You are on page 1of 10

MEMPERTINGKAT KEMAHIRAN SEBUTAN PERKATAAN BAGI SEORANG MURID BERMASALAH ADHD DENGAN KAEDAH TDS Oleh Morni Wahab

Norashikin Jasmon Aminuddin Sayuti Haslina Hamzah


SEK. KEB. SIMPANG RENGAM 2, 86200 SIMPANG RENGAM, JOHOR.

ABSTRAK
Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti dan menangani permasalahan pertuturan dalam kalangan murid-murid berkeperluan pendidikan khas. Masalah pertuturan memang sinonim dengan murid-murid yang tergolong dalam kategori sindrom down, cerebral palsy dan ADHD (Attention Deficit Hyperactive Disorder). Oleh itu saya memilih seorang murid ADHD sebagai sasaran kajian, kerana murid ini belum boleh menutur sebarang perkataan dan seorang yang hiperaktif. Masalah pertuturan ini bukan sahaja memberi kesan besar kepada proses pengajaran dan pembelajaran bahkan membantut proses sosialisasi kehidupan hariannya. Daripada ujian pra yang dijalankan, skor yang diperolehi oleh murid hanya 21 daripada 50 (42%). Berdasarkan keputusan ujian pra, saya telah merancang tindakan bagi mempertingkatkan kemahiran bertutur khusus pada sebutan perkataan. Dalam perlaksanaan tindakan ini, saya telah merancang 4 aktiviti yang perlu dijalankan dengan menggunakan kaedah TDS (Tiru dan Sebut). Tindakan dijalankan selama 6 minggu, dan setiap satu sesi latihan dijalankan selama 10 hingga 15 minit. Dapatan daripada kajian ini, menunjukkan bahawa kaedah TDS dan aktiviti latihan yang dijalankan sangat relevan dan berkesan dalam usaha untuk mempertingkatkan kemahiran bertutur murid. Ini dapat dilihat melalui keputusan ujian pos yang mana murid berjaya menyebut 9 daripada 10 perkataan (90%) dan skor yang diperolehi ialah 80% iaitu meningkat sebanyak 38% berbanding ujian pra (42%).

1.0 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu. Sepanjang 4 tahun pengalaman saya mengajar di kelas Pendidikan Khas, didapati masalah pertuturan merupakan satu permasalahan yang sinonim dengan muridmurid berpendidikan khas di sekolah saya. Di dalam kelas saya, iaitu Kelas Cempaka yang mempunyai 8 orang murid, 6 daripadanya (75%) tidak boleh bertutur walau sepatah perkataan. Mereka hanya boleh mengeluarkan bunyi-bunyi suara yang tidak difahami. Masalah pertuturan ini memberi kesan yang besar dalam proses P&P kerana saya tidak faham apa yang cuba diperkatakan atau apa yang dikehendaki oleh mereka. Ketika waktu Bahasa Melayu, saya hanya boleh memberi mereka permainan atau gambar untuk membantu mereka dalam kemahiran motor halus. Keadaan mereka kadang kala menjadi lebih agresif dengan menjerit dan menggigit apabila kemahuan mereka tidak dipenuhi, kerana saya tidak faham apa sebenarnya yang dikehendaki.

Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 --------------------------------------------------------Sekolah Rendah

