You are on page 1of 44

HUBUNGAN ETNIK WAJ 3106 SEMESTER 3 2013

: FATIN AMEERA BINTI ZAHARI NO.KAD PENGENALAN : 920316-085330 NAMA PENSYARAH : ENCIK KHAIRAZMY BIN MAT NOR NAMA

TAJUK TUGASAN
Membincangkan tentang isu pluraliti selepas merdeka dari perspektif pendidikan. Menerangkan pembangunan ekonomi dalam konteks hubungan etnik di Malaysia dan luar negara.

PENGERTIAN
Pluralisme Ideologi yang menyamaratakan kepercayaan dan pegangan yang berbeza dalam masyarakat. Pluraliti Wujudnya kepelbagaian bangsa, agama di suatu tempat pada satu masa secara semulajadimasyarakat Melaka

Pluralistik Wujudnya kepelbagaian bangsa, agama di suatu tempat pada satu masa secara dirancang dipaksakan oleh pihak-pihak tertentu yang berkepentingan era penjajah British

ISU PLURALITI SELEPAS MERDEKA DARI PERSPEKTIF PENDIDIKAN Sehingga Penyata Razak 1956, tiada terdapat satu sistem pendidikan nasional di Tanah Melayu. Hanya wujud empat aliran pendidikan yang berbeza iaitu :
Melayu Inggeris Cina India

Setiap kumpulan etnik mempunyai adunan dan acuan pendidikan yang berbeza. Selain perbezaan dalam aliran pendidikan, kerencaman sistem pendidikan juga dapat dilihat daripada sudut kurikulum, sukatan mata pelajaran serta orientasi matlamatnya. Bagi aliran pendidikan Cina dan India, kurikulum, sukatan mata pelajaran dan orientasinya berdasarkan negara asal mereka.

Namun, sistem pendidikan negara era pascamerdeka telah berubah kepada satu corak baharu yang berorientasikan unsurunsur tempatan. Sistem pendidikan kebangsaan telah dibentuk berasaskan keseragaman kurikulum,sukatan mata pelajaran dan orientasi. Usaha ke arah ini telah dilakukan semenjak sebelum merdeka lagi iaitu melalui Penyata Razak 1956 dan Penyata Rahman Talib 1960.

Matlamat utama dasar pendidikan menurut kedua-dua penyata tersebut ialah untuk menyatukan kanak-kanak daripada berbilang etnik di bawah satu sistem pendidikan kebangsaan dengan menggunakan satu bahasa pengantar tunggal iaitu Bahasa Melayu. ( Wan Hashim, 1983)

Dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan bagi kemerdekaan pada 1957 : -Bahasa Melayu telah dijadikan bahasa kebangsaan. -Bahasa Inggeris diguna sebagai bahasa rasmi.

Pucuk pimpinan parti Perikatan telah mencapai kesepakatan pada 1956 dan bersetuju dengan Akta Pendidikan 1957 atas prinsip :
i. Sekolah pelbagai aliran dibenarkan dan pengajaran dalam bahasa ibunda masing-masing dibenarkan.

ii.

Oleh sebab Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan,maka di sekolah-sekolah Cina dan Tamil wajib mengajar Bahasa Melayu sebagai salah satu daripada mata pelajaran

iii. Pendekatan dalam mata pelajaran sejarah, geografi dan buku-buku teks yang lain mestilah berteraskan Malaysia

iv. Bukan lagi berteraskan China dan India (John Lowe, 1960)

Penggunaan Bahasa Melayu sebagai alat untuk penyatuan telah diiktiraf tanpa menjejaskan bahasa etnik-etnik lain melalui proses musyawarah berdasarkan persetujuan parti Perikatan terhadap Penyata Razak 1956 dan Rahman Talib 1960.

Penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan juga mempunyai motif ekonomi yang tersirat seperti tercatat di dalam Laporan Jawatankuasa Barnes 1951. Manifestasi motif ekonomi dalam sistem pendidikan bersandarkan kepada kedudukan etnik Melayu yang jauh ketinggalan berbanding dengan etnik bukan Melayu. Kebimbangan etnik Melayu semakin meningkat dengan statistik kemasukan pelajar ke institusi pengajian tinggi.

Selepas tragedi 13 Mei 1969 Parti UMNO yang menerajui Parti Perikatan telah menegaskan bahawa pendidikan perlu diseimbangkan bagi memperkasakan orang Melayu. Mulai Jun 1969 Kerajaan telah melaksanakan penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama di semua sekolah bantuan kerajaan. Kerajaan telah merumuskan dasar kuota dan biasiswa bagi kemasukan ke universiti sebagai tindakan pengukuhan.

