You are on page 1of 5

ANALISIS DINAMIK ENJIN PENJANA LELURUS

Syarizal Fonna, Nik Abdullah Nik Mohamed, dan Ahmad Kamal Ariffin
Kumpulan Penyelidikan Penjana Lelurus Komputeran
Jabatan Kejuruteraan Mekanik dan Bahan
Universiti Kebangsaan Malaysia

ABSTRAK

Enjin penjana lelurus ialah mesin gandingan enjin omboh bebas dan pengulangalik lelurus yang
menjana tenaga elektrik. Kertas kerja ini membentangkan satu laporan ringkas status
penyelidikan mengenai analisis dinamik enjin penjana lelurus yang terdiri daripada kebuk
pembakaran dan kebuk tendang-balik udara dengan menggunakan kaedah perkomputeran.
Matlamat utama penyelidikan ini adalah untuk menganalisis dinamik bagi mendapatkan enjin
penjana lelurus yang padat, getaran yang rendah dan kesan daripada daya-tidak seimbang yang
rendah. Reka bentuk enjin penjana lelurus dijalankan dengan menggunakan perisian Catia.
Model matematik bagi sistem dinamik enjin penjana lelurus diselesaikan dengan menggunakan
perisian Matlab. Dan analisis dinamik daripada enjin penjana lelurus menggunakan perisian
MSC.Adams.

Kata kunci : kaedah perkomputeran, dinamik, penjana lelurus

PENDAHULUAN

Pada enjin lazim, kajian dinamik merupakan kajian yang penting untuk meningkatkan prestasi
enjin dan kemungkinan keluaran daripada enjin tersebut. Dinamik dikaji untuk memperolehi
pengaruh daripada geseran mekanik, getaran dan daya-tidak seimbang terhadap enjin penjana
lelurus. Dengan analisis dinamik, pelbagai daya yang memberi kesan yang besar pada getaran
enjin, halaju dan pecutan daripada gerakan omboh bebas enjin penjana lelurus dan profil
gerakan omboh bebas juga diperolehi.
Pada penyelidikan ini, aspek dinamik pada enjin penjana lelurus dengan menggunakan kaedah
perkomputeran dianalisis. Matlamat yang ingin dicapai pada penyelidikan ini ialah untuk
memperolehi enjin penjana lelurus yang padat, serta mempunyai getaran dan daya-tidak
seimbang yang rendah.

KAJIAN LITERASI

Enjin Penjana Lelurus merupakan mesin gandingan enjin omboh bebas dan pengulangalik
lelurus yang menjana tenaga elektrik. Enjin ini tidak lagi menggunakan engkol aci sebagaimana
pada enjin lazim. Menurut Arshad (2002), keadaan ini memberikan keuntungan pada kecekapan
enjin, pengurangan berat enjin, pelbagai pengendalian mampatan, dan kemungkinan untuk
penggunaan pelbagai jenis bahan api.
Enjin penjana lelurus telah banyak dikaji oleh beberapa penyelidik terdahulu. Subhash
Nandkumar (1998) telah mengkaji enjin penjana lelurus yang mana kedua-dua kebuk adalah
kebuk pembakaran. Model enjin yang dikaji adalah enjin pembakaran dalaman dua lejang
dengan sistem pencucuhan menggunakan palam pencucuh. Subhash mengkaji pengaruh nisbah
udara-bahan api (AFR) terhadap halaju omboh lelurus yang menunjukkan bahawa halaju omboh
lelurus semakin tinggi apabila AFR semakin kecil (lihat Rajah 1a). Beliau juga mengkaji
pengaruh diameter omboh (b) dan nisbah pemampatan (r) terhadap halaju omboh bebas.
Kajiannya mendapati bahawa diameter omboh yang lebih besar dan nisbah pemampatan yang
lebih tinggi akan menghasilkan halaju yang lebih tinggi (lihat Rajah 1b).