Saya yakin murid-murid ini boleh dipulihkan masalah pertuturannya dengan satu perkaedahan dan aktiviti-aktiviti yang dirancang rapi. Saya telah mengambil seorang murid berkategori ADHD (Attention Deficit Hyperactive Disorder) sebagai sasaran dalam kajian ini. Selain hiperaktif dan tiada tumpuan dalam pembelajaran, murid ini suka bermain dan bercakap sendirian, akan menjerit dan menggigit apabila mengamuk serta suka berlari keluar bilik darjah. Oleh itu saya telah merancang kaedah TDS (Tiru dan Sebut) bagi tujuan mempertingkat kemahiran bertutur murid khusus pada sebutan perkataan bagi menanggani permasalahan ini. 2.0. Fokus Kajian Berdasarkan kepada ujian diagnostik yang dijalankan, saya dapati murid tidak dapat menamakan sebarang objek atau gambar-gambar yang ditunjukkan. Murid juga tidak menunjukkan minat terhadap apa yang cuba ditunjukkan oleh saya. Oleh itu saya memfokuskan kajian saya terhadap masalah pertuturan kerana saya yakin apabila murid boleh bertutur ia akan dapat memberi respon kepada pengajaran saya. Ini pastinya dapat menarik minatnya kerana saya sebagai guru dapat bercakap dan memberi respons terhadap apa yang ingin diperkatakannya. Akhirnya setelah membuat rujukan, saya telah merancang 4 aktiviti yang dijalankan mengunakan kaedah TDS bagi tujuan membantu murid ini mempertingkatkan kemahiran khusus pada sebutan perkataan. 3.0 Objektif Kajian. 3.1 Objektif Am Objektif kajian ini adalah untuk mempertingkatkan kemahiran bertutur murid dengan menggunakan kaedah TDS. 3.2 Objektif Khusus. Objektif khusus kajian ini adalah agar: Murid dapat menggunakan semua alat pertuturan dengan baik dan berkesan supaya sebutan perkataan yang dituturkan dibunyikan dengan jelas. Murid dapat menyebut 10 perkataan dengan terang dan jelas. Guru dapat menganalisa keberkesanan tindakan yang dilaksanakan. 4.0 Kumpulan Sasaran Respons kajian ini adalah seorang murid perempuan berumur 6 tahun. Murid ini dikategori sebagai ADHD dan ditempatkan di dalam Kelas Cempaka. Berdasarkan kepada prinsip setiap murid yang berkeperluan khas, mempunyai permasalahan yang berbeza mengikut kategori dan kebolehan, maka rancangan dan tindakan dijalankan secara individu (RPI). 5.0 Pelaksanaan Kajian. 5.1 Tinjauan Masalah. Untuk mendapat maklumat awal berkenaan masalah yang dikaji, saya telah membuat tinjauan melalui ujian diagnostik, pemerhatian, temu bual dan ujian pra.

Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 --------------------------------------------------------Sekolah Rendah

5.1.1 : Ujian Diagnostik. Daripada ujian diagnostik yang dijalankan saya dapati murid belum boleh memegang pensel dengan betul dan kaku untuk menggerakkan pensel. Murid juga tidak tahu menyebut nama sendiri dan belum mengenal sebarang nombor dan abjad. 5.1.2: Pemerhatian. Melalui pemerhatian, murid telah menunjukkan ciri-ciri hiperaktif seperti suka menjerit, tidak boleh duduk diam, suka memanjat dan berlari keluar dari bilik darjah. Murid juga lebih gemar bermain bersendirian di papan gelongsor di luar bilik darjah dan sering bercakap dan ketawa bersendirian. 5.1.3: Temu Bual Saya telah mendapat banyak maklumat daripada ibu murid melalui temu bual yang telah dijalankan. Satu daripada faktor penyumbang kepada permasalahan yang dihadapi oleh murid ialah masalah kesihatan. Ketika murid berumur 6 bulan, ia telah mengalami demam panas selama 5 bulan. Keadaan hanya beransur pulih ketika murid berumur 1 tahun. Demam panas yang berpanjangan telah sedikit sebanyak membantut proses perkembangan diri murid. 5.1.4 Ujian Pra Dalam ujian pra ini, saya telah menyediakan 10 keping gambar dan murid diminta menyebut item-item di dalam gambar tersebut. Pemarkahan diberi berdasarkan ketepatan bunyi yang dilafazkan mengikut skala markah yang disediakan iaitu 0 hingga 5. Rakaman video telah dijalankan bagi tujuan perbandingan bunyi perkataan ketika ujian pra dan ujian pos di akhir kajian kelak. Jadual 1 : Skor Ujian Pra Murid Item Gigi Pipi Kaki Kuku Baju Bola Ayam Itik Ayah Kakak Jumlah Skor

