You are on page 1of 23

sambungan-

LIE POH LING

Merupakan rancangan British menghapuskan pengganas komunis melalui kempen memenangi hati dan fikiran rakyat. Tahun 1952, Sir Gerald Templer dilantik sebagai Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu dan Pengarah Gerakan. Beliau menggantikan Sir Henry Gurney yang mati dibunuh dalam serangan hendap oleh komunis ketika dalam perjalanan ke Bukit Fraser. Sir Gerald Templer menyedari penggunaan kekerasan dan senjata semata-mata tidak akan berjaya menghapuskan pengaruh komunis.

Kempen-kempen dan langkah-langkah yang dilaksanakan British untuk menjayakan Perang Saraf: a. Kempen Bulan Penduduk Tanah Melayu Menentang Komunis Dilaksanakan dengan jayanya. Pendudukan pelbagai kaum bersama-sama membawa sepanduk mengutuk keganasan komunis. Penduduk membakar patung-patung komunis.

b. Mengedar Risalah Menentang Komunis Risalah diedarkan ke seluruh Tanah Melayu Perang Saraf ini menimbulkan kebencian penduduk terhadap kekejaman komunis. Penduduk rela hati menawarkan diri menyertai pasukan keselamatan dan polis untuk mempertahankan tanah air.

Contoh risalah

edarkan risalah dengan kapal terbang.

c. Konsep Kawasan Hitam dan Kawasan Putih


Kawasan hitam merupakan kawasan yang terdapat kegiatan komunis yang aktif dan dikenakan perintah berkurung. Perintah berkurung- larangan kepada setiap individu daripada keluar rumah bermula pukul 6 petang hingga 6 pagi. Kawasan putih ialah kawasan bebas daripada ancaman komunis. Contoh kawasan putih: Melaka, Trengganu, Kedah, Perlis dan Negeri Sembilan. Ia diisytiharkan oleh Sir Gerald Templer pada tahun 1954.

d. British Melonggarkan Syarat Kerakyatan Kepada Orang Cina


Tujuan menarik sokongan orang Cina terhadap usaha Perang Saraf Tahun 1952 seramai 1.2 juta orang Cina dan 180 ribu orang India menjadi warganegara Tanah Melayu. Ia menunjukkan pengorbanan orang Melayu terhadap kaum lain demi perpaduan dan kesejahteraan rakyat.

e. British Menaikkan Jumlah Hadiah Tentang Gerila Komunis


Diberikan kepada mereka yang berjaya menangkap dan memberi maklumat berkaitan komunis. Contoh:
Hadiah menangkap Chin Peng hidup atau mati sebanyak $250,000. Chin Peng merupakan Setiausaha PKM yang berasal dari Setiawan Perak dan nama sebenarnya Ong Boon Hua. Hadiah untuk menangkap atau membunuh orang kanan Chin Peng sebayak $200,000.

Tawaran hadiah ini telah disiarkan dalam surat khabar The Straits Times pada 1 Mei 1952 di Singapura.

f. Peranan Sultan dan Menteri Besar


Sultan dan Menteri besar setiap negeri sering mengingatkan rakyat tentang langkah-langkah kerajaan menentang komunis. Contoh:
Sultan Pahang- sentiasa ingatkan rakyatnya jangan terpedaya dengan janji komunis dan orang Melayu yang menyokong komunis dianggap perngkhianat negara. Menteri Besar Pahang- mengingatkan orang ramai kekejaman Tentera Bintang Tiga. Dato Onn Jaafar- menyeru rakyat membantu kerajaan menghapuskan komunis di Tanah Melayu.

Kerajaan berusaha menimbulkan kebencian rakyat terhadap komunis dengan menggelar mereka sebagai pengganas.

g. Menguatkuasakan Peraturan Catuan Bekalan Makanan


Pengganas komunis yang terdesak terpaksa bercucuk tanam untuk mendapatkan bekalan makanan sendiri di dalam hutan. Pasukan keselamatan berjaya gagalkan rancangan komunis dengan menyembur racun ke kawasan tanaman tersebut.

Tujuan menggalakkan pengganas komunis menyerah diri. Pada tahun 1955, sebanyak 40 juta risalah dan 12 juta pas pengampunan diedarkan dalam bahasa Melayu, Cina dan Tamil. Setiap hari Radio Malaya menyiarkan syarat tawaran pengampunan itu. Poster ditampal di serata tempat. Iklan dan wayang gambar digunakan untuk membantu penduduk memujuk pengganas komunis menyerah diri.

