You are on page 1of 28

4.

PEMBINAAN SOALAN UJIAN

Soalan Objektif Soalan 1-3 Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1. ____________________lah yang mendapat tempat pertama dalam pertandingan melukis poster pada minggu lalu, kata Shahril kepada ibunya sambil menunjuk ke arah Zafirul. A B C D Mereka Dia Saya Anda

2. Adik-beradik saya akan ____________ di rumah nenek pada Tahun Baharu Cina nanti. A B C D bersemuka berkumpul bersepakat bermuafakat

3. Rambut adik ____________ setelah ditiup angin kencang. A B C D lintang-pukang tunggang-langgang kusut-masai kacau-bilau

Soalan 4 Pilih ayat yang betul.

4. A B

Nurul Hafiza akan memakai baju biru pada malam semalam. Semua murid-murid dikehendaki beratur di tapak perhimpunan pada setiap pagi.

Kakak membeli seutas rantai emas dan sebentuk cincin berlian di Kedai Emas Seri Pinang.

Cikgu Zaid berasal daripada Kelantan.

Soalan 5 Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan. 5. Nabila sedang membasuh baju kebaya yang dibeli di Butik Andaman pagi tadi.

Baju kebaya yang dibeli di Butik Andaman pagi tadi sedang dibasuh oleh Nabila.

B C D

Butik Andaman membasuh baju yang sedang dibeli oleh Nabila pagi tadi. Pagi tadi Nabila membasuh baju kebaya yang dibeli di Butik Andaman. Nabila membeli Butik Andaman yang menjual baju kebaya pagi tadi.

Soalan 6-7

Pilih peribahasa yang sesuai berdasarkan ayat.

6.

Adila

___________

menerima

kadatangan

rakan-rakannya

pada

majlis

pertunangannya. A B C D makan hati baik hati iri hati besar hati

7. Kumaresan melihat pertengkaran antara Johan dan Daud namun dia tidak mahu ___________. A B C D campur tangan lepas tangan cuci tangan panjang tangan

8. Aziman mengikut sahaja kata kekasih hatinya walaupun duitnya habis dilaburkan kepada wanita itu.

A B C D

bagai telur di hujung tanduk. bagai isi dengan kuku bagai melukut di tepi gantang bagai lembu dicucuk hidung

9. Keadaan pusat peranginan itu tidak seperti yang diuar-uarkan di kaca televisyen.

A B C D

bak cendawan tumbuh selepas hujan indah khabar dari rupa melentur buluh biarlah dari rebungnya bagai aur dengan tebing

Soalan 10 10. Pasukan bola tampar Sekolah Kebangsaan Taman Mutiara kecundang pada peringkat separuh akhir. Pilih perkataan berlawanan bagi kecundang. A B C D mara tewas menang kandas

Soalan 11-20 Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang disediakan.

Laporan Kegiatan Persatuan Matematik Dan Sains Sekolah Kebangsaan Sri Cempaka

Persatuan Matematik dan Sains dibentuk pada 23 Januari 2006. Anggota persatuan ini berjumlah 60 orang. Mereka terdiri daripada pelajar Tahun Empat hingga Tahun Enam. Persatuan ini dibentuk untuk meningkatkan taraf pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Sains dan Matematik. Selain itu, melalui persatuan ini, pelajar dapat bertukar-tukar pendapat tentang pelajaran masing-masing. Persatuan ini telah menjalankan beberapa kegiatan sepanjang tahun 2010. Kegiatan-kegiatan tersebut berbentuk akademik dan bukan akademik. Kegiatan pertama yang kami jalankan ialah Peraduan Menulis Esei Tentang Sains. Sambutan yang diberikan terhadap peraduan ini adalah sangat menggalakkan. Peraduan ini dimenangi oleh Suriani Mat Zin, pelajar Tahun Enam Mawar. Kami juga menganjurkan ceramah tentang Sains dan Matematik. Ceramah ini disampaikan oleh pensyarah dari Universiti Malaya. Selain itu, kami turut mengadakan gotong-royong membersihkan kawasan sekolah. Kami memperindahkan kawasan taman sekolah dengan menanam berbagai jenis bunga dan menamakan pohon-pohon tersebut mengikut istilah Sains. Pada cuti penggal kedua persekolahan, kami mengadakan lawatan ke Taman Ular di Batu Pahat. Hasil lawatan ini, kami banyak memperolehi pengetahuan tentang penyelidikan yang dijalankan oleh pihak Institut Penyelidikan Perubatan Malaysia di situ. Keseluruhannya, kami berpuas hati dengan kegiatan-kegiatan yang kami jalankan. Hal ini kerana semua ahli memberikan komitmen yang tinggi untuk setiap aktiviti yang dijalankan. Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada guru penasihat, Cikgu Rosyah Jaafar yang banyak memberikan bimbingan kepada kami.

