mempunyai pengetahuan tetang konsep nilai tempat. Maklumat mengenai ilmu matematik Mesopotamia terkandung dalam dua teks matematik, iaitu Table Text dan Problem Text. Masyarakat Mesopotamia menganggap ilmu matematik sebagai pengetahuan praktikal yang diperlukan dalam pembinaan bandar, rumah berhala dan istana.

Matematik Mesir
Sejarah matematik Mesir bermula sejak tahun 2100 S.M. dan mencapai tahap yang sempurna menjelang zaman Piramid. Di Mesir, golongan pendeta mengetahui formula-formula penting dalam ilmu matematik. Buku-buku yang mengandungi maklumat dan huraian matematik ialah Rhind Papyrus atau Papyrus Ahmes dan Moscow Papyrus. Pada zaman Dinasti Pertama, sistem perpuluhan dan sistem digit berasingan digunakan. Orang Mesir tidak mengetahui angka sifar dan sistem angka perpuluhan.

Pengiraan matematik terhad kepada campur dan tolak sahaja manakala bahagi dan darab dilakukan dengan menggunakan kaedah penambahan.

Selain mengetahui teori-teori asas dalam bidang geometri, mereka juga mempunyai kemahiran mengukur luas permukaan segi empat, segi tiga, bulatan dan trapezium serta isi padu piramid. Orang Mesir menggunakan pengetahuan matematik untuk tujuan praktikal, iaitu dalam pembinaan piramid dan mengukur luas kawasan.

Matematik China
Chou Pei Suan King merupakan karya matematik terkenal yang membicarakan tentang kalendar dan pengiraan bayang-bayang. Liu Hui ialah tokoh matematik yang menghasilkan kitab matematik berjudul Chiu Chang Suan Shui yang membicarakan panduan mengukur keluasan tanah, mangira peratus dan kadar bijirin, pembahagian harta, mencari sisi segi empat tepat, panduan mencari isi padu dan panduan taksiran cukai.

Dalam sistem angka orang Cina, terdapat nilai tempat dan juga angka positif dan negatif. Angka ganjil dianggap sial, angka genap dianggap baik.

Perkembangan dalam algebra bermula pada abad ke-13 M dan tokoh algebra terkenal ialah Chin Chiu Shao. Beliau menulis karya berjudul Shu-Shu Chiu-Chang yang mengandungi maklumat tentang persamaan berangka tinggi, persamaan tak tentu dan penggunaan algebra dalam trigonometri. Matematik China mengalami perkembangan pesat apabila orang Cina menguasai kemahiran siri matematik, pilih atur dan gabungan. Siri matematik dikenali sebagai segi tiga pascal dibincangkan oleh Chia Hsien. Chu ShihChieh juga menghasilkan Suan Hsueh Chi Meng yang mengandungi perbincangan tentang algebra. Chu Shi Kie merupakan tokoh matematik yang memberi sumbangan dalam algebra menerusi karya berjudul Introduction to Mathematical Studies dan The Precious Mirror of Four Elements.

Matematik Islam
Tamadun Arab memberikan sumbangan penting dalam bidang aritmetik, trigonometri dan algebra. Dalam bidang aritmatik, orang Arab mencipta angka Muslim dengan membuat perubahan dalam angka Hindu. Sistem angka Arab disebarkan ke Eropah menerusi Gerbert Aurillac. Tokoh-tokoh matematik Arab juga memberikan sumbangan dalam bidang trigonometri, khususnya penggunaan sinuskosinus dan trigonometri sfera. Al-Khawarizmi ialah tokoh matematik yang memberikan sumbangan besar dalam bidang algebra. Antara sumbangannya termasuk menyelesaikan masalah dalam hukum syariah, iaitu faraid, perniagaan dan pembahagian tanah serta menghasilkan karya tentang sistem nombor yang diterjemahkan ke dalam bahasa Latin pada tahun 1120 M.

Matematik Yunani
Thales ialah tokoh matematik yang memperlajari ilmu geometri semasa melawat Mesir. Thales mengukur saiz kapal dilaut dengan menggunakan prinsip segi tiga sama manakala tinggi piramid diukur dengan membandingkan panjang bayang-bayang dengan bayang-bayang benda yang diketahui tingginya.
Pythagoras ialah tokoh matematik yang terkenal dan pernah memperlajari ilmu matematik Mesir dan Babylon. Beliau terkenal kerana Teori Pythagoras dan berpendapat angka dan geometri penting untuk membersihkan jiwa dan mendapat ketenangan.

