You are on page 1of 10

AMALI 18 MENGELOLAKAN SATU PERTANDINGAN.

BERI TAJUK-TAJUK BERKENAAN. TAJUK/ TEMA PERMAINAN TRADISIONAL: IMBAUAN MENGUSIK

KENANGAN.

LAPORAN PERMAINAN TERSEBUT ATAU PERBINCANGAN SELEPAS PERLAWANAN.

LAPORAN KARNIVAL SUKAN PERMAINAN TRADISIONAL

Karnival Sukan Permainan Tradisional yang dikelolakan oleh Unit PISMP Pendidikan Jasmani Semester Lima berjalan dengan lancar dan berjaya. Karnival ini telah berlangsung pada hari Sabtu yang bersamaan dengan 04 Mei 2013.

Karnival Sukan Permainan Tradisional ini diadakan kerana mengikuti dan melengkapkan Pro-Forma Kursus PJM3112, iaitu Pengurusan Dan

Pentadbiran Pendidikan Jasmani Dan Sukan.

Bermula seawal jam tujuh pagi, semua peserta telah berkumpul di dalam rumah sukan masing-masing. Setiap peserta menunjukan tepukan rumah sukan mereka dengan baik dan mencabar rumah sukan yang lain. Sungguhpun kadangkala ada rumah sukan yang melakukannya tidak serentak, namun ia dapat diatasi dengan pengalaman yang sedia ada.

Permainan tradisional adalah satu aspak pada kehidupan manusia. Permainan ini dikenlai juga sebagai permainan masa lapang ataupun sukan rakyat. Kebiasaan permainan tardisional ini dimainkan oleh masyarakat dahulu pada mas lapang seperi lepas bekerja di sawah padi ataupun semasa

tidak turun ke laut. Sebaliknya sukaneka pula permainan yang dimainkan dalam bentuk pertandingan dan mempunyai beberapa peraturan-peraturan ringkas.

Sukan dapat didefinisikan sebagai aktiviti yang dipertandiangkan mengikut peraturan-peraturan dan undang-undang yang telah persetujui. Sukan akan lebih menarik jika terdapat unsur-unsur pertandingan,

perancangan, kemahiran motor dan juga startegi.

Pada hari karnival tersebut, permainan yang dijalankan ialah tarik tali, gusti tangan, laying-layang, tarik upih, galah panjang, sumpit dan sebagainya.

Pada majlis penyampaian hadiah tersebut, ia telah disempurnakan oleh pengarah kami dan En. Marni. Karnival Sukan Permainan Tradisional ini telah berjalan lancar seperti mana yang dirancangkan. Sungguhpun terdapat beberapa masalah yang timbul pada awalnya, namun ia dapat diselesaikan dengan pengalaman dan bantuan daripada pensyarah dan juga kesungguhan yang ditunjukan oleh semua ahli jawatankuasa.

KEKURANGAN DAN KELEBIHAN DALAM MASA MERANGKA DAN MENGELOLA PERTANDINGAN

Pendidikan Jasmani adalah sangat penting dalam kehidupan sebagai seorang murid sekolah. Ini jelas dapat dibuktikan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang juga menekankan aspek jasmani, emosi, intelek dan juga sosial. Pendidikan Jasmani begitu menekankan aspek-aspek tersebut, ini dapat dijelaskan pergerakan dalam Pendidikan Jasmani, interaksi antara murid, kreatif dalam membuat pergerakan, dan mendidik murid supaya lebih bijak mengawal emosi semasa aktiviti jasmani.

Pengurusan dan pentadbiran adalah sangat berkait rapat dengan Pendidikan Jasmani dan juga sukan. Apabila sesuatu subjek itu dapat diuruskan dan ditadbir dengan baik, maka ia akan memberi impak yang positif kepada pihak pengurusan tersebut. Seperti contoh, pada semester ini, Pro-Forma Kursus PJM3112, iaitu Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan menyatakan bahawa kami perlu membuat satu lawatan ilmiah ke mana-mana atau beberapa agensi-agensi pusat sukan seperti majlis sukan negara, institut sukan, persatuan permainan, majlis sukan negeri, ataupun lain-lain badan yang berkait rapat dengan sukan dan Pendidikan Jasmani.

