You are on page 1of 31

10 Amalan Yang Terbalik

Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-

1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka.

Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makankenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi

sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari

bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.

8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan.Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia.

Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada

menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaraan agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita. Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita. Sabda Rasullullah SAW: "Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat."

(Riwayat Bukhari)

Di dalam Sirah Nabi Muhammad SAW, ajaran Islam yang dibawa oleh Baginda SAW ditolak oleh golongan-golongan Pembesar Quraisy. Mereka juga telah menawarkan tawaran yang begitu lumayan kepada Baginda SAW supaya tidak lagi meneruskan perjuangannya untuk menyampaikan kebenaran. Mereka begitu takut sekiranya pengaruh dan kepentingan mereka terhakis disebabkan kewujudan Islam yang bercanggah dengan amalan jahiliyyah mereka selama ini.

Selain itu, mereka juga mengancam keselamatan Nabi Muhammad SAW sekiranya Baginda masih meneruskan perjuangannya tersebut. Namun, ia langsung tidak dihiraukan oleh Baginda SAW kerana harta dunia akan lenyap, sedangkan agama itu akan terus hidup dan berkembang. Dakwah yang disampaikan oleh Nabi SAW kepada pembesar Quraisy dengan pelbagai cara untuk memahamkan mereka.

Namun, apa yang terjadi ialah kedegilan mereka untuk menerima Islam. Mereka sudah

pun memahami bahawa Nabi Muhammad SAW membawa satu kebenaran yang nyata dan jelas, namun mereka masih menolaknya kerana kedegilan mereka, dan kepentingan mereka. Mereka khuatir sekiranya mereka mengikut Nabi Muhammad SAW, segala kemewahan yang mereka miliki akan hilang, pangkat kebesaran mereka akan tercabut dan pengaruh mereka akan luput.

Begitulah apa yang terjadi hari ini, kebenaran itu sudah jelas nyata di hadapan mata. Tetapi Islam masih ditolak kerana kedegilan manusia hari ini, sama seperti pembesar-pembesar jahiliyyah ketika zaman Nabi Muhammad SAW. Mereka sudah pun tahu bahawa tindakan mereka adalah salah, namun, demi kepentingan, mereka sanggup untuk berpijak di atas kejahiliyyahan.

Demi menjaga kedudukan, mereka sanggup melakukan apa sahaja, tidak kira halal atau haram seperti rasuah, melanggar undang-undang, membuat kerosakan dan sebagainya. Begitu juga harta yang mereka sayangi. Mereka tidak sanggup kehilangan harta sekiranya mengikut kebenaran yang jelas ini. Mereka juga khuatir pengaruh mereka yang selama ini mereka bentuk di atas jalan yang bersifat kepentingan, akan hilang begitu sahaja kerana berada di jalan yang benar.

Sekiranya Nabi Muhammad SAW ditawarkan dengan kekayaan yang tiada bandingannya, hari ini pejuang-pejuang Islam yang mewarisi perjuangan Nabi SAW turut ditawarkan dengan jutaan ringgit sebagai rasuah, untuk menggagalkan misi perjuangan mereka. Maka, siapakah dia Abu Jahal dan Abu Lahab pada

hari ini?

Golongan-golongan pembesar di zaman Nabi SAW berdegil untuk mempertahankan kedudukannya, walaupun kebenaran itu jelas nyata di hadapan mata mereka. Mereka mempertahankannya juga walaupun terpaksa melakukan apa sahaja, asalkan kepentingan yang mereka canang, berhasil.

Mereka juga sanggup menipu, merampas hak orang lain dan sebagainya, asalkan kedudukan mereka berkekalan. Atau dengan kata lain, asalkan duit masuk poket. Inilah apa yang terjadi hari ini. Siapakah yang menzalimi diri mereka kalau bukan diri mereka sendiri? Mereka sengaja berdegil daripada menerima kebenaran. Sengaja menutup telinga dan mata mereka daripada mendengar kebenaran yang sudah jelas nyata.

Salam Perjuangan,

Kisah Di Balik Solat 5 Waktu

Ali bin Abi Talib r.a berkata : "Sewaktu Rasullullah S.A.W duduk bersama para sahabat Muhajirin dan Ansar, maka dengan tiba-tiba datanglah satu rombongan orang-orang Yahudi, lalu berkata: 'Ya Muhammad, kami hendak tanya kepada kamu kalimat-kalimat yang telah diberikan oleh Allah kepada Nabi Musa A.S. yang tidak diberikan kecuali kepada para Nabi utusan Allah atau malaikat muqarrab.'"

Lalu Rasullullah S.A.W. bersabda: 'Silakan bertanya.'

Berkata orang Yahudi: 'Silakan terangkan kepada kami tentang 5 waktu yang diwajibkan oleh Allah ke atas umatmu.'

Sabda Rasullullah S.A.W.:

Solat Zuhur - jika tergelincir ia matahari, maka bertasbihlah segala sesuatu kepada Tuhannya,

Solat Asar - itu ialah saat ketika Nabi Adam A.S.memakan buah Khuldi,

Solat Maghrib - itu adalah saat Allah menerima taubat Nabi Adam A.S., maka setiap mukmin yang bersembahyang Maghrib engan ikhlas kemudian dia berdoa meminta sesuatu pada Allah maka pasti Allah akan mengkabulk! an permintaannya.

Solat Isya' - itu ialah sembahyang yang di kerjakan oleh para Rasul- Rasul sebelumku,

Solat Subuh - adalah sebelum terbit matahari, ini kerana apabila matahari terbitnya , terbit diantara 2 tanduk syaitan dan disitu sujudnya tiap orang kafir.'

Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan dari Rasullullah S.A.W. maka mereka berkata: 'Memang benar apa yang kamu katakan itu Muhammad, katakanlah kepada kami apakah pahala yang akan di dapati oleh orang yang sembahyang.

Rasullullah S.A.W bersabda:

'Jagalah waktu-waktu sembahyang terutama sembahyang yang pertengahan, Solat Zuhur, pada saat itu nyalanya neraka Jahanam, orang mukimin yang mengerjakan sembahyang pada ketika itu akan diharamkan ke atasnya wap api neraka Jahanam pada hari Kiamat.'

