You are on page 1of 27

BENGKEL BINA INSAN GURU (BIG) SIRI 6

LAWATAN PENANDA ARAS BINA INSAN GURU (BIG) SIRI 6

SK TAMAN JANA, TAIPING

LAMPIRAN

LAMPIRAN

KERTAS KERJA

KERTAS KERJA

LAPORAN

LAPORAN

REFLEKSI

REFLEKSI

BUKU PROGRAM

Laporan Bengkel Bina Insan Guru Siri 6


Pada 21 Jun yang lepas, satu Bengkel Bina Insan Guru (BIG) Siri 6 telah dilaksanakan bertempat di Dewan Seri Tanjung, IPG Kampus Ipoh. Program Bengkel Bina Insan Guru ini adalah berlandaskan tema penanda aras guru cemerlang. Unit yang terlibat adalah dari semua unit J Ambilan Januari 2011. Program ini berlandaskan dengan matlamat Program Bina Insan Guru itu sendiri iaitu berhasrat membina insan guru yang berakhlak mulia, bersemangat juang yang tinggi, mempunyai ketahanan fizikal dan bermanfaat kepada diri, keluarga, masyarakat, serta negara selaras dengan nilai-nilai keguruan. Program Bina Insan Guru (BIG) bermatlamat untuk memenuhi kursus wajib BIG semester 6 serta dapat melahirkan guru-guru yang mempunyai kemantapan akhlak, nilai-nilai kerohanian dan keguruan, daya tahan diri yang tinggi serta aura keguruan yang selaras dengan Prinsip Rukan Negara, Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru. Pembinaan insan guru merupakan usaha berterusan sepanjang program pendidikan keguruan adalah pembinaan generasi negara. 2.30 petang Para pelatih dari semua unit dikehendaki untuk melaporkan diri di meja pendaftaran. Seterusnya, pelatih diminta untuk duduk mengikut unit masing-masing dan menyanyikan tiga buah lagu, iaitu lagu Negaraku, lagu Negeri Perak dan lagu Institut. Sejurus selepas itu, bengkel BIG dimulakan dengan menjemput En. Radzi bin Johari bagi slot Ciri-ciri guru efektif dan peranan guru dalam bilik darjah. Sepanjang bengkel yang telah dijalankan, En. Radzi bin Johari banyak menerangkan akan etika-etika seorang guru yang cemerlang dari segi pengurusan masa, pengurusan diri, hubungan dnegan pihak pentadbiran dan juga komitmen terhadap kerjaya guru itu sendiri. Tambahan lagi, En. Radzi bin Johari juga telah menayangkan persembahan slaid tentang peranan seorang guru di dalam bilik darjah. Semua penerangan ini adalah bertujuan untuk memperkenalkan para pelatih terhadap apa yang hendak diutarakan semasa lawatan penanda aras di sekolah kelak.

Berdasarkan slot yang telah dijalankan juga, para pelatih secara tidak langsung telah diberi peluang untuk menyalurkan pendapat dan pandangan masing-masing tentang kriteria-kriteria dalam menjadi seorang guru yang cemerlang sepanjang bengkel berkenaan. Dalam kata lain, En. Radzi bin Johari mengimplimentasikan kaedah soal jawab bersama pelatih sepanjang bengkel ini diadakan bagi membolehkan para pelatih dalam mempunyai kefahaman yang pendalam terhadap pembentangan yang dijalankan pada hari berkenaan. 5.00 petang. Selepas tamat sesi ceramah, kami telah diarahkan untuk membuat

pembentangan bersama tutor masing-masing. Pembentangan ini dijalankan secara berkumpulan dimana ia bermatlamatkan agar pelatih dapat membuat diskusi secara ringkas berkenaan dengan Program Bina Insan Guru Fasa 6 bersama tutor. Sepandang diskusi ini, pelatih-pelatih juga dapat menjana idea dan memberi cadangan dalam bagaimana untuk melahirkan jati diri yang berguna sejajar dengan Falsafah Pendidikan Negara bagi menjadi guru yang cemerlang dan efektif pada masa akan datang. 5.30 petang Tepat pada pukul 5.30 petang, sesi penyampaian hadiah telah dijalankan oleh ahli-ahli jawatankuasa kepada En. Radzi bin Johari. Bengkel Bina Insan Guru telah berjaya dijalankan dengan jayanya dan para pelatih dibenarkan bersurai.

