You are on page 1of 8

Prosiding Penyelidikan & Pengembangan 2005

© Jabatan Kejuruteraan Mekanik & Bahan, UKM

ENJIN LINEAR OMBOH-BEBAS: KESAN MASUKAN


HABA TERHADAP PERGERAKAN
GELANGSAR-OMBOH

FREE-PISTON LINEAR ENGINE: HEAT ADDITION EFFECTS


ON SLIDER-PISTON MOTION

Syarizal Fonna, Nik Abdullah Nik Mohamed dan Ahmad Kamal Ariffin
Kumpulan Penyelidikan Komputeran Mekanik
Jabatan Kejuruteraan Mekanik dan Bahan
Universiti Kebangsaan Malaysia

Kata kunci: Enjin linear omboh-bebas, Enjin dua lejang, Dinamik,


Termodinamik, Masukan haba
Keywords: Free piston linear engine, Two-stroke engine, Dynamics,
Thermodynamics, Heat addition

ABSTRAK

Kertas kerja ini membentangkan analisis dan simulasi daripada enjin linear
omboh bebas dua lejang dengan sistem pencucuhan menggunakan palam
pencucuh. Komponen utama enjin adalah kebuk pembakaran, kebuk hapus-sisa,
kebuk tendang-balik dan gelangsar-omboh. Model dinamik dan termodinamik
bagi pergerakan gelangsar-omboh dibentangkan. Faktor kedudukan pancarongga
masukan dan ekzos ikut dipertimbangkan dalam pembangunan simulasi. Kesan
masukan haba terhadap pergerakan gelangsar-omboh diselidiki untuk
mendapatkan ciri-ciri daripada enjin linear. Hasil simulasi menunjukkan bahawa
halaju maksima dan lejang gelangsar-omboh semakin tinggi dengan masukan
haba semakin tinggi.

ABSTRACT
This paper presents the analysis and simulation of two-stroke free piston linear
engine concept with spark ignition system. The main components of the engine
are combustion chamber, scavenging chamber, kickback chamber, piston and
slider-piston. Dynamic and thermodynamic models for slider-piston motion are
presented. The intake and exhaust port are also considered to the simulation. The
effects of heat additions for slider-piston motion profile are explored. The results
show that the velocity and stroke length of slider-piston increased with higher
heat addition.
PENGENALAN

Enjin linear adalah mesin dengan gerakan linear sebagai gerakan utamanya..
Enjin ini tidak lagi menggunakan engkol aci sebagaimana pada enjin lazim.
Keadaan ini memberikan keuntungan pada kecekapan enjin, pengurangan berat
enjin, beragam pengendalian mampatan, dan kemungkinan untuk penggunaan
pelbagai jenis bahan api (Arshad et al. 2002).

Komponen utama yang bergerak dalam enjin linear ialah omboh, rod
penghubung dan magnet. Ketiga-tiga komponen ini disebut gelangsar-omboh.
Gelangsar-omboh ini tidak dikekang dengan struktur enjin dan boleh bergerak
secara bebas. Oleh itu, enjin linear disebut juga enjin linear omboh bebas.
Gerakan ulang alik gelangsar-omboh pada enjin linear dijana oleh pelbagai
sistem seperti sistem dua kebuk pembakaran (Nandkumar 1998), sistem satu
kebuk pembakaran dan satu kebuk tendang-balik, sistem satu kebuk pembakaran
dan pegas (Annen et al. 2002), dan sistem satu kebuk pembakaran dan sistem
hidraulik (Achten 1994). Model yang dibangun dalam penyelidikan ini adalah
model enjin linear satu kebuk pembakaran dengan satu kebuk tendang-balik
udara.
Ciri utama enjin linear omboh bebas ialah ombohnya tidak terkekang. Ini jelas
berbeza dengan enjin konvensional yang mana ombohnya bersambung dengan
engkol aci. Ini boleh mengakibatkan kitaran-kitaran gerakan gelangsar-omboh
enjin linear omboh bebas tidak seragam. Selain itu, Parameter enjin seperti
masukan haba (Qin) menjadi penting untuk dikaji dengan tujuan untuk
memastikan kesan parameter ini terhadap pergerakan gelangsar-omboh di dalam
enjin sehingga diperolehi ciri-ciri enjin linear lainnya. Isu lain adalah enjin linear
tidak memiliki roda tenaga seperti enjin konvensional. Dengan demikian, kuasa
dari suatu kitaran tidak disimpan untuk digunakan dalam kitaran seterusnya
(Atkinson et al. 1999).

