Professional Documents
Culture Documents
OKTOBER 2012 PROGRAM KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
MeSTI 2012
Isi Kandungan
Perutusan Pengarah Kanan Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM
Mukasurat i ii iii 1 1 1 1 2 2 3 3 6 6 6 6 7 7 8 9 10 11 12 13 14 20
Perutusan Yang Berhormat Menteri Kesihatan Perutusan Ketua Pengarah Kesihatan, KKM
Pengenalan Objektif Skop Kelebihan Kriteria Permohonan Cara Memohon Bayaran Proses Kelulusan Tempoh Sah Laku Pemantauan Pembaharuan Pembatalan Sijil Rayuan Pertanyaan Rujukan Penghargaan Lampiran 1 : Carta Alir Kelulusan Pensijilan MeSTI (Baru) Lampiran 2 : Carta Alir Kelulusan Pensijilan MeSTI (Pembaharuan) Lampiran 3 : Borang Permohonan, MeSTI-1/12 Lampiran 4 : Senarai Semak Permohonan, MeSTI-2/12 Lampiran 5 : Senarai Semak Elemen, MeSTI-3/12 Lampiran 6 : Senarai Bahagian Keselamatan Dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan Negeri
MeSTI 2012
Kata-Kata Aluan
Salam Sejahtera dan Salam Satu Malaysia,
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan syabas kepada Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM), di atas penjenamaan semula Skim Keselamatan Makanan 1Malaysia (SK1M) kepada Skim Pensijilan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI). Ini adalah sebagai salah satu usaha berterusan untuk menambahbaik mutu perkhidmatan yang disampaikan kepada pihak industri makanan terutamanya Enterpris Kecil dan Sederhana (EKS). Saya juga merasa bangga atas usaha BKKM, yang telah menjalinkan kerjasama dengan beberapa Kementerian dan agensi Kerajaan serta swasta bagi mendapat sokongan padu dalam mempromosi dan memasarkan produk makanan yang telah mendapat pensijilan ini sebagai manfaat tambahan kepada pihak EKS yang memohon skim ini. Saya percaya penglibatan pihak-pihak tersebut akan dapat menyumbang ke arah peningkatan tahap keselamatan dan kualiti makanan negara. Di Malaysia, BKKM merupakan organisasi yang bertanggungjawab untuk memastikan keselamatan makanan bagi pasaran domestik dan luar negara adalah terjamin. Saya percaya skim ini boleh menjadi satu landasan yang dapat melonjakkan pembangunan industri makanan kepada satu tahap yang lebih berdaya saing dan berpotensi untuk menembusi pasaran antarabangsa sekaligus meningkatkan pendapatan pihak EKS dan menyumbang kepada transformasi ekonomi dalam negara. Skim ini merupakan satu bentuk pengiktirafan kepada industri makanan yang melaksanakan sistem jaminan keselamatan makanan, bagi memberi keyakinan kepada orang ramai terhadap keselamatan dan kualiti produk makanan tempatan. Sejajar dengan slogan KKM Kami Sedia Membantu, skim ini akan diberikan secara PERCUMA kepada industri makanan dan pihak BKKM akan membantu industri dengan memberi bimbingan teknikal untuk memantapkan pengetahuan mereka dalam melaksanakan sistem jaminan keselamatan makanan, berdasarkan keperluan di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009. Akhir kata, saya menyeru supaya pihak industri makanan merebut peluang keemasan ini sepenuhnya supaya tahap keselamatan makanan negara dapat ditingkatkan ke tahap yang lebih tinggi dan diiktiraf di peringkat antarabangsa serta menjamin rakyat akan dapat menikmati makanan yang selamat dan berkualiti. Sekian, terima kasih.
MeSTI 2012
Kata-Kata Aluan
Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,
Setinggi-tinggi tahniah kepada Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, di atas usaha yang berterusan ke arah meningkatkan tahap jaminan keselamatan makanan bagi industri makanan. Sejajar dengan itu, Skim Keselamatan Makanan 1Malaysia (SK1M) yang sedia ada telah ditambahbaik dan dijenamakan semula kepada Skim Pensijilan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI). Skim Pensijilan MeSTI ini bertujuan untuk membantu Enterpris Kecil dan Sederhana (EKS) bagi membangunkan program jaminan keselamatan makanan supaya meningkatkan tahap keselamatan makanan, dan seterusnya diharapkan dapat meningkatkan sumber pendapatan mereka. Usaha ini juga selari dengan aspirasi negara untuk melihat perubahan dalam kualiti kehidupan penduduk luar bandar di bawah Program Tranformasi Penduduk Luar Bandar (Rural Transformation Programme). Saya amat berharap agar buku panduan ini dapat digunakan oleh industri makanan dalam menghasilkan produk makanan yang selamat dengan mematuhi piawaian di bawah Akta Makanan 1983 dan memperolehi bantuan teknikal yang disediakan di bawah skim ini. Selain itu, tahniah diucapkan kepada agensi-agensi kerajaan yang lain yang telah membantu dalam memberikan bimbingan ke arah skim pensijilan MeSTI. Kerjasama pihak pasaraya-pasaraya besar dalam menyokong usaha kerajaan memasarkan produk dari enterpris yang telah mendapat pensijilan MeSTI juga adalah sangat dihargai. Akhir kata, saya menyeru pihak industri makanan supaya mengambil peluang yang ditawarkan di bawah skim ini untuk meningkatkan tahap keselamatan ke atas makanan yang dihasilkan. Saranan ini juga adalah selari dengan aspirasi negara ke arah rakyat berpendapatan tinggi melalui impak positif penghasilan makanan yang selamat dan berkualiti yang tentunya menjadi keutamaan bagi pengguna yang bijak.