Bil 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

Skor (50) 2 2 2 2 3 2 2 2 2 2 21

Keputusan ujian pra adalah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1. Murid hanya memperolehi skor 21 daripada 50 (42%). Oleh yang demikian, saya telah merangka satu kajian tindakan bagi membolehkan murid ini memperoleh pencapaian yang lebih baik. 5.2 Tindakan yang dijalankan. 5.2.1 Kaedah TDS Dalam usaha mempertingkatkan sebutan perkataan murid, satu kaedah yang saya namakan TDS (Tiru dan Sebut) telah saya praktikkan. Kaedah ini memerlukan murid mengikut atau meniru semua pergerakan mulut dan bunyi-bunyi yang dibuat oleh guru.

Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 --------------------------------------------------------Sekolah Rendah

5.2.2 Aktiviti Yang Dijalankan 4 aktiviti telah dijalankan iaitu: Latihan oral motor Latihan mengawal pernafasan Latihan fonasi Latihan artikulasi.

5.2.2.1 Aktiviti 1 : Latihan Oral Motor i. Latihan oral motor ini bertujuan untuk menguat dan menyelaras (koordinasi) otot-otot pertuturan.Dalam aktiviti ini latihan dijalankan dengan kaedah TDS di mana guru membuat tunjuk cara dan murid dirangsang supaya melihat dan meniru latihan oral motor yang dibuat oleh guru. Kemudian murid melakukan latihan tersebut di hadapan sebuah cermin besar bagi melihat sama ada latihan oral motor yang dilakukan sama sebagaimana yang dilakukan oleh guru. Dalam latihan ini murid perlu menjalankan 6 latihan oral motor iaitu:
Membundarkan bibir. Senyum kemudian muncungkan bibir Membuka mulut dengan luas. Merapatkan bibir Menguap Menjelir dan menggerakkan lidah ke atas, bawah, kiri dan kanan.

ii. Bahan dan Instrumen Pemerhatian. Sebuah cermin besar Kamera digital. Borang Jadual Perlaksanaan Tindakan. 5.2.2 Aktiviti 2 : Latihan Mengawal Pernafasan. i. Latihan pernafasan ini amat penting bagi membolehkan perkataan yang dilafazkan jelas dan tidak tersangkut-sangkut. Aktiviti latihan ini juga dijalankan menggunakan kaedah TDS yang mana guru menunjuk cara dan murid meniru latihan yang dibuat oleh guru. Dalam latihan ini, terdapat 5 aktiviti yang dijalankan. Meniup buih Meniup sampan kertas Meniup lilin Meniup belon Meniup wisel ii. Bahan dan Instrumen Pemerhatian Sabun 2 batang lilin Wisel Belon 5.2.2.3: Aktiviti 3 : Latihan Fonasi. i. Dalam latihan fonasi ini, aktiviti terbahagi kepada 2 bahagian iaitu: a. Mengajuk bunyi-bunyi vokal. : [a], [e], [i], [o] dan [u]. b. Latihan Metafora : Latihan mengajuk bunyi-bunyi persekitaran seperti haiwan, kenderaan dan fenomena alam seperti hujan, guruh dan angin. Sampan kertas Besen besar Borang Jadual Pelaksanaan Tindakan

Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 --------------------------------------------------------Sekolah Rendah