Masyarakat Yunani menggunakan dua sistem nombor, iaitu sistem herodianic yang terdiri daripada garis-garis dan sistem Ionic yang terdiri daripada huruf abjad Yunani.

Euclid ialah tokoh matematik Yunani yang menerusi karyanya Elements yang mengandungi konsep seperti akisom, teorem, postulat dan pembuktian yang menjadi asas ilmu matematik moden.
Appllonius ialah tokoh matematik Yunani yang memberikan sumbangan dalam bidang geometri keratan kon.

5. Ilmu Falsafah

Falsafah Mesopotamia
Perkembangan falsafah dalam Tamandun Mesopotamia bermula menjelang abad ke-3 S.M. dengan kemunculan golongan pemikir dan pendidik yang menulis tentang fungsi dan asal usul alam. Pengetahuan mengenai falsafah orang Sumeria terkandung dalam penulisan seperti mitos, epik dan lagu-lagu suci. Dengan mengenai asal usul alam, para pemikir Sumeria berpendapat syurga dan bumi muncul daripada lautan purba. Enlil telah mencipta dewa-dewi, manusia, binatang dan tumbuhtumbuhan yang menjadi asas kemahiran tamadun.

Ahli-ahli teologi Sumeria mencipta kumpulan dewa-dewi yang mentadbir dan mengawal alam semesta. Dewa-dewi Sumeria memiliki rupa fizikal seperti manusia dan mempunyai kuasa luar biasa dan kekal abadi selama-lamanya. Tuhan-tuhan Sumeria mempunyai taraf yang berbeza dan ahliahli teologi Sumeria membahagikan tuhan kepada 2 kumpulan, iaitu tuhan kreatif dan tuhan bukan kreatif. Ahli-ahli teologi Sumeria percaya alam berfungsi berdasarkan konsep Me. Mengikut konsep ini, setiap entiti kosmik berfungsi berdasarkan undang-undang yang digubal oleh tuhan.

Mitos tentang asal usul manusia menyebut bahawa tuhan mencipta manusia sebagai hamba untuk membantunya. Mengikut mitos, The Creation Of The Pickax, Tuhan Enlil mencipta manusia daripada lubang yang digali dengan beliung. Orang Sumeria juga menghasilkan epik Gilgamesh yang juga mengandungi aspek falsafah Mesopotamia seperti kehidupan, kematian, tuhan dan kehidupan kekal abadi.

Falsafah Mesir
Falsafah Mesir bersifat politik dan etika. Idea bahawa alam dikawal oleh minda terkandung dalam inskripsi Memphite Drama yang ditulis pada akhir abad ke-4 S.M. Selain itu, idea-idea falsafah Mesir merupakan kepercayaan tentang alam yang kekal abadi, kitaran peristiwa dan doktrin punca dan akibat.

Karya-karya tentang falsafah politik, iaitu Plea Of The Eloquent Peasant membicarakan tanggungjawab pengawai kerajaan dalam menjalankan tugas dengan adil dan saksama.

Manakala falsafah etika yang paling awal ialah koleksi perpatah Ptahhotep yang dihasilkan pada tahun 2500 S.M. Pada zaman Kerajaan Pertengahan, falsafah etika memperlihatkan sikap pesimisme dan skeptisme. Falsafah skeptisme dibicarakan dalam Song Of The Harp-Player yang ditulis oleh firaun dari Dinasti ke-11 pada tahun 2100 S.M.. Ahli falsafah Mesir yang terkenal ialah Khekheperre-soneb, seorang pendeta dari Heliopolis. Tulisan beliau merupakan kritikan terhadap kepincangan sosial dalam masyarakat, khususnya tentang penindasan oleh golongan atasan terhadap golongan miskin.