Sabda Rasullullah S.A.W. lagi: Manakala Solat Asar, adalah saat di mana Nabi Adam A.S. memakan buah Khuldi. Orang mukmin yang mengerjakan sembahyang Asar akan diampunkan dosanya seperti bayi yang baru lahir.'

Setelah itu Rasullullah S.A.W. membaca ayat yang bermaksud:'Jagalah waktu-waktu sembahyang terutama sekali sembahyang yang pertengahan, Solat Maghrib itu adalah saat di mana taubatNabi Adam A.S. diterima. Seorang mukmin yang ikhlas mengerjakan sembahyang Maghrib kemudian meminta sesuatu dari Allah maka Allah akan perkenankan. 'Sabda Rasullullah S.A.W. Solat Isya'(atamah) . Katakan kubur itu adalah sangat gelap dan begitu juga pada hari Kiamat, maka seorang mukmin yang berjalan dalam malam yang gelap untuk pergi menunaikan sembahyang Isya' berjamaah, Allah S.W.T. haramkan dari terkena nyalanya api neraka dan diberinya cahaya untuk menyeberangi titi sirath.' Sabda

Rasullullah S.A.W. seterusnya Solat Subuh pula, seorang mukmin yang mengerjakan sembahyang subuh selama 40 hari secara berjamaah, diberi oleh Allah S.W.T. dua kebebasan yaitu:

1. Dibebaskan dari api neraka. 2. Dibebaskan dari nifaq.

Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan dari Rasullullah S.A.W maka mereka berkata: 'Memang benarlah apa yang kamu katakan itu wahai Muhammad (S.A.W). Kini katakan pula kepada kami semua kenapakah Allah S.W.T. mewajibkan puasa 30 hari ke atas umatmu?'.

Sabda Rasullullah S.A.W.:

'Ketika Nabi Adam memakan buah pohon yang dilarang, lalu makanan itu tersangkut dalam perut Nabi Adam A.S. selama 30 hari. Kemudian Allah S.W.T. mewajibkan ke atas keturunan Adam A.S. berlapar selama 30 hari. Sementara izin makan di waktu malam itu adalah sebagai kurnia Allah S.W.T. kepada makhluk Nya.'

Kata orang Yahudi: 'Wahai Muhammad, memang benarlah apa yang kamu katakan itu. Kini terangkan

kepada kami ganjaran pahala yang diperolehi dari puasa itu.'

Sabda Rasullullah S.A.W. 'Seorang hamba yang berpuasa dalam bulan Ramadhan dengan ikhlas kepada Allah S.W.T. dia akan diberi oleh Allah S.W.T tujuh perkara:

1. Akan dicairkan daging haram yg tumbuh dari badannya (daging yang tumbuh dengan makanan yang haram). 2. Rahmat Allah sentiasa dekat dengannya. 3. Diberi oleh Allah sebaik-baik amal. 4. Dijauhkan dari merasa lapar dan haus. 5. Diringankan baginya siksa kubur (siksa yang sangat mengerikan). 6. Diberikan cahaya oleh Allah S.W.T pada hari Kiamat untuk menyeberang titian sirath. 7. Allah S.W.T. akan memberinya kemudian di syurga.'

Kata orang Yahudi: 'Benar apa yang kamu katakan itu Muhammad. Katakan kepada kami kelebihanmu antara semua para nabi-nabi.'

Sabda Rasullullah S.A.W.:'Seorang nabi mengunakan doa mustajabnya untuk membinasakan umatnya, tetapi saya tetap menyimpankan doa saya (untuk saya gunakan memberi syafaat pada umat saya di hari kiamat).'

Kata orang Yahudi: 'Benar apa yang kamu katakan itu Muhammad, kini kami mengakui dengan ucapan Asyhadu Alla illaha illallah,wa annaka Rasulullah (kami percaya bahawa tiada Tuhan kecuali Allah dan engkau utusan Allah).'

"Dan sesungguhnya akan Kami berikan cobaan kepadamu,dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah2an. Dan berilah berita gembira kepada orang2 yang sabar."(AlBaqarah : 155) Disebutkan di dalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur masing masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam

keadaan TIDAK MAKAN dan TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAK BERCAKAP.

Bertanya orang kepada Rasulullah saw : "Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?"

Maka jawabnya Rasulullah saw, "Umatku dikenali kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'." Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan. Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian Siratul Mustaqim dan memasuki alam syurga, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahwa mereka adalah Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahwa sepuluh orang yang mayat nya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati :

1. Para Nabi 2. Para Ahli Jihad 3. Para Alim Ulama 4. Para Syuhada 5. Para Penghafal Al Quran 6. Imam atau Pemimpin yang Adil 7. Tukang Azan 8. Wanita yang mati kelahiran/beranak 9. Orang mati dibunuh atau dianiaya 10. Orang yang mati di siang hari atau di malamJumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman.

Di dalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah saw: Apabila datang hari qiamat dan orang orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan : Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku berpuasa (ahli puasa) dari kubur! mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan

berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah buahan syurga. Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu di bumi. Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud : "Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu."

Diberitakan oleh Abu Hurairah ra bahawa ramai orang bertanya kepada Rasulullah saw, tanya mereka, "Dapatkan kami melihat Tuhan kita nanti di hari kiamat?"

Jawab Nabi, "Masih sangsikah kamu untuk dapat melihat bulan purnama pada malam empat belas yang tak berawan."

Jawab mereka, "Tidak ! Ya Rasulullah !"

Tanya Rasulullah, "Masih sangsikah kamu untuk dapat melihat matahari di tengah hari yang tidak berawan?"

Jawab mereka, "Tidak!"

Sabda Nabi saw, "Sesunguhnya kamu akan melihat Allah (Tuhanmu) seperti itu. Pada hari kiamat itu akan dikumpulkan seluruh manusia. Lalu Allah berfirman, 'Siapa yang menyembah sesuatu (selain aku), maka ia

hendaklah mengikut sembahannya itu.'

