You are on page 1of 34

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN MIZAN, 22200 BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN.

TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ( EDU 3105 )

NAMA NO.K/P UNIT PENSYARAH TARIKH HANTAR

: ROHAIZAN ARFAH BINTI ROZALAN : 800101-03-5444 : PPG PENDIDIKAN JASMANI SEMESTER 4 : HJ. BAHARUDDIN BIN HUSSIN : 25 SEPTEMBER 2013

HALAMAN PENGAKUAN

Saya mengakui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya

Tandatangan: .. Nama K/P : Rohaizan Arfah Binti Rozalan : 800101-03-5444

ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT

HALAMAN PENGAKUAN PENGHARGAAN 1.0 PENGENALAN 2.0 CIRI SEKOLAH SELAMAT 3.0 ELEMEN SEKOLAH SELAMAT 4.0 TINDAKAN SEKOLAH, GURU DAN KOMUNITI KE ARAH PEMBENTUKAN SEKOLAH SELAMAT

2 4 5 7 8

10

5.0 PERANAN GURU MATA PELAJARAN KE ARAH BILIK DARJAH SELAMAT DAN KONDUSIF 11

6.0 SURAT-SURAT PEKELILING IKHTISASA BERKAITAN ARAHAN KESELAMATAN 7.0 SLAID PEMBENTANGAN 8.0 REFLEKSI 9.0 RUJUKAN 17 25 33 34

PENGHARGAAN Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani Segala Puji-pujian hanyalah bagi ALLAH s.w.t.,Tuhan Sekalian Alam.Selawat dan Salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.. Syukur Alhamdulillah, dengan keizinan dan limpah kurnia ALLAH s.w.t., akhirnya kerja kursus ini dapat disempurnakan dengan jayanya. Semoga segala usaha yang dijalankan diberkati dan dirahmati Nya. Terlebih dahulu, penulis ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan yang tidak terhingga buat pensyarah bagi mata pelajaran ini Encik Ismail Bin Mamat yang tidak jemu-jemu memberi tunjuk ajar, nasihat serta pandangan mengenai kerja kursus ini. Penulis juga ingin merakamkan penghargaan buat teman-teman seperjuangan yang banyak memberi kerjasama sepanjang menyiapkan kerja kursus ini. Mereka telah memberikan kerjasama yang cukup memberansangkan dan tidak menolak seandainya ingin pertolongan diperlukan. Tidak lupa juga buat ibu bapa dan adik-beradik di kampung yang banyak memberikan suntikan semangat bagi meneruskan perjuangan yang belum

tamat.Segala jasa kalian tidak akan dilupakan. Terima kasih

1.0 PENGENALAN Polisi sekolah selamat membawa pengertian yang simple tetapi penting iaitu mewujudkan persekitaran sekolah yang aman, tenteram dan menyakinkan sesuai dengan tuntutan suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif dalam

memenuhi aspirasi, inspirasi dan potensi terkini dan masa hadapan. Stephens (1996) mendefinisikan sekolah selamat ialah tempat pelajar-pelajar dapat belajar dan guru dapat mengajar dalam suasana yang selesa dan bebas dari persekitaran yang menakutkan. Ia juga merupakan tempat di mana iklim pembelajaran dapat menggalakkan penerimaan semangat dan perlindungan bagi setiap kanakkanak. Kunci sekolah yang selamat ialah wujudnya suasana yang mementingkan

ramah mesra, persekitaran yang sentiasa memberi sokongan, wujudnya satu garis panduan yang jelas tentang tingkah laku yang bersesuaian dan ia hendaklah adil serta berterusan (Young, 1999). Menurut The National Education Association di Amerika Syarikat, NEA (1996) sekolah yang selamat ialah sekolah yang mempunyai iklim pembelajaran yang selamat serta tingkah laku pelajar yang sihat. Ia juga mempunyai fokus akademik yang kukuh, sentiasa menyokong pelajar mencapai standard yang tinggi, dapat mewujudkan

hubungan yang positif antara guru dan pelajar di samping dapat membawa penglibatan ibu bapa dan masyarakat ke arah yang lebih bermakna. Sekolah yang selamat juga adalah sekolah di mana guru, staf dan pelajar-pelajarnya selamat daripada sebarang keganasan dari segi fizikal, mental dan psikologi. Keganasan yang dimaksudkan ialah sebarang tingkah laku bermasalah yang serius serta emosi yang ditunjukkan oleh pelajar. Ini termasuklah tingkah laku agresif yang serius,

serangan berbentuk fizikal, membunuh diri, penggunaan dadah dan lain-lain tingkah laku personal yang berbahaya. Jika kita mengharapkan sesebuah sekolah itu selamat, kita mestilah merujuk kepada keselamatan dalam masyarakat dan keluarga. Ini adalah kerana sekolah merupakan tempat di mana para pelajar berkumpul untuk belajar, bersosial serta berdepan dengan pelbagai masalah yang mereka bawa ke sekolah daripada
5