Halaju (cpm)

Nisbah udara-bahan api (AFR)


(a)
Halaju (cpm)

Diameter omboh (in.)

(b)
RAJAH 1. Kesan AFR, diameter omboh dan nisbah pemampatan terhadap halaju omboh
bebas (Subhash Nandkumar, 1998)

David Houdyschell (2000) masih mengkaji enjin penjana lelurus dua lejang yang mana kedua-
dua kebuk adalah kebuk pembakaran tetapi menggunakan sistem pencucuhan mampatan. Hasil
kajian menunjukkan bahawa reka bentuk enjin penjana lelurus harus menggunakan omboh
dengan diameter yang besar dan tidak menggunakan pendikit. Ini dicadangkan sebagai enjin
diesel.
Berbeza dengan Subhash dan David, Kurt D. Annen (2002) mengkaji enjin penjana lelurus
yang mana satu kebuk adalah kebuk pembakaran dan satu lagi menggunakan pegas. Kajiannya
menunjukkan bahawa untuk enjin penjana lelurus yang dikaji mempunyai keunggulan pada
geseran yang rendah, halaju omboh yang tinggi, ketumpatan kuasa yang tinggi dan kemampuan
untuk mengendali tanpa minyak pelincir.
Secara umum, enjin penjana lelurus yang kedua-dua kebuk adalah kebuk pembakaran
merupakan model yang telah diperkembangkan. Model ini mempunyai keunggulan pada halaju
dan profil halaju yang sama untuk lejang mampatan dan lejang pengembangan. Disebabkan
menggunakan dua kebuk pembakaran, enjin penjana lelurus ini akan menggunakan lebih banyak
bahan api. Model enjin penjana lelurus yang kedua-dua kebuk adalah kebuk yang berlainan
dikaji untuk mengurangkan penggunaan bahan api ini tanpa merendahkan tenaga enjin.
Penyelidikan ini mengkaji enjin penjana lelurus yang mana satu kebuk adalah kebuk
pembakaran dan satu lagi kebuk tendang-balik udara. Rajah 2 menunjukkan bentuk enjin
penjana lelurus yang dianalisis.

kebuk tendangan
kebuk pembakaran balik udara

-xs xs -xs xs
-xm xm -xm xm

RAJAH 2. Model enjin penjana lelurus

Untuk mendapatkan spesifikasi dan garis panduan bagi reka bentuk enjin penjana lelurus,
model matematik bagi proses pembakaran dan proses tendang-balik udara akan dihasilkan.
Arshad (2002), Subhash (1998) dan David (2000) telah membentangkan model dinamik
sederhana bagi enjin penjana lelurus. Daya yang mendorong omboh ialah daya pembakaran (Fc)
daripada kebuk pembakaran (kebuk aktif). Manakala daya yang melawan gerak omboh ialah
daya tendangan balik udara (Fk) daripada kebuk tendangan balik udara (kebuk tidak aktif), daya
geseran (Ff), dan daya elektromagnetik (Fl). Pecutan daripada omboh (jisim m) ditunjukkan
dengan persamaan :

d 2 x Fc − Fk − F f − Fl
a = &x& = 2 = (1)
dt m
Pc ( x) Ac − Pk ( x) Ak − F f − Fl = m&x& (2)

dengan :
Pc = tekanan pada kebuk pembakaran
Pk = tekanan pada kebuk tendangan balik udara
Ac = luas omboh pembakaran
Ak = luas omboh tendangan balik udara
m = jisim omboh
x = anjakan omboh

Profil gerakan omboh


Pecutan (m/s2)
Halaju (m/s)
Anjakan (m)

Masa (s)

RAJAH 3. Profil gerakan omboh bebas (Arshad W.M., 2002)


Dalam kajiannya, Arshad (2002) menunjukkan bahawa profil gerakan omboh bebas untuk satu
proses pembakaran ialah seperti pada Rajah 3. Beliau menyatakan bahawa gerakan omboh
memiliki pecutan yang tinggi (kerana tingginya daya pembakaran dan jisim omboh yang
rendah). Oleh itu, perhatian khusus perlu diberi pada proses reka bentuk omboh. Selain daripada
itu, persoalan tegasan yang tinggi, kelesuan, dan ketidak imbangan mekanik akan meningkat.