Disediakan oleh,

25 Januari 2011

Azmi Sulaiman
_______________ (AZMI SULAIMAN) Setiausaha Persatuan Matematik dan Sains Sekolah Kebangsaan Sri Cempaka.

11. Bilakah Persatuan Matematik dan Sains Sekolah Kebangsaan Sri Cempaka ditubuhkan? A B C D 20 September 2010 23 Januari 2011 23 Januari 2006 25 Januari 2011

12. Apakah aktiviti yang dijalankan oleh persatuan tersebut sepanjang tahun 2011? A Pertandingan mewarna, lawatan ke Taman Ular Batu Pahat, Ceramah Sains dan Matematik B Pertandingan menulis esei, lawatan ke Taman Ular Batu Pahat, Ceramah Sains dan Matematik, gotong-royong membersihkan taman sekolah C pertandigan menulis esei, lawatan ke Taman Ular Batu Pahat, gotongroyong membersihkan taman sekolah D Lawatan ke Taman Ular Batu Pahat, Ceramah Sains dan Matematik, gotong-royong membersihkan taman sekolah, pertandingan melukis poster

13.

Siapakah Guru Penasihat Persatuan Matematik dan Sains, Sekolah Kebangsaan Sri Cempaka? A B C D Cikgu Rosyah Jaafar Cikgu Azmi Sulaiman Cikgu Suryani Mat Zin Cikgu Rahman Bakar

14.

Apakah kesimpulan penulis mengenai segala aktiviti yang telah dijalankan oleh Persatuan Matematik dan Sains pada tahun 2010? A Semua ahli persatuan kurang berpuas hati terhadap aktiviti yang dijalankan kerana kurang sambutan daripada warga sekolah. B Semua ahli persatuan ini berpuas hati terhadap setiap aktiviti yang dijalankan kerana semua ahli persatuan memberikan komitmen yang baik. C Semua ahli persatuan perpuas hati terhadap aktiviti yang dijalankan kerana mendapat peruntukan daripada pihak sekolah. D Semua ahli persatuan kurang berpuas hati terhadap aktiviti yang dijalankan kerana aktivti yang dijalankan kurang menarik.

15.

Pada pendapat anda, apakah nilai yang diamalkan oleh ahli Persatuan Matematik dan Sains Sekolah Kebangsaan Sri Cempaka bagi memastikan setiap aktiviti yang dijalankan berjaya? A B C D keimanan kesopanan kerjasama kesyukuran

