You are on page 1of 10

KERTAS CADANGAN

KEM MATEMATIK (MATHS IS FUN) SEKOLAH KEBANGSAAN JUGRA BANTING, SELANGOR


TARIKH HARI TEMPAT : 9 JULAI 2013 : SELASA : DEWAN MUAFAKAT SK JUGRA

ANJURAN : GURU GURU INTERNSHIP INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM

DENGAN KERJASAMA :

PANITIA MATEMATIK SEKOLAH KEBANGSAAN JUGRA


KEM MATEMATIK (MATHS IS FUN ) 2013

1.0

TUJUAN

Kertas cadangan ini dibuat bertujuan untuk mengadakan kem matematik dalam usaha untuk membantu murid-murid yang lemah dalam pengiraan matematik yang melibatkan operasioperasi asas matematik seperti tambah, tolak, darab dan bahagi. Selain itu, menjana pemikiran murid-murid supaya berfikir di luar kotak dengan permainan-permainan matematik yang menyeronokkan dan mampu untuk membuka minda mereka supaya lebih meminati subjek Matematik dan menepis tanggapan bahawa subjek ini membosankan dan sukar untuk dikuasai serta difahami.

2.0

LATAR BELAKANG

Kem Matematik ( Maths Is Fun ) merupakan salah satu program yang julung-julung kalinya dilaksanakan di Sekolah Kebangsaan Jugra. Kem ini boleh dikatakan sebuah kem yang menggunakan pendekatan didik hibur bagi membantu murid-murid yang lemah supaya mereka lebih cekap dan kompeten dalam menggunakan operasi-operasi asas matematik dengan cara yang lebih menarik dan menghiburkan. Kem ini lebih menitikberatkan strategi berpusatkan murid dan bahan. Memandangkan strategi berpusatkan guru seperti pendekatan ekspositori kurang berkesan menangani masalah kebosanan murid-murid di dalam bilik darjah terutamanya murid-murid yang berada di dalam kelas tercorok. Oleh itu, kem matematik ini adalah intervensi yang paling berkesan bagi menukarkan tanggapan mereka bahawa subjek Matematik adalah subjek yang sukar. Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum ( 1982 ) belajar melalui bermain adalah salah satu pendekatan yang terancang dan berstruktur bagi memberi peluang kepada murid-murid belajar dalam suasana yang bebas , selamat ,menggembirakan dan bermakna.

Kem Matematik ini boleh memberikan tenaga dan nafas baharu kepada murid-murid yang lemah di dalam subjek Matematik. Ini kerana di dalam kem ini terdapat dua aktiviti yang melibatkan contents matematik iaitu operasi-operasi asas matematik yang terkandung dalam permainan Twister. Selain itu topik geometri ( Space & Spatial) dalam permainan Tangram. Kem ini juga menyediakan sebuah permainan yang membawa murid-murid untuk berfikir di luar kotak dan memerlukan imaginasi yang tinggi iaitu dalam permainan Jurutera Muda.

3.0

RASIONAL / ASAS PERTIMBANGAN

3.1

Kem Matematik difikirkan perlu dijalankan kerana kem ini diyakini bahawa sebagai langkah pemulihan atau intervensi bagi menangani masalah murid-murid yang lemah dalam mata pelajaran Matematik dengan cara yang menghiburkan dan menyeronokkan.

3.2

Kem Matematik ini merupakan landasan kedua selepas proses Pengajaran dan Pembelajaran ( P & P ) dan wajar dilaksanakan secara komprehensif bagi mempertajamkan lagi teori-teori yang diajar di dalam bilik darjah melalui aktiviti aktiviti praktikal yang berlaku di luar bilik darjah iaitu dengan cara bermain.

4.0

OBJEKTIF

Berikut adalah beberapa objektif program ini diadakan : Memberi pendedahan dan ilmu yang berkaitan dengan kemahiran kemahiran matematik kepada bentuk permainan atau rekreasi matematik bagi

4.1

meningkatkan keupayaan murid-murid untuk menguasai semua kemahiran matematik secara komprehensif.

4.2

Meningkatkan kemahiran sosial antara guru dan guru, guru dan murid serta murid dan murid bagi membina sikap yang positif terhadap pelaksanaan aktivitiaktiviti yang dijalankan seperti amalan kerjasama antara kumpulan.

4.3

Meningkatkan kualiti kemahiran pelaksanaan projek yang unggul dalam kalangan guru-guru internship agar projek yang dilaksanakan dapat dirancang mengikut spesifikasi jadual yang telah ditetapkan dan bertindak secara profesional dan sistematik.

5.0

KUMPULAN SASARAN 62 orang murid terlibat di dalam projek ini yang terdiri daripada 34 orang murid dari kelas 4 Shukoi dan 28 orang murid dari kelas 4 Mirage. Rasional pengambilan dua kelas sahaja ialah bagi membantu murid-murid yang berada di dalam kelompok yang lemah untuk membina semula asas kemahiran matematik melalui permainan-permainan matematik yang menghiburkan dan menyeronokkan.

