You are on page 1of 6

Amalan-Amalan Yang Membawa Kepada Riddah 1. Tangkal Tangkal wujud dalam pelbagai bentuk.

Ada yang menggunakan benang, tulang, kayu dan sebagainya. Ada yang diletakkan di pintu rumah, meletak gunting bawah bantal, digantung di leher, meletak surah yasin di sebelah ketika tidur dan sebagainya.


"Sesungguhnya jampi-jampi (yang syirik), tangkal, dan guna-guna (sihir yang selalu isteri kenakan pada suami) adalah syirik". [HR. Ahmad dalam Al-Musnad (1/381), Abu Daud dan lain-lain]

Termasuk tangkal ialah apabila kita menggantung ayat al-Quran seperti ayat Kursi, surah 3 kul dengan mempercayai ia akan menghalang syaitan. Namun sekiranya menggantung untuk memudahkan ia dibaca maka ia tidaklah menjadi masalah.

2. Horoskop Horoskop sesuatu simbol bintang peribadi individu yang dapat diramal kebaikan atau

keburukannya. Bintang ini ditentukan berdasarkan tarikh lahir. Sebagai contoh, orang yang lahir antara 21 Mac hingga 19 April memiliki bintang Aries, orang yang lahir antara 20 April hingga 20 Mei memiliki bintang Taurus dan demikianlah seterusnya. Asal usul horoskop ialah menggunakan kedudukan bintang, planet dan matahari untuk meramalkan kebaikan atau keburukan.Rasulullah menolak amalan sedemikian kerana ia adalah satu bentuk kekafiran. Zaid bin Khalid al-Juhani radhiallahu 'anh menerangkan:

. . : : :

Kami bersolat subuh bersama Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam di Hudaibiyah setelah semalamnya turun hujan. Tatkala selesai, Nabi shallallahu 'alaihi wasallam menghadap orang ramai dan bersabda:Tahukah kalian apa yang difirmankan oleh Tuhan kalian? Mereka menjawab: Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallammenjawab (Allah berfirman): Pada pagi ini ada di antara hamba-Ku yang beriman kepada-Ku dan ada yang kafir. Adapun orang yang berkata hujan turun kepada kami kerana kurnia Allah dan rahmat-Nya, maka dia beriman kepada-Ku dan kafir kepada bintang. Sedangkan orang yang berkata hujan turun kepada kami kerana bintang itu dan ini, maka dia kafir kepada-Ku dan beriman kepada bintang. [Sahih al-Bukhari:846].

Bermain-main dengan horoskop sekadar suka-suka tetap berdosa walau tidak merosakkan akidah. Ia sama dengan pergi berjumpa bomoh walau tidak mempercayainya.Sabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam:

.
Sesiapa yang mengunjungi orang yang mendakwa mengetahui ilmu ghaib dan bertanya kepada dia sesuatu maka tidak akan diterima solatnya selama empat puluh malam [Sahih Muslim:2230].

3. Merasakan Hukum Islam Tidak Sempurna Allah Taala berfirman :


Apakah hukum Jahiliyah yang mereka kehendaki, dan (hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin? (Al-Maidah : 50)

Sebagai contoh, seorang pelajar perempuan tingkatan tiga menyatakan kenapa perempuan kena pakai tudung, lelaki tidak, dan dia menyatakan bahawa ia tidak adil. Perkataan

seumpama ini boleh merosakkan akidah kerana ia menunjukkan kita tidak yakin dengan kesempurnaan hukum hakam Allah.

3.Menghina Hukum Islam

) ) 03( 92( ) ) 03( ) 00( 09( )03( )03( ( 03)


Sesungguhnya orang-orang yang berdosa, adalah mereka yang dahulunya (di dunia) mentertawakan orang-orang yang beriman. Dan apabila orang-orang yang beriman lalu di hadapan mereka, mereka saling mengedip-ngedipkan matanya. Dan apabila orang-orang berdosa itu kembali kepada kaumnya, mereka kembali dengan gembira. Dan apabila mereka melihat orang-orang mu'min, mereka mengatakan: "Sesungguhnya mereka itu benar-benar orang-orang yang sesat", padahal orang-orang yang berdosa itu tidak dikirim untuk penjaga bagi orang-orang mu'min. Maka pada hari ini, orang-orang yang beriman mentertawakan orang-orang kafir, mereka (duduk) di atas di tempat duduk sambil memandang. Sesungguhnya orang-orang kafir telah diberi ganjaran terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan. (al-Muthaffifin:29-36)

Ia seakan-akan tidak yakin dengan kesempurnaan Islam. Dosa ini termasuklah menghina orang yang melaksanakan Islam. Contohnya,hanya kerana kita tidak mahu bersolat, kita menyatakan bahawa orang yang solat juga yang turut melakukan maksiat.Antara contoh lain ialah apabila kita tidak mahu menutup aurat, lalu kita menghina orang yang menutup aurat.