Selepas daripada lawatan tersebut, kami juga perlu menjayakan satu karnival sukan permainan tradisional. Karnival inilah yang amat berkait rapat dengan apa yang telah kami perolehi daripada lawatan yang kami jayakan selain daripada merancang bagaimana kami menguruskan karnival tersebut. Sesuatu program itu dapat dijayakan dengan bebapa aspek yang sangat perlu dititik beratkan. Antaranya, dan ia bergantung kepada bagaimana yang

merangka/merancang dilakukan.

pengendalian/pelaksanaan/pengelolaan

Perancangan atau merangka disini dapat didefinisikan bagaimana untuk merancang, merangka, menyusun aktiviti dan juga menyelaras tugas bagi melaksnakan sesuatu program. Mengelola pula bermaksud mentadbir, mengurus, dan mengawal atau melaksana sesuatu program yang telah dirancang.

Lawatan ini sangat berguna kerana dengan adanya input-input yang diberikan, maka karnival yang dijalankan dapat dijayakan dengan baik, sungguhpun pada awalnya ada beberapa kekurangan yang dikenal pasti.

Karnival Sukan Permainan Tradisonal yang dijalankan ini perlulah mengikuti beberapa urutan dan prosedur-prosedur yang biasa dijalankan oleh mana-mana perancangan sesuatu program agar ia dapat berjalan dengan lancar dan baik.

Karnival Sukan Permainan Tradisional ini bermula daripada perlantikan ahli jawatankuasa. Setiap peserta kursus ini, iaitu PISMP Unit Pendidikan Jasmani telah dilantik menjadi ahli jawatankuasa. Ahli jawatankuasa juga terbahagi kepada dua, iaitu ahli jawatankuasa pelaksana, dan ahli jawatankuasa kerja.

Setiap ahli jawatankuasa ini mempunyai ketua mereka tersendiri. Pangkat dalam sesuatu jawatankuasa ialah pengerusi, dimana pengerusi akan bertindak sebagai ketua, selain daripada mempengerusikan mesyuarat, membuat keputusan, dan merancang aktiviti.

Selepas merancang karnival ini, maka tindakan selanjutnya ialah mengadakan mesyuarat. Mengadakan mesyuarat adalah sangat penting. Begitu juga menghadiri mesyuarat yang diadakan. Mesyuarat diadakan untuk membincangkan sesuatu perkara, menyelesaikan masalah yang timbul, juga membuat perbincangan untuk sesuatu perkara.

Untuk program Karnival Sukan Permainan Tradisional yang jalankan ini, mesyuarat telah pun dijalankan. Setiap mesyuarat membincangkan perkara-

perkara penting, contohnya perubahan tarikh karnival, masalah-masalah yang timbul pada setiap jawatankuasa, dan cara penyelesaian yang baik.

Daripada mesyuarat yang dijalankan, jawatankuasa pelaksana telah bersetuju untuk menjalankan karnival ini pada 04 Mei 2013. Karnival ini akan dijalankan bermula daripada jam 7 pagi dan dijangka tamat pada jam 5 pentang. Ini bermakna, setiap jawatankuasa kerja perlulah bersiap sedia sebelum hari karnival agar dapat menjalankan aktiviti tersebut dengan lancar dan sempurna.

Secara keseluruhannya, setiap fasa dalam mengelolakan sesuatu program itu adalah sangat penting dan perlu diambil perhatian. Seperti contoh, pada fasa sebelum hari kernival, setiap jawatankuasa perlulah mengetahui bidang tugas mereka agar mereka dapat menjalankan tugas yan telah diamanahkan dengan lancar dan baik. Mesyuarat perlulah diadakan untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah yang tibul dan merangka beberapa cara yang kemungkinan perkara yang tidak diingini berlaku.