DATO SRI DR. HASAN BIN ABDUL RAHMAN Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Kementerian Kesihatan Malaysia
MeSTI 2012
ii
Kata-Kata Aluan
Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,
Saya ingin mengucapkan rasa syukur dan setinggi-tinggi tahniah kepada semua yang terlibat di Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan kerana telah menambahbaik Skim Keselamatan Makanan 1Malaysia (SK1M) dan menjenamakannya semula kepada Skim Pensijilan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI) yang bertujuan untuk memudahkan pihak industri makanan melaksanakan sistem jaminan keselamatan makanan selaras dengan kehendak Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009. Di bawah skim ini, elemen-elemen seperti kawalan premis, kawalan operasi dan juga kebolehkesanan (traceability) digabungkan sebagai elemen-elemen utama bagi mendapat pensijilan MeSTI. Pelaksanaan skim ini juga melibatkan jalinan kerjasama pintar dengan pelbagai agensi kerajaan dan swasta dari aspek akses kewangan dan pemasaran. Antara agensi-agensi yang terlibat adalah Small and Medium Enterprise Cooperation Malaysia (SME Corp. Malaysia), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), dan pasaraya-pasaraya besar. Tujuan utama kerjasama pintar ini adalah untuk menarik pihak industri makanan untuk melaksanakan MeSTI melalui keperluan pemasaran yang ditetapkan oleh pihak pasaraya. Justeru, skim ini adalah satu usaha murni pihak BKKM untuk terus berusaha ke arah meningkatkan tahap keselamatan makanan yang dihasilkan oleh pihak industri sebagai suatu keutamaan. Saya berharap pihak industri makanan tempatan yang telah memperolehi pengiktirafan pensijilan MeSTI perlu sentiasa mematuhi kehendak pengiktirafan yang telah diberikan untuk mengekalkan penghasilan makanan yang selamat, bersih dan berkualiti dan dapat bersaing di peringkat antarabangsa tanpa kompromi ke atas keselamatan makanan.
NORAINI BINTI DATO MOHD OTHMAN Pengarah Kanan Keselamatan dan Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia
iii
MeSTI 2012
MeSTI 2012
4.2
Mendapat kemudahan pengeluaran Sijil Penjualan Bebas dalam tempoh satu (1) hari TANPA dokumen tambahan. Bimbingan pelabelan secara PERCUMA oleh KKM kepada EKS. Membantu pihak EKS menyertai Program Pembangunan di bawah SME Corp dan bimbingan dari segi akses kewangan. Memudahkan pemasaran produk di pasaraya besar, KR1M, COOP1M dan sebagainya. Mendapat manfaat melalui aktiviti promosi. Pelekat logo MeSTI akan diberikan secara PERCUMA kepada setiap enterpris yang mendapat pensijilan kali pertama. Logo MeSTI pada label produk makanan dapat meyakinkan pengguna terhadap keselamatan makanan produk tersebut.
4.3 4.4
4.5
4.6 4.7
4.8
5.
KRITERIA PERMOHONAN 5.1 Premis makanan yang memohon MeSTI perlu mematuhi kriteria-kriteria berikut: 5.1.1 Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). 5.1.2 Berdaftar dengan KKM melalui Pendaftaran Premis Makanan dan borang (Borang KKM-PPKM-1/09) boleh diperolehi secara online melalui laman sesawang http://fosimdomestic.moh.gov.my. 5.1.3 Premis mempunyai lesen atau kelulusan daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau surat pengesahan dari mana-mana agensi kerajaan.
6.
CARA MEMOHON 6.1 Permohonan MeSTI hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Permohonan, MeSTI-1/12 (Lampiran 3) dan boleh diperolehi daripada: 6.1.1 Ibu Pejabat BKKM, KKM. 6.1.2 Jabatan Kesihatan Negeri (JKN). 6.1.3 Pejabat Kesihatan Daerah (PKD). 6.1.4 Laman web http://fsq.moh.gov.my
MeSTI 2012
6.2
Semua borang permohonan MeSTI yang lengkap hendaklah dikemukakan ke JKN atau PKD di mana lokasi premis berada. 6.2.1 Set dokumen yang perlu dihantar adalah seperti berikut : a. Borang Permohonan, MeSTI-1/12 - Lampiran 3. b. Senarai Semak Permohonan, MeSTI-2/12 - Lampiran 4. c. Senarai Semak Elemen, MeSTI-3/12 (jika ada) - Lampiran 5. d. Salinan Slip Pendaftaran Premis KKM. e. Salinan lesen atau kelulusan daripada PBT atau surat pengesahan daripada mana-mana agensi kerajaan. f. Salinan sijil pendaftaran daripada SSM. g. Salinan pensijilan sistem jaminan keselamatan makanan (jika ada). h. Carta alir pemprosesan (jika ada).
7.