Kerajaan juga telah mengambil langkah memperbanyak penubuhan institusi pengajian tinggi bagi mempertingkat bilangan pelajar Melayu ke universiti. Golongan bukan Bumiputera (khususnya masyarakat Cina) merasakan satu keperluan untuk melindungi budaya warisan nenek moyang dengan menggunakan wadah pendidikan. Maka, masyarakat Cina masih mempertahankan sekolah jenis kebangsaan Cina.

Namun, sukatan pelajaran di sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina adalah selaras dengan apa yang ditetapkan oleh KPM. Ini kerana bagi memastikan perpaduan negara dan pembinaan bangsa Malaysia dapat dicapai.

PEMBANGUNAN EKONOMI DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA DAN LUAR NEGARA

KONSEP PEMBANGUNAN EKONOMI


Dalam erti kata yang seluas-luasnya, pembangunan adalah difahami sebagai suatu proses yang menyebabkan sesuatu negara miskin menjadi kaya. Kadang-kadang negara yang kaya menjadi lebih kaya lagi

(Berger, dalam Hazil (1990 :18)

Pembangunan ekonomi sebenarnya adalah untuk memperbaiki kualiti taraf hidup atau kebajikan penduduk bagi generasi hari ini dan akan datang
(Bartelmus, 1994)

LATAR BELAKANG
Penjajahan British merubah landskap ekonomi Tanah Melayu dari pertanian sara diri kepada ekonomi komersil. Modal tempatan dari saudagar Negeri Selat dan modal asing yang dibawa masuk British untuk sektor ekonomi yang sedang berkembang. Perkembangan ekonomi dunia yang memerlukan kepada bahan mentah mempengaruhi ekonomi Tanah Melayu. Kedudukan Tanah Melayu yang kaya dengan bahan mentah menarik minat kuasa besar untuk menjajah dan membuka lombong bijih timah dan ladang getah. Buruh dibawa masuk dari China dan India untuk bekerja di sektor berkenaan. Kemajuan sistem pengangkutan dan perhubungan serta kemudahan bekalan air dan elektrik kesan dari kemajuan ekonomi yang berlaku.

Penjajah British mementingkan jentera ekonomi bergerak cekap dan teratur

Identifikasi Kaum Mengikut Penempatan dan Pekerjaan

Dasar Pecah dan Perintah dari segi penempatan menyebabkan bukan Melayu dapat melibatkan diri dalam kegiatan ekonomi manakala Melayu kekal di luar bandar.

Oleh demikian struktur dan ekonomi sedia ada dikekalkan dan tidak diganggu.

KETIDAKSEIMBANGAN EKONOMI ANTARA KAUM

menyebabkan orang Melayu terpisah dari ekonomi moden dan kekal menjalankan ekonomi tradisional. Kegiatan ekonomi moden di pantai barat kerana terdapat kemudahan pengangkutan yang baik ekonomi tadisional terpinggir. Jurang kemisikinan antara kaum semakin meluas- masalah ketidakseimbangan ekonomi.
Dasar pecah dan Perintah

Halangan Sektor Ekonomi Tradisional

tiada galakan dari penjajah serta kurang kemudahan asas menyebabkan sektor ini tidak berkembang maju, mengalami kelembapan, produktiviti serta kadar pendapatan yang rendah.

STATUS EKONOMI ORANG CINA


STATUS EKONOMI ORANG INDIA
JENIS ETNIK MENGIKUT STATUS EKONOMI

STATUS EKONOMI ORANG MELAYU

STATUS EKONOMI ORANG MELAYU

Pembangunan ekonomi sebelum Tragedi 13 Mei adalah dibawah Rancangan Malaysia Pertama (RMP) (1966-1970). Ia ingin wujudkan perpaduan rakyat dan wujudkan integrasi antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Ingin mengurangkan kadar pengangguran, membangunkan ekonomi luar bandar dan mempelbagaikan ekonomi supaya tidak bergantung kepada getah dan bijih timah. Tragedi 13 Mei 1969 menyedarkan kerajaan timbulnya masalah perbalahan kaum adalah disebabkan ketidakseimbangan dalam pembangunan ekonomi antara kaum.

Pembahagian buruh seperti yang disaksikan pada zaman penjajahan berterusan pada tahun-tahun 1960an. Adalah didapati golongan yang paling menganggur ialah orang Melayu dan ini diikuti oleh orang India. Dalam sektor pelaburan didapati orang Melayu hanya memiliki 1% pelaburan dalam perniagaan berdaftar. Oleh itu, satu rancangan ekonomi yang lebih menyeluruh bagi kesemua kaum mula diperkenalkan dan ia dikenali sebagai Dasar Ekonomi Baru (DEB). DEB diharapkan dapat menyusun semula masyarakat Malaysia dengan harapan kegiatan ekonomi tidak lagi diidentifikasikan dengan kaum seperti yang diperhatikan pada zaman penjajahan.

