You are on page 1of 11

3.

BAGAIMANA KAEDAH PBS DINILAI Pada tahun 2014, PMR 100 % akan ditambahbaik melalui pelaksanaan Pentaksiran

Berasaskan Sekolah (PBS) yang telah dimulakan pada tahun 2014 bagi murid tingkatan 1. Manakala pada tahun 2016, UPSR tidak lagi ditentukan melalui peperiksaan awam sahaja yang digunakan sekarang 60 % malah digabungkan dengan pentaksiran berasaskan sekolah yang terdiri daripada pentaksiran pusat dan pentaksiran sekolah sebanyak 40 %. Ini bererti sistem peperiksaan pusat seperti UPSR dan PMR bukan lagi merupakan penilaian tunggal dalam menilai pencapaian murid menguasai pembelajaran yang diajar. Rajah 3.1 : PMR 100% PBS

Sumber Rujukan : Kementerian Pelajaran Malaysia (2012)

Rajah 3.2 : UPSR 60 : 40 mulai 2016

Sumber rujukan : Kementerian Pelajaran Malaysia (2012) Dalam usaha penambahbaikan kepada pentaksiran sekolah sedia ada, Pentaksiran Rujukan Standard diperkenalkan iaitu menggunakan Standard Prestasi untuk melihat kemajuan dan pertumbuhan pembelajaran serta pencapaian seseorang murid. Ia merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu, faham dan boleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajari berdasarkan Standard Prestasi yang ditetapkan mengikut tahaptahap pencapaian seperti yang dihasratkan dalam dokumen kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Standard Prestasi ini memandu pentaksir bagaimana aktiviti pentaksiran boleh dan dapat dilaksanakan secara adil dan berfokus merujuk kepada standard yang ditetapkan. Pentaksiran ini tidak membandingkan pencapaian seseorang murid dengan murid yang lain tetapi melapor prestasi murid dalam pembelajaran dengan merujuk kepada pernyataan standard yang diberikan. Standard Prestasi ini juga dirangkumi oleh pernyataan standard, deskriptor, eviden dan instrumen. Bahagian ini dilaporkan tentang pencapaian murid dan perkembangan dalam

pembelajaran. Rajah 3.1.1 merupakan pengkelasan antara bahagian eviden dan instrumen yang diguna pakai oleh guru dalam melaksanakan PBS ini. Jadual 3.1 : Eviden dan Instruman BAND 6 5 4 3 2 1 STANDARD Pernyataan bersifat generik tentang aras perkembangan dalam pembelajaran (OM & OP) DESKRIPTOR Pernyataan tentang apa yang murid tahu dan boleh buat EVIDENS Penyataan tentang bagaimana murid menunjukkan tahu dan boleh buat INSTRUMEN Alat untuk digunakan untuk mentaksir Paper & pensel Pemerhatian Kerja kursus Buku skrap Folio ULBS Ujian amali Senarai semak Soal selidik Demo Simulasi dll

Sumber Rujukan : Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia (2011) Dalam PBS ini, pencapaian murid dilaporkan berdasarkan kepada band dan bukan lagi sebagai skor mentah seperti 70 % ataupun dalam gred A,B, C, D. Dengan itu, murid-murid dinilai secara adil dan saksama berdasarkan dengan keupayaan, kebolehan, bakat, kemahiran dan potensi diri tanpa dibandingkan dengan orang lain. Kaedah pelaksanaan PBS dinilai melalui Standarp Prestasi yang ditetapkan seperti Jadual 3.1.

Jadual 3.1 : Kerangka Standard Prestasi BAND 6 5 4 3 2 1 STANDARD Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Tahu, Faham dan Boleh Buat Tahu dan Faham Tahu

Kementerian Pelajaran Malaysia juga akan meningkatkan secara sistematik bilangan peratusan soalan yang berkemahiran berfikir aras tinggi melalui PBS dan peperiksaan awam. Soalan yang berasaskan Taksonomi Bloom ini akan menguji kemahiran melalui aplikasi, analisis dan penilaian. Perubahan dalam reka bentuk peperiksaan bermaksud guru tidak lagi meramal bentuk soalan dan topik yang akan diuji terhadap topik-topik tertentu malah murid akan dilatih untuk berfikir secara kritis dan mengaplikasi ilmu yang dipelajari dalam pelbagai konteks keperluan berdasarkan merujuk kepada Standard Prestasi yang ditetapkan. Format pentaksiran yang baru ini membolehkan murid dinilai berdasarkan keberhasilan yang lebih luas dalam jangka masa yang lebih panjang seperti yang di hasratkan oleh dasar Kementerian.