BAYARAN Skim ini diberikan secara PERCUMA kepada enterpris makanan bagi tujuan pengiktirafan. PROSES KELULUSAN (sila rujuk Carta Alir Kelulusan Pensijilan MeSTI - Lampiran 1) 8.1 Semakan permohonan 8.1.1 Dokumen permohonan yang diterima akan disemak, disahkan dan direkodkan. 8.1.2 Bagi pemohon yang mempunyai pensijilan sistem jaminan keselamatan makanan oleh badan pensijilan yang diakreditasi oleh Standards Malaysia atau pensijilan oleh KKM, pensijilan MeSTI akan diberikan TANPA audit lapangan. 8.2 Pra Penilaian 8.2.1 Pra Penilaian melibatkan aktiviti audit lapangan dalam tempoh lima (5) hari dari permohonan lengkap diterima. Audit lapangan dibuat berdasarkan kepatuhan kepada elemen-elemen seperti yang terdapat di dalam Senarai Semak Elemen, MeSTI-3/12 Lampiran 5.
8.
MeSTI 2012
8.2.2 Jika pemohon didapati telah bersedia bagi tujuan pensijilan, pihak juruaudit perlu mengemukakan sokongan kepada Jawatankuasa Pensijilan MeSTI peringkat negeri dan menyediakan laporan akhir bagi tujuan pensijilan tanpa memerlukan audit susulan. 8.2.3 Sekiranya pemohon didapati belum bersedia, pihak juruaudit perlu meminta pemohon mengambil tindakan pembetulan bagi setiap ketidakpatuhan yang didokumenkan berdasarkan laporan awal. Hasil pra penilaian ini juga akan menentukan samada pemohon perlu menjalani audit susulan ataupun bimbingan mengikut tempoh yang ditetapkan. 8.2.4 Pihak juruaudit akan menyerahkan salinan laporan awal kepada pemohon tidak lewat dari dua (2) hari selepas tarikh audit dijalankan. 8.3 Bimbingan 8.3.1 Status bimbingan akan dibuat berdasarkan penilaian juruaudit semasa laporan awal pra penilaian bagi membantu pemohon menyediakan premis mengikut keperluan elemen-elemen MeSTI. 8.3.2 Bimbingan yang akan diberikan berbentuk bimbingan teknikal dari KKM atau bimbingan Program Pembangunan oleh pihak SME Corp atau agensi pembimbing yang lain. 8.3.3 Pemohon perlu memberikan komitmen sepenuhnya semasa proses bimbingan dengan pihak pembimbing dan diberikan masa sehingga enam (6) bulan untuk melaksanakan tindakan pembetulan serta membangunkan program jaminan keselamatan makanan. 8.3.4 Audit susulan akan dijalankan sebaik sahaja sesi bimbingan telah selesai dilaksanakan. Tarikh audit susulan akan ditentukan oleh juruaudit apabila pihak pemohon memaklumkan kesediaan untuk diaudit. 8.3.5 Sekiranya pemohon memerlukan lanjutan tempoh bimbingan, surat rayuan lanjutan tempoh bimbingan perlu dikemukakan oleh pemohon ke JKN. Rayuan perlu dikemukakan sekurang-kurangnya satu (1) bulan sebelum tamat tempoh enam (6) bulan tersebut. 8.4 Audit Susulan 8.4.1 Sebelum audit susulan dijalankan, pihak pemohon perlu mengambil tindakan pembetulan bagi semua ketidakpatuhan yang didokumenkan oleh pihak juruaudit dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh audit pra penilaian dijalankan. 8.4.2 Tindakan pembetulan yang dibuat oleh pihak pemohon perlu disertakan bersama bukti bergambar atau dokumen sokongan yang berkaitan.
MeSTI 2012
8.4.3 Pemohon perlu memaklumkan kepada pihak juruaudit sekiranya memerlukan lanjutan tempoh untuk melaksanakan tindakan pembetulan dengan mengemukakan justifikasi kelewatan melalui surat kepada JKN dalam masa dua (2) minggu sebelum tamat tarikh akhir tempoh tiga (3) bulan tersebut. 8.4.4 Jika tiada maklumbalas diterima dari pemohon, permohonan dianggap terbatal dengan sendirinya. 8.4.5 Audit susulan dijalankan oleh juruaudit bagi mengesahkan kesemua ketidakpatuhan telah diambil tindakan pembetulan yang memuaskan oleh pemohon dalam tempoh yang diberikan. 8.4.6 Pihak pemohon yang telah selesai menjalani tempoh bimbingan selama enam (6) bulan serta mengambil tindakan pembetulan yang memuaskan perlu membuat permohonan semula. 8.6 Laporan Akhir 8.6.1 Laporan akhir audit akan dikeluarkan oleh pihak juruaudit dalam tempoh dua (2) hari dari tarikh audit susulan dilaksanakan, walaupun terdapat ketidakpatuhan yang tidak ditutup. 8.6.2 Laporan akhir adalah merangkumi laporan awal, bukti bergambar dan dokumen sokongan yang berkaitan. 8.6.3 Pihak juruaudit akan memberikan sokongan pensijilan sekiranya didapati pemohon telah mematuhi sepenuhnya keperluan elemenelemen MeSTI. Salinan laporan akhir tersebut akan diserahkan kepada pemohon untuk tujuan rekod. 8.7 Kelulusan 8.7.1 Laporan akhir audit akan dibentangkan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa MeSTI di JKN untuk tujuan sokongan kelulusan. Jika terdapat ketidakpatuhan yang masih belum ditutup dan tidak mendapat sokongan JKN, pihak JKN perlu memaklumkan terus kepada pihak pemohon beserta salinan laporan akhir dan satu salinan ke Ibu Pejabat BKKM, KKM. 8.7.2 Laporan audit yang disokong oleh pihak JKN akan dibentangkan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pensijilan di Ibu Pejabat BKKM, KKM untuk tujuan kelulusan. 8.7.3 Permohonan yang lulus akan diberikan sijil pengiktirafan, pelekat logo MeSTI dan surat iringan dalam tempoh lima (5) hari selepas Ibu Pejabat BKKM, KKM menerima laporan akhir yang lengkap dari pihak JKN.