Falsafah China
Confucianisme Aliran ini diasaskan oleh Kung Fu-Tze yang berasal daripada keturunan bangsawan. Terdapat 5 klasik utama yang dihasilkan oleh Confucius, iaitu: Book of Odes, Book of History, Book of Changes, Book of Rites dan Spring and Autumn Annals. Doktrin Confucius berpusat kepada kehidupan yang teratur dan penyusunan masyarakat yang baik. Confucius berpendapat bahawa kepincangan dalam masyarakat disebabkan oleh keadaan moral yang rendah. Confucius juga berpegang kepada Konsep Tien atau syurga dan ajaran-ajarannya menyentuh sejarah dan kebudayaan masyarakat silam, kekeluargaan dan kehidupan sosial.

Dalam institusi kekeluargaan, Confucius menekankan 5 bentuk hubungan dalam masyarakat, iaitu hubungan bapa dengan anak, hubungan suami isteri, hubungan saudara tua dengan saudara muda, hubungan raja dengan pengawai serta hubungan antara sahabat. Untuk mencapai keharmonian, sifat-sifat seperti saling menghormati, jujur dan amanah, berbudi pekerti baik, berhati mulia dan bertanggungjawab harus dipraktikkan dalam kehidupan. Seseorang akan mencapai tahap budiman atau Chun Tze sekiranya ia menepati 5 syarat, iaitu kejujuran, kebenaran, taat setia, mementingkan orang lain dan berperikemanusiaan.

Dari segi politik, ia menggalakkan pemusatan kuasa dan pembahagian kuasa yang adil dan saksama. Menurut Confucius, negeri yang unggul ialah negeri yang dipimpin secara tegas tetapi tidak kejam. Pengawai-pengawai kerajaan harus bekerjasama dengan rakyat untuk menjamin kemakmuran. Konsep ini dikenali sebagai Jen dan Yi yang bermaksud kemanusiaan dan kewajipan. Hukuman keras seperti menyelar dan memotong kaki dikenakan terhadap mereka yang tidak mematuhi peraturan hidup. Confucius juga menekankan pemerintahan melalui teladan di mana pemerintah harus menunjukkan budi pekerti yang baik untuk dicontohi oleh rakyat. Penekanan aspek moraliti melahirkan masyarakat China yang teratur dan mengukuhkan perjalanan kerajaan. Menurut Confucius, ketinggian moral dapat dicapai melalui pendidikan.

Maoisme Aliran Maoisme diperkenalkan oleh Mo-Tze. Falsafah ini menekankan tentang penghormatan kepada orang tua, cinta sejagat, keserdehanaan dalam perbelanjaan dan upacara keagamaan.

Beliau menentang upacara keagamaan dan upacara pengebumian yang menelan belanja yang banyak serta muzik yang tidak mendatangkan sebarang faedah. Beliau juga menolak amalan menilik nasib yang menjadikan rakyat malas dan terlalu bergantung pada nasib.
Beliau benci peperangan kerana ia nyata membazir dan merugikan negara.

Sebaliknya, beliau berpendapat perkara utama yang perlu diberi perhatian ialah usaha mengayakan negara dan menyusun pentadbiran negara. Menurut Mo-Tze, ajaran Confucius merupakan punca berlakunya keruntuhan dalam masyarakat kerana terlalu berpegang kepada takdir. Beliau berpendapat bahawa raja harus mempunyai kuasa mutlak untuk memerintah dengan baik manakala rakyat harus taat setia kepada raja. Untuk mengatasi segala masalah, falsafah Maoisme menyarankan konsep cinta sejagat untuk melahirkan masyarakat yang bersopan santun. Ajaran ini hanya berpengaruh sehingga abad ke-3 S.M. dan selepas itu ajaran Confucius lebih berpengaruh.

Menciusme Aliran Meng Tzu atau Menciusme diasaskan oleh Mencius. Beliau menghasilkan 7 buah buku dan pernah mengembara dari sebuah negeri ke sebuah negeri lain untuk mendapatkan jawatan dalam kerajaan. Sebagai seorang pengikut Confucius, beliau telah menggabungkan idea Confucius dengan Taoisme. Menurut Mencius, manusia mempunyai perasaan belas kasihan dan kemanusiaan yang disebut Jen dan perasaan malu serta benci yang akan memperbaiki tingkah laku. Mencius berpendapat bahawa kejayaan politik tidak dapat dicapai melalui kekerasan dan kekuasaan raja bergantung pada mandat dari syurga.

