You are on page 1of 20

PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN KANAK KANAK

DISEDIAKAN OLEH NO KP KURSUS KAMPUS PENGHARGAAN : : : : RINA ZULIATY BINTI ISHAK 841130-02-5430 DPLI MATH IPG TUANKU BAINUN

Bersyukur kehadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat juga saya menyiapkan kerja kursus saya yang telah diusahakan selama ini. Usaha melahirkan kerka kursus ini adalah dengan izinNya dan kerjasama banyak pihak.izinkan saya

mengambil kesempatan ini untuk menyatakan penghargaan kepada semua pihak yang telah menolong menjayakan kerja kursus ini. Kerja kursus ini amat penting buat saya memandangkan perkara ini merupakan sebahagian daripada kursus pengajian saya di Institut Perguruan Malaysia Tuanku Bainun. Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada individu penting yang banyak membantu saya sepanjang saya menyiapkan. Ucapan terima kasih dan penghargaan khusus kepada En. Hairi Bin Yahya yang merupakan pensyarah bagi subjek ini. Beliau telah begitu banyak memberikan galakan, nasihat dan bimbingan dalam menyiapkan kerja kursus ini. Juga ucapan terima kasih kepada kawan sekumpulan saya yang

membentangkan tajuk ini iaitu suresh valdivaloo a/l. Tidak lupa juga kepada dua orang kawan kumpulan saya yang sama sama menyiapkan blog bagi melunaskan kerja kursus ini. Ribuan terima kasih saya ucapkan buat Mohd Azman dan azizul. Akhir sekali terima kasih kepada pihak-pihak yang telah membantu saya secara langsung atau tidak langsung sepanjang projek saya dijalankan dan dibentangkan.

PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN KANAK KANAK Peringkat Tumbesaran Dan Perkembangan (Fizikal,Kognitif,Sosial,Emosi Dan Moral)

Seseorang individu melalui berbagai peringkat tumbesaran dan perkembangan daripada keadaan bayi hingga ke peringkat umur tua. Perubahan perubahan yang siginifikan berlaku semasa tempoh peralihan ini. Peringkat peringkat ini boleh dibahagikan secara umum seperti yang berikut: i. ii. iii. iv. v. vi. Bayi ( 0 -2 tahun) Kanak kanak ( 2- 8 tahun) Remaja ( 9 18 tahun) Muda / awal dewasa ( 19 45 tahun) Pertengahan umur ( 45 65 tahun) Umur tua ( 65 + tahun)

Aspek Perkembangan Psikomotor ( Jasmani) Peringkat Bayi Umur 02 Awal kanak 2 6 kanak Aspek Perkembangan Psikomotor Mula memperolehi koordinasi dan kawalan otot. Tulang masih lembut Mula mengenal objek dalam alam sekitar melalui organ deria dan tangan Mula membezakan suara daripada ahli keluarga dan orang lain Penglihatan dan pedengaran masih belum

berkembang dengan sempurna Tubuh badan menjadi lebih besar, lebih tegap dan lebih tinggi Mempunyai satu set gigi susu Semakin aktif menggunakan kaki dan tangan Otak berkembang menjadi lebih besar dan lebih terkawal Kanak kanak - 6 - 12 Penyelarasan motor dan kawalan tubuh badan bertambah baik

Otot mata sudah matang untuk membaca Pendengaran bertambah tajam dan boleh membezakan bunyi bunyi yang berlainan Sel sel otak telah mencapai berat otak orang dewasa

Aspek Perkembangan Mental ( Kognitif ) Peringkat Bayi Umur 02 6 12 Aspek Perkembangan Mental Mula mengenal objek dalam alam sekitar dengan menggunakan organ deria dn gerak geri Awal kanak 2 6 kanak Mula menggunakan bahasa sebagai ganti gambaran benda Boleh membentuk konsep mudah Mempunyai imaginasi yang fantastic dalam dunia pura pura Mula boleh mnegelaskanobjek berdasarkan ciri ciri amnya Kanak kanak Menguasai konsep pengekalan tentang

nombor,berat dan isipadu Boleh mengenal pasti objek dalam alam sekitar dan hubunganya dengan symbol bahasa.