MeSTI 2012
9.
TEMPOH SAH LAKU 9.1 9.2 Tempoh sah laku pensijilan MeSTI adalah tiga (3) tahun. Bagi permohonan yang diluluskan berdasarkan sistem jaminan keselamatan makanan sedia ada yang telah diiktiraf oleh Standards Malaysia atau KKM, tempoh permulaan sah pensijilan MeSTI akan mengikut tempoh sah sedia ada pada sijil sistem jaminan keselamatan makanan tersebut.
10.
PEMANTAUAN 10.1 Pemantauan berkala akan dijalankan sekurang-kurangnya satu (1) tahun sekali oleh pihak JKN. 10.2 Pensampelan produk makanan (sampel pemantauan) boleh dilakukan semasa audit di lapangan sekiranya perlu.
11.
PEMBAHARUAN 11.1 Bagi tujuan pembaharuan, pemohon perlu mengemukakan Borang Permohonan, MeSTI-1/12 yang telah lengkap diisi. (sila rujuk Carta Alir Kelulusan Pensijilan MeSTI (Pembaharuan)- Lampiran 2) Pembaharuan pensijilan perlu dibuat setiap tiga (3) tahun sekali dan permohonan perlu dikemukakan dalam tempoh tiga (3) bulan sebelum tamat tarikh sah laku.
11.2
12.
PEMBATALAN SIJIL 12.1 Pengiktirafan MeSTI boleh ditarik balik atas sebab-sebab seperti berikut: 12.1.1 Terdapat bukti produk yang dikeluarkan menjadi penyebab kepada kejadian keracunan makanan. Tidak memperbaharui sijil setelah tamat tempoh. Sijil GMP atau HACCP KKM atau HACCP dari mana-mana badan pensijilan yang diiktiraf oleh KKM telah dibatalkan atau pun digantung. Pengiktirafan akreditasi badan pensijilan bagi mana-mana sistem jaminan keselamatan makanan telah ditarikbalik atau digantung oleh Standards Malaysia. Terdapat ketidakpatuhan yang belum ditutup melepasi tempoh tiga (3) bulan yang diberikan semasa audit pemantauan.
12.1.2 12.1.3
12.1.4
12.1.5
MeSTI 2012
12.1.6
Sekiranya didapati produk yang dihasilkan oleh pemohon terbukti melanggar Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya.
12.2 Tindakan pembatalan sijil yang diputuskan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Pensijilan di Ibu Pejabat BKKM, KKM adalah muktamad dan tidak boleh diambil sebarang tindakan perundangan oleh pihak pemohon. 12.3 Pihak pemohon yang telah dikenakan tindakan pembatalan sijil boleh mengemukakan rayuan kepada Ibu Pejabat BKKM, KKM. 12.4 Pemohon perlu memaklumkan JKN perkara perkara berikut bagi mengekalkan pengiktirafan. 12.4.1 12.4.2 Pertukaran alamat premis / nama syarikat. Menjalankan pengubahsuaian major pada struktur atau rekabentuk bangunan. Menerima aduan berkaitan keselamatan produk makanan yang dikeluarkan. Terdapat pengeluaran produk makanan baru (melibatkan aliran proses yang berbeza dari produk makanan yang sedia ada).
12.4.3
12.4.4
13.
RAYUAN 13.1 Jawatankuasa Pensijilan di Ibu Pejabat BKKM, KKM berhak untuk membincangkan status rayuan yang dikemukakan oleh pihak pemohon bagi tujuan pembaharuan sijil MeSTI.
14.
pertanyaan
dan
maklumat
lanjut
pihak
pemohon
boleh
No.Telefon / Laman Web No. Tel No. Faks : 03-8883 3558 : 03-8889 3815
14.1 Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia, Aras 3, Blok E7, Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62590 Putrajaya. 14.2 Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan Negeri.
MeSTI 2012
15.