PERMODELAN GERAKAN ENJIN LINEAR

Model dinamik

Untuk mendapatkan spesifikasi dan garis panduan bagi reka bentuk enjin linear,
model bagi proses pembakaran dan proses tendang balik-udara telah dihasilkan.
Daya yang mendorong omboh ialah daya pembakaran (Fc) daripada kebuk
pembakaran (kebuk aktif). Manakala daya yang melawan gerak omboh ialah
daya tendang-balik udara (Fk) daripada kebuk tendang-balik udara (kebuk tidak
aktif), daya geseran (Ff), dan daya elektromagnetik (Fl). Pecutan daripada
gelangsar-omboh ditunjukkan dengan persamaan :
d 2 x Fc − Fk − F f − Fl
a = &x& = = (1)
dt 2 m
m&x& = Pc ( x) Ac − Pk ( x) Ak − F f − Fl (2)

dengan Pc adalah tekanan pada kebuk pembakaran, Pk adalah tekanan pada kebuk
tendang-balik udara, Ac adalah luas omboh pembakaran, Ak adalah luas omboh
tendang-balik udara, m adalah jisim gelangsar-omboh dan x adalah anjakan
gelangsar-omboh.
Rajah 1 menunjukkan enjin linear yang dibangunkan didalam penyelidikan ini.
Komponen utama konfigurasi enjin ini terdiri daripada kebuk pembakaran, kebuk
tendang-balik, omboh, rod penghubung dan magnet.

Pancarongga masukan Kebuk hapus-sisa Kebuk tendang-balik udara

Kebuk pembakaran

Omboh pembakaran Omboh tendang-balik


Pancarongga ekzos Magnet Rod penghubung

RAJAH 1 Model enjin linear omboh bebas

Model enjin linear yang dikaji menggunakan garis pusat yang berbeza antara
omboh pembakaran dan omboh tendang-balik udara. Garis pusat omboh tendang-
balik udara lebih besar daripada omboh pembakaran, sehingga tekanan pada
kebuk tendang-balik udara boleh mencapai nilai optimum untuk menahan
kelajuan omboh dan menolak kembali omboh tersebut. Rajah 2(a) memberikan
dimensi enjin linear yang dianalisis.

Model termodinamik

Beberapa andaian diambil untuk mengembangkan model termodinamik daripada


tekanan dalam tiap-tiap kebuk. Pemampatan dan pengembangan untuk setiap
silinder dimodelkan sebagai proses adiabatik dan boleh balik. Proses pada kebuk
pembakaran diwakilkan oleh kitar Otto (Rajah 2b). Sementara untuk kebuk
tendang-balik udara dan kebuk hapus-sisa diwakilkan oleh proses adiabatik gas
unggul (Rajah 2c & 2d).
L5
L4

b3
b1 b2

a L1 L3
L4 L2 c
L L
L
x x
(a)
PLc 3 PLs Pk
2

2
4
1 1

1
VLc VLs Vk
(b) (c) (d)

RAJAH 2 Dimensi enjin dan gambarajah tekanan isi padu tiap-tiap kebuk untuk
enjin linear

Pada analisis awal, omboh diandaikan bergerak dari kiri ke kanan iaitu lejang
pengembangan. Persamaan daya imbangan bagi keadaan tersebut diwakilkan
oleh persamaan (3). Setelah pengembangan, omboh akan bergerak dari kanan ke
kiri. Keadaan ini disebut lejang mampatan yang diwakili oleh persamaan (4).