Taoisme

Taoisme diasaskan oleh Lao-Tzu. Falsafah ini terdapat dalam bentuk kitab-kitab falsafah Lao-Tzu dan Chuang Tzu serta dalam bentuk agama yang dianuti ramai. Ajaran asas Taoisme terkandung dalam doktrin-doktrin Tao te Ching yang dihasilkan pada abad ke-3 S.M. dan tulisan-tulisan Chuang Tzu.
Kitab Tao te Ching atau kitab Klasik Jalan dan Kuasa menganjurkan tentang jalan (Tao), iaitu sumber bagi segala yang wujud.

Seseorang yang berpegang kepada rukun Tao harus menyingkirkan segala keinginan dan pertikaian jiwa serta menjalani kehidupan yang sederhana.

Menurut ajaran Tao, pemerintah yang baik merupakan pemerintah yang tidak memerintah manakala kerajaan yang baik ialah kerajaan yang tidak memerintah. Falsafah Taoisme menekankan kehidupan yang sederhana dan tidak terikat kepada sebarang undang-undang. Masyarakat yang ideal ialah masyarakat primitif.

Sebaliknya, masyarakat kompleks mendatangkan banyak masalah. Lao Tzu mengecam pengikut Confucius yang melakukan upacara keagamaan dan adat istiadat yang merugikan. Ajaran Taoisme mendapat sokongan daripada tuan tanah feudal yang kehilangan tanah dan kuasa.

Legalisme Falsafah ini menekankan kepentingan undangundang sebagai cara untuk mencapai kecekapan dalam kerajaan dan ketertiban masyarakat. Falsafah ini muncul sezaman dengan falsafah Mencius pada akhir Dinasti Chou dan keruntuhan sistem feudal. Antara karya yang dihasilkan oleh golongan legalis ialah Kuan-tzu yang ditulis oleh Kuan Chung dan Book of Lord Shang yang ditulis oleh Shang Yang. Aliran legalisme berjaya menyatupadukan negara China kerana para pengamalnya terdiri daripada penasihat raja.

Pemikir legalis yang unggul ialah Han Fei yang menghasilkan Han-fei-tzu, sebuah karya falsafah legalis yang komprehensif. Han Fei berpendapat penguatkuasaan undang-undang yang tegas perlu untuk mengawal manusia daripada bertindak liar. Bagi beliau, nilai-nilai baik boleh dinilai dalam 2 aspek, iaitu ketekunan dalam kerja dan keberanian dalam medan pertempuran. Sebuah masyarakat yang ideal terdiri daripada petani dan tentera yang dipimpin oleh raja yang maha berkuasa. Ciri-ciri utama aliran legalisme ialah pemusatan kuasa di tangan seorang raja yang adil, segala aktiviti ekonomi, sosial dan politik harus bertumpu kepada negara dan bukan individu. Sistem perundangan dan kuasa ketenteraan yang kuat dapat mengawal keganasan dan mengelakkan peperangan.

Falsafah Islam
Al- Kindi
Al-Kindi merupakan tokoh yang pertama mendapat gelaran dalam dunia Islam. Beliau bukan sahaja seorang ahli falsafah tetapi juga merupakan ahli nujum, ahli kimia, juruoptik dan ahli teori muzik. Beliau menghasilkan lebih kurang 260 hasil kayra yang meliputi bidang logik, falsafah, matematik, muzik dan lain-lain. Antara karya yang penting ialah Kitab Falsafah Ula dan Madkhalul Manthiq.

Al- Farabi Al-Farabi ialah tokoh falsafah yang memberikan sumbangan dalam bidang ilmu pengetahuan, psikologi, muzik, politik dan metafizik. Hasil karya beliau, Ihsa alUllum membincangkan tentang pelbagai ilmu, metodologi dan pokok-pokok persoalannya. Dua buah karya terjemahan beliau dalam bahasa Latin ialah Scientis dan De Ortu Scientarum. Beliau menghasilkan falsafah berbentuk ajaran tasawuf untuk mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.. Beliau juga memberi sumbangan dalam bidang fizikal, matematik, sains dan muzik. Beliau memberikan sumbangan dalam penulisan teori muzik melalui karya Kitab al-Musiqi al-Kabir.