Soalan 16-20

49, Kampung Sepakat, 22000 Jerteh, Terengganu. 12 September 2011 Menemui sahabatku Noorhanim yang berada di Kampung Delima. Semoga berada dalam keadaan sihat sejahtera. Saudari, Saya berharap saudari masih tidak melupai saya. Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk mengajak saudari datang ke rumah saya pada cuti hujung bulan nanti. Untuk pengetahuan saudari, buah-buahan di kebun ayah saya di Kampung Bahagia sedang masak ranum. Buah-buahan pada musim ini sungguh menjadi, terutama manggis. Ayah saya memajakkan sebahagian sahaja. Selebihnya ditinggalkan supaya keluarga serta sahabat handai kami sama-sama dapat merasainya. Saya berharap Noor tidak keberatan untuk datang ke rumah saya. Saudari juga boleh mengajak keluarga serta kawan-kawan saudari datang bersama-sama. Boleh mereka sama-sama merasai keenakan buah manggis, rambutan, langsat serta durian. Saya berharap saudari bersetuju dan memberitahu saya secepat mungkin. Saya akan menunggu kedatangan saudari itu. Sampai di sini sahaja yang sempat saya coretkan untuk kali ini. Akhir kata, sambutlah salam mesra daripada saya untuk saudari sekeluarga. Semoga kita dapat bertemu nanti. Yang benar,

Farah

16. Siapakah nama rakan penulis? A B C D Fatin Noorhanim Farah Alia

17. Apakah tujuan penulis mengajak rakannya datang ke rumah pada cuti sekolah nanti? A B C D untuk melepaskan rindu untuk berkenalan dengan keluarga rakannya untuk mengulangkaji pelajaran bersama untuk mengajak rakannya menikmati buah-buahan

18. Apakah jenis buah-buahan yang terdapat di dusun buah-buahan ayah penulis? A B C D pisang, durian, langsat, rambutan manggis, durian, langsat, tembikai manggis, langsat, durian, rambutan tembikai, langsat,pisang, rambutan

19. Di manakah lokasi rumah penulis? A B C D Kampung Sepakat Kampung Delima Kampung Bahagia Kampung Sentosa

20. Apakah nilai murni yang ditunjukkan oleh penulis terhadap rakannya? A B C D baik hati keberanian kerjasama simpati

Soalan Struktur Faedah Menabung

Menabung bermaksud menyimpan sebahagian wang untuk masa hadapan. Sikap suka menabung perlu dipupuk sejak kecil. Menabung memberi banyak faedah kepada kita. Antara kebaikan menabung ialah kita dapat mengamalkan sikap berjimat-cermat. Oleh sebab itu, kita perlu merancang segala perbelanjaan harian. Kita hendaklah membawa bekalan air dan makanan ke sekolah. Justeru, baki duit yang diberi ibubapa dapat disimpan ke dalam tabung. Apabila kita menabung, kita mempunyai wang simpanan. Wang simpanan ini boleh digunakan untuk menampung wang perbelanjaan kita untuk melanjutkan pelajaran ke universiti. Selain itu, wang simpanan juga membantu kita membeli barangbarang keperluan diri kita sendiri. Ibu bapa pasti akan berasa bangga dengan sikap kita yang pandai berjimat cermat dan berdikari itu. Menabung juga dapat membantu keluarga apabila ditimpa kesusahan. Jika kita sakit wang itu juga boleh digunakan untuk mendapatkan rawatan. Selain itu, wang ini juga boleh digunakan jika ahli keluarga kita sakit atau ditimpa kemalangan. Justeru kita tidak perlu meminta-minta kepada orang lain. Sesungguhnya menabung adalah amalan mulia dan banyak manfaatnya. Bak kata pepatah, 'ingat sebelum kena, jimat sementara belum habis'. Oleh itu , mulalah menabung dari sekarang kerana 'sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit.

1. Apakah maksud menabung?

2. Bagaimanakah kita dapat mengamalkan sikap berjimat-cermat melalui aktiviti menabung?

3. Apabila menabung, kita mempunyai wang simpanan. Apakah yang boleh kita lakukan melalui wang simpanan tersebut?

4. Apakah faedah lain menabung selain dapat mengamalkan sikap berjimat-cermat dan mempunyai wang simpanan pada masa akan datang?

5. Apakah maksud peribahasa sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit yang terdapat dalam perenggan terakhir petikan?

Soalan Esei Tulis sebuah karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 80 patah perkataan.

