You are on page 1of 3

CADANGAN TINDAKAN Cadangan tindakan merupakan aspek yang penting kerana melalui cadangan yang diutarakan bagi memperbaiki

kelemahan yang wuju dalam sesebuah organisasi mampu menyelamatkan sesebuah syarikat itu sendiri. Hal ini kerana tanpa adanya cadangan yang positif dalam sesebuah organisasi akan menyebabkan syarikat itu kekal di takut yang lama tanpa ada sebarang penambahbaikkan sekali gus akan menyebabkan syarikat itu kecundang. Oleh itu melalui cadangan, kelemahan syarikat POTO Travel & Tour Sdn. Bhd. Akan dapat dipertingkatkan. MENARIK PELANGGAN Pelanggan merupakan aspek yang penting dalam aspek keuntungan syarikat. Hal ini kerana pelanggan yang akan memberi keuntungan kepada kemajuan syarikat. Tanpa adanya pelanggan, sesebuah pusat agensi pelancongan itu akan mengalami masalah kerana tidak dapat menjana pendapatan. Oleh itu, amat penting untuk memikirkan cara bagaimana untuk menarik pelanggan supaya mereka akan datang ke POTO Travel & Tour Sdn. Bhd. bagi mendapatkan servis pelancongan yang baik. Antara cara untuk menarik pelanggan yang boleh dilakukan ialah dengan melakukan penyebaran info mengenai syarikat agensi pelancongan POTO Travel & Tour Sdn. Bhd. di media massa. Hal ini kerana media massa berperanan sebagai agen penyampai maklumat yang baik. Melalui media massa, pengiklanan yang dilakukan akan menyebabkan orang ramai untuk tertarik dengan tawaran yang boleh diberikan kepada mereka terutama yang ingin melancong di waktu cuti. Antara contoh iklan yang mampu menarik orang ramai ialah dengan menawarkan harga yang berpatutan atau rendah untuk melancong ke sesebuah destinasi pelancongan.. Melalui tawaran harga yang menarik, pengguna sudah semestinya akan membuat pilihan yang bijak dengan memilih pakej yang paling murah tetapi berbaloi. Oleh itu, syarikat POTO Travel & Tour Sdn. Bhd. haruslah mengambil langkah yang sepatutnya bagi menarik pelanggan. RUANG LINGKUP SYARIKAT Sesebuah syarikat seharusnya mencari jalan atau tawaran bagi melebarkan lagi empayar syarikatnya. Oleh itu, di syorkan syarikat agensi pelancongan syarikat POTO Travel & Tour Sdn. Bhd. mencari alternatif untuk membuka cawangan yang sedia ada di setiap negeri

untuk di lebarkan ke luar Negara. Hal ini secara tidak langsung akan membuatkan hasil keuntungan dan empayar syarikat akan berkembang dengan lebih efisyen. Malahan, melalui pembukaan cawangan di luar Negara juga secara tidak langsung akan dapat mempromosikan Negara Malaysia sebagai destinasi tempat pelancongan bagi pelancong yang ingin mencuba melihat kepelbagaian agama dan budaya yang terdapat di Malaysia. Sebagai contoh, syarikat POTO Travel & Tour Sdn. Bhd. membuka cawangan di Amerika dan mereka di tawarkan dengan set pelancongan yang menarik ditawarkan di Malaysia sekali gus dapat menyediakan satu dana yang baik untuk syarikat. KEKALKAN PRESTASI KECERMELANGAN Bagi memastikan prestasi kecemerlangan sentiasa di atas puncak, syarikat itu haruslah mengambil insiatif bagi menghargai kakitangan mereka. Antara yang boleh dilakukan ialah dengan memberi penganugerhan pekerja tahunan yang melakukan tugas mereka dengan cemerlang. Hal ini sekali gus dapat meningkatkan moral kakitangan yang mendapat anugerah pekerja tahunan akan terus mengekalkan prestasi mereka. Selain itu, antara cara lain ialah dengan menganjurkan Hari Keluarga bagi kakitangan syarikat. Hal ini kerana dapat meningkatkan jalinan hubungan yang baik antara setiap kakitangan. Secara tidak langsung akan membuatkan kakitangan untuk mempunyai hubungan yang positif sesame mereka sekali gus dapat meningkatkan prestasi kerja mereka. Oleh itu, melalui aktiviti pengekalan prestasi akan dapat meningkatkan kejayaan syarikat sentiasa di tahap yang baik. HUBUNGAN DENGAN KEMENTERIAN PELANCONGAN Hubungan dengan kementerian pelancongan memainkan pernan penting bagi menjamin kejayaan sesebuah syarikat agensi pelancongan swasta. Hal ini kerana dengan adanya hubungan baik yang dibina, akan memberi peluang kepada syarikat POTO Travel & Tour Sdn. Bhd. untuk mendapat peluang yang baik dalam mendapat pelanggan atau meningkatkan mutu kualiti yang ditawarkan. Selain itu, melalui hubungan baik yang dibina ini akan dapat membantu mempromosikan nama syarikat POTO Travel & Tour Sdn. Bhd. di peringkat yang lebih tinggi. Secara tidak langsung dapat memberi peningkatan nama baik syarikat di peringkat antarabangsa.

You might also like