5.2.2.4 : Latihan 4 : Latihan Artikulasi. i. Latihan artikulasi ini mengandungi 3 bahagian latihan iaitu: Mengajuk suku kata KV Mengajuk suku kata KVK Mengajuk dan melafaz perkataan. ii. Bahan dan Instrumen Pemerhatian Untuk aktiviti 3 dan 4, bahan yang telah digunakan ialah:Kad-kad gambar Benda maujud seperti bola Cermin besar Anggota badan murid. Carta Mass. 5.3 : Pelaksanaan Tindakan dan Pemerhatian 5.3.1 : Pemerhatian dan Penilaian Aktiviti 1 i. Pemerhatian dan analisis Pada awal aktiviti, saya sukar mendapatkan tumpuan daripada murid ketika melakukan aktiviti ini, tetapi setelah murid merasa keserasian dengan guru, murid lebih mudah dibimbing dan dikawal.
Jadual 2 : Jadual Pelaksanaan Tindakan Aktiviti 1 TARIKH AKTIVITI ULASAN / PENILAIAN

21.3.05 22.3.05

Latihan Oral Motor. i. Membundarkan bibir ii. iii. iv. v. vi. Senyum dan muncungkan bibir Membuka mulut dengan luas Merapatkan bibir Menguap Menjelir dan mengangkat lidah ke kiri, kanan, atas dan bawah.

Boleh membundarkan bibir setelah 2 hari percubaan. Boleh senyum tetapi tidak boleh muncungkan bibir. Dapat dilakukan dengan betul. Dapat dilakukan dengan betul. Keadaan mulut ketika menguap tidak betul. Boleh menjelir lidah ke kiri, kanan dan bawah. Sukar mengangkat lidah ke atas.

Jadual 2 menunjukkan hasil pemerhatian aktiviti 1 yang telah dicatatkan dalam Borang Jadual Pelaksanaan Tindakan Aktiviti 1. Penilaian dibuat berdasarkan keupayaan murid meniru tunjuk cara yang telah dilakukan oleh guru. ii. Refleksi daripada Aktiviti 1 Daripada pemerhatian dalam Jadual 2, murid boleh senyum, membuka dan merapatkan bibir dengan baik, tetapi bagi latihan membundarkan bibir, hanya pada hari ke dua murid boleh melakukannya. Dalam latihan memuncungkan bibir, murid tidak dapat melakukannya dengan betul, ini akan memberi kesan kepada bunyi vokal [u]. Begitu juga murid sukar mengangkat lidah ke lelangit, ini akan mengakibatkan bunyi konsonan [l], [r], dan [t] tidak dapat dibunyikan dengan betul. Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 --------------------------------------------------------Sekolah Rendah

Permasalahan dalam membunyikan bunyi-bunyi vokal dan konsonan itu pula, akan memberi kesan yang besar kepada sebutan suku kata dan seterusnya akan mencacatkan sebutan perkataan yang mengandungi bunyi vokal dan konsonan tersebut. Oleh itu saya telah memberi latihan pemulihan oral motor untuk membantu permasalahan yang dihadapi oleh murid. 5.3.2 : Pemerhatian dan Penilaian Aktiviti 2 i. Pemerhatian dan analisis.
Jadual 3 : Jadual Pelaksanaan Aktiviti 2

Tarikh 23.3.05 24.3.05 25.3.05

Aktiviti Latihan Pernafasan: i. Meniup buih sabun ii. iii. iv. v. Meniup lilin Meniup wisel Meniup sampan kertas Meniup belon

Pemerhatian/ Penilaian Boleh meniup buih setelah beberapa kali percubaan. Tiupan memadamkan api lilin. Boleh meniup setelah beberapa kali percubaan. Tidak boleh meniup mengikut pergerakan sampan. Belon tidak mengembang.

