You are on page 1of 14

ANATOMI DAN FISIOLOGI Peringkat Kimia, Selular dan Tisu Organisma OLEH: Arif Hadri bin Japri Mohd

Nizar bin Abd Latib 3 PISMP KS/PJ/PM 2 ATOM DAN MOLEKUL


Atom merupakan unit bahan terkecil Terdiri daripada proton, neutron dan elektron Unsur mengandungi atom dengan jumlah proton yang sama banyak. Di dalam atom, terdapat awan elektron yang mengelilingi nukleus.

MOLEKUL (IKATAN/SEBATIAN KIMIA)


Atom boleh bergabung molekul Kombinasi atom daripada pelbagai unsur sebatian Sesetengah atom berkongsi elektron molekul Contoh: Ikatan hidrogen: gabungan atom H yang bercaj +ve dengan atom lain bercaj -ve

CONTOH ATOM ELEMEN YANG UTAMA


Oksigen komponen utama menghasilkan ATP Karbon komponen utama molekul organik seperti karbohidrat, lipid, protien dan asid nukleik Hidrogen komponen utama molekul organik, sebagai ion dan mempengaruhi pH badan Nitrogen komponen utama protien dan asid nukleik

REAKSI KIMIA

Metabolisme merujk kepada semua tindak balas kimia di dalam badan Oksigen diperlukan untuk tindak balas metabolisme Sel-sel memerangkap, menyimpan dan menggunakan tenaga untuk mengekalkan homeostasis dan menyokong fungsi yang diperlukan Homeostasis satu tindakan untuk mengekalkan kestabilan persekitaran dalaman melalui pengawalan suhu badan, peredaran oksigen dan kandungan mineral di dalam sel badan

Contoh: apabila kita bersenam, oto kekurangan oksigen, kadar penafasan akan ditingkatkan dan oksigen akan dihantar ke otot yang memerlukan oksigen

KONSEP ASAS TENAGA


Tenaga ialah keupayaan melakukan kerja. Dua jenis tenaga: Tenaga kinetik : tenaga pergerakan Tenaga keupayaan : tenaga yg disimpan hasil daripada kedudukan

Setiap pertukaran tenaga menghasilkan haba. JENIS TINDAK BALAS


Tindak balas kimia boleh diklasifikasikan kepada dekomposisi dan sintesis Katabolisme sel mendapat tenaga untuk melakukan fungsi pemecahan molekul kompleks Anabolisme sintesis molekul organik baru

ENZIM DAN TINDAK BALAS KIMIA


Enzim mengawal kebanyakan tindak balas kimia dalam badan Enzim juga merupakan pemangkin yang terlibat di dalam tindak balas tanpa mengalami perubahan kekal.

SEBATIAN BUKAN ORGANIK Nutrien dan metabolik diklasifikasikan:


Molekul inorganik tiada karbon dan hidrogen. Cth: air, garam, asid dan alkali Air : komponen bukan organik yg penting Banyak sebatian inorganik mengalami ionisasi atau larut dalam air untuk membentuk ion

SEBATIAN ORGANIK

Molekul organik mengaundungi karbon, hidrogen dan oksigen Karbon biasanya digabungkan dengan atom- atom lain untuk menentukan struktur dan fungsi Empat jenis molekul organik:

Karbohidrat : monosakarida, disakarida dan polisakarida Lipid Protien : enzim, antibody, kolagen Asid Nukleik

KARBOHIDRAT

Sumber tenaga yang paling penting dalam proses metabolik Kandungan : karbon, hidrogen dan oksigen Tiga kelas utama: Monosakarida Disakarida Polisakarida

LIPID

Molekul yang tidak larut dalam air seperti lemak Empat kelas utama: Asid lemak Lemak Steroid Fosfolipid Trigliserid tiga molekul asid lemak bercantum Kolestrol hormon steroid dan komponen membran sel Fosfolipid komponen membran sel yang paling banyak

PROTIEN

Melakukan pelbagai fungsi badan Jenis protien yang penting: Protien struktural Protien pengucupan Protien pengangkutan Enzim, hormon dan antibody Rantaian asid amino yang diikat ikatan peptide Setiap protien bekerja dengan baik pada kombinasi optimal suhu dan pH