Di antara mereka itu ada yang mengikut matahari, ada yang mengikut bulan, ada yang mengikut bermacam-macam thagut (berhala). Maka tinggalah umat Islam, termasuk orang-orang munafik.

Allah akan datang kepada mereka dan berfirman, 'Aku adalah Tuhanmu!'

Jawab mereka, 'Kami akan tetap di sini sampai tuhan kami datang. Apabila tuhan kami datang, kami akan mengenalNya. '

Maka datanglah Allah kepada mereka lalu berfirman, 'Aku tuhanmu !'

Jawab mereka, 'Ya, Engkaulah tuhan kami.'

Allah akan memanggil mereka dan sebuah jambatan akan dibentangkan merentasi neraka jahanam. Aku (Muhammad) adalah orang pertama di antara para rasul beserta umatnya yang mula-mula melintasinya. Tidak seorang pun di kala itu yang berkata-kata kecuali doa para rasul. Doa mereka ketika itu adalah 'Ya Allah ! Selamatkan ! Selamatkan !' (Allahuma salim salim )"

"Di dalam nereka jahanam itu terdapat kaitan-kaitan seperti duri kayu Sa'dan. Tahukah anda duri Sa'dan itu?"

Jawab orang ramai, "Tahu !"

Sabda Nabi saw, "Rupanya seperti duri kayu Sa'dan tetapi besarnya hanya Allah saw sahaja yang tahu. Manusia akan terkait kerana amalnya. Di antaranya ada yang jatuh terkait sesuai dengan amalnya, tetapi ada pula yang terkait sedikit saja, kemudian terlepas."

"Apabila Allah swt, menghendaki akan rahmat kepada penduduk neraka, maka disuruhNya malaikat mengeluarkan orang-orang yang pernah menyembah Allah. Mereka segera mengeluarkannya, yang masing-masing didahinya dengan tanda-tanda sujud. Allah swt mengharamkan api memakan tanda bekas sujud. Maka keluarlah mereka dari neraka. Seluruh tubuh anak adam akan dimakan api kecuali bekas sujud."

"Para malaikat mengeluarkan mereka dari neraka dalam keadaan hangus. Lalu menyiram mereka dengan air kehidupan. Maka tumbuhlah badan mereka seperti tumbuhnya benih di tanah bekas banjir."

"Setelah Allah swt mengadili mereka masih ada ketinggalan seorang antara surga dan neraka. Dialah orang terakhir dari isi neraka yang akan masuk ke dalam syurga."

"Dikala mukanya menghadap ke neraka dia mendoa, 'Wahai tuhanku ! Palingkanlah mukaku dari neraka ini. Baunya sungguh menyakitkan aku, dan panasnya membakarku.'

Allah bertanyanya, 'Sekiranya permintaanmu Aku kabulkan, apakah engkau hendak meminta lagi yang lain.'

Jawabnya, 'Demi kebesaran Engkau, tidak akan kuminta lagi.'

Maka diperkenakan oleh Allah permintaan tersebut dengan perjanjian tersebut. Lalu dipalingkan Allah mukanya dari neraka.

Tetapi setelah mukanya dihadapkan ke syurga dan dilihatnya keindahan syurga, diamlah ia seketika. Kemudian ia berdoa'a pula, 'Ya Tuhanku, bawalah aku ke dekat pintu syurga.'

Allah bertanya, 'Bukankah engkau telah berjanji denganKu, yang engkau tidak akan membuat permintaan lagi?'

Jawab orang itu, 'Wahai, tuhanku ! Jangan jadikan aku makhluk yang paling malang.'

Jawab Allah, 'Sekiranya permintaanmu Aku kabulkan, apakah engkau hendak meminta lagi yang lain.'

Jawabnya, 'Tidak ! Demi kebesaranMu, aku tidak akan meminta yang lain lagi."

Lalu diperkenankan Allah permintaannya dengan perjanjian, dan dia dibawa ke pintu syurga.

Setelah sampai di pintu syurga, dia terlihat keindahan syurga, kegemilangan dan kegembiraan yang ada di dalam syurga. Dia terdiam pula seketika.

Kemudian dia bermohon pula, 'Wahai, Tuhanku ! Masukkanlah aku ke dalam syurga !'

Kata Allah, 'Kasihan kamu, hai anak Adam! Alangkah penipunya kamu ! Bukankah kamu sudah berjanji tidak akan meminta lagi setelah kamu peroleh.'

Jawabnya, 'Ya tuhan ! Janganlah kiranya aku dijadikan maklhluk yang paling malang.'

Allah 'Azza wa Jalla tertawa mendengar ucapannya itu. Kemudian Dia mengizinkannya masuk ke syurga.

Berkata Allah, 'Mintalah segala yang kamu inginkan.' Lalu dia memohon segala yang diinginkannya sehingga puas. Kemudian Allah berfirman, 'Mintalah tambahan ini dan itu.'

Diingatkan oleh Allah kepadanya berbagai macam keinginnya sampai dia puas.

Firman Allah pula, 'Semua ini untukmu dan ada lagi tambahannya sebanyak itu pula.'"

S. Bukhari I :: Azan.

Dlm sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yg duduk diatas pintu rumah. Tugasnya ialah utk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah

sehinggalah Baginda mendengar jawapan salam daripada isterinya. Disaat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.

Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:

1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dlm lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.

3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT memelihara akan dia keatas rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah-rumah disekitarnya.

4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap2 sembahyang fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yg bersyukur, setiap perbuatan orang yg benar, pahala nabi2 serta Allah melimpahkan padanya rahmat.

5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.

7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda,"Sampaikan lah pesanku biarpun satu ayat..."