3.1

CABARAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) baru diperkenalkan dalam sistem pentaksiran pendidikan negara ini selaras dengan pelaksanaan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP). Sistem ini dirangka oleh Kementerian Pendidikan dalam menilai prestasi pelajar berasaskan sekolah bagi mengatasi sistem pendidikan yang berorientasikan peperiksaan. PBS dirancang, dibina, ditadbirkan, diskor dan dilaporkan oleh guru yang telah ditetapkan oleh Lembaga peperiksaan Malaysia (LPM). Perubahan kepada sistem pentaksiran ini memberikan cabaran yang besar kepada banyak pihak terutamanya kepada para guru dalam melaksanakan penilaian kepada pelajar. Cabaran yang paling dilihat ialah daripada para guru yang memainkan peranan penting dalam melaksanakan sistem pentaksiran yang baru ini. Kemahiran dan kesedian para guru dalam melaksanakan PBS ini merupakan salah satu cabaran yang ditempuhi oleh kebanyakan guru sekarang. Ini dapat dilihat daripada ketua pentadbiran sekolah iaitu guru besar atau pengetua sekolah yang merupakan tonggak utama dalam pemantauan pelaksanaan di sekolah. Guru besar sebagai pemimpin pentaksiran perlu ada kualiti diri dan ilmuan dalam bidang pentaksiran dengan memahami maklumat dengan lebih jelas berkaitan pelaksanaan PBS. Mengetahui ilmu dalam bidang pentaksiran ini termasuklah prinsip asas dalm pentaksiran pendidikan, pengendalian, penentuan standard dan penggunaan fail pentaksiran. Ini dapat membantu para guru yang lain dari semua aspek dalam melaksanakan pentaksiran di sekolah dan sekiranya tanggungjawab guru besar sambil lewa tentang pelaksanaan ini, ini dapat menyumbang kepada guru-guru lain tidak mampu melaksanakan dengan berkualiti. Menurut kajian Yusuf & Mohd Musa Shaharuddin (2011), min keseluruhan iaitu sebanyak 4.179 bagi komponen tahap pemahaman berada tahap tinggi yang mengambarkan guru besar sangat memahami pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah (PBS). Namun masih terdapat segelintir guru besar yang tidak mengetahui ilmu dalam bidang pentaksiran sekolah dan menyebabkan tidak memberi kerjasama dengan guru yang lain contohnya guru besar tidak menyediakan peruntukan untuk membeli fail murid dan kelengkapan sekolah. Oleh itu, guru besar memberi cabaran yang besar dalam tonggak pentaksiran sekolah dan peranan guru besar amat diperlukan dengan merujuk pekeliling dan prosedur yang ditetapkan.