Pada fasa semasa hari karnival, jawatankuasa sangat penting untuk menjalankan tugas mereka agar tentatif program dapat diikut dan karnival berjalan lancar tanpa ada sebarang masalah. Pembahagian tugas yang spesifik pada hari kejadian akan melancarkan perjalanan karnival. Mereka juga tidak akan masuk ke bidang jawatankuasa lain. Tanggungjawab yang diberikan mereka dapat diselesaikan dengan baik dan sempurna. Pada fasa selepas hari tersebut juga penting. Fasa ini akan

membincangkan kekurangan yang ada pada hari karnival dan mencari jalan penyelesaian yang baik. Apabila kekurangan dan kelebihan dapat dikenal

pasti, maka pengalaman tersebut dapat digunakan untuk mengelola sebarang program pada masa akan datang.

CADANGAN ATASI KELEMAHAN

Terdapat pelbagai cadangan yang ada untuk mengatasi kelemahan atau masalah yang timbul. Cadangan yang relevan membantu melaksanakan dan mengelolakan program dengan lebih baik pada masa akan dantang. Belajar melaui pengalaman.

Untuk mengelola Karnival Sukan Dan Permainan Tradisional ini memerlukan perancangan awal dan sempurna. Ia bermula daripada peringkat perancangan itu sendiri, dimana ia memerlukan ketua yang sentiasa dapat menjalankan tugas yang diamanahkan dengan baik dan beretika.

Seterusnya kertas kerja yang dihantar hendaklah menepati aspek-aspek yang diperlukan di dalamnya. Jika tidak, maka kertas kerja tersebut tidak boleh diluluskan dan hendaklah disunting semula agar pihak yang meluluskan kertas kerja tersebut kelak tidak dipersalahkan jika terdapat sebarang insiden yang tidak dingini berlaku terutamanya memberikan kesan yang buruk kepada semua.

Mesyuarat hendaklah dijalankan dengan baik dan betul. Pengerusi mesyuarat hendaklah sentiasa mempengerusikan dengan baik. Perbincangan yang diadakan semasa mesyuarat hendaklah dibincangkan dengan adil. Tiada karenah birokrasi yan diperlukan. Setiap masalah yang ditimbulkan didalam mesyuaat hendaklah diselesaikan dengan sempurna dan

memuaskan hati setiap pihak.

Persiapan awal adalah sangat penting agar semasa program yang dirancang dapat berjalan dengan baik dan mengikut perancangan.

Pengagihan tugas adalah sangat penting supaya setiap jawatan kuasa memberikan komitmen yang diperlukan untuk menjalankan program yang dirancang. Ia juga memastikan setiap individu atau jawatankuasa

menjalankan tugasan yang diberikan. Ringan sama dijinjing, berat sama dijunjung.

Juga terdapat beberapa perkara yang perlu diberi perhatian pada masa mencari permainan yang sesuai. Antaranya ialah jenis permainan yang dipertandingkan adakah sesuai atau tidak dengan matlamat dan isi yang ingin disampaikan pada peserta.

Permainan yang dijalankan adalah mengikut masa. Masa yang diperlukan adakah sesuai dan tidak memberikan masalah kepada waktu lain. Alatan dan kemudahan yang ada juga memainkan peranan penting. Ini membuktikan bahawa jika alatan dan kemudahan yang digunakan tidak sesuai, maka ia akan menimbulkan masalah. Sistem pertandingan juga memainkan peranan penting. Barapa kategori yang dipertandingkan dan bagaimanakah menentukan pemenang. Peserta yang mengambil bahagian juga perlu dipastikan. Ini supaya tidak timbul sebarang masalah kelak. Contohnya jika sudah ditetapkan berapa jumlah peserta, dan rancang jumlah perbelanjaan yang diperlukan. Jika tidak, pembaziran boleh berlaku yang menyebabkan kemungkinan kos yang perlu dibelanjakan lebih daripada jumlah wang yang diperoleh.

Untuk

yang

demikian,

borang

penyertaan

boleh

digunakan.