STATUS EKONOMI ORANG CINA

Kedudukan ekonomi Cina amat teguh selepas merdeka disebabkan kemahiran orang Cina berdagang dan juga sumbangan persatuan-persatuan Cina untuk mengumpul modal. Konsep perniagaan ala kongsi telah membantu kaum Cina mengumpul modal dan mengukuhkan modal di kalangan komuniti mereka. Keadaan ini juga dibantu oleh lokasi orang Cina di bandar yang telah mendedahkan mereka dengan satu sistem pendidikan yang baik.

STATUS EKONOMI ORANG INDIA

Dasar kerajaan yang baru merdeka untuk mengambilalih ladang-ladang milik pengusaha asing mempunyai kesan yang serius ke atas buruh eset. Pengusaha Barat mula menjual ladang-ladang mereka dan meninggalkan negara. MIC telah cuba menyelamatkan nasib buruhburuh India dengan membeli ladang-ladang kecil dengan menubuhkan National Land Finance-Cooperative Society Lmtd (NLFCS) pada 1960. Antara 1961-1969, NLFCS telah membeli 18 estet.

STATUS EKONOMI ORANG MELAYU (AGENSI YANG MEMBANTU ORANG MELAYU)

RIDA (Rural Industrial Development Authority) Memajukan masyarakat luar bandar melalui pembangunan sosial, ekonomi dan infrastruktur.

FELDA (Federal Land Development Authority) - Membuka dan memajukan tanah baru secara besarbesaran bagi pertanian dan penempatan.

Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar - Menjaga hal-ehwal luar bandar ditubuhkan.

Bank Bumiputera
- Berperanan sebagai institusi yang boleh membekalkan kredit serta khidmat nasihat kepada peniaga bumiputera

FAMA (Federal Agricultural Marketing Authority) pada 1965.

Dewan Perniagaan Melayu Bersekutu

Amanah Saham MARA dilancarkan pada 1967 - untuk menggembling tabung simpanan Melayu.

- Urusetia bagi golongan kapitalis Melayu.

EKONOMI MALAYSIA SELEPAS MERDEKA


Mempelbagaikan asas ekonomi dengan memperkenalkan komoditi seperti kelapa sawit, koko, lada hitam, kayu balak serta penumpuan kepada eksport barang seperti barang pembuatan, tekstil dan getah. Pada peringkat awal pembangunan ekonomi ditumpukan kepada peningkatan infrastruktur ekonomi, pembangunan pertanian dan industri gantian-import. Pada akhir tahun 1960-an, pembangunan ekonomi diasaskan kepada pembangunan teknologi dan peralihan dari industri gantian import kepada industri berorientasikan eksport. Menjelang 2000an, Malaysia mula memberi perhatian kepada pembangunan ekonomi berteraskan K-ekonomi. Secara keseluruhan, pembangunan ekonomi di Malaysia telah mencapai kejayaan yang dapat diukur dengan kadar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang baik iaitu sekitar 8% - 9% terutama pada tahun 1980an dan 1990 an.

EKONOMI MALAYSIA SELEPAS MERDEKA


Ukuran pencapaian bagi pembangunan ekonomi di Malaysia tidak hanya diukur melalui KDNK tetapi juga dengan ukuran peningkatan indeks kualiti hidup. Kualiti hidup rakyat secara amnya adalah baik berdasarkan penurunan kadar kemiskinan dan kadar inflasi yang rendah. Dalam konteks ini, hubungan ekonomi dan etnisiti di Malaysia sememangnya berkait rapat. Ini menyebabkan ketidakseimbangan pendapatan yang menimbulkan rasa cemburu antara kaum. Integrasi ekonomi amat penting dan dilaksanakan melalui dasardasar pembangunan seperti Rancangan Pembangunan Lima Tahun, Dasar Ekonomi Baru dll. Ini bagi memastikan pengasingan ekonomi yang wujud sejak zaman penjajahan dapat dimansuhkan dan pengagihan ekonomi yang tidak seimbang dapat dikurangkan dan dihapuskan.