Pada akhir tahun 1953,PKM mengalami kebuluran. Mereka cuba berbaik-baik dengan Orang Asli untuk mendapatkan makanan. Namun, kerjaan telah segera bertindak dengan meletakkan Orang Asli di bawah perlindungan dan pengawasan kerajaan untuk menghalang pengganas komunis mempergunakan mereka.

*Persatuan Buruh Baru (New Democratic Youth League) telah ditubuhkan oleh PKM pada tahun 1948.

strategi-strategi PKM yang kekejaman telah gagal menghasut penduduk Tanah Melayu supaya menyokong mereka, tindakan kekerasan mereka hanya menakutkan ramai pihak. PKM gagal untuk mengawal hubungan yang ketat dengan pihak komunis luar kerana masalah perhubungan dan komunikasi. Disebabkan mereka bertindak di dalam hutan sahaja, tiada sebarang penyusunan gerakan boleh dibuat.

Ini menyebabkan usaha gerila mereka terbantut. Kejayaan-kejayaan pasukan tentera kerajaan memberi kesan psikologi kepada gerila komunis. Ramai antara mereka yang berpaling tadah (serah diri) termasuk tokoh-tokoh penting. Pada 30 Disember 1954, Osman Cina, Chow Fong dan Hor Leung menyerah diri.
* Osman Cina dianggap orang kelima penting dalam PKM dan ahli propaganda.

Dalam Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan tahun 1955, Parti Perikatan mengemukakan manifesto yang menjanjikan kemerdekaan segera dan menamatkan darurat. Tunku Abdul Rahman berjanji jika diberi mandat akan berunding dengan pihak komunis. Pada Oktober 1955, Chin Peng menulis surat kepada Tunku untuk mengadakan rundingan.

Surat Chen Peng kepada Tunku Abdul Rahman

Pada 28 dan 29 Disember 1955, pertemuan antara Tunku dengan Chin Peng diadakan di pekan Baling, Kedah iaitu di Sekolah Inggeris Baling.

Chin Peng setibanya di Baling.

Rundingan ini diwakili oleh:


Wakil kerajaan PTM- Tunku Abdul Rahman, David Marshall dan Tun Tan Cheng Lock Wakil PKM- Chin Peng, Chien Tien dan Rashid Maidin

Tunku meminta supaya Chin Peng membubarkan PKM, meletak senjata dan menyerah diri. Chin Peng pula mengenakan syarat:

PKM hanya akan letak senjata dan menyerah diri sekiranya kerajaan bersetuju mengakui PKM sebagai sebuah parti politik yang sah.
Hasilnya pertemuan tersebut gagal kerana Tunku enggan bertolak ansur dengan syarat Chin Peng.

Rundingan gagal

Alasan Tunku Abdul Rahman: Fahaman komunis tidak sesuai Fahaman komunis tidak sesuai dalam dalam kehidupan masyarakat berbilang kaum berbilang di Tanah Melayu. kehidupan masyarakat kaum di Beliau Melayu. sedia berunding dengan PKM pada bila-bila Tanah masa jika PKM berubah fikiran. Beliau sedia berunding dengan PKM pada bila-bila masa jika PKM berubah fikiran. Tanah Melayu mencapai kemerdekaan semasa undang-undang darurat belum ditamatkan lagi. Apabila Tanah Melayu merdeka, pengaruh komunis semakin merosot. Pada 31 Julai 1960, kerajaan isytiharkan darurat tamat.

Setelah darurat tamat, pasukan keselamatan meneruskan operasi-operasi susulan dengan bantuan Angkatan Tentera Diraja Thailand dan polis di sempadan Malaysia-Thailand untuk menghapuskan saki baki kumpulan PKM yang bergiat semula.
Setelah 34 tahun selepas Rundingan Baling, PKM akhirnya bersetuju mengadakan perjanjian damai.

Kerajaan Thai menjadi orang tengah dalam proses rundingan perdamaian yang diadakan di Hadyai, Thailand. Pada 2 Disember 1989, perjanjian damai ditandatangani oleh Malaysia dan PKM dengan PKM bersetuju meletak dan menyerahkan senjata sepenuhnya serta menamatkan ancaman mereka di Tanah Melayu.

You might also like