Pada 16 Mei yang lalu, sekolah anda telah mengadakan Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah. Sebagai Wartawan Buletin Sekolah, kamu dikehendaki menulis satu laporan mengenai lawatan ke Sambutan Hari Guru yang telah diadakan. Tulis laporan kamu selengkapnya.

5.0

INSTRUMEN PEMARKAHAN / PERATURAN MEMBERI MARKAH

Soalan Objektif 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. B B C C A D A D B

10. B 11. C 12. B 13. A 14. B 15. C 16. B 17. D 18. C 19. A 20. A

(SETIAP JAWAPAN YANG BETUL AKAN DIBERIKAN 2 MARKAH)

Soalan Struktur 1. Menabung bermaksud menyimpan sebahagian wang untuk masa hadapan. 2. Kita dapat mengamalkan sikap berjimat-cermat melalui aktiviti menabung dengan cara merancang segala perbelanjaan harian. 3. Wang simpanan boleh digunakan untuk menampung wang perbelanjaan kita untuk melanjutkan pelajaran ke universiti dan dapat membantu kita membeli barang-barang keperluan diri kita sendiri. 4. Faedah lain menabung selain dapat mengamalkan sikap berjimat-cermat dan mempunyai wang simpanan pada masa akan datang adalah dapat membantu keluarga apabila ditimpa kesusahan. 5. Dua peribahasa yang dapat dikaitkan dengan amalan menabung adalah ingat sebelum kena, jimat sementara belum habis dan sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit.

Soalan Esei Format Laporan Tajuk laporan Pendahuluan

Isi 1

Isi 2

Isi 3

Penutup

Disediakan oleh, (NAMA PELAPOR) Jawatan, Nama persatuan/institusi.

Tarikh.

Tajuk laporan

: ditulis dengan huruf besar pada setiap awal perkataan dan digariskan

Pendahuluan

: permulaan laporan. Biasanya terkandung maklumat- maklumat umum

Isi Penutup

: ditulis dan dikembangkan mengikut urutan : kesimpulan, harapan

Pengakuan pelapor : - Contoh : Disediakan oleh, Ditulis sebelah kiri laporan diikuti dengan koma (,) Melangkaui beberapa baris selepas perenggan penutup

Tandatangan pelapor : ditulis sebelah kiri laporan iaitu dibawah pengakuan pelapor Nama, Jawatan dan Persatuan / Institusi Pelapor : - Nama ditulis dengan huruf besar di dalam kurungan - Jawatan ditulis di bawah nama berserta koma (,) - Persatuan / Institusi ditulis di bawah jawatan pelapor berserta noktah (.) Tarikh :- ditulis sebelah kanan dan bertentangan dengan pengakuan pelapor noktah (.) di belakang tarikh

Peraturan Memberi Markah (PMM) Format

Instrumen Pemarkahan Laporan 1-9 10-17 18-25 26-30 Lemah Memuaskan Baik Cemerlang Markah 1-9 (Lemah) 10-17 (Memuaskan) 18-25 (Baik) 26-30 (Cemerlang) Jumlah (%)

Aspek yang dinilai

Format (25%)

Penggunaan Bahasa (20%) Isi (25%)

Tanda baca dan ejaan (20%) Kosa Kata (10%)

JUMLAH KESELURUHAN

: __________ MARKAH

Rubrik Pemarkahan Aspek yang dinilai Format 1- 10 Lemah Tiada / salah letak tajuk, pengakuan pelapor, tarikh, tandatangan, nama dan jawatan pelapor Markah Sederhana Tiada / salah letak sebahagian daripada format laporan Baik Format laporan lengkap namun tiada / salah letak tanda noktah (.) atau koma (,) Penggunaan Bahasa Penulisan menggunakan bahasa dialek dan sukar difahami Keseluruhan / sebahagian laporan menggunakan bahasa yang campuran (bahasa rojak) dan sukar difahami Menggunakan bahasa campuran (bahasa rojak) pada sesetengah perkataan namun masih boleh difahami Cemerlang Ada tajuk, pengakuan pelapor, tarikh, tandatangan, nama dan jawatan pelapor Bahasa yang digunakan gramatis