RUJUKAN 15.1 15.2 15.3 Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985, Malaysia Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 Good Manufacturing Practice (GMP), Malaysian Standard MS1514:2009 Garis Panduan Amalan Pengilangan Yang Baik, BKKM, KKM Garis Panduan dan Senarai Semak Pengusaha Industri Makanan - Kebersihan Makanan Garis Panduan Program Jaminan Keselamatan Makanan (PJKM Am) -Bahagian I Contoh Manual Program Jaminan Keselamatan Makanan (PJKM Am) Bahagian II Garis Panduan Sistem Kebolehkesanan Makanan Bagi Pengusaha Definasi Perusahaan Kecil dan Sederhana (SME Corp) www.smecorp.gov.my
15.4 15.5
15.6 15.7
15.8 15.9
MeSTI 2012
16. PENGHARGAAN Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pegawai-pegawai berikut yang bertanggungjawab dalam menjayakan garispanduan ini. Penaung Noraini Binti Dato Mohd Othman
Editor Chin Cheow Keat Nor Kamilah Binti Mohamad Alwi Abdul Hadi Bin Ismail
Turut Membantu Amran Bin Hasan Hasniza Binti Hassan Shanmugam A/L Supramaniam Muhammad Muhayudeen Bin Musa Zainatul Emelia Binti Zainal Abidin Kamal Bin Karim Ong Hooi Theng Siti Irfah Binti Md Ishak
MeSTI 2012
10
MeSTI 2012
MeSTI 2012
11
Lampiran 3
MeSTI-1/12
3. NAMA PEMOHON
(seperti di dalam kad pengenalan)
11. PEMBEKAL BAGI SYARIKAT: a. PASARAYA BESAR Sila Nyatakan (Contoh: TESCO, MYDIN):
12. DOKUMEN SOKONGAN YANG DIPERLUKAN: a. LAMPIRAN PENDAFTARAN SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA (SSM) b. LAMPIRAN SLIP PENDAFTARAN PREMIS KKM c. LAMPIRAN LESEN PIHAK BERKUASA TEMPATAN / SURAT PENGESAHAN DARI AGENSI KERAJAAN d. CARTA ALIR PEMPROSESAN (JIKA ADA) e. SENARAI SEMAK ELEMEN MeSTI-3/12 (JIKA ADA)
1. PASARAN
2. KATEGORI INDUSTRI
12
MeSTI 2012
Lampiran 4
MeSTI-2/12
BAHAGIAN KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA SENARAI SEMAK PERMOHONAN Nama Premis : Alamat Premis :
KEGUNAAN PEJABAT (PKD/JKN)
( / X)
( / X)
1 2 3 4
Borang Permohonan MeSTI-1/12 Salinan Pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia Slip Pendaftaran Premis KKM Salinan Lesen/Dokumen Sokongan Dari PBT/Agensi Kerajaan (jika berkaitan) Salinan Pensijilan / Pensijilan Sistem Jaminan Keselamatan Makanan (jika ada) Carta Alir Pemprosesan (jika ada) Senarai Semak Elemen MeSTI-3/12 (jika ada) Pengesahan Maklumat/Dokumen (tanda tangan dan cop)
5 6 7
Untuk Kegunaan JKN/PKD Tarikh Terima : Tarikh Proses : Status Permohonan Tindakan : Lengkap Tidak Lengkap
Disahkan Oleh :
MeSTI 2012
13
Lampiran 5
MeSTI-3/12
SENARAI SEMAK ELEMEN BAHAGIAN A : KAWALAN PREMIS ELEMEN 1 - REKABENTUK DAN KEMUDAHAN Asas Pertimbangan (Sub sub elemen) 1.1.1 Adakah lokasi premis sesuai bagi aktiviti pemprosesan dan terhindar dari punca pencemaran?Jika tidak, adakah terdapat kawalan yang sesuai? 1.2.1 Adakah terdapat pelan susun atur premis? 1.2.2 Susun atur dapat mengelakkan pencemaran silang 1.2.3 Adakah susun atur memudahkan aktiviti pembersihan? 1.3 Peralatan & Perkakasan
Manual PJKM Am Prosedur 6.0: Penyelenggaraan dan Sanitasi (m/s 15/17)
MEMATUHI ( / ) Ya
Tidak
1.3.1 Peralatan dan perkakasan berkeadaan baik dan sesuai 1.3.2 Peralatan dan perkakasan yang tidak digunakan dikeluarkan dari premis 1.3.3 Peralatan dibersihkan dan perkakasan mudah
1.3.4 Papan pemotong secara berasingan bagi bahan mentah dan bahan makanan bermasak (jika berkenaan) 1.3.5 Kesemua alat pengukur termasuk pengukur masa, suhu dan berat perlu disukat (dikalibrasi) mengikut keperluan 1.3.6 Mempunyai prosedur pembersihan dan penyelenggaraan bagi peralatan 1.4 Bekalan Air/Ais/ Stim
Manual PJKM Am Prosedur 11.0: Kawalan Bahan Mentah (m/s 31/33)
1.4.1 Bekalan air yang selamat 1.4.2 Bekalan air yang mencukupi dan terlindung dari pencemaran: bekas yang bertutup 1.4.3 Ais yang digunakan dari sumber air yang selamat serta diisimpan dalam bekas serta terlindung dari pencemaran 1.4.4 Stim dari sumber air yang selamat dan tidak mencemar makanan 1.4.5 Adakah terdapat laporan analisis bagi penentuan kualiti air yang digunakan? (jika sumber air bukan dari JBA)
1.5.1 Sinki beroperasi secara bebas tangan (hands free operated) 1.5.2 Sinki mencuci tangan disediakan dengan kemudahan sabun atau bahan cuci cecair dan air mengalir secukupnya termasuk tisu/pengering tangan dan tong sampah berpenutup 1.5.3 Mempunyai prosedur 7 langkah cuci tangan dalam bentuk poster dan sebagainya?