Wassalam,

"Utamakan SELAMAT dan SEHAT untuk Dunia Mu, Utamakan SHOLAT dan ZAKAT untuk Akhirat Mu"

*Salam all,*

*Panduan Bagi Orang Yang Diuji* *Hadith : * *Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya Tidak ada keberanian yang * *paling disukai oleh Allah S.W.T selain dari keberanian hamba menahan * *kemarahan. Tidaklah seorang hamba itu menahan kemarahannya melain* *kan Allah S.W.T. akan mengisi dadanya dengan keimanan.* * Riwayat Ibn Abi Dunya

Pengajaran Hadis: i) Menahan perasaan marah, memaafkan kesalahan orang lain dan berlaku ihsan adalah antara sifat yang mesti dipupuk dalam diri setiap manusia kerana ia boleh menambahkan keimanan.

ii) Marah umumnya menunjukkan sifat seorang yang lemah kerana gagal mengawal emosinya sendiri. Ia merupakan tabiat yang sukar dihapuskan. Apabila marah, kedua mata menjadi merah, urat leher pula kelihatan timbul. Oleh itu Rasulullah mengatakan bahawa kemarahan itu adalah bara api di dalam hati anak Adam dan ia datangnya daripada syaitan yang dijadikan

daripada api di mana api hanya dapat dipadamkan dengan air. Maka Rasulullah s.a.w menasihatkan apabila marah, hendaklah seseorang itu berwudhuk (mengambil air sembahyang).

iii) Imam al-Ghazali pula berkata: Kemarahan manusia itu bermacammacam-macam. Setengahnya cepat marah tetapi cepat tenang. Setengahnya pula lambat marah dan lambat pula tenang dan setengah yang lain pula, lambat marah tetapi cepat tenang. Maka yang ketiga inilah yang paling terpuji.

iv) Tidak semua kemarahan itu dilarang oleh Islam. Marah perlu ada terhadap perkara yang tidak disukai yang menyalahi kebenaran sebagaimana yang diajarkan oleh agama atau perkara yang terang-terang dilarang agama di mana kita dilarang mendiamkan diri jika kehormatan peribadi dan agama dihinakan.

Anak Adalah Ujian Allah Hadith : Dari Aisyah r.a katanya:Seorang wanita datang kepadaku membawa dua orang anaknya, meminta makanan. Tetapi tiada apa yang boleh didapatinya daripadaku

ketika itu selain daripada sebiji kurma, lalu kuberikan kepadanya. Kurma itu

dibahagi dua dan diberikannya kepada kedua anaknya itu, dan ia sendiri tidak

memakannya. Kemudian ia berdiri dan terus pergi. Setelah nabi s.a.w datang, aku ceritakan hal itu kepada baginda. Sabda beginda s.a.w, Sesiapa mendapat

cubaan kerana beberapa anak daripadanya, maka semuanya itu akan menjadi dinding baginya daripada api neraka. (Bukhari)

Ujian Menghapuskan Dosa Hadith : Nabi s.a.w bersabda: "Tidak ada seseorang Islam yang ditimpakan sesuatu yang menyakiti, iaitu penyakit atau lainnya, melainkan Allah gugurkan dengan sebab itu dosa-dosanya, sebagaimana pokok menggugurkan daunnya (pada musimnya yang tertentu)." Abdullah bin Mas'ud r.a *

-Tak guna ada mata kalau tak dapat melihat.Tak guna ada hati kalau tak tahu menilai..... ..

Ya ALLAH!! Manakala hati ini menjadi keras dan semua jalanku terasa sempit, ku jadikan harapanku kepada keampunanMu sebagai tangga keselamatan.

"

12 Rabiulawal menjelang lagi. Tarikh ini mengingatkan kita kepada keputeraan nabi junjungan kita Muhammad S.A.W yang berlaku lebih 14 kurun yang lalu. Insan pilihan Allah ini dilahirkan dengan penuh keistimewaan, sejak hari lahirnya hinggalah waktu wafatnya. Di hari kelahirannya, terpadam api biara Majusi yang tidak pernah padam sebelum itu, runtuhnya istana Kisra Parsi, Mekah diterangi cahaya putih dan pelbagai kejadian pelik lain.

Seminggu sebelum tibanya 12 Rabiulawal, masyarakat di Syria telah sibuk bercakap mengenai Rasulullah S.A.W melebihi dengan apa yang dilakukan mereka pada hari-hari biasa. Ulama-ulama pula sememangnya mengambil kesempatan ini untuk mendidik masyarakat untuk cinta kepada nabi, sesuatu yang susah kita nak dapati di Malaysia. Suasananya begitu terasa. Hari ini pun aku mendengar khutbah Jumaat Sheikh Sariah mengenai cinta kepada Rasulullah. Semasa majlis zikir pada waktu pagi pun, dia bercerita dan memberi tazkirah mengenai cinta kepada Rasulullah. Subhanallah...insaf rasanya apabila merasakan diri ini hanya mampu melafazkan cinta kepada nabi tetapi jauh sekali rasanya kedudukan cinta nabi itu di hatiku mahupun dengan amalanku. Astaghfirullah.... RAHMATAN LIL `ALAMIN Hadirnya baginda ke dunia ini menjadi rahmat besar ke seluruh alam. Bukan sekadar kepada masyarakat Arab di semenanjung tanah arab, bahkan semua orang di atas muka bumi ini. Malah rahmat ini meluas bukan sahaja kepada manusia, tetapi kepada makhluk-makhluk Allah yang lain termasuk

malaikat, binatang, tumbuhan, jin, batu-batu dan sebagainya. Rahmat ini datang dengan pakej Islam, bukan dengan pakej lain. Bukan dengan pakej bangsa Arab, bukan dengan pakej nasionalisme, bukan dengan pakej kapitalisme, akan tetapi hanya dengan Islam!! Dengan kata lain, rahmat ini hanya dapat dirasai sekiranya kita mengamalkan Islam. Kita tidak merasai rahmat ini seratus peratus sekiranya kita mencampurkan Islam dengan perkara lain. Malah, rahmat ini dapat dirasakan oleh orang bukan Islam sekiranya Islam dilaksanakan.

BUKAN TEPUK SEBELAH TANGAN Kalau orang sedang bercinta, mereka sering katakan "Aku bertepuk sebelah tangan" sekiranya cintanya tidak diterima orang atau dia hanya syok sendiri. Kita pun telah mengetahui betapa banyak orang yang frust bercinta hanya kerana cintanya tidak berbalas. Ini fenomena dalam cinta haram atau cinta monyet. Cinta yang dianjurkan oleh Islam amat berbeza benar, sama ada bercinta dengan Allah mahupun cinta kepada Rasulullah S.A.W.