Disediakan oleh:

.............................................................................. SITI SYARINA SALWA AHMAD PELATIH J6

Penilaian Kendiri Bengkel Bina Insan Guru Fasa 6


Berdasarkan program Bina Insan Guru yang telah saya laksanakan tempoh hari, ia telah banyak mematangkan diri ini sebagai seorang bakal pendidik dalam pelbagai aspek. Sebagai seorang bakal guru, saya berpendapat ceramah seperti ini banyak mendatangkan faedah dan memberi banyak input kepada saya tentang dunia perguruan ini. Sepanjang bengkel ini dijalankan, saya telah mempelajari banyak perkara yang dapat membantu saya menjadi seorang guru dan pelatih yang berguna pada masa akan datang. Pada slot yang telah dipersembahkan oleh En. Radzi bin Johari, saya telah pelajari bahawa seorang guru bukan sahaja perlu mempunyai ilmu pengetahuan yang luas. Namun, seorang guru perlukan mempunyai komitmen yang tinggi terhadap kerjaya sebagai seorang pendidik dan melakukan yang terbaik sama ada di dalam mahupun di luar bilik darjah. Secara tidak langsung, slot yang telah dijalankan banyak mematangkan pemikiran saya dan meluaskan pandangan saya dalam bidang perguruan ini. Seorang guru bukan sahaja perlu mempunyai kebolehan untuk mengajar secara efektif. Guru yang cemerlang juga hendaklah mahir dalam mengawal keadaan dalam bilik darjah agar suasana fizikal, emosi serta rohani di dalam bilik darjah itu adalah dalam keadaan yang stabil dan teratur. Tambahan lagi, saya juga secara tidak langsung dapat mengaitkan kelemhan diri saya menerusi pembentangan yang telah dijalankan oleh En. Radzi bin Johari sepanjang bengkel berkenaan. Ini adalah kerana, saya telah mengaitkan segala kekurangan dan kelemahan saya dengan ciri-ciri guru yang efektif. Secara langsungnya, saya dalam memperbaiki kelemahan diri agar menjadi insan yang lebih berguna di masa akan datang. Perbincangan menerusi sesi sial jawab dan ceramah yang diadakan amat membantu kami, terutamanya saya dalam memahami tujuan serta visi bengkel ini dijalankan. En. Radzi bin Johari telah menerangkan dengan baik tentang ciri-ciri guru efektif dan kendalian dalam bilik darjah sebagai seorang guru. Justeru, pengetahuan

serta maklumat ini dapat saya bawa semasa penanda aras di sekolah bagi guru cemerlang kelak. Seterusnya, menerusi bengkel ini juga, saya dapati bahawa perbincangan kelas secara berkumpulan adalah sangat penting dalam penguruskan sesutau aktiviti mahupun mengukuhkan lagi pemahaman terhadap sesuatu perkara. Dengan adanya sesi berbincang bersama rakan-rakan dalam unit tersendiri, saya mampu untuk berfikir secara kreatif dan kritis dalam melibatkan diri di dalam bengkel BIG ini. Kesimpulannya di sini program Bina Insan Guru telah banyak melatih dan membentuk saya dalam melakukan pelbagai aktiviti dalam sesuatu majlis dengan penuh ilmu pengetahuan. Banyak faedah dan manfaat yang dapat saya ketahui dan mungkin dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Hal ini juga bagi mencapai hasrat negara dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