1.6 Tandas
Manual PJKM Am Prosedur 6.0: Penyelenggaraan dan Sanitasi (m/s 15-17)
1.6.1 Berkeadaan bersih, tidak berbau dan tidak rosak 1.6.2 Mempunyai sumber air yang bersih
14
MeSTI 2012
SUB ELEMEN
Asas Pertimbangan (Sub sub elemen) 1.6.3 Mempunyai kemudahan mencuci tangan selepas keluar dari tandas beserta tisu/pengering tangan, sabun atau cecair pencuci yang sesuai dalam dispenser dengan air yang bersih 1.6.4 Tidak terbuka secara terus kepada bilik atau bahagian penyediaan / pemprosesan makanan / penyimpanan makanan 1.6.5 Mempunyai prosedur pembersihan bagi tandas
MEMATUHI ( / ) Ya
Tidak
1.7.1 Mempunyai bilik/ruang persalinan 1.8.1 Sentiasa berkeadaan baik dan bersih 1.8.2 Mempunyai sistem pengudaraan yang baik 1.8.3 Mempunyai suhu yang sesuai dengan produk yang disimpan 1.8.4 Barang disusun bagi memudahkan aktiviti pembersihan 1.8.5 Bahan kimia bukan makanan disimpan secara berasingan dengan bahan makanan/ bahan pembungkusan makanan 1.8.6 Prosedur dan rekod yang lengkap bagi setiap bahan kering/bahan mentah/bahan pembungkusan/bahan kimia bukan makanan yang disimpan di setor 1.8.7 Mempunyai semua rekod bahan kering/ bahan mentah/bahan kimia termasuk sumber dari mana ia di perolehi
ELEMEN 2 - PENGENDALI MAKANAN Asas Pertimbangan (Sub sub elemen) 2.1.1 Menjalani pemeriksaan kesihatan dan mempunyai rekod yang sah 2.2.1 Telah mendapat vaksinasi anti tifoid dan mempunyai rekod yang sah 2.2.2 Prosedur untuk berpenyakit berjangkit melaporkan pekerja
(diisi oleh pemohon)
MEMATUHI ( / ) Ya
Tidak
2.3.1 Tidak merokok/meludah/ batuk/ bersin dan melakukan perbuatan yang boleh menyebabkan pencemaran kepada makanan 2.3.2 Apron / pakaian pelindung tidak dibawa ke dalam tandas 2.3.3 Makanan tidak boleh diletakkan bersentuhan secara langsung dengan bahan yang boleh mencemarkan makanan 2.3.4 Prosedur berkaitan amalan pengendalian makanan
2.4.1 Pakaian bersih yang sesuai dan memakai pakaian pelindung luar/apron yang sesuai warna cerah
MeSTI 2012
15
SUB ELEMEN
Asas Pertimbangan (Sub sub elemen) 2.4.2 Memakai penutup kepala/penutup rambut 2.4.3 Memakai penutup mulut (jika perlu) 2.4.4 Memakai sarung tangan (jika perlu) 2.4.5 Tidak memakai barang kemas dan aksesori 2.4.6 Memakai kasut bertutup (jika perlu) 2.4.7 Kuku pendek dan bersih 2.4.8Tiada luka /kudis terbuka dan dirawat dengan baik 2.4.9 Rekod pemeriksaan amalan dan kebersihan diri pengendali makanan 2.4.10 Rekod pelawat pengistiharan kesihatan diri
MEMATUHI ( / ) Ya
Tidak
2.4.11 Prosedur pakaian yang seragam dan mematuhi keperluan ELEMEN 3- LATIHAN Asas Pertimbangan (Sub sub elemen) 3.1.1Semua pengendali makanan telah menjalani Kursus Latihan Pengendali Makanan di sekolah (SLPM) yang diiktiraf oleh KKM. 3.1.2 Mempunyai prosedur program latihan pengendali makanan untuk pekerja 3.2.1Mempunyai rekod latihan dan sijil latihan disimpan ditempat yang sesuai dan mudah diperiksa
(diisi oleh pemohon)
MEMATUHI ( / ) Ya
Tidak
ELEMEN 4 PENYELENGGARAAN DAN SANITASI Asas Pertimbangan (Sub sub elemen) 4.1.1Permukaan lantai bersih dan berkeadaan baik dan air tidak bertakung 4.1.2 Mempunyai prosedur pembersihan lantai 4.2.1Dinding, siling, kipas, tingkap dan pintu mesti bersih dan tidak menyumbang kepada pencemaran 4.2.2 Mempunyai jadual dan rekod pembersihan 4.3 Keadaan Lampu 4.3.1Lampu bersih dan berkeadaan (berpenutup di kawasan pemprosesan) baik*
(diisi oleh pemohon)
MEMATUHI ( / ) Ya
Tidak
4.3.2 Mempunyai jadual dan rekod pembersihan 4.4 Saliran 4.5 Longgokan Sampah
Manual PJKM Am Prosedur 14.0: Kawalan Bahan Buangan dan Pelupusan Sisa (m/s 38-39)
4.4.1Saliran bersih meliputi longkang dan parit 4.4.2 Mempunyai jadual dan rekod pembersihan 4.5.1 Tiada longgokan sampah di kawasan luar dan dalam premis 4.5.2 Mempunyai prosedur pembuangan sampah beserta jadual dan rekod pembersihan 4.6.1 Persekitaran premis berkeadaan bersih 4.6.2 Mempunyai jadual dan rekod pembersihan
16
MeSTI 2012
SUB ELEMEN
Asas Pertimbangan (Sub sub elemen) 4.7.1 Pembersihan dijalankan sekurangkurangnya sekali sehari berdasarkan jadual kebersihan yang disediakan 4.7.2 Pembersihan tidak dilakukan penyediaan/ pemprosesan makanan ketika
MEMATUHI ( / ) Ya
Tidak
