You are on page 1of 4

TEKS PENGACARAAN PROGRAM KEM MATEMATIK (9 JULAI 2013, 8.

00 PAGI)

MASA

QUE/CATATAN

ANN/TEKS

UCAPAN SALUTASI

Ingin rasa memakan kari, Kari cendawan batang keladi; Girang rasa tidak terperi, Bertemu tuan yang baik budi.

Sayang kumbang mencari makan, Terbang seiring di tepi kali; Selamat datang kami ucapkan, Moga diiring restu Ilahi.

Bismillahirahmanirahim. 1. Yang Berusaha, Puan Nooriah binti Zakariah, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Jugra. 2. Yang Dihormati, Encik Mohd Taufiq bin Sadun, Pengarah Program Kem Matematik. 3. Yang Dihormati, fasilitator-fasilitator Kem Matematik serta murid-murid yang dikasihi sekalian. Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

1. Dari Dewan Muafakat Sekolah Kebangsaan Jugra, majlis mengucapkan terima kasih dan mengalu-alukan kehadiran Yang Berusaha Puan Nooriah binti Zakariah, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Jugra. dan hadirin sekalian untuk menjayakan Program Kem Matematik 2013.

40

TEKS PENGACARAAN PROGRAM KEM MATEMATIK (9 JULAI 2013, 8.00 PAGI)

BACAAN DOA

Hadirin yang dimuliakan,

Lebat kemiri pohonnya rendah, Dahan terikat tali perkasa, Sepuluh jari kami menadah, Mohon berkat yang Maha Esa.

Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan Encik Muhammad Syamil Sufi untuk membacakan doa. Bacaan Doa Amin.amin ya rabbal alamin. Semoga majlis kita diberkati hendaknya.

UCAPAN PENGENALAN

Hadirin yang dimuliakan, Kem Matematik ( Maths Is Fun ) merupakan salah satu program yang julung-julung kalinya dilaksanakan di Sekolah Kebangsaan Jugra. Kem ini boleh dikatakan sebuah kem yang menggunakan pendekatan didik hibur bagi membantu murid-murid yang lemah supaya mereka lebih cekap dan kompeten dalam menggunakan operasi-operasi asas matematik dengan cara yang lebih menarik dan menghiburkan.

UCAPAN PENGARAH

Hadirin yang dihormati sekalian, 1. Majlis akan diteruskan lagi dengan menjemput Yang Dihormati Encik Mohd Taufiq bin Sadun, Pengarah
41

TEKS PENGACARAAN PROGRAM KEM MATEMATIK (9 JULAI 2013, 8.00 PAGI)

Program Kem Matematik bagi menyampaikan ucapan. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Ucapan

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Yang Dihormati Encik Mohd Taufiq bin Sadun, Pengarah Program Kem Matematik atas ucapan alu-aluan sebentar tadi.

UCAPAN REKTOR

Pergi ke kota beli selasih, Sayang si dara buat halwa; Berilah kata simpulan kasih, Sulamkan mesra satukan jiwa.

Hadirin yang dimuliakan

Inilah saat dan waktu yang dinanti iaitu untuk kita mendengar amanat yang akan disampaikan oleh Yang Berusaha Puan Nooriah binti Zakariah, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Jugra dan seterusnya merasmikan Program Kem Matematik 2013. Majlis dengan penuh rasa takzimnya mempersilakan. Ucapan..

Majlis merakamkan jutaan terima kasih Yang Berusaha Puan Nooriah binti Zakariah, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Jugra atas ucapan sebentar tadi.

42

TEKS PENGACARAAN PROGRAM KEM MATEMATIK (9 JULAI 2013, 8.00 PAGI)

Hadirin sekalian,

Dengan ini selesailah sudah Majlis Perasmian Pelancaran Program Matematik pada pagi ini. Majlis juga mengucapkan setinggi penghargaan terima kasih kepada Yang Berusaha Puan Nooriah binti Zakariah, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Jugra atas kesudian hadir untuk menjayakan program ini. Majlis juga mengucapkan sekalung penghargaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini. Kami juga ingin memohon maaf jika terdapat keterlanjuran sepanjang kami mengendalikan majlis.

Mengumumkan Yang Berusaha Puan Nooriah binti Zakariah, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Jugra. Diiringi oleh, Dihormati Encik Mohd Taufiq bin Sadun, Pengarah Program Kem Matematik meninggalkan majlis.

43

You might also like