Aspek Perkembangan Emosi Dan Sosial Peringkat Bayi Umur 02 Awal kanak 2 6 kanak Aspek Perkembangan Emosi Dan Sosial Mempunyai rasa senang, gelisah dan selamat Mula ada perasaan cemburu dan iri hati Emosinya cepat berubah dan tidak kekal lama Mempunyai perasaan takut apabila menghadapi

situasi baru 6- 12 Perasaan cemburu semakin bertmbah Suka bermain sendiri Hanya suka bergaul dengan saudara yang sama usia Kanak kanak Mula sedar tentang perasaan yang lain Emosi semakin stabil Suka bergau dengan rakan sebaya Suka bermain secara berpasukan

Aspek Perkembangan Bahasa Peringkat Bayi Umur 02 Awal kanak 2 6 kanak Kanak kanak 6 12 Aspek perkembangan bahasa Mengeluarkan bunyi menunjukkan rasa kurang senang Mengulaang ulang bunyi yang sama Meniru suku kata yang mudah Boleh meniru dan menyebut ayat yang mudah Boleh menyatakan idea dengan meukis gambar Boleh menggunakan symbol bahasa dan

menghubungkan objek Memperoleh pergaulan sosial kemahiran pertuturan dalam

Ahli ahli psikologi dan para pendidik telah menyelidik tentang tumbesaran dan perkembangan manusia sejak dari abad ke 19 dan mereka masih menemui penemuan penemuan baru hingga ke hari ini.

Ahli Teori

Teori

Arnold Geselle (1880 1961)

Perkembangan berlaku sebagai urutan peringkat peringkat yang diprogramkan secara genetic hasil daripada

kematangan fisiologi Sigmund Freud ( 1856 1939) Perkembangan pengalaman dalaman awal hasil dan ( daripada pengarahan libido) yang

biologi

memotivasikan tindakan ( mesti dikawal untuk menjadi matang) Erik H. Erikson ( 1902 1994) Diperkembangkan daripada peringkat peringkat perkembangan Freud tetapi termasuk semua peringkat hidup apabila manusia Jean Piget ( 1896 1980) melalui lapan krisis

perkembangan psiko sosial Intelek berkembang secara berperigkat peringkat meneroka Jerome Bruner ( 1915 Sekarang) ketika dan kanak kanak dengan

berinteraksi

persekitaran secara aktif. Perkembangan kombinasi manusia kemahiran merupakan enaktif

( memanipulasi objek, kesedaran ruang), kemahiran ikonik ( pengecaman

penglihatan, kebolehan membanding dan membeza) ( dan kemahiran simbolik yang

pertimbangan/

penghujahan

abstrak). Pengetahuan diperoleh dengan berkesan melalui penemuan sendiri. B.F.Skinner ( 1904 1990) Albert Bandura ( 1925 Sekarang) Tindak balas untuk pengukuhan atau hukuman membentuk kelakuan Kanak kanak belajar dengan memerhati dan meniru orang orang

dewasa Lev Vygotsky ( 1896 1934) Perkembangan kognitif dipengaruhi oleh interaksi sosial dengan individu yang lebih mahir dan cekap Robert Havighurst ( 1900 1991) Teori perkembangan tugas adalah berdasarkan penguasaan ke atas tugas tugas yang kritikal pada umur umur tertentu dalam sepanjang hayat

seseorang individu Lawrence Kohlberg ( 1927 Sekarang) Mengembangkan teori penghujahan

moral menggunakan cerita Dilema Heinz

Teori Jean Piget ( 1896 1980) Piaget mengenal pasti 4 peringkat dalam perkembangan kognitif kanak kanak, iaitu pada 0 24 bulan, 2 7 tahun , 7 11 tahun atau 12 tahun dan 12 tahun ke atas. Ini bermakna kanak kanak tidak dapat melakukan sesuatu perlakuan sehinggalah mereka mencapai sesuatu pada peringkat umur tertentu. Piaget mendapati kanak kanak membina pengetahuan baru dengan menggunakan struktur pengetahuan sedia ada yang membuat penyesuaian kepda pengalaman- pengalaman baru dan mengubahsuainya dengan sewajarnya. Kanak kanak menyumbang secara aktif kepada tumbesaran minda mereka sendiri dengan menjadi pelajar yang mempunyai sikap ingin tahu yang menerokai sendiri persekitaran sekeliling. Kajian piaget telah mempengaruhi sistem pendidikan dengan ketara sekali. Skema penyusunan sukatan pelajaran dan kurikululum di kebanyakkan sekolah adalah berdasarkan peringkat peringkat perkembangannya.