Jadual 3 menunjukkan hasil pemerhatian aktiviti 2 yang telah dicatatkan di dalam Borang Jadual Pelaksanaan Aktiviti 2. Daripada pemerhatian, didapati murid mempunyai tiupan yang pendek kerana tidak berjaya melakukan aktiviti iii, iv dan v dengan baik. ii). Refleksi daripada Aktiviti 2 Daripada aktiviti mengawal pernafasan ini, saya dapati tiupan murid tidak cukup panjang. Sampan, buih dan wisel yang ditiup tidak menghasilkan pergerakan dan bunyi yang baik.Tiupan murid juga tidak cukup panjang dan kuat menyebabkan belon yang ditiup tidak mengembang. Murid telah menunjukkan rasa bosan untuk terus meniup apabila belonnya itu tidak mengembang. Dengan menggunakan kaedah TDS, masalah latihan pernafasan ini dapat diatasi. Sebagai contoh, tiupan wisel pada mulanya tidak mengeluarkan bunyi kerana murid tidak tahu meniup dengan betul, yang mana ia memasukkan kesemua bahagian wisel itu ke dalam mulut sehingga menutupi bahagian lubang yang mengeluarkan bunyi. Setelah guru menunjuk cara meniup dan murid meniru cara tiupan guru, barulah murid berjaya membunyikan wisel. Dapatan daripada latihan ini memberi gambaran kepada saya bahawa murid kelak menghadapi masalah untuk menyelaras tekanan udara bagi menggetarkan peti suara untuk membolehkan sesuatu perkataan itu dikeluarkan dengan terang dan jelas. 5.3.3 : Pemerhatian dan Penilaian Aktiviti 3 i. Pemerhatian dan Analisis Daripada pemerhatian ketika aktiviti 3 ini dijalankan, saya dapat merumuskan penilaian aktiviti seperti berikut: a). Latihan mengajuk bunyi vokal a. Vokal [a] : Dibunyikan dengan jelas tetapi ada kala bunyinya sengau. b. Vokal [e] : Dibunyikan dengan jelas. Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 --------------------------------------------------------Sekolah Rendah

c. Vokal [i] : Dibunyikan dengan jelas. d. Vokal [0] : Dibunyikan dengan jelas. e. Vokal [u] : Tidak dapat disebut dengan betul. Bunyi seakan-akan bunyi vokal [o]. b). Latihan Metafora Dalam latihan metafora ini, murid boleh membunyikan bunyi-bunyi haiwan seperti kucing, ayam, burung dan anjing tetapi murid tidak boleh membunyikan bunyi ular (ss..) Murid juga boleh meniru bunyi kenderaan seperti bunyi kereta, kapal terbang dan motosikal. Bagi latihan meniru bunyi fenomena alam, murid boleh membunyikan bunyi hujan (..tiktik). ii. Refleksi daripada Aktiviti 3. Melalui kaedah TDS ini, aktiviti membunyikan bunyi-bunyi vokal dan latihan metafora, dapat dijalankan dengan berkesan. Kaedah peniruan pergerakan mulut dan bunyi, memudahkan murid membunyikan bunyi-bunyi vokal dan metafora. Bunyi vokal [i], [e] dan [o] dapat dibunyikan dengan jelas, tetapi ada kalanya vokal [a] bunyinya sengau. Dengan demikian ini akan memberi kesan kepada bunyi-bunyi perkataan yang mengandungi vokal [a] kelak. Begitu juga dengan perkataan yang mengandungi vokal [u] akan terjejas bunyinya akibat dari bunyi [u] yang tidak jelas. 5.3.4. Pemerhatian dan Penilaian Aktiviti 4 i. Pemerhatian dan analisis Dalam aktiviti ini, aktiviti terbahagi kepada 3 bahagian iaitu : a) Mengajuk dan melafazkan suku kata KV. Dalam latihan ini 16 suku kata telah dijadikan sebagai kandungan latihan. Murid telah menunjukkan perkembangan yang memberansangkan di mana murid dapat meniru sebutan dengan baik bagi suku kata ba, ma, ka, ki, ku, ,gi, na, bo, dan pi. Bagi suku bu dan ju pada awalnya murid tidak dapat membunyikan dengan baik di mana bu menjadi buo dan ju menjadi jo. Kemajuan sebutan bertambah baik pada hari ketiga latihan, dan akhirnya suku kata tersebut berjaya dibunyikan dengan jelas pada hari kelima. Graf 1 : Prestasi Pencapaian Murid bagi sebutan Suku Kata KV