4.7.3 Agen pencuci dan penyahjangkitan yang sesuai dan disimpan di tempat yang berasingan daripada kawasan pemprosesan makanan 4.7.4 Peralatan dan perkakasan dicuci dengan bersih sebelum dan sesudah digunakan 4.7.5 Prosedur pembersihan peralatan yang betul dan mencukupi beserta jadual dan rekod (cth:cucian/biasa/CIP:kepekatan/masa/ pemeriksaan/ujian) 4.8 Kawalan Makhluk Perosak
Manual PJKM Am Prosedur 12.0: Kawalan Makhluk Perosak (m/s 34-35)
4.8.1 Tiada penggunaan racun di dalam kawasan pemprosesan bagi mengawal makhluk perosak 4.8.2 Terdapat kaedah kawalan makhluk perosak 4.8.3 Kawalan makhluk perosak dijalankan dengan berkesan 4.8.4 Tiada tanda kehadiran makhluk perosak 4.8.5 Mempunyai prosedur kawalan makhluk perosak dan rekod pemeriksaan
4.9.1 Bahan buangan tidak dibiarkan terlalu lama dalam premis makanan 4.9.2 Tong sampah dibasuh dan berkeadaan baik 4.9.3 Bilangan tong sampah mencukupi dan berpenutup 4.9.4 Tempat pengumpulan/pelupusan sampah adalah berkeadaan bersih dan diselenggara 4.9.5 Mempunyai prosedur pembuangan bahan dan pelupusan sisa BAHAGIAN B : KAWALAN OPERASI
ELEMEN 5 KAWALAN BAHAN MENTAH Asas Pertimbangan (Sub sub elemen) 5.1.1 Terdapat kawalan semasa penerimaan bahan mentah dan rekod mengenainya 5.1.2 Prosedur yang lengkap bagi setiap bahan mentah 5.2.1 Bahan mentah diterima di kawasan yang sesuai 5.3.1 Mempunyai kemudahan mencuci bahan mentah yang berasingan 5.3.2 Mempunyai prosedur pencucian bahan mentah
(diisi oleh pemohon)
MEMATUHI ( / ) Ya
Tidak
MeSTI 2012
17
ELEMEN 6 KAWALAN PROSES Asas Pertimbangan (Sub sub elemen) 6.1.1 Terdapat kawalan mikrobiologi bagi setiap langkah pemprosesan yang berkaitan suhu, masa, aw, kelembapan, kepekatan atau keasidan 6.1.2 Mempunyai prosedur kawalan mikrobiologi disepanjang rantaian pemprosesan 6.1.3 Amalan pencegahan pencemaran silang yang berkesan 6.1.4 Rekod yang berkaitan adalah lengkap 6.2 Kawalan Ke Atas Bahaya Kimia
Manual PJKM Am Prosedur 13.0: Prosedur Kawalan Bahan Kimia (m/s 36-37)
MEMATUHI ( / ) Ya
Tidak
6.2.1 Terdapat kawalan kimia bagi setiap langkah pemprosesan yang berkaitan penggunaan bahan aditif makanan yang dibenarkan mengikut kepekatan, suhu, paras minimal/maksimal atau masa. 6.2.2 Tiada bahan aditif yang tidak dibenarkan atau bahan kimia bukan makanan diguna sepanjang rantaian pemprosesan 6.2.3 Mempunyai prosedur kawalan bahan kimia disepanjang rantaian pemprosesan 6.2.4 Rekod yang berkaitan adalah lengkap
6.3.1 Terdapat kawalan zikal yang sesuai bagi setiap langkah pemprosesan yang berkaitan pencemaran benda asing seperti penapisan, ayakan atau penggunaan alat pengesan logam 6.3.2 Mempunyai prosedur kawalan pencemaran zikal di sepanjang rantaian pemprosesan 6.3.3 Rekod yang berkaitan adalah lengkap
ELEMEN 7 KAWALAN PEMBUNGKUSAN Asas Pertimbangan (Sub sub elemen) 7.1.1 Menggunakan bahan pembungkus yang tidak mencemar produk makanan 7.2.1 Proses pembungkusan kawasan yang sesuai dijalankan di
(diisi oleh pemohon)
MEMATUHI ( / ) Ya
SUB ELEMEN 7.1 Bahan Pembungkus 7.2 Kawasan Pembungkusan 7.3 Aktiviti Pembungkusan
Manual PJKM Am Prosedur 8.0: Pembungkusan Makanan (m/s 25-26)
Tidak
7.3.1 Mempunyai prosedur kawalan proses pembungkusan yang didokumenkan 7.3.2 Aktiviti pembungkusan tidak dilakukan di atas lantai
ELEMEN 8 KAWALAN PENYIMPANAN Asas Pertimbangan (Sub sub elemen) 8.1.1 Makanan dan bukan makanan disimpan secara berasingan 8.1.2 Prosedur penyimpanan bahan mentah / produk siap yang didokumenkan dan direkodkan mengikut keperluan produk tersebut 8.2 Sistem Penyimpanan 8.3 Kaedah Penyimpanan 8.2.1Menggunakan sistem FIFO/FEFO (First In First Out / First Expiry First Out) 8.3.1 Tiada makanan diletakkan di atas lantai (jarak dari lantai 20cm dan dari dinding 15cm
(diisi oleh pemohon)
MEMATUHI ( / ) Ya
Tidak
18
MeSTI 2012
MEMATUHI ( / ) SUB ELEMEN Asas Pertimbangan (Sub sub elemen) 8.3.2 Tidak mencampur makanan mentah dengan makanan terproses dalam bekas yang sama 8.3.3 Makanan berisiko tinggi dan bahan mentah yang mudah rosak disimpan pada suhu yang sesuai di dalam bekas yang bertutup/berbungkus 8.3.4 Tidak menyimpan makanan sejuk beku/ dingin melebihi muatan di dalam peti sejukbeku / petisejuk 8.3.5 Rantaian sejuk (cold chain) makanan dingin/ sejuk beku tidak terganggu 8.3.6 Menyimpan makanan pada suhu sesuai dengan sifat semulajadi makanan tersebut 8.3.7 Tidak meletakkan dan menyimpan bahan kimia bukan makanan dalam kawasan pemprosesan makanan 8.3.8 Rekod berkaitan dan lain-lain kawalan 8.4 Pelabelan Bahan Mentah 8.4.1 Bahan mentah/ ramuan makanan dilabel