5. Mempermainkan Agama

33( ) )33(

Dan jika kamu tanyakan kepada mereka (tentang apa yang mereka lakukan itu), tentulah mereka akan menjawab: "Sesungguhnya kami hanyalah bersenda gurau dan bermain-main saja". Katakanlah: "Apakah dengan Allah, ayat-ayat-Nya dan Rasul-Nya kamu selalu berolok-olok?" Tidak usah kamu minta ma`af, kerana kamu kafir sesudah beriman. Jika Kami memaafkan segolongan daripada kamu (lantaran mereka taubat), nescaya Kami akan mengazab golongan (yang lain) disebabkan mereka adalah orang-orang yang selalu berbuat dosa. (At-Taubah :65,66)

Ayat ini diturunkan ketika sebahagian umat Islam bergurau senda dengan perkataan yang menghina Islam dan umat Islam. Oleh itu,bergurau dengan perkara-perkara yang merendahkan Islam walau tanpa niat menghina, tetap merosakkan akidah. Ini sering berlaku walaupun sebenarnya gurauan itu tiada niat untuk menghina Islam. Contohnya, kita melihat seorang kawan memakai tudung, lalu kita menggelarnya sebagai mak nenek, ataupun ketika melihat seorang kawan berjanggut (membela janggut adalah sunnah), lalu kita mengejeknya sebagai kambing. Ia cenderung berlaku apabila kita sering bergurau-gurau tanpa menyedari bahawa ianya sudah melampaui batas.

6. Meniru Amalan Orang Bukan Islam Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam bersabda :


Barangsiapa yang menyerupai suatu kaum, maka dia termasuk sebahagian daripada mereka. [ HR. Ahmad dan Abu Daud. Syaikh Al Albani mengatakan hadis ini sahih Irwaul Gholil no. 1269] Ini termasuklah merayakan sambutan atau budaya orang bukan Islam seperti Krisma, Hallowen. Sama juga apabila meniru pakaian yang menjadi ciri khusus orang kafir, dan ciri khusus ajaran sesat seperti black metal, skinhead, gothic dan lain-lain. Apa sahaja

ciri,penampilan atau amaln yang melambangkan golongan kafir atau golongan fasiq hendaklah dijauhi.

7. Cinta Melebihi Cinta Kepada Allah Firman Allah Subhanahu wa Taala:


Dan di antara manusia ada yang mengambil selain dari Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah): mereka mencintainya sebagaiman mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang beriman itu lebih mencintai Allah (berbanding selainnya). [al-Baqarah 2:165]

Fenomena cinta di kalangan remaja, hingga sanggup menggadai maruah, sangat ditakuti dan turut memberi kesan rosaknya akidah akibat mencintai kekasih melebihi Allah. Salah satu contoh yang jelas mnunjukkan kerosakan akidah ialah melalui ucapan my boyfriend is like my GOD to me.

8. Percaya Kepada Perkara Sial Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

.
Tidak boleh menjangkitkan penyakit, tidak boleh mempercayai nasib yang baik atau buruk pada burung, tidak boleh mempercayai Hama dan tidak boleh (mempercayai kecelakaan) pada bulan Safar, dan larilah kamu dari penyakit Kusta sebagaimana kamu lari dari seekor singa [Sahih al-Bukhari secara taliq] Ini termasuklah jika kita mempercayai sekiranya ada biawak yang melintas maka akan ada nasib buruk, jika pinggan pecah ada sesuatu tidak elok berlaku dan sebagainya.

9. Berjumpa Bomoh

.
Sesiapa yang mengunjungi orang yang mendakwa mengetahui ilmu ghaib lalu membenarkannya atau menyetubuhi isterinya yang sedang haid atau menyetubuhi isterinya dari duburnya, maka dia telah lepas (keluar) daripada apa yang diturunkan ke atas Muhammad (yakni Islam) [Sunan Abu Daud:3904]

Sesungguhnya hal-hal ghaib hanya diketahui Allah berdasarkan firman Allah yang berikut: Tuhanlah sahaja yang mengetahui segala yang ghaib, maka Dia tidak memberitahu perkara ghaib yang diketahui-Nya itu kepada sesiapapun; melainkan kepada mana-mana Rasul yang diredhai-Nya(untuk mengetahui sebahagian dari perkara ghaib yang berkaitan dengan tugasnya). [al-Jin 72:26-27]

You might also like