Percintaan dengan S.A.W amat unik kerana baginda telah dahulu memulakan percintaan ini, sebelum kita semua memulakannya. Baginda telah menyintai kita semua sebelum kita semua menyintainya. Baginda telah menghulurkan tangannya untuk bertepuk dengan kita sambil menunggu kita untuk membalasnya. Ironinya, nabi S.A.W tidak memerlukan kepada balasan kita sebenarnya. Baginda memulakannya kerana ingin melihat kita bahagia dan senang di akhirat kelak.

Ketikamana Rasulullah bersabda "Sesiapa yang berselawat kepadaku sekali, maka Allah akan berselawat (berdoa) ke atasnya (sesiapa yang berselawat) dengan 10 kali selawat", Rasulullah amat gembira dengan kurniaan Allah S.W.T tersebut. Bukanlah gembira dengan pujian dan limpahan doa yang bakal dilakukan oleh umat kepadanya, akan tetapi baginda gembira dan seronok apabila Allah akan memberikan ganjaran yang banyak kepada umatnya. Mana tidaknya, sekali kita berselawat kepada nabi, Allah akan membalasnya dengan 10 kali lebih baik daripada itu. Imam Sakhowi ketika mengulas perkara ini mengatakan bahawa satu selawat Allah (doa) kepada umatnya lebih baik daripada membuat 1000 kebajikan. Lihatlah cintanya nabi kepada kita semua, lebih memikirkan nasib umatnya berbanding perkara lain.

Kita juga tidak boleh melupakan jasa nabi Muhammad S.A.W ketika menerima ibadah solat fardhu pada peristiwa Isra Mikraj. Daripada 50 rakaat yang ditaklifkan, nabi berusaha untuk mengurangkan bilangan tersebut sehinggalah menjadi 5 rakaat seperti sekarang selepas mendapat signal daripada nabi Musa yang menyatakan umat akhir zaman ini tidak mampu melakukan ibadah sebanyak itu. Lalu turun-naik lah nabi berjumpa Allah untuk mengurangkan bilangan tersebut lantaran memikirkan umatnya walaupun dia sendiri `tebal muka untuk meminta pengurangan itu. Ada sebahagian riwayat menyatakan daripada 50 rakaat yang disyariatkan, ia dikurangkan 5 rakaat setiap kali nabi mengadap Allah. Secara congakan akal yang dangkal ini, bermakna 9 kali nabi S.A.W turun-naik secara tebal muka untuk berunding bagi urusan umatnya!! Akhirnya dengan sifat

kasih sayang Allah jua, kita hanya difardhukan untuk menunaikan 5 kali solat sehari tetapi pahalanya tetap sama dengan 50 rakaat yang mula disyariatkan !!

Saat-saat akhir nabi di alam ini adalah isyarat yang paling jelas kepada kita bahawa baginda telah memulakan proses percintaan ini sebelum kita memulakannya. Ketika baginda nazak menghadapi sakaratul maut, baginda masih menyebut "Ummati, ummati, ummati (umatku, umatku, umatku)". Jika kita fikir-fikirkan pun, tak mungkin orang yang sakit akan menyebut perkara yang lain ketika sakitnya melainkan mengerang kesakitan. Akan tetapi kerana cintanya kepada umatnya, baginda masih memikirkan umatnya walaupun di penghujung usia.... Ya Allah !!!!

MEMBALAS CINTA Sudah menjadi resam orang bercinta, cinta itu akan menjadi asyik dan amat memabukkan jika cinta itu berbalas. Begitu juga bentuk cinta ini. Baginda telah menghulurkan cintanya, maka kitalah perlu menyambutnya. Malangnya kita pada hari ini, tidak mabuk dengan cinta kepada Allah dan cinta kepada nabi tetapi mabuk dengan cinta monyet dan cinta manusia yang fana. Kita perlu memuhasabah kembali sejarah yang telah dilalui semoga generasi akan datang tidak kering dan gersang dengan cinta kepada Rasul mereka.

Sememangnya kesilapan bermula sejak awal lagi. Ketika kita kecil, kita tidak diajar

untuk mencintai baginda. Kita lebih dulu diajar A-B-C sebelum diajar mengenali nabi. Kita lebih dulu diajar 1-2-3 sebelum kita diajar mencintai nabi. Malah amat mengecewakan perkara ini tidak langsung mendapat perhatian ibu bapa. Kita boleh lihat, anak-anak kini dibesarkan dengan watak-watak animasi Pokemon, Doraemon, Superman, Power Rangers dan Mickey Mouse. Astro menjadi pendidik kanak-kanak kini menggantikan peranan ibu bapa yang sepatutnya berperanan. Bagaimana perkara ini boleh terjadi? Tepuk dada, tanya iman.. Islam awal-awal lagi telah mengajar bagaimana kita hendak mendidik anak-anak dengan betul. Rasulullah pernah bersabda ;

? ? ?? ? ? ? ? ? ? "Didiklah anak-anak kamu dengan 3 perkara - Cinta kepada nabi, cinta kepada keluarga nabi dan membaca al-Quran kerana orang yang menjadi ahli al-Quran akan berada di bawah naungan Allah bersama para anbiyadan para sufi ketika hari kiamat di mana pada ketika itu tiada naungan lain kecuali naungan Allah"

Oleh kerana itu, kita semua perlu memupuk cinta ini dalam diri masing-masing. Sekiranya kita ada anak-anak, ajarkanlah mereka cinta kepada nabi sebelum mereka mengenali artis ataupun ikon animasi lain.

Sekiranya kita seorang guru, selalulah bercerita kepada murid-murid mengenai nabi, insyaAllah daripada menceritakan peribadi baginda, orang akan jatuh cinta kepadanya. Walaubagaimanapun, ia perlu sentiasa dihangatkan dan jangan ditinggalkan. Umpama hubungan suami dan isteri, cinta akan menjadi lebih kuat apabila ia sentiasa dihangatkan dengan pengorbanan dan persefahaman.