⎧ ⎛ L +a⎞ ⎫
⎪ Qin ⎜ 1 ⎟(n −1) ⎪
⎪ ⎛ L +a⎞ ⎛ L2 + c ⎞ ⎛ c ⎞
n n n n
⎝ a ⎠ ⎪⎛ a ⎞
m&x& = ⎨Patm ⎜ 1 ⎟ + ⎬⎜ A −
⎟ c atm ⎜
P ⎟ ⎜ ⎟ Ak
⎪ ⎝ a ⎠ ( L1 + a) Ac ⎪ ⎝ a + x ⎠ ⎝ c ⎠ ⎝ L + c − x ⎠
⎪⎩ ⎪⎭
n
⎛ (b 2 L + b 2 2 L) ⎞
− Patm ⎜⎜ 2 3 5 2 1 ⎟ As
( )
(3)

⎝ b3 L5 + b1 (2 L − x) ⎠

⎛ L +c ⎞ ⎛ c ⎞ ⎛ L1 +a ⎞ ⎛ a ⎞
n n n n

m&x& = Patm⎜ 2 ⎟ ⎜ ⎟ Ak − Patm⎜ ⎟⎜ ⎟ Ac + PatmAs (4)


⎝ c ⎠ ⎝ L+c − x ⎠ ⎝ a ⎠ ⎝ a+ x⎠
PARAMETER ENJIN

Untuk mendapatkan simulasi daripada gerak omboh enjin penjana lelurus,


beberapa parameter enjin telah dipilih. Parameter-parameter tersebut diberikan
pada Jadual 1.

Jadual 1 Parameter Enjin


parameter nilai
Lejang (L) 0.07 m
Lejang pembakaran berkesan (L1) 0.04 m
Lejang tendang balik berkesan (L2) 0.055 m
Panjang pancarongga ekzos (L3) 0.03 m
Panjang pancarongga masukan (L4) 0.015 m
Panjang kebuk scavenging (L5) 0.05 m
Ruang crevice kebuk pembakaran (a) 0.0044 m
Ruang crevice kebuk tendang balik (c) 0.006 m
Nisbah haba tentu (n) 1.4
Jisim gelangsar-omboh (m) 6.1 kg
Tekanan udara bebas (P1) 100 kPa
Diameter omboh pembakaran (b1) 0.076 m
Diameter omboh tendang balik (b2) 0.11 m
Diameter kebuk scavenging (b3) 0.114 m

KEPUTUSAN DAN PERBINCANGAN

Hasil simulasi yang dijalankan dalam perisian MSC/ADAMS menunjukkan


bahawa halaju maksima gelangsar-omboh akan semakin tinggi dengan masukan
haba (Qin) yang semakin tinggi seperti yang diberikan dalam Rajah 3. Hal ini
ditunjukkan dengan masukan haba sebesar 0.2 kJ memberikan halaju maksima
sebesar 6.37 m/s dalam masa 0.005 s. Manakala, halaju maksima gelangsar-
omboh menjadi 9.76 m/s dalam masa 0.0042 s untuk masukan haba sebesar
0.5 kJ.
Keadaan ini disebabkan oleh kerana nilai Qin yang tinggi mengakibatkan
tekanan gas yang tinggi didalam kebuk pembakaran manakala tekanan dalam
kebuk tendang balik udara sama untuk kesemua keadaan. Dengan demikian,
keadaan ini mengakibatkan halaju maksima gelangsar-omboh tinggi.
Seterusnya, daripada hasil simulasi didapati bahawa dengan semakin tinggi
nilai masukan haba maka lejang gelangsar-omboh akan menjadi semakin panjang
seperti diberikan dalam Rajah 4. Keadaan ini ditunjukkan dengan masukan haba
sebesar 0.2 kJ memberikan lejang sejauh 60.4 mm dalam masa 0.0134 s
manakala lejang semakin jauh dengan masukan haba yang semakin tinggi.
Akhirnya, masukan haba sebesar 0.5 kJ memberikan panjang lejang sejauh
71 mm dalam masa 0.0095 s. Ini juga menunjukkan bahawa masa yang
diperlukan untuk satu lejang semakin singkat dengan masukan haba semakin
tinggi.