Peratus% 90 80 70 60 50 40 30 20 10 0 ba,ma bo,pi bu,ju ka la ta ti ro gi si

peratus

Suku Kata KV

Graf 1 menunjukan kekerapan sasaran membunyikan suku kata di mana latihan sebutan telah dilakukan sebanyak 25 kali. Dalam latihan melafaz suku kata la, ro dan ta, sasaran tidak dapat menyebut suku kata tersebut dengan betul. Bagi suku kata ro murid Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 --------------------------------------------------------Sekolah Rendah

dapat menyebut 2 kali sahaja betul daripada 25 percubaan (8%). Manakala Sebutan la menjadi ya, ro menjadi wo dan ta menjadi ka. Suku kata si pula murid dapat menyebut 9 daripada 25 percubaan (36%). Kebanyakan suku kata si akan disebut sebagai syi atau ci. b). Mengajuk dan melafaz suku kata KVK. Dalam latihan ini, 5 suku kata KVK dijadikan sebagai item latihan. Daripada sebutan Suku Kata KVK yang diberikan, didapati murid boleh meniru sebutan kak, yah dan tik dengan baik. Bagi suku kata yam murid didapati boleh menyebut dengan jelas tetapi ada kalanya bunyinya sengau.
Jadual 4 : Prestasi Murid bagi Sebutan Suku Kata KVK
TARIKH ITEM Kak Kan Tik Yah Yam X 19.04.05 (10.00 10.15pg) X 0 (kam) X 0 0 X 0 0 19.04.05 (11.30 11.45pg) 0 0 0 0 (kam) X X X 0 0 X X 0 0 X 0 X (lam) X X 0 X 20.04.05 (8.45 9.00 pg) 0 X 0 0 20.04.05 (10.15 10.30pg) 0 X X 0 0

Daripada Jadual 4, dapat lihat bagi suku kata kan, murid berjaya menyebut 8 daripada 20 percubaan (40%). Kebanyakan sebutan bagi suku kata kan apabila dilafazkan akan menjadi kam. c). Mengajuk dan melafaz perkataan KVKV , VKVK dan KVKVK. Dalam latihan mengajuk perkataan ini, 10 perkataan dijadikan sebagai kandungan latihan. Graf 2 : Prestasi Pencapaian Murid bagi Sebutan Perkataan

peratus

100 90 80 70 60 50 40 30 20 10 0

gigi

pipi

kaki

kuku

baju Item

bola

ayam

itik

ayah

kakak

Daripada graf 2, didapati murid boleh menyebut dengan betul dan jelas bagi perkataan perkataan seperti kuku, kaki, baju, pipi, gigi, ayah, itik, adik dan kakak. Murid boleh menyebut 21 daripada 25 percubaan (84%) bagi perkataan kuku dan ayah. Bagi perkataan ayam pula murid boleh menyebut dengan jelas (64%) tetapi ada kalanya bunyi ayam dibunyikan dengan sengau . Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 --------------------------------------------------------Sekolah Rendah

Bagi perkataan bola, sebutan murid menjadi boya. Ini kerana dari awal lagi murid tidak dapat mengangkat lidah ke lelangit. Ini memberi kesan kepada sebutan la kerana murid tidak dapat membunyikan konsonan [l], sebagaimana yang telah disebutkan di dalam permasalahan sebelum ini. 5.3.5 Ujian Pos. Sebagai penilaian akhir bagi mengesan keberkesanan kaedah dan aktiviti yang dijalankan, satu ujian pos telah diadakan. Item ujian adalah sama seperti ujian pra di mana saya menunjukkan 10 keping gambar dan murid diminta menamakan item yang terdapat dalam gambar itu. Graf 3 : Perbandingan Hasil Ujian Pra dan Ujian Pos
Peratus % 120 pra pos 80