Kesan perasaan cinta ini, kita akan membuktikannya dengan amalan kita. Bukti kecintaan yang paling besar ialah mengamalkan sunnahnya. Bukan sekadar mengamalkan sunnah-sunnah yang kecil seperti bersiwak, memakai serban atau memakai capal seperti capal Rasulullah, akan tetapi juga mengamalkan sunnah yang lebih besar seperti menjadi pewaris anbiya iaitu ulama, membina negara dan berusaha mendaulatkan Islam. Kita juga akan bangkit ketikamana baginda dihina seperti yang berlaku di Denmark sebelum ini. Begitu juga kecintaan ini akan menyebabkan kita sentiasa mengingati baginda dengan berselawat kepadanya. Selawat inilah yang akan menjadi charger cinta kita kepada nabi S.A.W.

MEMPERINGATINYA SEMPENA KEPUTERAAN BAGINDA Menyambut keputeraan baginda merupakan satu peluang bagi kita mengingatinya. Ini bukanlah bermakna kita hanya mengingatinya pada hari kebesaran baginda dan melupakannya pada hari-hari yang lain. Kita amat berbeza dengan orang barat. Orang barat merayakan Hari Ibu kerana mereka tidak berkesempatan untuk berbuat baik kepada ibu mereka pada hari-hari yang lain. Pada Hari Ibu, mereka pulang ke rumah dan memberi hadiah kepada

ibu-ibu mereka kerana tidak sempat berbuat baik pada hari-hari lain. Begitu juga dengan Valentine Day..Semuanya dari barat yang sesat dan lemas dengan kehidupan dunia mereka. Islam tidak begitu. Islam menganjurkan kita sentiasa berbuat baik kepada sesiapa sahaja termasuk ibu bapa kita pada setiap masa dan waktu, malah melarang kita derhaka kepada mereka hatta tidak boleh berkata `Uh kepada mereka.

Begitu juga apabila kita menyambut keputeraan Rasulullah (Maulidurrasul) . Bukan bermakna kita hanya mengingati baginda pada hari ini. Kita mengingati baginda mereka setiap hari dan setiap waktu solat kita apabila melafazkan selawat kepada baginda pada waktu tahiyyat. Pada hari maulid ini, kita hanya meningkatkan lagi rasa kasih dan sayang kita kepadanya lebih daripada hari-hari yang lain. Moga-moga dengan mengingati baginda akan menguatkan lagi azam kita untuk menjadi pejuang agama dan sunnahnya.

RASULULLAH DI HATI KITA Sebenarnya amat bertuah kita menjadi umat nabi Muhammad. Tidakkah kita ingat bahawa para rasul yang lain ingin benar menjadi umat Muhammad kerana banyak kelebihan yang diberikan oleh Allah. Namun itulah takdir, hanya insan yang terpilih menjadi umat utusan akhir ini.

Kita telah mengetahui pengorbanan Rasulullah dan juga betapa tingginya cinta baginda kepada kita.. Baginda telah meletakkan kita sebagai umatnya di

tempat yang tinggi di dalam hatinya. Setelah mengetahui ini semua, kita perlu persoalkan kepada diri kita sendiri, siapa pula Rasulullah di hati kita sekarang? Adakah kita telah meletakkan nilai cinta kita ini lebih tinggi daripada cinta kita terhadap dunia? Atau cinta kepadanya sama sahaja seperti kasih kita kepada orang-orang lain di atas muka bumi ini? Atau lebih teruk lagi, kita tidak langsung berasa cintakan Rasulullah. Tatkala orang menghina Rasulullah, kita hanya melihat dari jauh tanpa bangkit. Tatkala orang memijak-mijak sunnah Rasulullah dengan mengambil sumber panduan lain daripada al-Quran dan sunnah, kita tidak bersuara dan kadang-kadang tu menyokong pula.

Wahai sahabat-sahabat, apakah nasib kita di akhirat nanti tanpa cinta ini? Dengan siapa kita mahu mohon syafaat selain daripada Rasulullah? Layakkah kita mendapat syafaat baginda di akhirat tanpa cinta suci ini? Apakah kesudahan kita semua di akhirat? Ya Allah, berilah kekuatan kepadaku untuk menjadi umat Muhammad yang cinta kepadanya..

<input type="hidden" name="replybody" value="Tok Guru Nik Abd Aziz Club wrote:\n 10 Amalan Yang Terbalik Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikutikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:- 1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makankenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam? 2. Kalau hadir ke

reply

58674996

134032463

Tok Guru Nik Abd

Re: 10 Amalan Ya

kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan. 3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik. 4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir. 5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak. 6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita? 7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain. 8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan.Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa. 9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas. 10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia. Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaraan agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita. Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita. Sabda Rasullullah SAW: "Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat." (Riwayat Bukhari) Di dalam Sirah Nabi Muhammad SAW, ajaran Islam yang dibawa oleh Baginda SAW ditolak oleh golongan-golongan Pembesar Quraisy. Mereka juga telah menawarkan tawaran yang begitu lumayan kepada Baginda SAW supaya tidak lagi meneruskan perjuangannya untuk menyampaikan kebenaran. Mereka begitu takut sekiranya pengaruh dan kepentingan mereka terhakis disebabkan kewujudan Islam yang bercanggah dengan amalan jahiliyyah mereka selama ini. Selain itu, mereka juga mengancam keselamatan Nabi Muhammad SAW sekiranya Baginda masih meneruskan perjuangannya tersebut. Namun, ia langsung tidak dihiraukan oleh Baginda SAW kerana harta dunia akan lenyap, sedangkan agama itu akan terus

