You are on page 1of 7

Kembali Ibadah Persoalan Mengenai Qurban Dan Aqiqah Soalan: 1. Aqiqah 2. Aqiqah Untuk Anak Lelaki 3.

Qurban Untuk Arwah Adik 4. Satukan Ibadah Qurban Dan Aqiqah 5. Umur Afdal Dibuat Aqiqah 6. Qurban Atau Aqiqah? 7. Qurban Untuk Arwah Ayah 8. Belajar Sembelih Haiwan Untuk Qurban 9. Daging Aqiqah Untuk Kenduri Kahwin 10. Aqiqah Untuk Anak Lelaki

1. Aqiqah -Tahun 2001 saya telah aqiqahkan seekor kambing untuk anak lelaki saya, dan tahun 2002 ibu saya telah menyembelih seekor kambing untuk anak lelaki saya. -Sahkah aqiqah kali kedua yang mana kambing itu bukan dibeli oleh ibu bapa bayi tersebut. - Daleena Jawapan Sah ibadah aqiqah puan tahun 2001 itu dan sah juga aqiqah yang dibuat tahun 2002 yang disumbangkan oleh ibubapa puan. Mungkin ibubapa puan berpendapat untuk mencukupi bilangan 2 ekor kambing untuk cucu lelakinya. Wallahualam. Ke Atas 2. Aqiqah Untuk Anak Lelaki Assalamualaikum Ust Zakuan, Saya ada beberapa kemusykilan tentang aqiqah. Amalan aqiqah yang dituntut oleh Islam adalah 2 ekor utk anak lelaki. Utk mendapat sepenuhnya fadhilat amalan ini, soalan saya: 1. Adakah ini bermakna 2 ekor sekaligus perlu dilakukan 2. Bolehkah dibuat berasingan satu persatu

3. Jika telah dibuat seekor, perlukah diaqiqahkan seekor lagi atau memadai Diharap Ust dapat menghuraikan kemusykilan saya ini Terimakasih - Zahratullaili Haji Ali Jawapan Walaikumusalam. 1. Tidak perlu 2 ekor sekali gus 2. Boleh dibuat berasingan 3. Memadai saekor tetapi jika mampu tidak salah juga dilakukan. Wallahualam. Ke Atas 3. Qurban Untuk Arwah Adik Ustaz, Soalan saya: 1. Bagaimana nak buat korban untuk arwah adik? 2. boleh saya masukkan nama arwah. Mak saya nak buat di kampung JKKK kata org dah maninggal tak boleh buat korban. 3. apa beza korban dalam negara dan luar negara? kita boleh sertai juga? contoh saya masukkan nama arwah & nama saya utk luar negara, maka saya perlu bayar RM400? terima kasih, - Lela Rohaya Abu Samad - Jawapan -Memang orang yang telah meninggal tidak boleh dibuat kurban untuknya, kecuali sebelum meninggal beliau telah berwasiat. Berkorban didalam negara atau luar negara sama sahaja, cuma kalau diluar negara asnaf 8 yang menerima memang benar-benar susah dan miskin berbanding dengan susahnya orang dinegara kita. Wallahualam. Ke Atas 4. Satukan Ibadah Qurban Dan Aqiqah

Assalamualaikum wbt, -Bolehkah kita menyatukan ibadah korban dan aqiqah dalam satu sembelihan? Terima kasih - Syed Ibrahim Jawapan Walaikumusalam. -Boleh menyatukan ibadah kurban dan aqiqah didalam satu sembelihan. Wallahualam. Ke Atas 5. Umur Afdal Dibuat Aqiqah -Saya belum pernah dibuat aqiqah oleh ibu bapa saya. Saya nak tahu umur macam saya dikira dah balihg paling afdal buat aqiqah atau kurban. Samakah fadhilatnya di Padang Masyar? - Haidawati Jawapan -Aqiqah adalah ibadah sunat muakad yang patut dibuat semasa kelahiran, biasanya umur bayi 7 hari dan afdhal dilakukan sebelum baligh kanak-kanak tersebut. -Kurban juga sunat muakad yang merupakan satu tanda pengorbanan kepada Allah berdasarkan sirah Nabi Allah Ibrahim dengan anaknya nabi Allah Ismail. Memandangkan kepada umur eloklah puan melakukan kurban saja. Ingat! Perbuatan ini adalah sunat dan tidak termasuk dalam tergelincir aqidah kita. Yaani dibuat dapat pahala dan meninggalkannya tidak berdosa. Lupakan aqiqah dan eloklah dilakukan korban kerana aqiqah adalah urusan ibubapa kita sedangkan korban adalah pengorbanan kita. Wallahualam. Ke Atas 6. Qurban Atau Aqiqah? Saya mempunyai anak berusia 6 tahun, 3 tahun dan 4 bulan dan bercadang nak buat akikah . 1. Adakah lebih afdal saya membuat akikah daripada kurban atau 2. Adakah perlu membuat akikah terlebih dahulu sebelum membuat kurban atau