ASID NUKLEIK

Menyimpan dan memproses maklumat pada tahap molekul Dua jenis asid nukleik yang penting: Asid deoksiribonukeik (DNA) Asid ribonukleik (RNA) Asid nukleik adalah rantaian nukleotida Setiap nukleotida mengandungi gula, kumpulan fosfat dan bes nitrogenous

SEBATIAN TENAGA TINGGI


Sel menyimpan tenaga dalam bentuk sebatian tenaga tinggi ATP Bila terdapat tenaga, sel membuat ATP dengan menambah fosfat kepada kumpulan ADP Bila tenaga diperlukan, ATP dipecahkan kepada ADP dan fosfat.

1.0PENGENALAN ANATOMI DAN FISIOLOGI 1.1Anatomi Anatomi ialah bidang sains yang berkaitan dengan struktur tubuh manusia. Anatomi juga dikenali sebagai morfologi atau sains bentuk. Bidang ini mula dikaji sejak 2300tahun dahulu dan masih berkembang sehingga kini. Perkataan anatomi berasaldaripada perkataan Greek yang bermaksud memotong atau membelah anggotabadan untuk melihat strukturnya.Selain itu, anatomi terbahagi kepada beberapa subdisiplin seperti anatomikasar (gross) dan mikroskopik. Anatomi kasar mengkaji tentang struktur tubuh yangdapat dilihat dengan mata kasar seperti struktur tulang, paru-paru dan otot. Anatomimikroskopik (histologi) ialah kajian tisu dengan bantuan mikroskop.1.2FisiologiAnatomi berkait rapat dengan fisiologi iaitu mengkaji fungsi struktur tubuh badan.Sebagai contoh, tulangtulang kaki yang panjang dan tebal seperti femur, tibia danfibula dapat menyokong berat badan kita.1.3Organisasi Struktur ManusiaTubuh badan manusia terdiri daripada unit-unit kecil yang dikenali sebagai atom danberada pada aras pertama struktur manusia iaitu aras kimia. Atom ini bergabungsesama sendiri untuk membentuk molekul-molekul dan menjadi aras sel. Selmerupakan benda hidup paling kecil pada badan manusia serta berfungsi sebagaipengangkut nutrien dan oksigen, menjalankan tindak balas metabolism danmengeluarka n CO 2

daripada tubuh manusia.Seterusnya adalah aras tisu iaitu sekumpulan sel yang menjalankan fungsikhusus yang sama. Terdapat empat jenis tisu dalam badan manusia iaitu tisuepitilium, tisu penghubung, tisu otot dan tisu saraf.

ANATOMI DAN FISIOLOGI Aras organ merupakan struktur diskrit yang terbentuk hasil daripadagabungan dua atau lebih tisu. Kebanyakan organ mempunyai keempat-empat jenistisu seperti hati, ginjal dan jantung. Aras sistem terbentuk hasil daripada gabunganbeberapa organ yang berbeza bagi menghasilkan tugas-tugas tertentu sepertiorganorgan sistem respiratori. Seterusnya, aras organisasi tertinggi ialah arasorganisma yang merangkumi kesemua aras yang berfungsi untuk mencapaikesejahteraan kehidupan Rajah 1: Aras Kompleksiti Struktur Manusia 2

ANATOMI DAN FISIOLOGI 1.5Sistem-sistem Tubuh ManusiaTerdapat 11 jenis sistem tubuh manusia yang mempunyai fungsi-fungsi khusus.

Rajah 2: Jenis-jenis Sistem Tubuh Manusia

Adalah salah satu sistem yang penting di dalam tubuh badan. Sistem ini mengedarkan darah bermula dari jantung ke seluruh badan dan masuk ke jantung semula. Sistem peredaran darah manusia juga dikenali sebagai sistem peredaran tertutup kerana darah mengalir di dalam salur darah yang tertutup. Fungsi asas peredaran darah ialah menyampaikan zat-za makanan dan oksigen kepada sel-sel di dalam badan dan mengeluarkan karbon dioksida dan bahan yang tidak dikehendaki dari sel. Sistem darah manusia mempunyai dua jenis iaitu peredaran pulmonari dan sistemik. Peredaran Pulmonari Peredaran ini membawa darah tidak beroksigen dari jantung melalui arteri pulmonari ke paruparu dan balik ke jantung melalui vena pulmonari. Peredaran Sistemik Peredaran ini membawa darah beroksigen dari jantung melalui aorta ke semua bahagian badan dan balik ke jantung Struktur anatomi sistem ini terdiri daripada Jantung Saluran darah