hidup dan berkembang. Dakwah yang disampaikan oleh Nabi SAW kepada pembesar Quraisy dengan pelbagai cara untuk memahamkan mereka. Namun, apa yang terjadi ialah kedegilan mereka untuk menerima Islam. Mereka sudah pun memahami bahawa Nabi Muhammad SAW membawa satu kebenaran yang nyata dan jelas, namun mereka masih menolaknya kerana kedegilan mereka, dan kepentingan mereka. Mereka khuatir sekiranya mereka mengikut Nabi Muhammad SAW, segala kemewahan yang mereka miliki akan hilang, pangkat kebesaran mereka akan tercabut dan pengaruh mereka akan luput. Begitulah apa yang terjadi hari ini, kebenaran itu sudah jelas nyata di hadapan mata. Tetapi Islam masih ditolak kerana kedegilan manusia hari ini, sama seperti pembesarpembesar jahiliyyah ketika zaman Nabi Muhammad SAW. Mereka sudah pun tahu bahawa tindakan mereka adalah salah, namun, demi kepentingan, mereka sanggup untuk berpijak di atas kejahiliyyahan. Demi menjaga kedudukan, mereka sanggup melakukan apa sahaja, tidak kira halal atau haram seperti rasuah, melanggar undang-undang, membuat kerosakan dan sebagainya. Begitu juga harta yang mereka sayangi. Mereka tidak sanggup kehilangan harta sekiranya mengikut kebenaran yang jelas ini. Mereka juga khuatir pengaruh mereka yang selama ini mereka bentuk di atas jalan yang bersifat kepentingan, akan hilang begitu sahaja kerana berada di jalan yang benar. Sekiranya Nabi Muhammad SAW ditawarkan dengan kekayaan yang tiada bandingannya, hari ini pejuang-pejuang Islam yang mewarisi perjuangan Nabi SAW turut ditawarkan dengan jutaan ringgit sebagai rasuah, untuk menggagalkan misi perjuangan mereka. Maka, siapakah dia Abu Jahal dan Abu Lahab pada hari ini? Golongan-golongan pembesar di zaman Nabi SAW berdegil untuk mempertahankan kedudukannya, walaupun kebenaran itu jelas nyata di hadapan mata mereka. Mereka mempertahankannya juga walaupun terpaksa melakukan apa sahaja, asalkan kepentingan yang mereka canang, berhasil. Mereka juga sanggup menipu, merampas hak orang lain dan sebagainya, asalkan kedudukan mereka berkekalan. Atau dengan kata lain, asalkan duit masuk poket. Inilah apa yang terjadi hari ini. Siapakah yang menzalimi diri mereka kalau bukan diri mereka sendiri? Mereka sengaja berdegil daripada menerima kebenaran. Sengaja menutup telinga dan mata mereka daripada mendengar kebenaran yang sudah jelas nyata. Salam Perjuangan, Kisah Di Balik Solat 5 Waktu Ali bin Abi Talib r.a berkata : "Sewaktu Rasullullah S.A.W duduk bersama para sahabat Muhajirin dan Ansar, maka dengan tiba-tiba datanglah satu rombongan orang-orang Yahudi, lalu berkata: 'Ya Muhammad, kami hendak tanya kepada kamu kalimat-kalimat yang telah diberikan oleh Allah kepada Nabi Musa A.S. yang tidak diberikan kecuali kepada para Nabi utusan Allah atau malaikat muqarrab.'" Lalu Rasullullah S.A.W. bersabda: 'Silakan bertanya.' Berkata orang Yahudi: 'Silakan terangkan kepada kami tentang 5 waktu yang diwajibkan oleh Allah ke atas umatmu.' Sabda Rasullullah S.A.W.: Solat Zuhur - jika tergelincir ia matahari, maka bertasbihlah segala sesuatu kepada Tuhannya, Solat Asar - itu ialah saat ketika Nabi Adam A.S.memakan buah Khuldi, Solat Maghrib - itu adalah saat Allah menerima taubat Nabi Adam A.S., maka setiap mukmin yang bersembahyang Maghrib engan ikhlas kemudian dia berdoa meminta sesuatu pada Allah maka pasti Allah akan mengkabulk! an permintaannya. Solat Isya' - itu ialah sembahyang yang di kerjakan oleh para RasulRasul sebelumku, Solat Subuh - adalah sebelum terbit matahari, ini kerana apabila matahari terbitnya , terbit diantara 2 tanduk syaitan dan disitu sujudnya tiap orang kafir.' Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan dari Rasullullah S.A.W. maka mereka berkata: 'Memang benar apa yang kamu katakan itu Muhammad, katakanlah kepada kami apakah pahala yang akan di dapati oleh orang yang sembahyang. Rasullullah S.A.W bersabda: 'Jagalah waktu-waktu sembahyang terutama sembahyang yang pertengahan, Solat Zuhur, pada saat itu nyalanya neraka Jahanam, orang mukimin yang mengerjakan sembahyang pada ketika itu akan diharamkan ke atasnya wap api neraka Jahanam pada hari Kiamat.' Sabda Rasullullah S.A.W. lagi: Manakala Solat Asar, adalah saat di mana Nabi Adam A.S.