Peringkat

umur

Ciri - ciri Boleh meniru dan mengingati benda

Motor Deria

0 2 tahun

benda Mengetahui yang sesuatu objek itu masih wujud walaupun ianya di sembunyikan Bersifat egosentrik (tumpuan hanya pada diri sendiri sahaja) Mula mengguna bahasa secara sedikit demi sedikit Boleh mula berfikir menggunakan bentuk bentuk simbol Boleh menyelesaikan masalah masalah

Pra Operasi

2 7 tahun

Operasi Konkrit

7 11 atau 12 yang konkrit tahun Boleh memahami konsep pemuliharaan Boleh membuat pengkelasan /

pengkategorian Boleh mnyelesaikan masalah yang

Operasi Formal

11 atau 12 tahun ke abstrak atas Menjadi lebih bersaintifik dalam cara pemikiran Merasa bimbang tentang isu- isu sosial dan persekitarannya

Teori perkembangan kognitif piaget adalah mengenai proses proses koginitif dan keupayaan sesorang individu berdasarkan tindakan tindakan yang kemudian menjadi operasi mindanya. Proses adaptasi berlaku apabila sesorang itu mengasimilasikan dan menerap masuk ke dalam dirinya perlakuan perlakuan dunia luar. Piaget memperkenalkan 4 konsep utama untuk menerangkan bagaiman seseorang individu mencapai perkembangan kognitif yang sempurna:

i.

Skema merujuk kepada pengetahuan dan ilmu yang telah diperolehi melalui

pengalaman pengalaman kendiri yang mendefinisikan bagaimana seseorang individu harus berkelakuan di dalam persekitarannya. Ia merujuk kepada kategori kategori pengetahuan yang membantu sesorang kanak kanak memahami dunia ini. Apabila kanak kanak menerima pengetahuan dan maklumat baru, mereka akan sentiasa mengubahsuai skema pengetahuna yang sedia ada. ii. Asimilasi adalah proses mengambil maklumat baru dan memasukkannya ke dalam skema otak individu yang sedia ada. Individu mengasimilasikan maklumat maklumat baru mengikut kepercayaan yang telah terbina dahulu yang akan mempengaruhi bagaimana maklumat maklumat baru itu diterima masuk dan dipadankan dengan skema kognitif yang sedia ada. iii. Akomodasi adalah proses pengubahsuaian skema yang sedia ada untuk menampung maklumat maklumat baru yang member perspektif berbeza yang memerlukan perubahan besar dalam pemikiran seseorang. Kadang kala, ia menghasilkan satu skema baru yang berlainan daripada skema otak individu asal ada sebelum proses akomoasi berlaku. iv. Perseimbangan merujuk kepada tahap ekulibrium yang dicapai oleh seseorang di

antara proses asimilasi dan akomodasi. Mengikut piaget, ia adalah amat penting untuk mengekalkan keseimbangan di antara penggunaan pengetahuan lama dan pengubahsuaian kelakuan kelakuan baru untuk mengakomodasikan pengetahuan baru. Teori Arnold gesell ( 1880 1961) Kerja kerja gesell amat mempengaruhi bagaimana kanak kanak di besarkan dalam tahun tahun 1940an dan 1950an. Beliau telah memerhati berats ratus kanak kanak di bawah keadaan terkawal dalam kajian beliau tentang kelakuan bayi dan kelakuan kanak kanak. Teori beliau menyarankan bahawa kematangan kanak kanak berlaku secara berperingkat peringkat dan telah ditentukan terlebih dahulu dan dilaraskan sendiri. Mengikut gesell, perkembangan kanak kanak amat dipengaruhi oleh kematangan yang berlaku secara urutan tertentu tetapi ia berbeza dari segi kadar

perkembangan untuk setiap individu. Contohnya, seorang kanak kanak membina kekuatan unutk merangkak dahulu sebelum belajar berjalan.