100

60

40

Skor: Pra:42% Pos:80%

20

0 gigi pipi kaki kuku baju Item bola ayam itik ayah kakak

Daripada graf 3, murid telah berjaya menyebut 9 daripada 10 perkataan yang diberi iaitu mencapai skor 90%. Bagi perkataan pipi, ayah dan kakak murid berjaya mencapai skor penuh iaitu 5. Murid mendapat skor 4 bagi perkataan gigi, kaki, kuku, baju, ayam dan itik. Bagi perkataan bola skor yang diperolehi tetap 2 iaitu tiada peningkatan sebutan iaitu sebutan tetap tidak betul untuk perkataan bola. Di dapati peningkatan sebutan perkataan murid meningkat daripada 42% di dalam ujian pra kepada 80% di dalam ujian pos yang dijalankan. Ini memperlihatkan peningkatan sebutan murid meningkat sebanyak 38%. Bagi item 6 (bola) tidak terdapat peningkatan sebutan (0%) hanya sebutan yang dikeluarkan berbeza bunyi sahaja tetapi sebutan masih tetap salah. 5.4 : Penilaian dan Refleksi. Berdasarkan kepada keputusan ujian pra dan ujian pos, dapat saya rumuskan bahawa kajian tindakan yang dijalankan memberi impak yang positif yang mana ini dapat dilihat melalui kaedah TDS dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan, telah dapat mempertingkatkan kemahiran sebutan perkataan murid. Ini terbukti apabila kemahiran sebutan murid telah meningkat daripada 42%(ujian pra) kepada 80% (ujian pos) iaitu peningkatan sebanyak 38%. Melalui pemerhatian di sepanjang pelaksanaan tindakan, menunjukkan setiap aktiviti mempunyai hubung kait di antara satu sama lain. Apabila murid tidak dapat mengangkat lidah ke atas lelangit, ini akan memberi kesan kepada latihan melafaz suku kata la, ro dan ta, yang tidak dapat disebut dengan betul.Sebutan suku kata yang tidak Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 --------------------------------------------------------Sekolah Rendah

betul pula memberi kesan kepada sebutan perkataan. Sebagai contoh apabila la disebut ya, ini seterusnya akan menyebabkan perkataan yang mengandungi suku kata la seperti bola akan menjadi boya. Dengan demikian menunjukkan setiap aktiviti mempunyai perkaitan dan kepentingan antara satu sama lain. Kaedah TDS dan aktiviti dalam kajian ini merupakan satu terapi yang amat berkesan bagi mempertingkatkan kemahiran bertutur murid. Kaedah terapi pertuturan ini juga amat relevan dan berkesan bagi membantu murid-murid yang menghadapi masalah pelat, lambat bercakap atau masalah sebutan konsonan seperti [r] dan [b] bagi murid-murid berbangsa Cina. 6.0 Cadangan Untuk Kajian Seterusnya. Sebagai lanjutan daripada kajian ini, saya bercadang untuk menjalankan kajian bagi mengatasi masalah sebutan konsonan murid khasnya bunyi-bunyi konsonan yang menjadi masalah sasaran iaitu konsonan [l], [r],dan [s]. Cadangan kajian juga akan ditumpukan kepada penambahan perbendaharaan kata murid. Ini bertujuan bagi membolehkan murid membina ayat-ayat pendek bagi membolehkan murid berkomunikasi dan berinteraksi dengan orang di sekelilingnya.

BIBLIOGRAFI Che Rabiah Mohamed, Abdullah Yusoff, Mac 2005 ; Menghasilkan Bunyi Bahasa Dewan Bahasa. Raminah Bte Sabran, Mac 2005 ; Bahasa dan Komunikasi Bagai Lagu dan Irama Dewan Bahasa. Shahrom Bin Noordin, Prof. Dr. Yap Kueh Chin, 1992 ; Pengindividuan Pengajaran dan Pembelajaran Menerusi Pengajaran Bermodul Asia Pasific Educational Technology Convention.S.

Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 --------------------------------------------------------Sekolah Rendah

10

You might also like