3. Lebih baik membuat kurban drpd aqiqah memandangkan usia untuk sunat akikah dah lepas. - Salmi Jawapan 1.Afdal lagi membuat akikah drpd kurban kerana anak puan masih belum baligh walau pun tempoh terbaik membuat ibadah akikah ialah 7 hari dari hari dilahirkan. Tetapi bukan semua ibubapa yang mampu dan berduit ketika itu. Oleh itu ulamak jumhur dan fikah bersetuju bahawa aqiqah itu boleh dibuat sehingga anak itu belum mencapai umur baligh. 2. Masa sunat dibuat seperti yang saya katakana tadi iaitu 1 7 hari, waktu yang dibolehkan sebelum baligh. Sedangkan ibadah Kurban waktunya panjang sehingga umur kita ke akhir hayat. Untuk pengetahuan ibadah aqiqah adalah kewajipan ibubapa atau datuk kanak-kanak tersebut manakala korban adalah kewajipan diri sendiri. Wallahualam. Ke Atas 7. Qurban Untuk Arwah Ayah -Saya bercadang melakukan ibadah korban untuk arwah ayah saya. Persoalannya adakah saya adik beradik dan ibu saya boleh makan daging korban tersebut. - Rozilah Jawapan -Boleh dimakan, puan seisi keluarga boleh memakan 1/3 dari korban tersebut, 1/3 didisedekahkan kepada fakir miskin dan 1/3 lagi kepada orang bukan miskin dengan keadaan daging mentah. Mengikut hukum fekah hanya orang yang berkorban nazar sahaja tidak boleh makan daging korban yang diperuntukkan kepada mereka. Ianya wajib disedekahkan semua kepada asnaf-asnaf tadi. -Korban nazar wajib dilaksanakan segera sebaik sahaja ia dilafazkan kerana ianya telah jatuh wajib pada diri sesaorang. Nazar bererti perjanjian dengan Allah telah dibuat seumpama begini: jika aku mendapat anak lelaki pada tahun ini maka aku bernazar untuk menyembelih saekor kambing. Kemudian dengan izin Allah sipenazar tadi menerima anak lelaki maka wajib keatasnya membuat korban secepat mungkin dan tidak elok ditangguhkan. Waktu korban dilakukan maka seisi keluarga sipenazar tidak boleh memakan daging korban tadi kerana ianya korban nazar. Wallahualam. Ke Atas

8. Belajar Sembelih Haiwan Untuk Qurban Assalamualaikum Ustaz..... -Saya ingin belajar menyembelih binatang korban/Akikah. Diharap Ustaz dapat memberikan teks/panduan dan doa untuk perkara tersebut. Semoga Allah beri tuan kebaikan yang besar. Terima kasih dan Salam hormat. - Othman Murat Jawapan Waalaikumusalam. 1. Sembelihan adalah mengikut prosudur biasa, yakni sembelihan dengan nama Allah. cuma sebelum lembu itu disembelih perlu dibersihkan dahulu lembu tersebut, diberi makan yang kenyang dan disembelih dengan pisau yang telah diasah tajam. 2. Sunat disebutkan senarai nama yang menyertai korban/aqiqah sebelum disembelih dan disunatkan siapa yang hadir turut sama bertakbir. Tiada teks dan doa khas sembelihan. Wallahualam. Ke Atas 9. Daging Aqiqah Untuk Kenduri Kahwin Assalammualaikum ustaz.. Kawan saya nak buat aqiqah utk anak-anaknya seramai 4 orang. kebetulan adiknya akan mengadakanmajlis kenduri kahwin pada bulan 5 ni. Soalannya: 1. Bolehkah kawan saya ni memberikan hasil aqiqah tersebut kepada ayahnya utk dijadikan hidangan untuk kenduri kahwin adiknya. 2. Memandangkan sebahagian dari lauk pauk itu ialah dari daging aqiqah maka bolehkah ayahnya mengambil sumbangan berupa wang ringgit dari org ramai yg datang ke majlis kahwin tersebut. sekian terima kasih - Zanisahanim Mohd Kamarudin -

Jawapan Waalaikumusalam. 1. Hukumnya dibolehkan, dan dapat pahala sunat pula kerana daging aqiqah itu dimakan setelah dimasak dagingnya untuk kenduri. Tetapi haram sama sekali orang kafir memakannya, seandainya termakan maka terbatallah aqiqah tersebut. 2. Boleh sibapa tadi menerima sedekah dari orang ramai, kerana ianya tidak ada hubungkait dengan sembelihan aqiqah yang dilakukan. Wallahualam. Ke Atas 10. Aqiqah Untuk Anak Lelaki Assalamualaikum. Saya nak pastikan berapakah bahagian utk aqiqah bagi anak lelaki utk seekor lembu? Setahu saya, bagi seekor lembu, aqiqah untuk anak lelaki mahupun anak perempuan , masing-masing satu bahagian aqiqah. Betulkah fahaman saya ini? - Rosmawati Ab. Raub Jawapan Waalaikumusalam. 1. Disunatkan bagi mengaqiqahkan anak lelaki dengan 2 bahagian dan perempuan cuma 1 bahagian sahaja. 1/7 bahagian adalah sama dengan saekor kambing. 2. Walau bagaimanapun boleh mengaqiqah untuk anak lelaki dengan 1 bahagian sahaja. 2 bahagian adalah bagi orang yang mampu. Jika menyempurnakan 1 bahagian sahaja, tak mengapa bermakna aqiqah itu diterima oleh syarak dan agama. 3. Yang penting ada ibadah aqiqah dilakukan, tidak mengira 1 atau 2 bahagian. Wallahualam. Ke Atas Note: * Setiap soalan akan dijawab oleh Panel Ustaz dari Unit Hal Ehwal Islam Shared Services Organization, Bahagian Sumber Manusia. * Sila ajukan sebarang kemusykilan/soalan melalui email kepada

penerangan@bakit.com.my Kembali

You might also like