You are on page 1of 2

Refleksi

Roland Dumma anak Jait PISMP 4B Pertama sekali, syukur kepada Tuhan kerana saya telah dapat menyiapkan tugasan ini dengan sempurna. Walaupun banyak halangan dan rintangan dalam proses menyiapkan kerja kursus ini, saya dapat juga menyiapkan kerja kursus ini dengan sempurna. Dalam proses menyiapkan kerja kursus ini, banyak pengalaman dan ilmu pengetahuan baharu yang telah saya peroleh. Antaranya ialah cara-cara menggunakan kamera digital. Semasa mengambil gambar, kita kena tahu sudut pandangan yang sesuai untuk mendapat gambar yang terbaik. Selain itu, kita juga kena tahu setting yang sesuai semasa menggunakan kamera digital SLR. Selain itu, saya juga mendapat ilmu pengetahuan baharu dalam mengedit video. Dalam matapelajaran ini, kami telah belajar mennyunting video dengan menggunakan perisiian-perisian menyunting video yang boleh didapati secara percuma melalui internet seperti Windows Movie Maker. Dengan menggunakan perisian tersebut, saya boleh menghasilkan sebuah cerita melalui video dengan memasukkan transition dan effect yang sesuai. Selain itu, kita juga boleh memasukkan lirik ataupun perkataan dalam video dengan menggunakan Windows Movie Maker. Dalam matapelajaran ini juga, kami telah mempelajari cara-cara mengedit gambar. Kebiasaannya gambar yang diambil dengan menggunakan kamera digital SLR akan menghasilkan gambar yang kurang cahaya dan kurang kesan cahaya yang lain. Dengan menggunakan perisian menyunting gambar seperti Adobe Photoshop, saya boleh menghasilkan gambar yang lebih cantik dan kemas. Sebagai seorang guru, kita perlu melengkapkan diri dengan ilmu Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Di sekolah, kita boleh mengajar murid dengan menggunakan bahan-bahan TMK seperti slaid, video dan gambar yang menarik perhatian murid. Bahan-bahan tersebut boleh membuatkan pengajaran dan

pembelajaran di dalam kelas lebih menarik. Murid akan cepat belajar jika mereka lebih menikmati matapelajaran tersebut. Selain itu, ilmu TMK juga penting sebagai seorang guru untuk tujuan-tujuan di sekolah. Sebagai contoh, ilmu mengedit gambar. Guru boleh menggunakan ilmu tersebut untuk membuat banner di sekolah dan juga untuk tujuan mengedit gambar di sekolah. Guru juga boleh membuat blog untuk sekolah.

You might also like