Darah Jantung Jantung terletak di dalam ruangan toraks (sangkar rusuk) di belakang tulang sternum, di hadapan tulang belakang dan kedudukannya menyendeng dari kanan ke kiri. Organ ini boleh dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu kiri dan kanan. Ia dibahagikan oleh dinding yang dipanggil septum. Lapisan jantung pula terdiri daripada 3 lapisan iaitu:

Pericardium (luar) Myocardium (tengah)

Endocardium (dalam) Jantung mempunyai 4 ruang iaitu: 2 ruangan atas dikenali sebagai atrium

2 ruangan bawah dikenali sebagai ventrikel Antara atrium dan ventrikel terdapat injap yang mengawal pengaliran darah di dalam jantung.

Aliran Darah Venakava membawa darah yang mengandungi karbon dioksida ke atrium kanan. Apabila atrium kanan menguncup, darah masuk ke ventrikel kanan melalui injap trikuspid Pengucupan ventrikel menolak darah melalui injap pulmonari ke dalam arteri pulmonari dan seterusnya ke paru-paru. Pertukaran oksigen dan karbon dioksida berlaku di paru-paru. Seterusnya dalah mengalir melalui vena pulmonari ke atrium kiri. Apabila atrium kiri menguncup, darah akan melalui injap mitral (bikuspid) masuk ke ventrikal kiri. Dari ventrikel kiri darah mengalir melalui injap aorta ke salur aorta untuk dihantar ke seluruh badan. Denyutan Jantung. "Anda boleh merujuk di sini untuk nota ini" Struktur dan Fungsi Salur Darah Terdapat 3 jenis salur darah yang utama: Arteri Vena

Kapilari Arteri Arteri ialah salur darah yang membawa darah keluar dari jantung ke bahagian-bahagian lain badan. Dinding arteri tebal, berotot dan elastik supaya ia boleh tahan tekanan darah yang tinggi disebabkan oleh denyutan jantung. Arteri bercabang-cabang membentuk arteriol. Semua arteri membawa darah beroksigen kecuali arteri pulmonari

Vena Vena ialah salur darah yang membawa darah ke jantung dari bahagian-bahagian lain badan. Vena mempunyai dinding yang nipis dan saluran yang lebih besar jika dibandingkan dengan arteri. Darah yang berada dalam vena mengalir pada tekanan yang rendah dan oleh itu, dinding yang tebal tidak diperlukan. Saluran yang besar memberikan kurang rintangan terhadap pengaliran darah. Vena dilengkapi dengan injap-injap yang menentukan darah mengalir hanya dalam satu arah sahaja, iaitu arah ke jantung. Injap-injap ini akan tertutup jika darah mengalir ke belakang dalam alirannya. Vena yang terkencil sekali dinamakan venul Semua vena membawa darah tidak beroksigen kecuali vena pulmonari. Kapilari Darah Kapilari darah ialah salur darah yang terkecil sekali. Kapilari darah menghubungkan arteriol kepada venul. Dinding kapilari darah hanya setebal satu sel. Dinding-dindingnya yang nipis serta telap memudahkan resapan bahan-bahan antara darah dan tisu-tisu berlaku dengan cepat.