Peringkat Awal Masa peralihan

Umur 0 4 tahun 5 6 tahun

Ciri - Ciri Satu masa perkembangan yang lancar Sekolah, rakan , undang undang, peraturan dan penyesuaian.

Masa lancer

peralihan 7 10 tahun 11 14 tahun 15 16 tahun

Adaptasi dan penggabungan kea rah kehidupan sekolah Kematangan dan konflik semasa remaja Persediaan kedewasaan menghadapi cabaran

Masa perselihan Masa penggabungan

Teori Robert Havighurst ( 1900 1991) Teori perkembangan tugas havighurst ialah satu konsep perkembangan manusia berdasarkan penguasaan ke atas tugasan tugasan kebudayaan yang berkaitan dengan umur seseorang. Ia berdasarkan dua teori ynsg bertentangan : Teori kebebasan menyatakan seseorang kanak kanak itu belajar dengan lebih baik apabila ditinggalkan bersenderian untuk meneroka dan memperoleh pengetahuan baru. ii. Teori paksaan menyatakan seseorang kanak kanak itu mesti belajar untuk menjadi seorang warganegara yang bertanggungjawab mengikut norma norma yang ditetapkan oleh masyarakat. Pencapaian tugas tugas perkembangan terletak di antara kehendak inividu dengan tuntutan masyrakat. Havigurst menegnal pasti tugasan tugasan yang kritikal yang berlaku sepanjang hayat seorang individu. Dalam teori beliau, terdapat 3 kategori tugasan:

i.

i.

Kematangan fizikal merujuk kepada aksi aksi berjalan, bercakap, akil baligh, tarikan seks antara lelaki dan perempuan serta kesan kesan menopos Perkembangan peribadi merujuk kepada perkembangan keperibadian, nilai nilai, pembinaan konsep diri dan harga diri, perolehan pengetahuan serta kemahiran untuk berjaya dalam kerjaya

ii.

iii.

Keperluan masyarakat merujuk kepada proses membina tanggungjawab kepada

masyarakat.

Mengetahui seseorang murid yang berumur tertentu itu sedang mengalami sesuatu peringkat tugasan zamannya itu akan membantu guru guru memahami kelakuan murid tersebut dan membnatu membina satu persekitaran yang akan menolong kanak kanak tersebut menguasai ciri cirri perkembnagan dalam peringkat tugasan itu.

Peringkat

Umur

Tugasan Perkembangan Belajar makan makanan pepejal dan berhubung melalui isyarat, simbol atau tanda Mula berhubung melalui percakapan Memahami tindakan tindakan yang diterima (betul) dan tindakan tindakan yang tidak diterima (salah) Belajar kemahiran kemahiran fizikal untuk bermain Membina sikap sikap kehidupan yang positif Belajar bersosial dengan kanak kanak yang sebaya umur dengan mereka Mula memahami peranan peranan bermasyarakat Membentuk konsep diri yang positif

Bayi zaman kanak

hingga kanak

awal Lahir - 5 tahun

Pertengahan zaman 6 12 tahun kanak kanak

Remaja 13 18 tahun Awal dewasa 19 29 tahun Pertengahan dewasa 30 60 tahun

Menjadi lebih berdikari Membina kemahiran kemahiran

membaca , menulis dan mengira Membina kesedaran nurani dan

pertimbangan moral. Mengguna fungsi badan dan deria dengan berkesan Belajar berdikari Membina persahabatan yang matang dengan rakan rakan Mencapai kebebasan emosi daripada ibu bapa dan orang dewasa Dapat mengurus kewangan sendiri Memperoleh nilai nilai dan kod etika untuk memandu kelakuan sendiri Membina ideologi kendiri Membuat pilihan pilihan kerjaya yang bernas Memulakan perhubungan intim Bersedia untuk perkahwinan Memulakan kehidupan rumah tangga dan pemeliharaan anak Membnetuk kumpulan sosial tersendiri Membantu kanak kanak membesar dan menjadi orang dewasa yang

bertanggungjawab Belajar membenarkan keputusan dibuat oleh kanak kanak Pengukuhan diceburi dalam kerjaya yang