REKA BENTUK ANALISIS DINAMIK ENJIN

Penyelidikan untuk menganalisis dinamik enjin penjana lelurus ini menggunakan kaedah
perkomputeran dan akan dinilai dan disahkan dengan hasil eksperimen. Perisian yang
digunakan pada penyelidikan ini ialah Matlab, Catia dan MSC. Adams. Carta alir penyelidikan
dapat dilihat pada Rajah 3. Penyelidikan ini dimulakan dengan kajian literasi untuk
mendapatkan informasi mengenai penyelidikan sebelumnya, dan teori mengenai tajuk yang
akan dikaji. Setelah kajian literasi, rumusan masalah, skop kajian dan objektif kajian akan
dikaji. Kemudian, beberapa hipotesis akan diambil dan diuji melalui penyelidikan secara
komputeran.

Mula

Kajian literasi

Rumusan masalah

Skop kajian

Objektif kajian

Hipotesis

Reka bentuk enjin Model matematik bagi


penjana lelurus sistem dinamik

Catia Matlab

Analisis Adams

Eksperimen Hasil kajian

Kesimpulan

Tamat

RAJAH 3. Carta alir penyelidikan

Reka bentuk enjin penjana lelurus direka dengan menggunakan perisian Catia, kemudian
diimport kedalam perisian MSC.Adams. Model matematik daripada sistem dinamik bagi enjin
penjana lelurus diselesaikan menggunakan perisian Matlab. Hasil keputusan model matematik
dimasukkan kedalam perisian MSC.Adams sebagai fungsi splin dan merupakan input bagi
gerakan lelurus omboh bebas daripada model enjin penjana lelurus. Dengan menggunakan
perisian MSC.Adams halaju dan pecutan daripada omboh bebas, getaran daripada enjin penjana
lelurus, dan kesan daya-tidak seimbang terhadap enjin penjana lelurus dianalisis. Hasil yang
diperolehi akan dibandingkan dengan hasil eksperimen dan hipotesis yang telah dibuat.
Kesimpulan dibuat hasil daripada keseluruhan penyelidikan ini.
Carta gantt pada Jadual 1 adalah untuk memberikan garis panduan yang jelas bagi
penyelidikan dinamik enjin penjana lelurus.

JADUAL 1. Carta gantt


2003
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12
Kajian literatur
- perumusan masalah
- skop kajian
- objektif kajian
- hipotesis
Reka bentuk (Catia)
Model matematik
(Matlab)

2004
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12
Model matematik
(Matlab)
Analisis (Adams)
Hasil kajian
Pengesahan
Penulisan tesis

PENGHARGAAN

Penyelidikan ini dibiayai oleh projek IRPA 03-02-02-0056-PR0025/04-03

RUJUKAN

Arshad W.M., Bäckström T., Thelin P., and Sadarangani C., 2002, Integrated Free-Piston
Generator : an Overview, Proceeding of NORPIE/2002, Stockholm, Sweden.
David Houdyschell, 2000, A Diesel Two-stroke Linear Engine, Master of Science Thesis, West
Virginia University, Morgantown, West Virginia.
Kurt D. Annen, Stickler D.B., and Woodroffe J., 2002, Miniature Internal Combustion Engine
(MICE) for Portable Electric Power, Aerodyne Research. Inc, Proceeding of 23rd Army
Science Conference, Orlando, Florida.
Subhash Nandkumar, 1998, Two-Stroke Linear Engine, Master of Science Thesis, West
Virginia University, Morgantown, West Virginia.

You might also like