memakan buah Khuldi. Orang mukmin yang mengerjakan sembahyang Asar akan diampunkan dosanya seperti bayi yang baru lahir.' Setelah itu Rasullullah S.A.W. membaca ayat yang bermaksud:'Jagalah waktu-waktu sembahyang terutama sekali sembahyang yang pertengahan, Solat Maghrib itu adalah saat di mana taubatNabi Adam A.S. diterima. Seorang mukmin yang ikhlas mengerjakan sembahyang Maghrib kemudian meminta sesuatu dari Allah maka Allah akan perkenankan. 'Sabda Rasullullah S.A.W. Solat Isya'(atamah) . Katakan kubur itu adalah sangat gelap dan begitu juga pada hari Kiamat, maka seorang mukmin yang berjalan dalam malam yang gelap untuk pergi menunaikan sembahyang Isya' berjamaah, Allah S.W.T. haramkan dari terkena nyalanya api neraka dan diberinya cahaya untuk menyeberangi titi sirath.' Sabda Rasullullah S.A.W. seterusnya Solat Subuh pula, seorang mukmin yang mengerjakan sembahyang subuh selama 40 hari secara berjamaah, diberi oleh Allah S.W.T. dua kebebasan yaitu: 1. Dibebaskan dari api neraka. 2. Dibebaskan dari nifaq. Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan dari Rasullullah S.A.W maka mereka berkata: 'Memang benarlah apa yang kamu katakan itu wahai Muhammad (S.A.W). Kini katakan pula kepada kami semua kenapakah Allah S.W.T. mewajibkan puasa 30 hari ke atas umatmu?'. Sabda Rasullullah S.A.W.: 'Ketika Nabi Adam memakan buah pohon yang dilarang, lalu makanan itu tersangkut dalam perut Nabi Adam A.S. selama 30 hari. Kemudian Allah S.W.T. mewajibkan ke atas keturunan Adam A.S. berlapar selama 30 hari. Sementara izin makan di waktu malam itu adalah sebagai kurnia Allah S.W.T. kepada makhluk Nya.' Kata orang Yahudi: 'Wahai Muhammad, memang benarlah apa yang kamu katakan itu. Kini terangkan kepada kami ganjaran pahala yang diperolehi dari puasa itu.' Sabda Rasullullah S.A.W. 'Seorang hamba yang berpuasa dalam bulan Ramadhan dengan ikhlas kepada Allah S.W.T. dia akan diberi oleh Allah S.W.T tujuh perkara: 1. Akan dicairkan daging haram yg tumbuh dari badannya (daging yang tumbuh dengan makanan yang haram). 2. Rahmat Allah sentiasa dekat dengannya. 3. Diberi oleh Allah sebaik-baik amal. 4. Dijauhkan dari merasa lapar dan haus. 5. Diringankan baginya siksa kubur (siksa yang sangat mengerikan). 6. Diberikan cahaya oleh Allah S.W.T pada hari Kiamat untuk menyeberang titian sirath. 7. Allah S.W.T. akan memberinya kemudian di syurga.' Kata orang Yahudi: 'Benar apa yang kamu katakan itu Muhammad. Katakan kepada kami kelebihanmu antara semua para nabi-nabi.' Sabda Rasullullah S.A.W.:'Seorang nabi mengunakan doa mustajabnya untuk membinasakan umatnya, tetapi saya tetap menyimpankan doa saya (untuk saya gunakan memberi syafaat pada umat saya di hari kiamat).' Kata orang Yahudi: 'Benar apa yang kamu katakan itu Muhammad, kini kami mengakui dengan ucapan Asyhadu Alla illaha illallah,wa annaka Rasulullah (kami percaya bahawa tiada Tuhan kecuali Allah dan engkau utusan Allah).' "Dan sesungguhnya akan Kami berikan cobaan kepadamu,dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah2an. Dan berilah berita gembira kepada orang2 yang sabar."(Al-Baqarah : 155) Disebutkan di dalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur masing masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN dan TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAK BERCAKAP. Bertanya orang kepada Rasulullah saw : "Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?" Maka jawabnya Rasulullah saw, "Umatku dikenali kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'." Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan. Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian Siratul Mustaqim dan memasuki alam syurga, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahwa mereka adalah Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahwa sepuluh orang yang mayat nya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan

bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati : 1. Para Nabi 2. Para Ahli Jihad 3. Para Alim Ulama 4. Para Syuhada 5. Para Penghafal Al Quran 6. Imam atau Pemimpin yang Adil 7. Tukang Azan 8. Wanita yang mati kelahiran/beranak 9. Orang mati dibunuh atau dianiaya 10. Orang yang mati di siang hari atau di malamJumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman. Di dalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah saw: Apabila datang hari qiamat dan orang orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan : Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku berpuasa (ahli puasa) dari kubur! mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah buahan syurga. Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu di bumi. Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud : "Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu." Diberitakan oleh Abu Hurairah ra bahawa ramai orang bertanya kepada Rasulullah saw, tanya mereka, "Dapatkan kami melihat Tuhan kita nanti di hari kiamat?" Jawab Nabi, "Masih sangsikah kamu untuk dapat melihat bulan purnama pada malam empat belas yang tak berawan." Jawab mereka, "Tidak ! Ya Rasulullah !" Tanya Rasulullah, "Masih sangsikah kamu untuk dapat melihat matahari di tengah hari yang tidak berawan?" Jawab mereka, "Tidak!" Sabda Nabi saw, "Sesunguhnya kamu akan melihat Allah (Tuhanmu) seperti itu. Pada hari kiamat itu akan dikumpulkan seluruh manusia. Lalu Allah berfirman, 'Siapa yang menyembah sesuatu (selain aku), maka ia hendaklah mengikut sembahannya itu.' Di antara mereka itu ada yang mengikut matahari, ada yang mengikut bulan, ada yang mengikut bermacam-macam thagut (berhala). Maka tinggalah umat Islam, termasuk orang-orang munafik. Allah akan datang kepada mereka dan berfirman, 'Aku adalah Tuhanmu!' Jawab mereka, 'Kami akan tetap di sini sampai tuhan kami datang. Apabila tuhan kami datang, kami akan mengenalNya. ' Maka datanglah Allah kepada mereka lalu berfirman, 'Aku tuhanmu !' Jawab mereka, 'Ya, Engkaulah tuhan kami.' Allah akan memanggil mereka dan sebuah jambatan akan dibentangkan merentasi neraka jahanam. Aku (Muhammad) adalah orang pertama di antara para rasul beserta umatnya yang mula-mula melintasinya. Tidak seorang pun di kala itu yang berkata-kata kecuali doa para rasul. Doa mereka ketika itu adalah 'Ya Allah ! Selamatkan ! Selamatkan !' (Allahuma salim salim )" "Di dalam nereka jahanam itu terdapat kaitan-kaitan seperti duri kayu Sa'dan. Tahukah anda duri Sa'dan itu?" Jawab orang ramai, "Tahu !" Sabda Nabi saw, "Rupanya seperti duri kayu Sa'dan tetapi besarnya hanya Allah saw sahaja yang tahu. Manusia akan terkait kerana amalnya. Di antaranya ada yang jatuh terkait sesuai dengan amalnya, tetapi ada pula yang terkait sedikit saja, kemudian terlepas." "Apabila Allah swt, menghendaki akan rahmat kepada penduduk neraka, maka disuruhNya malaikat mengeluarkan orang-

You might also like