Isi

Tiada isi / isi tidak

Hanya

Isi mencukupi tetapi kurang pengolahan / pengolahan kurang menarik

Jumlah isi dan pengolahan yang sangat baik sesuai dengan tajuk laporan

bertepatan dengan kemukakan 1 tajuk laporan atau 2 isi dan tidak mempunyai pengolahan yang menarik Tanda baca dan ejaan Terlalu banyak kesalahan tanda baca dan ejaan sehingga karangan sukar difahami Penggunaan tanda baca yang terhad dan terdapat banyak kesalahan ejaan.

Terdapat beberapa kesalahan tanda baca dan ejaan tetapi tidak menjejaskan karangan.

Penggunaan tanda baca dan ejaan yang tepat.

Kosa kata

Penggunaan kosa kata yang tidak sesuai dengan tajuk laporan.

Penggunaan kosa kata yang sesuai namun terhad dan terdapat sedikit kesalahan kosa kata

Penggunaan kosa kata yang sesuai dengan tajuk laporan dan sederhana banyak

Penggunaan kosa kata yang meluas serta sesuai dengan tajuk laporan

Laporan Sambutan Hari Guru Sekolah Kebangsaan Teluk Ketapang

Pada 16 Mei yang lalu, Sekolah Kebangsaan Teluk Ketapang telah mengadakan Sambutan Hari Guru. Sambutan Hari Guru pada tahun ini sungguh meriah. Semua guru dan murid terlibat dalam sambutan ini. Tujuan sambutan ini diadakan adalah untuk menghargai jasa guru yang telah mencurahkan ilmu kepada murid-murid. Para hadirin berkumpul di Dewan Besar pada jam 7.30 pagi. Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba sebagai tetamu khas sambutan pada kali ini. Guru bersar memberikan ucapan. Seterusnya, tetamu khas dan wakil murid pula berucap. Ikrar guru dilafazkan oleh semua guru Sekolah Kebangsaan Teluk Ketapang. Selepas itu, guru-guru dan murid-murid membuat persembahan. Semua hadirin yang hadir berasa terhibur dengan persembahan guru dan murid. Kemudian, sukaneka untuk para guru dan murid pula dijalankan. Antara permainan yang diadakan adalah lari dalam guni, tarik upih dan bola jaring. Pertandingan bola sepak diadakan sebagai acara kemuncak. Selepas itu, para hadirin menjamu selera di kantin sekolah. Pada masa yang sama, murid-murid memberi hadiah kepada guru masing-masing sebagai tanda penghargaan. Sambutan Hari Guru berakhir pada jam 12.30 tengah hari. Para hadirin bersurai. Ahli Jawatankuasa Kebersihan bertanggungjawab membersihkan dewan sebelum

pulang. Pihak sekolah berharap agar sambutan pada tahun hadapan meriah seperti tahun ini. Disediakan oleh, 20 MEI 2011

Nurul Shafirah
(NURUL SHAFIRAH BINTI KARIM) Setiausaha, Lembaga Pengawas Sekolah, Sekolah Kebangsaan Teluk Ketapang. BIBLIOGRAFI

Abd Aziz Abd Talib et al. 1989. Pengajaran dan Pengujian Bahasa. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise. Azman Wan Chik. 1982. Ujian Bahasa Malaysia : Panduan dan Teknik. . Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd Azman Wan Chik. 1987. Isu-isu Dalam Pengukuran dan Penilaian Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka

REFLEKSI Nama No. K/P : Siti Aida binti Murhazan : 910429-01-5006

Assalamualaikum w.b.t Pertama sekali saya ingin memanjatkan setinggi-tinggi syukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya saya masih lagi meneruskan kehidupan di muka bumi ini. Seterusnya saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Dr. Zarina binti Ahmad atas penerangan secara terperinci tentang cara melaksanakan Kerja Kursus Berasaskan Ilmu (KKBI) bagi mata pelajaran Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah ini. Terima kasih juga diucapkan kerana membimbing saya dan rakan sekumpulan, Muhammad Muaz bin Sariff dalam menyempurnakan kerja kursus ini. Selain itu, saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada rakan sekumpulan saya, Muhammad Muaz bin Sariff yang telah memberikan komitmen yang sangat tinggi dalam menyiapkan kerja kursus ini supaya hasil kerja kami berkualiti dan dapat disiapkan dalam tempoh masa yang ditetapkan. Pada kesempatan ini juga saya ingin merakamkan ucapan penghargaan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam membantu kami menjayakan Kerja Kursus Berasaskan Ilmu (KKBI) ini.

Sepanjang melaksanakan tugasan ini banyak ilmu baharu yang saya peroleh. Antara pengalaman yang saya peroleh adalah ilmu pengetahuan saya mengenai subjek Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah semakin meningkat. Saya telah membaca nota-nota yang diberikan oleh pensyarah, dan nota-nota dari buku rujukan untuk menyempurnakan tugasan ini. Berdasarkan nota yang telah saya baca, saya menjadi lebih faham dan yakin untuk mencipta Jadual Spesifikasi Ujian (JSU), soalan ujian, dan instrumen pemarkahan. Saya juga melakukan perbincangan bersama ahli kumpulan sekiranya terdapat perkara yang kurang difahami. Selain itu, melalui pembacaan, saya berasa lebih yakin untuk menghadapi peperiksaan yang bakal menjelang. Di samping itu, kerja kursus ini menguji kreativiti saya dan rakan sekumpulan dalam menghasilkan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU), soalan ujian dan instrumen pemarkahan bagi soalan yang telah disediakan. Walaupun saya berasa tugasan ini agak mencabar, saya dan rakan sekumpulan menyahut cabaran tersebut. Ternyata membina soalan ujian bukanlah suatu perkara yang mudah. Baru kini saya sedar akan cabaran menjadi seorang guru. Saya merujuk nota dan contoh-contoh JSU dan soalan dari buku dan internet. Akhirnya, saya dan rakan sekumpulan berjaya menyiapkan JSU, soalan ujian dan instrumen pemarkahan bagi subjek Bahasa Melayu Tahun 5. Kami berasa gembira apabila tugasan ini selesai. Tambahan lagi, sepanjang melaksanakan kerja kursus ini, saya sedar bahawa kerjasama antara ahli kumpulan penting bagi memastikan tugasan ini dapat disiapkan dengan jayanya. Oleh kerana kerja kursus ini bertindih dengan kerja kursus bagi subjek lain, saya dan rakan sekumpulan telah berbincang dan merancang kerja kami supaya semua kerja kursus kami dapat disiapkan tepat pada masanya. Saya bersyukur kerana segala perancangan kami berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Ini semua adalah berkat kerjasama dan komitmen daripada kami sekumpulan. Selain itu, kerja kursus ini mengajar saya erti kesabaran. Sesungguhnya untuk menghasilkan JSU, satu set soalan yang mengandungi 20 soalan objektif, satu soalan separa objektif dan satu soalan subjektif serta instrumen pemarkahan bukanlah mudah. Saya dan rakan sekumpulan terpaksa membaca nota dan melihat contoh soalan, dan