Kematangan lewat 60 tahun ke atas

Bekerja secara bersendirian Fokuskan kerohanian Bersedia untuk kehidupan persaraan Membina kesihatan kendiri Perubahan kepada gaya hdup yang positif kesedaran mengenai kepada pencapaian

Teori Erik Erikson ( 1902 1994) Erikson menyumbang kepada bidang perkembangan personaliti kanak kanak, terutama sekali dalam krisis identiti remaja. Beliau menghubungkaitkan perkembangan personaliti dengan nilai nilai keibubapaan dan kemayarakatan. Dalam setiap peringakat hidup, seseorang individu akan meneyelesaikan konflik konflik yang timbul di antara perkembagan psikologinya dengan dunia sosialnya. Mengikut erikson, individu individu berkembang menerusi membuka lipatan personality yang telah ditentukan oleh kejayaan atau kegagalan di peringkat yang sebelumnya.

Peringkat

Umur lawan 0 18 bulan

Tugasan Perkembangan Membentuk penuh kasih pehubungan sayang yang dan

Kepercayaan lisan deria)

kecurigaan 9 peringkat

kepercayaan Membentuk perasaan yang dunia sosial di sekeliling adalah selamat apabila ibu bapa menunjukkan

perhatian yang tekal, konsisten dan berkesinambungan

Membentuk perasaan kecurigaan apabila ibu bapa tidak diharap serta kemudahan cukup lengkap rumah yang tidak

Autonomi lawan ragu 18 bulan 3 tahun

Membina kemahiran fizikal Kanak kanak akan berdikari jika dibenarkan meneroka dan

memanipulasi persekitaran Kanak kanak belajar mengawal diri sendiri dan mungkin menjadi malu dan ragu jika orang dewasa di sekelilingnya dengan mereka Ikhtiar bersalah Berdaya usaha lawan 6 - 12 tahun rendah diri lawan rasa 3 6 tahun degan baik. Menjadi tegasbdan berdaya usaha serta mmiliki daya saing yang tinggi tetapi jika terlalu di desak, individu itu akan merasa bersalah Mencuba mempelajari kemahiran baru Gagal mempelajari kemahiran tidak berinteraksi

barubakan membuatkan seseorang individu mempunyai harga diri yang rendah Identiti rendah lawan ego Remaja Mesti membentuk perhubungan yang intim Jikalau tidak Ia akan mempunyai konsep kendiri yang rendah Perlu membina hubungan yang rapat sebagai kwan atau kekasih

intim bersendirian

lawan Dewasa muda

Benar benar mengenal diri sendiri

Memikirkan

cara

cara

Generaftif stagnasi

lawan Akhir tahun

20an

50

untuk menghadapi cabaran generasi yang akan datang Mempunyai perasaan

Integriti lawan kecewa

50 tahun ke atas

menerima seseorang

Teori Lawrence Kohlberg (1927 1987) Kohlberg berfokus kepada peringkat peringkat perkembangan moral dalam individu sebagai lanjutan daripada kajian piaget. Piaget juga mengkaji penaakulan moral.kajian beliau menunjukkan terdapat 2 peringkat iaitu sebelum 10 atau 11 tahun dan tahun tahun selepasnya. Mengikut piaget, kanak kanak kecil mengikut peraturan dengan sangkaan peraturan itu tetap dan tdak boleh di ubah. Semasa emaja, mereka mula mengetahui bahawa peraturan peraturan boleh di ubah jika semua orang bersetuju kepada satu peratuan baru yang telah di ubahsuai. Kohberg memperkembangkan teorinya selepas beliau menemuduga kanak kanak dan remaja. Eksperimen beliau yang terkenal berdasarkan cerita Dilema Heinz.. Kanak kanak yang sama umur ditanya soalan soalan yang sama mengenai dilema ini, dan mereka menjawab dengan memberi sebab musabab yang berlainan. Daripada respon respon mereka, Kohlberg merumuskan bahawa terdapat 6 peringkat penaakulan moral yang meliputi hayat seseorang. Adalah sukar untuk menentukan kumpulan umur tertentu bagi tiap tiap peringkat moral kerana individu individu berbeza dalam membuat penaakulan tentang pendedahan dan perkembangan moral masing masing.