Selain itu, guru kurang memahami mengenai cara melaksanakan pentaksiran seiring dengan proses pengajaran dan pembelajaran melalui pentaksiran formatif. Hal ini demikian kerana kesukaran guru membina dan menjalankan instrumen pentaksiran yang pelbagai bentuk kerana masih terikat dengan fahaman dan kebiasaan guru menilai pencapaian murid menggunakan ujian berbentuk kertas dan pensel. Walaupun terdapat cabaran kepada guru dalam melaksanakan PBS ini, namun pelaksanaan PBS jelas dilakukan oleh sesetengah guru. Menurut Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran Malaysia menjelaskan guru tidak akan terbeban sekiranya memahami konsep perlaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Utusan Malaysia (2012). Kenyataan Lembaga Peperiksaan menyebut daripada kajian soal selidik yang dijalankan mengenai kesediaan guru melaksanakan PBS secara talian pada September lalu mendapati 84.2 % daripada 46929 guru tingkatan 1 sekolah menengah seluruh negara memahami konsep dan cara melaksanakan PBS. Manakala kira-kira 9006 atau 10 % guru tahun 1, 2, dan 3 sekolah rendah dan 7979 atau 17 % guru tingkatan 1 di sekolah menengah jelas tentang konsep pentaksiran sekolah iaitu komponen akademik PBS. Selain itu, guru akademik juga memainkan peranan penting dalam memastikan sistem penilan yang berkesan di Malaysia. Semenjak PBS diperkenalkan di sekolah, terdapat pelbagai reaksi dan pandangan yang telah diberikan oleh guru. Guru terasa tercabar dengan beban dengan tugas yang terbeban. Ini disokong dengan kajian oleh Mohd Anuar & Khamsawati , kebanyakan guru merasakan perubahan pendidikan telah tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk menghabiskan sukatan pelajaran dan pelaksanaan pentaksiran telah meningkatkan beban kerja mereka. Peranan guru dalam melaksanakan PBS ini adalah membantu memperbaiki pembelajaran murud berdasarkan maklumat yang diperolehi. guru juga bukan sahaja mengajar tetapi juga melakukan kerja-kerja pentadbiran dan kokurikulum. Guru juga mentaksir dan mengajar dalam masa yang sama. Ini adalah kerana PBS membuat penilain pada masa yang sama untuk sepanjang tahun. Oleh itu, beban tugas guru ini akan dikurangkan melalui ucapan Datuk Seri Najib Razak yang mengatakan bahawa tugas pentadbiran guru akan diberi perhatian segera dalam pelaksanaan Pelan Pembangunan pendidikan Malaysia (2013-2025) dalam Berita Semasa (2013).

3.2

KEKANGAN DAN MASALAH

Walaupun pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) ini baru diwujudkan , terdapat beberapa masalah yang dihadapi oleh guru yang menjadi pentaksir dalam melaksanakan PBS di sekolah. Antaranya ialah dari segi masa, guru berpendapat banyak pengurusan yang perlu dilakukan seperti evidens murid dalam PBS yang dikatakan memakan masa yang banyak dan ruang besa adalah perlu bagi memastikan penguasaan murid dalam pembelajaran direkodkan untuk melihat pertumbuhan dan perkembangan murid sepanjang tempoh persekolahan. Penilaian PBS ini memerlukan jangka masa yang panjang kerana ia berlaku sepanjang tahun dan secara berterusan. Ianya berbeza dengan sistem penilaian yang berorientasikan peperiksaan bertulis yang hanya dijalankan sekurang-kurangnya dua tahun sekali sahaja. Permasalahan yang dihadapi juga iaitu tahap kepercayaan yang rendah. Keadaan ini merujuk kepada pengukuran yang diukur oleh guru dalam mengukur aspek yang tertentu. Apabila guru-guru diberi kebebasan untuk melakukan penilain secara sendiri, terdapat kemungkinan instrumen yang diberikan oleh guru bukan opsyen mengajar Matematik tidak memenuhi ciri-ciri yang ditetapkan. Dengan ini juga berlaku bias dalam penilaian yang merangkumi tiga aspek iaitu pemerhatian, lisan dan penulisan. Melalui pemerhatian, setiap guru berbeza pandangan terhadap murid-murid terutamanya apabila guru berada dalam keadaan emosi menyebabkan guru menaksir murid tersebut dengan sambil lewa dan guru juga sukar membezakan pelajar yang pura-pura fahan dengan pelajar yang dapat memahami apa yang dipelajari. Pemerhatian guru adalah subjektif dan terdapat perbezaan antara pemerhatian setiap guru di samping guru hanya menilai apa yang nampak pada mata kasar sahajar. Melalui lisan pula, murid-murid kurang memberi respon kerana murid berasa bosan apabila diberikan soalan yang berterusan dan soalan yang dijawab dengan beramai-ramai. Berdasarkan dari segi penulisan, murid berada pada tahap yang berbeza dan penilain guru terhadap guru berbeza dan skema jawapan tidak setara dengan guru yang lain. Secara tidak langsung, pencapaian muridmurid tidak berkesan Bagi membantu guru melaksanakan PBS, dua aplikasi pengunaan teknologi telah diciptakan bagi memastikan guru tidak dibebani dengan tugas-tugas pekeranian iaitu sistem pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) dan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan

Dan Kokurikulum (PAJSK) yang dibangukan untuk merekod , menyimpan dan melaporkan perkembangan murid yang disimpan dan boleh dicetak sebagai laporan yang diperlukan. Namun terdapat bebarapa masalah yang dihadapi dalam penggunaan teknologi ini iaitu sistem PBS tidak mesra pengguna dan tidak sistematik dan menyebabkan masalah kelewatan dan data muridmurid sehingga menjadi bebanan kepada guru-guru di Malaysia. Bagi sekolah di pedalaman yang sukar mendapat akses internet, guru-guru terpaksa pergi ke kawasan bandar atau pekan yang mempunyai akses internet untuk mengisi hasil pentaksiran yang dilkaukan secara manual. Walaupun sistem ini diwujudkan untuk memudahkan kepada guru namun guru kurang memahirkan diri dalam penggunakan teknologi. Melalui hasil kajian Abd Wahid & Yuszaida Yusof (2011) menunjukkan masalah yang paling kerap dihadapi ialah guru kurang elemen dalam kemahiran penggunaan teknologi dalam melaksanakan PBS ini. Dengan itu, permasalah ini dapat dibaik pulihkan dengan tindakan yang sewajarnya dan tanggungjawab semua pihak harus dititikberatkan dalam mewujudkan pencapaian pelajar lebih cemerlang. 3.3 LANGKAH PENYELESAIAN

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu pentaksiran yang bersifat holistik yang dianggap berkempuan menilai aspek kognitif (intelek), efektif (emosi) dan pskimotor (jasmani) selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Walaupun pentaksiran ini baru diwujudkan, terdapat pelbagai inisiatif dan langkah penyelesaian dalam mengatasi permasalahan yang wujud. Terdapat banyak pihak yang harus berganding bahu menyelesaikan permasalahan yang timbul ini bagi mewujudkan sistem penilaian yang cemerlang di Malaysia. Dalam mengatasi permasalah yang dirungkaikan oleh rungutan guru terhadap sistem SPPBS yang merupakan masih baharu dibangunkan dan sudah tentu mengambil masa untuk diadaptasikan tetapi mengakui ada ruang yang perlu ditambah baik. Pihak kerajaan bersedia menambah baik sistem PBS dan kementerian sewajarnya meneliti pandangan serta cadangan guru-guru dalam usaha menambah baik sistem PBS termasuk aspek yang menjadi bebanan kepada tenaga pengajar melalui keratan akhbar Berita Harian (2012) . langkah ini adalah satu langkah yang tepat diambil oleh pihak kerajaan dan penambaik sistem PBS ini haruslah dilaksanakan dengan secepat mungkin kerana dalam beberapa tahun sahaja lagi peperiksaan PMR akan menggunakan sistem PBS ini sepenuhnya. Apa yang paling penting, kemudahan