Qin= 0.2 kJ
12000
Qin= 0.3 kJ
halaju omboh (mm/s)

10000
Qin= 0.4 kJ
8000 Qin= 0.5 kJ
6000
4000
2000
0
0 0.005 0.01 0.015
masa (s)

RAJAH 3 Profil halaju gelangsar-omboh untuk pelbagai nilai masukan haba

Sama seperti penerangan sebelumnya, keadaan lejang yang semakin panjang


dengan masukan haba yang semakin tinggi disebabkan oleh tekanan yang tinggi
dalam kebuk pembakaran. Masukan haba yang tinggi menyebabkan tekanan
dalam kebuk pembakaran juga tinggi manakala tekanan dalam kebuk tendang
balik udara dan kebuk scavenging tidak berubah. Keadaan ini mengakibatkan
pecutan yang tinggi bagi masukan haba yang tinggi sehingga halaju gelangsar-
omboh juga akan tinggi. Akhirnya, masukan haba yang tinggi memberikan lejang
yang semakin panjang.

80 Qin= 0.2 kJ
kedudukan omboh (mm)

70 Qin= 0.3 kJ
60 Qin= 0.4 kJ
50 Qin= 0.5 kJ
40
30
20
10
0
0 0.005 0.01 0.015
masa (s)

RAJAH 4 Profil lejang gelangsar-omboh untuk pelbagai nilai masukan haba


Rajah 5 menunjukkan secara jelas bahawa halaju gelangsar-omboh dan lejang
akan semakin tinggi dengan semakin tinggi nilai masukan haba. Dengan
demikian, untuk meningkatkan kelajuan enjin (kitaran seminit) dapat dilakukan
dengan cara memperbesar nilai masukan haba dalam proses pembakaran.
Namun, hal ini dihadkan oleh nilai kekuatan material komponen-komponen enjin
terutama kebuk pembakaran dan omboh untuk menjamin tidak terjadinya
kegagalan.

Qin= 0.2 kJ
12000
Qin= 0.3 kJ
10000 Qin= 0.4 kJ
halaju omboh (mm/s)

Qin= 0.5 kJ
8000

6000

4000

2000

0
0 10 20 30 40 50 60 70 80
kedudukan omboh (mm)

RAJAH 5 Profil halaju omboh terhadap kedudukan omboh untuk pelbagai nilai
masukan haba

KESIMPULAN

Model dinamik dan termodinamik bagi simulasi pergerakan gelangsar-omboh


telah dibentangkan dengan mengambil kira kedudukan pancarongga masukan
dan ekzos. Simulasi pergerakan gelangsar-omboh dengan pelbagai nilai masukan
haba (Qin) telah dijalankan. Hasil simulasi menunjukkan bahawa halaju maksima
dan lejang gelangsar-omboh semakin tinggi dengan masukan haba semakin
tinggi.

PENGHARGAAN

Penyelidikan ini dibiayai oleh projek IRPA 03-02-02-0056-PR0025/04-03


RUJUKAN

Achten, P. A. J. 1994. A Review of Free Piston Engine Concepts. SAE Paper


941776.
Annen, K. D., Stickler, D. B. & Woodroffe, J. 2002. Miniature Internal
Combustion Engine (MICE) for Portable Electric Power. Aerodyne Research.
Inc, Proceeding of 23rd Army Science Conference. Orlando. Florida.
Arshad, W. M., Bäckström, T., Thelin, P. & Sadarangani C. 2002. Integrated
Free-Piston Generator: an Overview. Proceeding of NORPIE/2002. Sweden.
Atkinson, C. M., Petreanu, S., Clark, N. N., Atkinson, R. J., McDaniel, T. I.,
Nandkumar, S. & Famouri, P. 1999. Numerical Simulation of Two-Stroke
Linear Engine-Alternator Combination. SAE Paper 1999-01-0921.
Nandkumar, S. 1998. Two-Stroke Linear Engine. Tesis Sarjana Sains. West
Virginia University.

You might also like