Dilema Heinz Di eropah, seorang wanita sedang menghadapi maut kerana sakit tenat. Para doctor mengesahkan bahawa terdapat satu ubat sahaja yang dapat menyembuhkan penyakitnya. Ubat itu telah dapat dicipta oleh seorang ahli farmasi yang tinggal di Bandar yang sama. Kos untuk membuat ubat tersebut hanya $ 200.00 tetapi ahli farmasi kecil ubat itu dengan harga $ 2000.00.

Heinz, iaitu suami wanita tersebut cuba meminjam wang untuk membeli ubat itu tetapi beliau hanya dapat mengutip setengah daripada jumlah wang yang diperlukan walaupun telah meminta daripada semua orang yang dikenalinya.

Heinz berjumpa dengan ahli farmasi tersebut sekali lagi dan memberitahunya bahawa isterinya sedang sakit tenat lalu meminta supaya ubat itu dijual dengan harga yang murah sedikit, ataupun membenarkannya untuk membayar ubat itu pada satu masa depan kelak. Walau bagaimanapun ahli farmasi tersebut menjawab tidak boleh! Saya telah lama berusaha untuk membuat ubat ini dan saya akan mendapatkan wang maksima daripadanya.

Jesteru itu, Heinz rasa berputus asa, lalu memecah masuk ke dalam farmasi tersebut dan mencuri ubat berkenaan untuk isterinya. Adakah Heinz patut berbuat demikian?

Kohlberg 1963

Tahap

Peringkat

Tahap 1: pra moral adat kebiasaan

Peringkat 1: Turut perintah, hukuman dan denda Peraturan peraturan adalah tetap dan tegas. Individu individu mematahi peraturan peraturan ini untuk mengelak hukuman atau denda Peringkat 2 Individualisme Memuaskan kehendak diri sendiri. Individu individu mengadili sesuatu situasi berdasarkan bagaimana ia sesuai untuk kehendak diri sendiri.

Tahap2 : moral adat kebiasaan

Peringkat 3 Keakuran tuntutan masyarakat Individu individu memenuhi jangkaan dan peranan- peranan mereka perlu main dalam masyarakat Peringkat 4 Peraturan dan undang undang Individu individu memenuhi peraturan peraturan dan undang undang untuk kebaikan masyarakat

Tahap 3 : pos-moral adat kebiasaan

Peringkat 5 Kontrak soaial dan hak perseorangan Individu individu mengambil kira pendapat, pandangan dan kepercayaan orang lain. Semua orangpatut bersetuju kepada pertauran danpiawaian yang sama Peringkat 6 Prinsip prinsip etika yang universal Individu individu akan mematuhi prinsip prinsip dan pengadilan yang dijiwai walaupun ia bertentangan dengan peraturan dan undang undang tersebut

Implikasi Teori Teori Perkembangan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Dan Cara Guru Membantu Murid Mencapai Perkembangan Yang Optimum

Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah bergantung kepada rancangan pengajaran guru berlandaskan kepada peringkat perkembangan murid. Sehubungan itu, strategi pengajaran dan pembelajaran hendaklah bersesuaian dengan perkembangan jasmani, kognitif, emosi dan sosial murid.

Perkembangan Jasmani a) Menguruskan pendidikan jasmani dan permainan serta kerja praktikal mengikut perkembangan fizikal murid b) Elakkan mengajar aktiviti jasmani dan permainan serta kerja praktik seperti aktiviti kemahiran hidup yang kompleks jika perkembangan murid belum cukup matang meguruskannya.