masyarakat dan keluarga mereka sendiri. Kementerian Pelajaran Malaysia dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.6/2000 pula menghuraikan sekolah yang selamat sebagai Sekolah sentiasa selamat dan bebas daripada insiden-insiden yang tidak diingini seperti murid diugut, diculik, diperkosa, penglibatan dalam dadah, perlakuan ala-gengster dan melibatkan diri dalam kegiatan gangster atau triad society. peraturan dan undang-undang Sekolah belum cukup selamat sekiranya aspek tidak diambil kira. Salleh Buang (1996)

menegaskan

bahawa sesebuah institusi yang di dalamnya terdapat ahli-ahli yang

perlukan perlindungan, keselesaan dan keselamatan, kawalan dari aspek perundangan tidak harus diabaikan. Justeru, sekolah yang selamat ialah sekolah yang sentiasa berusaha memastikan warganya terhindar daripada segala bahaya dan ancaman yang bersifat fizikal, mental, emosi, dan psikologikal yang boleh menggugat keberkesanan proses pendidikan di sekolah. Aspek keselamatan ini pula meliputi struktur fizikal, trafik, makanan, bangunan, padang, kesihatan, disiplin, dan tingkah laku.

2.0 CIRI SEKOLAH SELAMAT

warga sekolah mempunyai kesedaran komuniti terhadap kawasan rancangan sekolah respon terhadap kecemasan adalah mantap pelajarnya mempunyai rasa terikat atau menyayangi sekolah tingkah laku yang positif mendapat sokongan dan pengiktirafan pihak sekolah

dasar disiplin adalah konsisten dan ditadbirkan dengan adil

penyenggaraan sekolah menepati masa mempunyai sensitiviti dan rasa hormat kepada semua individu persekitaran yang tidak mengalami sebarang gangguan

Ciri Sekolah Selamat


prosedurprosedur tentang keselamatan sekolah adalah proaktif

tingkahlaku pelajarnya dapat dijangkakan dengan jelas

3.0 ELEMEN SEKOLAH SELAMAT

ELEMEN SEKOLAH SELAMAT

Kesedaran awam atau komuniti.

Penekanan kepada penghayatan nilai-nilai murni merentasi kurikulum dan kokurikulum. Peraturan sekolah

Pengurusan bencana alam dan kecemasan

Kehadiran warga sekolah.

Membasmi ponteng

Pencegahan dadah, rokok dan arak.

Perkongsian bijak dengan agensi luar

Penglibatan keluarga dan komuniti

4.0 MODEL SEKOLAH SELAMAT

5.0 TINDAKAN SEKOLAH, KOMUNITI DAN GURU KE ARAH PEMBENTUKAN SEKOLAH SELAMAT Memastikan semua warga sekolah (Guru, Murid dan Staf sokongan) sentiasa selamat semasa pergi dan dan balik sekolah termasuk selamat semasa menjalankan aktiviti kokurikulum dan lain-lain aktiviti luar bilik darjah. Menyediakan prasarana yang selamat dan kondusif untuk proses pengajaran dan pembelajaran.

TINDAKAN SEKOLAH

Mempamerkan semua polisi, peraturan dan tatacara yang berkaitan dengan Amalan Selamat di tempat yang sesuai.

Melaksanakan Pelan Pengurusan Krisis

Menyediakan prosedur/sistem Amaran Awal akan isu keselamatan seperti banjir & ribut.

Mewujudkan Sistem Pelaporan bagi sebarang kes yang melibatkan isu keselamatan murid.

Melaksanakan Sistem Merekod semua peristiwa mengenai keselamatan.

10

TINDAKAN KOMUNITI

Di sekolah

di luar sekolah

Menyokong semua polisi, peraturan panduan yang disediakan oleh pihak sekolah.

Mengelolakan dan menganjurkan aktivitiaktiviti yang boleh menimbulkan kesedaran kepada keselamatan sekolah adalah tanggungjawab bersama.

Melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti sekolah

Mewujudkan sistem pemantauan kawasan sekitar sekolah bagi mencegah jenayah.

Menerapkan nilai-nilai kerohanian.

Menyokong dan menjadi ahli dalam pertubuhan yang membantu meningkatkan keselamatan

Memberi sumbangan material, idea dan kepakaran dalam perkhidmatan mengawal keselamatan sekolah

Membimbing, menasihat dan menegur golongan muda agar Budaya Selamat sentiasa di utamakan.

11

TINDAKAN GURU MEMBENTUK SEKOLAH SELAMAT 1. Aspek fizikal sekolah Kebersihan: Persekitaran yang bersih (contoh, bilik darjah, tandas dan lain-lain). Kelengkapan: Kipas yang cukup, kantin, makmal, komputer, pusat sumber, OHP, dan lain-lain. Keselamatan (bangunan yang kukuh): Pelajar dan guru selamat. Keselesaan: Kondusif, ruang yang cukup luas, kerusi meja dalam berkeadaan baik, susun atur yang baik, peredaran udara.

2.