akses dilaksanakan di semua sekolah pedalaman supaya sistem ini boleh diakses tidak kira di mana sahaja dengan secepat mungkin. Langkah interim yang bersifat sementara yang telah diambil dengan menyediakan hosting khas yang berasingan bagi Sistem Pengurusan PBS dan Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM). Oleh itu, pihak kementerian sewajarnya memberikan penelitian yang terbaik dalam melakukan penambahbaikan sistem pentaksiran ini. Selain itu, pihak kerajaan harus memperbaiki cara pengurusan supaya lebih bersistematik. Hal ini kerana pelaksanaan PBS ini telah menyebabkan golongan guru dan pihak pentadbir mengalami beberapa kesulitan dalam menilai diri seseorang pelajar itu secara individu. Pihak kerajaan seharusnya meneliti setiap pelaksanaan yang di lakukan bagi mengelakkan perkara yang tidak di ingini berlaku pada kemudian hari kelak. Contohnya guru membuat kesilapan dalam memasukkan data-data murid yang cemerlang dan tidak cemerlang. Ini menyebabkan pelajar itu, mengalami masalah apabila keputusan yang di umumkan oleh pengetua menyatakan pelajar itu gagal dalam akademik walaupun mempunyai sahsiah yang tinggi. Seterusnya penyelesaian mengenai PBS ini ialah guru seharusnya bersikap bertanggungjawab dalam memastikan setiap rekod pelajar itu di simpan dalam satu dokumen rasmi bagi membolehkan guru itu membuat semakkan sekiranya berlaku penipuan dalam rekod pelajar. Ini kerana ada segelintir guru-guru yang terlepas pandang mengenai PBS ini kerana guru terpaksa menilai pelajar yang ramai sehingga menyebabkan guru itu mengalami pelbagai masalah. Ada guru yang sambil lewa memasukkan data murid tanpa memeriksanya secara mendalam. Guru-guru seharusnya di latih lebih mendalam dan menjalani kursus bagi melayakkan guru memperolehi sijil pengesahan kelulusan bagi merekod pencapaian pelajar melalui sistem PBS ini. Guru-guru yang lulus akan di berikan kuasa sepenuhnya oleh pihak pengetua bagi menjalankan rekod penilaian murid dari segi akademik, sahsiah dan kokurikum. Guru-guru yang tidak lulus dalam ujian merekod PBS ini tidak akan di berikan sijil malahan di kendaki mengulangi ujian tersebut sehingga lulus dan membuat latihan insentif terhadap pelaksanaan PBS. Melalui cara ini guru-guru akan berasa mudah sekiranya menjalani kursus yang diadakan bagi pemantapan merekodkan sifat pelajar melalui PBS ini. Justeru itu, melalui kursus yang di jalankan guru-guru akan lebih dapat mengetahui secara lebih mendalam cara pelaksanaan PBS dengan berkesan tanpa ada berlaku keraguan dan persoalan yang timbul. Pihak pentadbir seperti pengetua, guru besar dan guru penolong kanan seharusnya memikirkan cara yang berkesan bagi

melatih guru-guru ini supaya mahir lebih mendalam cara penggunaan PBS di peringkat sekolah terutama cara merekod pencapaian seseorang pelajar tersebut. Kesimpulannya, langkah kerajaan dibawah Kementerian Pelajaran untuk menambah baik sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) adalah wajar dilakukan dan kesemua pihak sewajarnya memainkan peranan penting dalam pelaksanaan PBS bagi memantapkan pentaksiran di sekolah tanpa ada halangan dan keraguan yang timbul.

RUJUKAN Abd Wahid Mukhari & Yuszaida Yusof (2011). Tahap Kefahaman Kriteria Dan Masalah Guru Terhadap Penilaian Dan Pentaksiran Kerja Kursus Kemahiran Hidup (KT) Di Daerah Segamat, Johor. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia Mohd Anuar dan Khamsawati (Tahun Tidak Dinyatakan). Pelaksanaan Pentaksiran Kerja Kursus Sekolah Menengah Dalam Bandar Di Daerah Kuantan, Pahang. Skudai : Universiti Teknologi Malaysia Rungutan Guru Dikaji-TPM (2012, 5 Nov ). Berita harian Kementerian Pelajaran Malaysia (2012). Diperoleh April 3, 2013 daripada

http://buletinkpm.blogspot.com/2012/11/pentaksiran-berasaskan-sekolah-pbs.html Beban Tugas Guru Malaysia Semakin Bertambah? Benarkah? Senaraikan? Datuk Najib Mahu Selesaikan (2013, 13 Feb ) daripada http://beritasemasa.com/beban-tugas-guru-malaysia Yusuf Boon Dan Mohd Musa Shaharuddin (2011). Kepimpinan Guru Besar Dalam Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Kebangsaan Daerah Kota Tinggi, Johor. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia Norizan abdul muhid diperoleh daripada April 3, 2013 daripada http://www.moe.gov.my/bpk/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=257 %3Apentaksiran-secara-holistik&Itemid=1&lang=en

You might also like