PEMBANGUNAN EKONOMI DI EROPAH BARAT


Saluran utama Pemodenan Wilayah Bukan Eropah

Masyarakat Eropah Barat mencari dan menguasai alam sekitar, mengembangkan teknologi serta mengumpulkan kekayaan, maka semakin banyak sumber alam diperlukan. Penjelajahan dan imperialisme masyarakat Eropah Barat ke wilayah lain yang bermula sejak abad ke-16 semakin giat dijalankan melalui perdagangan. Penjelajahan dilaksanakan untuk memastikan perlanjutan pembekalan barang mentah, buruh dan juga pengawasan pasaran secara berterusan.

Pedagang dan penjajah Eropah Barat seperti Sepanyol, Belanda dan Inggeris membawa barang-barang yang dihasilkan di Eropah seperti : - Pakaian - Peralatan pertanian untuk ditukar dengan komoditi seperti emas, rempah, timah dan termasuklah hamba abdi dari Afrika. Negara Eropah Barat berperanan memproses bahan mentah tersebut menjadi barangan industri, bahan makanan dan pakaian untuk dijual kepada masyarakat di Eropah Barat dan negara-negara lain, termasuk di tanah jajahan.

Keperluan terhadap komoditi lama dan baharu semakin meningkat sehingga memerlukan peningkatan hasil di wilayah jajahan ketika industrilisasi Eropah barat pada abad ke-19. Penjajah Eropah Barat membawa buruh dari wilayah yang ramai penduduk seperti :
Buruh India bekerja di ladang tebu Afrika- untuk membina landasan kereta api.

Kesemua buruh tersebut bekerja demi memenuhi keperluan industri di Eropah Barat.

Masyarakat bukan Eropah Barat yang dijajah dianggap sebagai ketinggalan. Masyarakat Eropah yang mempunyai kelebihan dari segi ketenteraan dan industri pula ditafsirkan sebagai masyarakat lebih maju dan moden. Negara Eropah Barat menjadi model pilihan utama sebagai contoh bagi pembentukan negara.

PEMBANGUNAN EKONOMI DI LUAR EROPAH

Dua proses yang tampak serupa walaupun sebenarnya tidak sama, iaitu pemodenan dan pembaratan. - Pemodenan : Suatu proses perubahan dalam semua aspek kehidupan melalui proses perencanaan, pelaksanaan dan penilaian. - Pembaratan : Proses peniruan gaya hidup Eropah Barat yang tidak diserta oleh suatu usaha perubahans secara berencana.

Dalam aspek ekonomi, model yang dipilih ialah sistem ekonomi yang berasaskan kapitalisme, industri dan teknologi. Penjelasan tentang pembangunan dibuat dengan membezakan antara masyarakat tradisional dan moden. Pembangunan juga dianggap sebagai cara mengorganisasi atau cara menggalakkan masyarakat untuk berubah. Dengan kemunculan negara-negara baharu pada pertengahan abad ke-20, pemodenan telah diinstitusikan sebagai satu operasi antarabangsa.

Pemodenan dibawa ke semua wilayah bukan Eropah barat ke dalam bentuk kehidupan masyarakat Eropah Barat dengan cara meningkatkan taraf kehidupan mereka. Sesebuah negara bangsa mendapat bantuan ketenteraan, sosial dan teknikal sebagai imbalan atas hubungan ekonomi mereka dengan negara kuasa besar, agensi antarabangsa dan firma global. Pihak yang berperanan dalam perkembangan ekonomi global ialah golongan kapitalis.

Mereka berusaha untuk mengembangkan dirinya melampaui batas negara dengan cara mengembangkan sistem pengangkutan dan komunikasi agar dapat menguasai wilayah lain. Golongan kapitalis merupakan penggerak globalisasi ekonomi kerana mewujudkan institusiinstitusi yang khusus seperti : Pasaran kewangan Pasaran komoditi Perpindahan hak milik harta yang merangsang dan memudahkan pertukaran ekonomi secara jauh.

Konklusinya, pengalaman di negara-negara membangun memperlihatkan bahawa pemodenan dan pembangunan ekonomi di negara Eropah Barat telah menjadi model atau contoh untuk mengorak langkah ke arah pemodenan.

SEKIAN TERIMA KASIH

RUJUKAN
Ibrahim Saad, 1886. Pendidikan dan Politik di Malaysia. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Shamsul Amri Baharuddin, 2007. Model Hubungan Etnik. Kuala Lumpur : Maskha.Sdn.Bhd. Kumpulan Esei Dewan Masyarakat, 1983. Isu ekonomi , sosial dan politik Malaysia. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. http://hashim81.blogspot.com/2012/08/nota-hubungan-etnik-edu3106.html http://www.treasury.gov.my/pdf/ekonomi/le/9798/bab3.pdf

You might also like