Ibnu Sina Ibnu Sina merupakan tokoh falsafah yang dilahirkan di Bukhara dan menghabiskan hayatnya di Parsi. Beliau percaya alam dikurniakan oleh tuhan dalam bentuk jiwa, minda dan tubuh. Menurut beliau, jiwa kekal selama-lamanya. Dengan menggunakan kaedah reasoning, beliau menjelaskan bagaimana al-Quran menyelesaikan masalah sosial, khalifah, struktur keluarga, justifikasi poligami dan lain-lain.

Dalam bidang falsafah, beliau membicarakan kewujudan dan keesaan Allah s.w.t. dan membicarakan hal roh manusia dan hubungannya dengan Allah.

Al-Ghazali Al-Ghazali ialah tokoh falsafah yang terkenal di dunia Barat sebagai Algazel. Beliau membicarakan tentang metafizika dan jiwa manusia. Beliau membahaskan tentang hukum sebab dan akibat serta mukjizat dan kemungkinannya dengan jelas dan secara rasional. Karya beliau yang terpenting ialah Ihyu Ulumuddin yang membicarakan agama.

Ibnu Khaldun Ibnu Khaldun merupakan ahli falsafah termasyhur berasal daripada suku Arab Hadrami yang berhijrah ke Sepanyol. Beliau memperlajari ilmu agama, logik, falsafah, matematik dan bahasa Arab daripada sarjana terkenal.

Beliau menghasilkan penulisan sejarah komprehensif berjudul Kitab al-Ibar. Ibnu menekankan bahawa ahli sejarah harus jujur dan tidak berat sebelah dalam memberikan pendapat mereka. Sarjana-sarjana Barat seperti Toynbee menganggap Ibnu Khaldun sebagai ahli falsafah islam yang teragung.
Dari segi kaedah penelidikan, beliau menekankan 2 aspek penting, iaitu sifat semula jadi dan sebab-sebab peristiwa sejarah berlaku. Karya sejarah yang ditulis tanpa memahami dua aspek tersebut dianggap sejarah am manakala karya yang dihasilkan dengan memahami aspek-aspek tersebut dianggap sejarah khas.

Ibnu Rsuyd Ibny Rsuyd ialah ahli falsafah berketurunan bangsa Sepanyol yang berasal dari Cordova. Beliau bukan sahaja mahir dalam bidang falsafah tetapi juga dalam bidang agama, astronomi, biologi, fizik dan perubatan. Beliau mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam bidang sains dan falsafah Yunani. Sumbangan beliau dalam bidang falsafah adalah melalui ulasan terhadap karya Aristotle. Falsafah beliau berteraskan hubungan akal dan wahyu atau falsafah dan agama. Beliau berusaha mewujudkan keharmonian antara falsafah dengan agama. Beliau berpendapat falsafah dan agama mempunyai peranan dan fungsi masing-masing.

Ibnu Tufaye
Ibnu Tufaye atau nama sebenarnya Muhammad bin Abd al-Malik al-Qaysi ialah ahli falsafah Islam terkemuka di Sepanyol. Beliau menghasilkan sebuah novel falsafah terkenal berjudul Hayy bin Yaqazan. Dalam buku ini, beliau menghuraikan masalah hubungan antara falsafah dengan agama yang wujud pada zamannya.

Beliau berpendapat walaupun falsafah agama adalah benar tetapi ia tidak boleh digunakan secara langsung untuk membimbing urusan dan kehidupan rakyat biasa.

Falsafah Yunani
Socrates Socrates ialah ahli falsafah Yunani yang menekankan bahawa falsafah bermula apabila manusia mempersoalkan kepercayaan, keyakinan seseorang, godma dan alasan.

Menurut beliau, ilmu pengetahuan boleh diperoleh melalui soal jawab. Ajaran beliau menanam nilai-nilai individualisme di kalangan rakyat Athens dan menyedarkan mereka tentang konsep demokrasi dan peranan pemerintah dalam memelihara kebajikan rakyat.
Ajaran beliau menyebabkan golongan muda-mudi berfikir secara kritikal dan tidak menerima sebarang pandangan tanpa menyoal. Beliau dihukum mati atas alasan memperkenalkan agama baharu dan merosakkan pemikiran golongan belia.