Aspek sosial

Keselamatan: Suasana tenteram dari ancaman luar, buli, dera. Hubungan mesra, hormat-menghormati, bekerjasama, kekitaan, riang, adil.

3.

Aspek budaya ilmu 4. Aspek penguasaan bahasa di sekolah

Bersemangat untuk belajar. Dorongan/motivasi yang berterusan. Penggunaan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

12

6.0 PERANAN GURU MATA PELAJARAN KE ARAH BILIK DARJAH SELAMAT

pastikan tidak serpihan kaca di tingkap kelas

susun atur meja yang kemas dan tersusun dengan baik

mengawal kelas dengan baik ,elakkan pergaduhan di kalangan murid-murid.

membuat jadual bertugas kelas supaya sentiasa bersih

Peranan Guru Mata Pelajaran Ke Arah Bilik Darjah Selamat

pastikan tidak ada plug atau suis yang berbahaya

mewujudkan hubungan yang harmoni antara guru dan murid

menitikberatka n keselamatan pengudaraan dan pencahyaan yang cukup

13

7.0 SURAT PEKELILING IKHTISAS KE ARAH KESELAMATAN

14

15

16

17

18

19

20

21

22

23

24

7.0

SLAID PEMBENTANGAN

25

26

27

28

29

30

31

32

8.0 REFLEKSI

Buat pertamanya saya panjatkan syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan taufik dan hidayah-Nya juga kami menyiapkan tugasan subjek pendidikan keselamatan ini dalam tempoh yang ditetapkan. Sepanjang menyiapkan tugasan subjek ini saya telah banyak menerima pengalaman baru sama ada secara langsung atau tidak langsung. Tidak kurang juga cabaran dan dugaan yang saya terima sepanjang menyiapkan tugasan ini. Namun berbekalkan semangat kecekalan, saya tempuhi segalanya dengan tenang dan sabar. Pada mulanya, kami mendengar penerangan, penjelasan dan ulasan tentang cara untuk membuat kerja khusus ini dari pensyarah ketika di dalam kelas. Setelah mendengar penerangan tersebut saya mula berbincang dengan rakan sekelas untuk membuat kerja kursus ini. Melalui aspek pengetahuan, saya telah meluangkan masa di perpustakaan untuk mencari maklumat tentang tugasan amali ini. Selain dari itu saya juga mencari maklumat diinternet. Dengan cara ini ia dapat memudahkan dan melicinkan setiap pergerakan kami untuk menyelesaikan kerja kursus ini. Setelah memperoleh maklumat yang dikehendaki, saya meneruskan langkah dengan mensintesis serta menganalisis maklumat yang diperolehi. Agak sukar bagi saya untuk melakukan tugasan ini.Namun, berkat kerjasama dan ketekunan, saya berjaya juga menyempurnakan tugasan ini. Pengetahuan dan pengalaman ini amat berguna kerana dapat saya gunakan ia ketika di sekolah. Alhamdulillah, sekali lagi saya memanjatkan rasa syukur kehadrat Illahi kerana limpah kurnianya saya berjaya menyempurnakan tugasan ini. Terima kasih tak terhingga juga saya ucapkan kepada pensyarah iaitu En Ismail bin mamat selaku pensyarah kelas kami yang memberi nasihat dan tunjuk ajar dalam menyempurnakan tugasan ini. Tidak ketinggalan terima kasih juga kepada para sahabat. Jasa kalian tak dapat saya balas dan amatlah kami hargai.Sekian, terima kasih.

33

9.0 BIBLIOGRAFI Akhbar Utusan (Edisi On line). 16 November 2004. Perkenalkan Dasar Keselamatan, Kesihatan Di Sekolah. http://www.utusan online .com.my Akhbar Utusan (Edisi On-Line). 7 Jun 2004. 19 Pelajar Cedera, Paip Gas Makmal Meletup. http://www.utusan online .com. Akhbar Utusan (Edisi On-Line). 13 Julai 2005. Lebih 100 Pelajar sisyaki Keracunan Makanan. http://www.utusan online .com.my Akhbar Berita Harian. 25 September.2003. Pengetua, Pelajar Mesti Kerap Berbincang. Sekolah Knodusif . diakses 27 Ogos 2013 http://abdwahabramli64.blogspot.com/2012/03/sekolah-kondusif.html Pengurusan bilik darjah . diakses 27 Ogos 2013 http://irep.iium.edu.my/13309/1/Chapter_-_Pengurusan_Bilik_Darjah_-_2009.pdf Sekolah Selamat. Diakses 27 Ogos 2013. http://www.smksgpusu.net/bahan/sekolah%20selamat.pdf Program Sekolah Selamat . diakses 27 Ogos 2013 http://sktm.edu.my/wp-content/uploads/2012/06/ppt-HEM-2012-Program-SekolahSelamat-18.6.12.pdf Azrina Ahzan (1999). Langkah Memperkukuhkan Keselamatan Sekolah. Berita Minggu 11 Jun 1999.Halaman 4.

34

You might also like