Perkembangan Kognitif a) Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan bermakna b) Menyediakan pelbagai alat bantu mengajar untuk membentuk konsep dengan tepat c) Bagi murid sekolah menengah, hubungkaitkan konsep konkrit dengan konsep abstrak d) Isi pelajarn hendaklah dirancang dan disusun mengikut pemeringkatan berikut: o Daripada yang mudah kepada yang kompleks o Daripada yang umu kepada yang khusus o Daripada yang konkrit kepada yang abstrak o Daripada pengetahuan atau pengalaman yang sedia ada kepada pengetahuan atau pengalaman yang baru o Daripada persekitaran dekat yang pernah di alami kepada persekitaran jauh yang belum dialami.

Perkembangan Emosi Dan Rohani a) Memupuk emosi dan rohani murid yang sihat mengikut peringkat perkembangannya. b) Mengawal dan mencegah tingkah laku murid dan perkembangan rohani tidak diingini yang mungkin berlaku dalam peringkat peringkat tertentu c) Bersifat penyayang dan emmbantu murid mengawal emosi dan rohani mereka dalam situasi tertentu d) Memahami peringkat perkembangan emosi dan rohani murid, dan membimbing mereka menangani serta menyelesaikan masalah emosi dan rohani dengan cara yang sesuai.

Perkembangan Sosial a) Menggunakan strategi pengajaran kumpulan untuk memupuk perkembangan sosial b) Menggunakan aktiviti projek, perbincangan dan permainan secara berkumpulan berdasarkan peringkat perkembangan murid c) Aturkan aktiviti kumpulan supaya murid murid dapat bekerjasama menyelesaikan masalah pelajaran mereka bersama sama.

Guru harus merancang pengalaman pembelajaran yang menggalakkan perkembangan murid secara optimum dan bermakna dalam semua domain (kognitif ,afektif, psikomotor). Contohnya permainan melengkapkan jigsaw puzzle. Sewaktu permainan di mainkan murid akan berfikir sekaligus domain kognitif akan memberi rangsangan. Apabila murid mula menggunakan tangan untuk melengkapkan jigsaw puzzle, mereka telah menggunakan domain psikomotor. Akhir sekali domain afektif juga akan bertindak seperti memilki sifat sabar untuk menyelesaikan jigsaw puzzle tersebut. Guru harus menyediakan pengalaman pembelajaran yang sesuai untuk memupuk kemahiran,pengetahuan & kebolehan yang dipupuk kemudiannya. Contoh nya aktiviti menyanyi. Pada waktu ini, murid akan meniru gaya nyanyian artis yang diminati. Guru akan memperbetulkan kesalahan sekiranya ada sehingga kebolehan untuk menyanyi menjadi bagus.Begitu juga RPH,guru harus merancang dengan baik dimana mestilah ikut turutan dari yang senang dahulu sebelum ke aktiviti yang susah

Guru menerima keadaan murid ini & menyediakan aktiviti yang sesuai dengan mereka.Contohnya kadar perkembangan kanak-kanak yang berbeza. Guru harus mengasingkan muid supaya yang cepat belajar tidak berasa jemu dan yang lambat tidak ketinggalan. Selain itu, guru juga perlu kerap mengajar secara individu dan tidak menolong murid semasa latihan. Ini supaya mereka berdikari dan benar- benar mahir akan sesuatu pelajaran. Guru harus peka akan pengalaman sedia ada murid & meranca7-9p[ng aktiviti yang boleh menggalakkan pengalaman pembelajaran mereka. Contohnya bertanya pada murid tentang pengalaman mereka melawat zoo.Murid yang pernah melawat zoo akan bercerita mengenai haiwan-haiwan yang mereka lihat. Maka,perkembangan pengalaman mereka akan bertambah dengan sendiri.

LAMPIRAN

1) Buku Psikologi Pendidikan Dr. Ragbir Kaur Joginder Singh Terbitan : Kumpulan Budiman Sdn.Bhd

2) Buku Psikologi Pendidikan Mok Soon Sang Terbitan : Penerbitan Multimedia 3) Buku Perkembangan Kanak Kanak Mok Soon Sang Terbitan : Penerbitan Multimedia

You might also like