Ini

bermaksud, perserta yang telah bersetuju untuk mengambil bahagian perlulah memberikan borang penyertaan. Pihak pengelola akan dapat membuat

jangkaan awal berapa jumlah peserta kelak. Selain itu, surat sokongan juga boleh digunakan untuk memastikan mereka yang terlibat mengambil bahagian tanpa dan sebarang alasan untuk tidak menghadirkan diri.

ISU-ISU DALAM SUKAN YANG BERKAITAN DENGAN KARNIVAL SUKAN PERMAINAN TRADISIONAL

Karnival Sukan Permainan Tradisional yang dijalankan ini sedikit sebanyak mempunyai kaitan dengan program Malaysia Cergas. Malaysia Cergas adalah satu idea dan konsep yang lahir untuk memberikan penekanan ke arah meluaskan kegiatan sukan dan rekreasi fizikal kepada penglibatan seberapa banyak rakyat Malaysia.

Ini dapat dicapai jika pada perancangan awal dapat dilaksanakan, iaitu memastikan guru-guru pelatih mengambil bahagian, maka banyaklah individu-individu yang akan menjayakan karnival ini. Sebaliknya, apabila PISMP Unit Pendidikan Jasmani yang mengambil bahagian sendiri, maka ia akan mengurang jumlah peserta. Perbezaan ketara ini jelas dapat dilihat.

Undang-undang dan peraturan-peraturan dalam sesuatu permainan sukaneka ataupun permainan tradisional yang dijalankan adalah sangat penting. Ia berfungsi untuk mengawal dan menjadikan kejohanan itu dapat dijalankan dengan adil dan tersusun. Undang-undang dan peraturanperanturan yang digunakan pada karnival ini adalah dicipta oleh pihak pengnjur atau jawatankuasa permainan sendriri. Ini dibuat supaya dapat melicinkan lagi perjalanan permainan tersebut.

Seperti contoh, jika tidak terdapat undang-undang atau peraturan, maka kemungkinan besar akan berlaku kekasaran dan kekecohan seperti rasa tidak berpuas hati. Ini juga dapat dikait rapat dengan permainan bersih, atau lebih dikenali dengan istilah Fair Play. Permainan yang dijalankan, tidak kira sukaneka ataupun permainan tradisional ini memberi impak yang positif kepada peserta. Selain daripada peserta yang mengambil bahagian dalam sukan ini sentiasa gembira, mereka juga bersungguh-sungguh memberikan persaingan yang sihat dan

memberikan sorakan kepada kawan yang sedang bertanding.

Ini dapat dijelaskan lagi dari segi afektif sukan yang beretika akan memberi ruang kepada peserta untuk berinteraksi dan bergembira. Bersukan dapat menjadikan hubungan sosial yang baik dan membina masyarakat Malaysia yang cergas selain daripada membenteras kegiatan-kegiatan tidak sihat.

Rekreasi juga berkait rapat dengan karnival ini. Rekreasi perlu dilihat sebagai satu aktiviti yang terancang dan mampu memenuhi masa lapang. Pemilihan permainan yang sesuai bertujuan untuk mendapatan keseronokan, ketenangan minda, dan merehatkan badan. Ia akan memberikan kesan dan impak yang positif terhadap aspek jasmani terumanya, selain daripada rohani dan intelektual.

Permainan tradisional yang mendapat pilihan ini kerana permainan tradisional juga sebagai satu cara untuk berekreasi. Permainan tradisional merupakan permainan yang diwarisi dari generasi terdahulu. Permainan ini diturunkan dari satu generasi ke satu generasi. Bahan dan sumber yang digunakan juga adalah kebiasaanya berada dalam persekitaran kita.

Secara keseluruhannya, Karnival Sukan Permainan Tradisional ini dapat dijalankan dengan lancar dan mengikut apa yang telah dirancang. Sepanjang karnival tersebut berlangsung, tiada masalah besar yang timbul seperti pergaduhan atau penyalah gunaan bahan, sungguhpun mereka, iaitu peserta mahukan kemenangan berpihak kepada mereka. Peralatan yang ada pada alam sekeliling kita yang digunakan dapat menjimatkan kos dan memberikan banyak kelebihan.

You might also like