Plato Plato ialah anak murid ahli falsafah Yunani terkenal, iaitu Socrates. Menurut Plato, negara yang ideal ialah negara yang diperintah oleh ahli falsafah berasaskan perpaduan seluruh penduduk. Beliau berpendapat ahli falsafah merupakan golongan yang mencintakan ilmu serta ingin mengetahui dan menegakkan kebenaran. Mereka akan memerintah dengan mengetepikan kepentingan diri atau kaum. Menurut beliau, kota yang diidamkan, yakni kota yang mengamalkan keadilan dapat dicapai menerusi pendidikan dan pengetahuan sewajarnya. Masyarakat yang ideal bagi Plato terdiri daripada lelaki dan perempuan yang menikmati kehidupan yang penuh kebahagian dan kepuasan.

Aristotle Aristotle ialah anak murid Plato yang menimba ilmu di akademi selama 20 tahun. Beliau pernah menjadi guru kepada Iskandar Zulkarnian. Beliau dikenali sebagai Bapa Logik kerana membentangkan kaedah berfikir secara teratur dalam satu sistem. Beliau merupakan orang pertama memperkenalkan kardah saintifik dalam mencari kebenaran yang umum. Beliau memperkenalkan undang-undang aplikasi umum berdasarkan fakta alam yang diperhati, dikumpul dan disusun dengan baik. Beliau berpendapat bahawa masyarakat dan negara terbentuk daripada gabungan kumpulan dan wujud ketidaksamaan antara manusia. Menurut beliau, kerajaan demokrasi bersifat menindas kerana mengabaikan perbezaan antara manusia.

PERKEMBANGAN ALIRAN PEMIKIRAN

FAHAMAN HUMANISME Humanis ialah golongan yang menkaji tentang manusia, idea agung dan kesenian klasik. Mereka juga lebih mementingkan kehidupan di bumi nyata daripada akhirat. 2 tokoh humanis: Petrarch dan Dante. Kedua-dua tokoh ini mendapati masyarakat Greek dan Rom lebih mementingkan kehidupan dunia nyata daripada akhirat. Terdapat juga penulis humanis yang menulis untuk mendedahkan hipokrasi pemerintah dan gereja. Antara mereka ialah Erasmus yang mengkritik kehidupan berpura-pura paderi gereja. Thomas More telah mengkritik kuasa mutlak raja England. Beliau menggambarkan negara Utopia yang menganjurkan kesamaan kepada semua.

FAHAMAN INDIVIDUALISME
Individualisme membawa maksud usaha individu untuk membaiki taraf hidup diri sendiri tanpa disekat oleh sesiapa. Nilai-nilai individualisme dapat diperhatikan di bandar Itali pada zaman Renaisans. Aliran ini menyebabkan manusia lebih mementingkan perkaraperkara berkaitan manusia di bandar Itali.

Perkembangan ini menyebabkan individu yang ideal pada zaman Renaisans ialah individu yang menyedari potensinya dan berjaya dalam segala-gala yang diceburi

FAHAMAN SEKULARISME
Sekularisme bermaksud hilang atau berkurangnya pengaruh agama dan pertambahan pengaruh kebendaan.

Aliran ini mula bertapak di Bandar Itali apabila nilai-nilai kedendaan mempengaruhi masyarakat Zaman Renaisans.

Ciri-ciri: Kecenderungan kebahagian.

untuk

mengejar

keseronokam

dan

Kebebasan yang bertambah dari segi sains, ilmu pengetahuan dan nilai. Penekanan ke atas ukuran empiri dan ukuran yang berkaitan dengan kecekapan duniawi. Kesedaran mengenai kebolehan dan kuasa manusia terhadap alam sekitar dan masyarakatnya. Berkurangnya kuasa dan pengaruh badan-badan agama terhadap kehidupan manusia.

Pemisahan agama daripada politik dan kerajaan.

FAHAMAN RASIONALISME Aliran ini percaya alam semula jadi harus dikuasai dan tunduk kepada tujuan manusia. Rasionalisme diertikan sebagai kaedah teknikal. Ia cuba mencari jawapan kepada masalah manusia melalui kaedah pemerhatian, klasifikasi dan percubaan. Kepercayaan kepada akal fikiran telah membawa kepada penemuan baharu, antaranya hukum graviti oleh Isaac Newton. Rasionalisme menyebabkan penyelidikan berasaskan percubaab lojik dan ilmu matematik. kini

You might also like