Darah Darah ialah satu jenis bendalir badan dalam badan manusia. Darah ditakrifkan sebagai bendalir badan yang terdiri daripada plasma yang mengapungkan luekosit, eritrosit, faktor pengumpal dan unsur-unsur ion. Ia merupakan suatu tisu tetapi bersifat bandalir, beredar di dalam badan dengan bantuan pengecutan otot-otot rangka dan otot-otot jantung. Darah manusia terdiri daripada 2 komponen: Komponen sel: Membentuk 45% daripada isipadu darah. Terdapat 3 jenis sel darah yang utama, iaitu sel darah merah (eritrosit), sel darah putih (leukosit) dan platlet(trombosit). Komponen plasma: Membentuk 55% daripada isipadu darah. Air membentuk sebahagian besar daripada plasma. Darah terdiri daripada Pepejal (sel darah ) 40%

Cecair (plasma) 60% Tubuh manusia mengandungi lebih kurang 8 10 pain (6 liter) darah. Darah terdiri daripada plasma, sel darah merah, sel darah putih dan sel pembekuan (platelet) Sel Darah Merah Saiz: Diameternya 8 mikrometer (0.008mm) dan tebalnya 2 mikrometer (0.002mm) Rupa bentuk: a) Berbentuk cakera dwicekung b) Membrannya yang bersifat kenyal itu membolehkannya berubah menjadi lebih berbentuk sabit semasa lalu menerusi kapilari darah yang sempit. Kandungan: a) Eritroit yang matang tidak mempunyai nukleus. b) Merupakan suatu pundi yang mengandungi larutan pekat pigmen merah yang disebut hemoglobin. c) Hemoglobin ditakrifkan sebagai pigmen respirasi yang didapati pada eritrosit haiwan vetebrat. d) Hemoglobin ialah suatu molekul kompleks yang terbina daripada 4 kumpulan hem. Kumpulan hem mengandungi besi (ferum) dan berwarna.

e) Oksigen berpadu dengan hemoglobin. Setiap daripada 4 atom besi di dalam satu molekul hemoglobin berupaya berpadu secara longgar dengan satu molekul oksigen. Ciri-ciri lain: a) Tempoh hayat eritrosit adalah kira-kira 120 hari. b) Eritrosit yang tua disingkirkan daripada aliran oleh makrofaj, iaitu sel berbentuk ameba yang didapati di dalam organ limpa, sumsum tulang, nodus limfa dan hati. c) Eritrosit baru dibentuk di dalam sumsum tulang yang terdapat pada tulang panjang dada dan anggota. Eritrosit baru menggantikan eritrosit yang tua dan yang tercedera.

Sel Darah Putih Saiz: Berubah-ubah; 10 mikrometer (0.01mm) Rupa bentuk: Luekosit boleh menukar bentuknya. Pertukaran bentuk berlaku apabila menembusi dinding kapilari darah dan semasa fagositosis. Kandungan: a) Makanan sel meliputi protoplasma yang terdiri daripada nukleus dan sitoplasma. b) Mempunyai nukleus yang mungkin bercuping. c) Tidak berwarna kerana sitoplasmanya tidak mempunyai hemoglobin. d) Leukosit mempunyai sitoplasma yang bergranul atau tidak bergranul. Ciri-ciri lain: a) Leukosit dibentuk di dalam sumsum tulang dan di tisu-tisu limfa seperti di nodus limfa, tonsil, timus dan limfa. b) Leukosit tersebar bukan sahaja dalam sistem peredaran tetapi, juga di dalam sistem limfa dan di dalam tisu-tisu perantara. c) Tempoh hayat leukosit adalah singkat, kira-kira 2 atau 3 hari sahaja. d) Leukosit dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu granulosit dan agranulosit. e) Granulosit mempunyai sitoplasma bergranul dan nukleus berbilang cuping.

Sel Pembeku Darah (Platelet) Sel-sel ini terbentuk daripada luluhan sel-sel lain, iaitu trombosit merupakan serpihan-serpihan sitoplasma yang sangat kecil. Sel-sel ini tidak mempunyai nukleus. Ia memainkan peranan penting dalam pembekuan darah. Sel ini hidup selama lebih kurang 10 hari

Fungsi Darah 1. 2. 3. 4. 5. Membawa oksigen dan zat-zat makanan ke seluruh sel dan tisu badan. Melawan jangkitan kuman. Membawa bahan buangan atau kumpulan, hormon-hormon dan enzim-enzim. Memberi warna kepada kulit Mengawal suhu badan.

Sekiranya ada sebarang keperluan nota, sila nyatakan dalam kotak komen. Kalau ada pada simpanan, saya akan email kepada anda.

You might also like