6.0

TARIKH 6.1 9 Julai 2013 ( Selasa )

7.0

TEMPAT 7.1 Dewan Terbuka Sekolah Kebangsaan Jugra

8.0

PENGISIAN KEM MATEMATIK 8.1 8.2 8.3 8.4 8.5 Break The Bricks Permainan Twister Tangram Jurutera Muda Muhasabah Diri

9.0

SEKRETARIAT PELAKSANA Rujuk Lampiran A

10.0

TENTATIF KURSUS Rujuk Lampiran B

11.0

KEWANGAN Rujuk Lampiran C

12.0

PENUTUP Kami selaku barisan pengelola Kem Matematik ( Maths Is Fun ) berharap program yang dirancang ini dapat dilaksanakan dengan jayanya apabila tiba waktu dan ketikanya nanti, dengan izin Allah. Kami juga berharap program ini membuahkan hasil seperti yang dikehendaki semua pihak dan semestinya kerjasama daripada semua pihak amatlah dialu-alukan dalam usaha mencapai matlamat tersebut.

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh,

Disemak oleh,

........................................... (WAN MUHAMAD ADIDI BIN WAN YAAKUB) Setiausaha Program Kem Matematik Sekolah Kebangsaan Jugra

........................................... (MOHD TAUFIQ BIN SADUN) Pengarah Program Program Kem Matematik Sekolah Kebangsaan Jugra.

Disahkan oleh, .. (WANG HUOY CHING) Ketua Panitia Matematik Sekolah Kebangsaan Jugra

Diluluskan oleh, . (NOORIAH BINTI ZAKARIAH ) Guru Besar Sekolah Kebangsaan Jugra

LAMPIRAN A

SEKRETARIAT PELAKSANAAN PROGRAM KEM MATEMATIK (MATHS IS FUN) 2013

PENAUNG

PUAN NOORIAH BINTI ZAKARIAH ( Guru Besar Sekolah Kebangsaan Jugra)

KETUA PENASIHAT :

PUAN HAJJAH ZAINAB BINTI WAGIMIN ( Penolong Kanan Kurikulum Sekolah Kebangsaan Jugra)

FASILITATOR

PN. WANG HUOY CHING ( KETUA PANITIA MATEMATIK) EN. MOHD AZRI BIN MOHD SIDEK ( S/U PANITIA MATEMATIK) EN. HAMINUDDIN BIN HASSAN ( MENTOR INTERNSHIP PJK) PN. NAPISAH BINTI ZAKARIA (MENTOR INTERNSHIP PEMULIHAN BM)

PENGARAH PROGRAM TIMB. PENGARAH PROGRAM SETIAUSAHA BENDAHARI

: : : :

EN MOHD TAUFIQ BIN SADUN CIK NUR FARAHIYAH BINTI AB WAHAB EN WAN MUHAMAD ADIDI BIN WAN YAAKUB CIK NORUS SYAIRAH BINTI MOHD YUSOF

PROGRAM & PROTOKOL

: CIK NUR SYAMIMI BINTI TUMIRAN

KESEGARAN & MAKANAN

: PN NURUL AIN BINTI MARDI

ALATAN

: PN AINAH BINTI PUTEH

DOKUMENTASI DAN SERANTA

: EN MUHAMAD SYAMIL SUFI BIN ZOLKIFLE

PERSIAPAN TEMPAT DAN PENDAFTARAN : EN RIZAL BIN CHE OMAR

CENDERAHATI DAN SIJIL

: PN MADALINA BINTI KASIM

LAMPIRAN B

TENTATIF PROGRAM HARI TARIKH DAN MASA 7.30 pagi AKTIVITI/PERISTIWA Pendaftaran peserta peserta program Sarapan Pagi. Slot 1 Break The Bricks ( Cik Norus Syahirah binti Mohd Yusof) Pembahagian Kumpulan CATATAN

8.00 Pagi

SELASA 9 JULAI 2013 8.15 Pagi

Slot 2 - Permainan Twister dan Tangram Kumpulan A = Twister Kumpulan B = Tangram ( En Taufiq bin Saadun) Slot 3 Sambungan Kumpulan A = Tangram Kumpulan B = Twister ( En Wan Adidi) Slot 4 Jurutera Muda ( Cik Nur Farahiyah) Majlis Penutup Dirasmikan oleh Puan Nooriah binti Zakariah (Cik Nursyamimi Tumiran) Majlis bersurai Jamuan ringan untuk VIP ( Pn Noorita binti Mistin)

8.45 Pagi

9.15 Pagi

9.45 Pagi

10.20 Pagi

LAMPIRAN C

IMPLIKASI KEWANGAN

ANGGARAN BELANJAWAN

BIL 1.

PERKARA Sarapan pagi

KUANTITI Nasi Goreng 70 x RM 1 = RM70 Teh O 70 x RM 1 = RM 70

JUMLAH

2.

Nasi Goreng Teh O

RM 70 + RM 70 = RM 140. 00

Cenderahati : - Sijil Penyertaan - Sijil Penghargaan 60 keping 15 keping Sumbangan Pihak pentadbiran SK Jugra

3.

Hadiah

Tempat 1: Hamper 1 x RM30 = RM 30 Tempat 2 1 x RM20 = RM20 Tempat 3 1 x RM10 = RM10 RM 60.00

4.

Peralatan Slot 4 ( Arkitek Muda )

Straw

10 bungkus x RM 3 = RM 30

20 biji ( RM 10 ) Telur Surat Khabar ( Dibawa sendiri oleh peserta) I bungkus x RM 2= Getah pengikat RM 2

RM 44.00

10

5.

Peralatan: - Kertas A4 - Masking tape - Marker Pen 2 Rim 5 Gulung 5 batang Stor SK Jugra

6.

Fotostat : -Brosur majlis perasmian penutup 20 unit Cetakan SK Jugra

7.

Pengurusan

RM 20.00

8.

Jumlah Besar

RM 264.00

11

You might also like