You are on page 1of 2

Bila dirujuk kepada definisi etika dan moral (sebagaimana yang dibincangkan dalam pertemuan yang lepas) jelas

menunjukkan kedua-dua terminology tersebut tidak memberikan makna menyeluruh sebagaimana istilah akhlak yang digunakan di dalam Islam. Akhlak bukan sahaja menyentuh dimensi luaran bahkan juga dimensi dalaman untuk membentuk keperibadian seseorang manusia. Di atas dasar inilah maka akhlak perlu diberi perhatian serius dan pemahaman tentangnya perlu jelas bersumberkan al-Qur\'an dan al-Sunnah. Sila berikan komen anda. Sejarah telah membuktikan bahawa falsafah dan prinsip Islam telah Berjaya membangungkan tamaddun Islam. Ini dapat kita lihat dari bebebrapa kejayaan empayar-empayar Islam seperti di Nabi Muhamad S.A.W hinggalah ke zaman sahabat dan khalifah-khalifah Islam yang lainnya. Malah tamaddun sendiri Berjaya menggugat tamadun barat yang nyata gagal membentuk insan yang beakhlak dan beretika.Ini jelas kita lihat dari beberapa siri Amerika menghadapi tekanan emosi yang berakhir dengan beberapa peristiwa amuk. Ini menunjukkan betapa etika dan nilai moral yang diamalkan tidak selari dengan perkembangan semasa. Jika meneliti maksud pendidikan itu sendiri, kita tidak dapat lari dari nilai-nilai akhlak dan moral. Justru itu, berkaitan dengan factor ini, jika meneliti kalimah ta dib; antara istilah pendidikan yang digunakan, kita dapat melihat berdasarkan kata dasarnya addaba yang bermaksud mendidik dan mengajar adab atau akhlak. Malah menurut Imam Al Ghazali, maksud pendidikan itu sendiri ialah menanam perangai perangai baik dalam diri kanak-kanak supaya mereka dapat menilai antara yang baik dan yang buruk. Malah. Syed Mohamad Naquib Al-Attas (1980) menyokong pendapat Imam Al Ghazali yang menegaskan bahawa pendidikan merupakan proses penerapan adab dalam diri seseorang. Tujuan pembentukan akhlak itu sendiri adalah untuk: 1. Berinteraksi dengan Allah melalui aqidah yang sempurna dan ibadah yang sahih. 2.Berinteraksi dengan diri dan jiwa secara rasional, jelas & benar serta memberi komitmen yang mutlak terhadap manhaj Allah s.w.t. 3.Berinteraksi dengan Allah melalui pelaksanaan hak kepada yang berhak berdasarkan kepertanggungjawaban akal dan syarak dengan itu mendapat redha jiwa & manusia melalui akhlak Islam Dan jika kita lihat difinisi akhlak itu sendiri iaitu dari segi bahasa bermaksud kebiasaan, tabiat atau maruah. Imam al-Ghazali memberi maksud istilah akhlak ialah satu sifat yang tertanam dalam jiwa yang daripadanya timbul perbuatan2 dengan mudah, dengan tidak memerlukan pertimbangan fikiran terlebih dahulu. Manakala Ibnu Maskaweh mendefinisikan akhlak ialah keadaan jiwa seseorang yang mendorong untuk melakukan perbuatan2 tanpa melalui pertimbangan fikiran terlebih dahulu seseorang dapat membezakan antara yang yang baik dan buruk . Ini bermakna, mereka yang mengamalakan akhlak yang baik akan sentiasa memilih kebaikan dari kejahatan kerana dalam diri mereka telah tertanam nilai-nilai yang baik. Akhlak mencorak tingkah laku Akhlak memainkan peranan yang penting dalam mencorakkan tingkah laku dan kehidupan seseorang. Setiap tingkah laku yang lahir daripada manusia sebenarnya adalah cernaan daripada apa yang tersemat di dalam dirinya. Sebagaimana menurut Al-Ghazali : "Setiap yang ada di

dalam hati akan menzahirkan kesannya pada anggota badan sehinggalah setiap pergerakkannya adalah berlandaskan kepadanya". Maka dengan ini sehinggalah apabila akhlak menjadi sebati di dalam diri ia akan melahirkan tindakan spontan, bergantung kepada nilai akhlak yang ada padanya. Neraca akhlak yang sebati di dalam diri manusia akan mempengaruhi pertimbangannya dalam menilai sesuatu perbuatan. Oleh itu, kesahihan dalam pertimbangan ini bergantung kepada sejauh mana kesahihan neraca yang dipegangnya. Akhlak mencerminkan keimanan Akhlak adalah cermin keimanan seseorang. Dengan erti kata lain, iman yang sempurna akan memprodukkan akhlak yang mulia atau dengan perumpamaan yang mudah, ibarat pohon yang semata-mata bergantung kepada keelokan akarnya. Sabda Rasulullah S.A.W : "Di kalangan mu'minin yang paling sempurna imannya ialah yang terbaik akhlaknya. Akhlak sebagai simbol tamadun manusia. Tamadun sesuatu umat adalah terletak kepada sejauh mana penghayatannya dan kemurnian sumber peradabannya. Akhlak adalah sebagai mercu tanda, berjaya atau tidaknya sesuatu umat dalam melakukan proses kemajuan dan pembangunan. Tanpa akhlak nescaya manusia akan berada di lembah kehinaan biarpun kejayaan material yang dicapai sangat menakjubkan. Faktor membelakangkan akhlak jugalah yang menyebabkan sesuatu umat tersebut tidak mencapai ketamadunan yang sebenarnya. Contohnya tamadun barat yang berasaskan oleh ideologi kapitalis dan lain-lain, jatuh satu persatu kerana mengkesampingkan nilai-nilai akhlak.

You might also like