JSU secara berulang kali untuk memastikan kami dapat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Berkat kesabaran kami berdua, tugasan ini berjaya disiapkan tepat pada masanya. Selain itu, tugasan kerja kursus bagi subjek Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah ini juga menjadikan saya lebih rajin membaca. Hal ini terbukti apabila saya mencari dan membaca pelbagai maklumat dari internet berkaitan tugasan yang perlu diselesaikan. Saya sedar bahawa banyak nota-nota yang boleh digunakan sebagai panduan dalam melaksanakan tugasan ini di laman sesawang tertentu. Nota-nota tersebut dijadikan rujukan kepada kami sekumpulan bagi menyiapkan tugasan kerja kursus pendek ini. Rakan sekumpulan saya juga berkongsi nota yang mereka temui di laman sesawang tertentu. Setelah semua nota dikumpulkan, kami memilih nota-nota yang berkualiti untuk dimuatkan dalam kerja kursus ini. Tambahan lagi, kerja kursus ini merupakan latihan yang paling baik buat saya sebagai bakal guru. Hal ini kerana, sebagai seorang bakal guru bahasa Melayu, tentu saya akan diminta menyediakan soalan ujian bagi subjek Bahasa Melayu kelak. Oleh itu, tugasan kerja kursus ini merupakan medium latihan terbaik buat saya. Saya dapat belajar tentang cara menyediakan soalan ujian. Saya telah menjadikan pelbagai contoh soalan ujian, JSU dan instrumen pemarkahan sebagai rujukan untuk tugasan ini. Di samping itu, tugasan kerja kursus bagi mata pelajaran Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah ini telah menaikkan semangat saya untuk mendidik anak bangsa. Saya sedar akan tanggungjawab guru yang sangat besar. Tanggungjawab guru bukan sahaja mengajar murid-murid, namun tugas guru adalah untuk mendidik murid-murid iaitu bukan sahaja dari sudut akademik. Guru juga bertanggungjawab memupuk nilai murni, dan sifat-sifat yang baik dalam diri murid. Cabaran sebagai seorang guru juga akan bertambah dalam masa beberapa tahun akan datang. Hal ini kerana, murid-murid pada masa hadapan tidak sama dengan murid-murid dahulu dan kini. Oleh itu, saya perlu mempersiapkan diri dengan segala ilmu dan kemahiran untuk menangkis segala cabaran dan masalah yang bakal dihadapi.

Tuntasnya, kerja kursus bagi mata pelajaran Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah ini memberi banyak faedah dan pengalaman baru kepada saya. Akhir sekali, sekali lagi saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Dr. Zarina binti Ahmad dan rakan sekumpulan, Muhammad Muaz bin Sariff yang telah banyak memberi sumbangan dalam menyempurnakan kerja kursus ini. Semoga segala ilmu yang telah saya peroleh ketika menyiapkan kerja kursus ini dapat dimanfaatkan dalam misi untuk menjadi warga pendidik kelas pertama pada masa hadapan.

Sekian, terima kasih.

BORANG KOLABORATIF KKBI BMM 3103 (PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH)

NAMA PELAJAR

: MUHAMMAD MUAZ BIN SARIFF (910403-01-5753) : SITI AIDA BINTI MURHAZAN (910429-01-5006)

KUMPULAN

: PISMP SEMESTER 2

MATA PELAJARAN : BMM 3103 (PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH) PENSYARAH PEMBIMBING : DR. ZARINA BINTI AHMAD TARIKH PERKARA DIBINCANGKAN YANG CATATAN TANDA TANGAN

-Penyerahan 01/08/2011 KKBI BMM 3103

tugasan ..

-Pensyarah memberikan penerangan tentang

(Muhammad Muaz bin Sariff)

cara pelaksanaan kerja kursus. . (Siti Aida binti

Murhazan)

. (Dr. Zarina binti Ahmad) 03/08/2011 -Pembahagian tugasan .. (Muhammad Muaz bin Sariff)

. (Siti Aida binti

Murhazan)

21/9/2011

-Menunjukkan instrumen

draf penilaian .. (Muhammad Muaz bin Sariff)

kepada pensyarah

. (Siti Aida binti

Murhazan) .. (Dr.Zarina Ahmad) bt

. ()

.. ()

. (Siti Aida binti

Murhazan)

. ()

LAMPIRAN

You might also like