(diisi oleh pemohon)
Ya
Tidak
ELEMEN 9 KAWALAN PENGANGKUTAN & PENGEDARAN MEMATUHI ( / ) SUB ELEMEN Asas Pertimbangan (Sub sub elemen) 9.1.1 Kenderaan pengangkut yang digunakan sesuai 9.1.2 Prosedur pengedaran dan pengangkutan makanan yang didokumenkan dan direkodkan mengikut keperluan
(diisi oleh pemohon)
Ya
Tidak
9.2 Kebersihan 9.2.1 Kenderaan pengangkut berkeadaan bersih, dikawal dan diverikasi Kenderaan Pengangkut Untuk Tujuan Pengedaran 9.2.2 Rekod yang menunjukkan jadual dan kaedah pencucian /kekerapan dan tanggungjawab bagi kenderaan pengangkutan 9.3 Suhu Kenderaan Pengangkut 9.3.1 Jika menggunakan kenderaan pengangkut sejuk atau sejukbeku, adakah suhunya bersesuaian 9.3.2 Rekod kawalan suhu ELEMEN 10 KAWALAN KEBOLEHKESANAN MEMATUHI ( / ) SUB ELEMEN Asas Pertimbangan (Sub sub elemen) 10.1.1 Terdapat kaedah mengenalpasti atau mengesan semula produk yang diedarkan sekiranya berlaku aktiviti pelanggaran 10.1.2 Mempunyai prosedur kebolehkesanan yang didokumenkan 10.1.3 Boleh mengenalpasti semua sumber bahan mentah/bahan pembungkus 10.1.4 Boleh mengenalpasti semua produk siap dihantar keluar kilang 10.1.5. Rekod yang lengkap
(diisi oleh pemohon)
Ya
Tidak
10.1 Kebolehkesanan
Manual PJKM Am Prosedur 7.0: Kawalan Pemprosesan Makanan (m/s 21-24) Manual PJKM Am Prosedur 10.0: Pengedaran Makanan (m/s 29-30)
Nota - Setiap elemen yang memerlukan prosedur perlu dilengkapkan dengan skop, objektif, kaedah, jadual / kekerapan, rekod, tanggungjawab yang dinyatakan dengan jelas.
MeSTI 2012
19
Lampiran 6 SENARAI BAHAGIAN KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANAN, JABATAN KESIHATAN NEGERI
1. Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan Negeri Perlis, Km 1, Jalan Abi Tok Hashim, 01000 Kangar, Perlis Indera Kayangan. Tel: 04-9766989/9768114 Faks: 04-9767419/9776369 http://jknperlis.moh.gov.my 3. Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang Tingkat 35 & 37, KOMTAR, 10590 Pulau Pinang. Tel: 04-2625533 Faks: 04-2613508 http://jknpenang.moh.gov.my 2. Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan Negeri Kedah, Jalan Kuala Kedah, 05400 Simpang Kuala Alor Setar, Kedah Darul Aman. Tel: 04-7741000 Faks: 04-7741022 http://jknkedah.moh.gov.my 4. Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Jabatan Kesihatan Negeri Perak Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, 30590 Ipoh, Perak Darul Ridzuan. Tel: 05-2490200 Faks: 05-2550740 http://jknperak.moh.gov.my 6. Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan WP Kuala Lumpur, Jalan Cenderasari, 50590 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan. Tel: 03-26940701 Faks: 03-26940702/26910263 http://jknkl.moh.gov.my
5. Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, Tingkat 27, Wisma MBSA, Persiaran Perbandaran, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Tel: 03-55182121 Faks: 03-55185195/55185196 http://jknselangor.moh.gov.my 7. Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan, Jalan Rasah, 70300 Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus. Tel: 06-7664800 Faks: 06-7675506 http://jknns.moh.gov.my
8. Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan Negeri Melaka, Tingkat 5, Wisma Persekutuan, Jalan Business City, Bandar MITC, 75450 Ayer Keroh, Melaka. Tel: 06-2345959 Faks: 06-2345951 http://jknmelaka.moh.gov.my
20
MeSTI 2012
13. Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak Jalan Tun Abang Haji Openg, 93590 Kuching, Sarawak. Tel: 082-237835/237837/237853 Faks: 082-258849/237837 http://jknsarawak.moh.gov.my
14. Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah , Tingkat 5, Wisma BSN Sabah, Jalan Kemajuan, Karamunsing, 88000 Kota Kinabalu, Sabah. Tel: 088-248201 Faks: 088-248215 http://jknsabah.moh.gov.my
15. Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan WP Labuan, Peti surat 81736, 87018 Wilayah Persekutuan Labuan. Tel: 087-596000 Faks: 087-419011 087-419011(Kesihatan Awam) http://jknlabuan.moh.gov.my
MeSTI 2012
21