Laporan Program Bina Insan Guru Siri 6


Pada 9 Julai yang lepas, satu Program Bina Insan Guru (BIG) Siri 6 telah dilaksanakan bertempat di SK Taman Jana, Taiping. Program Bina Insan Guru ini adalah berlandaskan tema penanda aras iaitu guru cemerlang. Unit yang terlibat adalah unit J6 dan J7, manakala pensyarah yang mengiringi kami adalah tutor J6 iaitu Puan Flory Juliana Fernandez, tutor J7 Puan Wan Zuraiza Wan Ismail, dan pensyarah pengiring Unit Kokurikulum iaitu Encik Sharifuddin Abd Aziz. Program ini berlandaskan dengan matlamat Program Bina Insan Guru itu sendiri iaitu berhasrat membina insan guru yang berakhlak mulia, bersemangat juang yang tinggi, mempunyai ketahanan fizikal dan bermanfaat kepada diri, keluarga, masyarakat, serta negara selaras dengan nilai-nilai keguruan. Program Bina Insan Guru (BIG) bermatlamat untuk memenuhi kursus wajib BIG semester 6 serta dapat melahirkan guru-guru yang mempunyai kemantapan akhlak, nilai-nilai kerohanian dan keguruan, daya tahan diri yang tinggi serta aura keguruan yang selaras dengan Prinsip Rukan Negara, Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru. Pembinaan insan guru merupakan usaha berterusan sepanjang program pendidikan keguruan adalah pembinaan generasi negara. Aktiviti lawatan penanda aras dijalankan untuk memenuhi modul yang terdapat dalam WAJ 3114 iaitu Bina Insan Guru Fasa 6. Aktiviti ini juga memberi peluang kepada guru pelatih IPG Semester 6 menghayati dan mengamati budaya serta amalan sekolah yang dilawati. Guru-guru pelatih diharapkan dapat mempelajari budaya dan amalan yang diamalkan oleh sekolah tersebut agar dapat menjadi guru yang beramal, berakhlak dan berakauntabiliti pada masa hadapan.

Aktiviti lawatan penanda aras diadakan bertujuan menghayati dan mempelajari ciri-ciri kepimpinan sekolah serta ilkim dan budaya sekolah. Aktiviti ini juga bertujuan

memberi peluang kepada guru pelatih untuk menghayati visi dan misi sekolah serta infrastruktur dan infostruktur kurikulum sekolah.

Pada pukul 6.30, kami telah berkumpul di garaj bas IPG Kampus Ipoh. Tepat pada jam 7 pagi, kami memulakan perjalanan bagi melaksanakan program BIG Fasa 6penanda aras guru cemerlang di SK Taman Jana, Taiping. Pada pukul 8.30 pagi, kami telah tiba di SK Taman Jana. Ketibaan kami telah disambut mesra oleh Puan Jamilah, Guru Besar sekolah tersebut. Setibanya kami di sekolah tersebut, kami telah dibawa ke bilik mesyuarat Al Khuwarizmi bagi sesi ceramah oleh pihak sekolah. Tepat pada pukul 9.00 pagi, Guru Besar SK Taman Jana tersebut, Puan Jamilah, telah memberikan pendedahan tentang sekolah tersebut. Sepanjang pendedaha tersebut berlaku, Puan Jamilah banyak menerangkan tentang latar belakang sekolah serta pencapaian yang telah berjaya dicapai oleh sekolah tersebut. Tambahan lagi, Puan Jamilah juga telah menyatakan rasa penghargaan beliau kerana sudi memilih sekolah SK Taman Jana sebagai penanda aras Fasa 6 pada kali ini. Pada jam 9.30 pagi, slot ceramah diteruskan lagi oleh Guru Cemerlang Multimedia SK Taman Jana, Puan Roslina. Pada sesi ini, Puan Roslina sedikit sebanyak telah menerangkan aktiviti pusat sumber yang telah dijalankan sepanjang tahun. Tambahan lagi, Puan Roslina juga telah memberi penerangan terhadap kawasan-kawasan sekolah yang telah diselenggarakan mengikut pengkhususan pusat sumber bagi menjana idea membaca di kalangan murid-murid di sekolah tersebut. Tambahan lagi, Puan Roslina uga menekankan kaedah yang digunapakai oleh Guru Besar sekolah tersebut, iaitu sekolah dalam pusat sumber bukan pusat sumber dalam sekolah. Slot ceramah itu diteruskan lagi dengan persembahan slaid oleh Puan Roslina. Pembentangan slaid tersebut memaparkan beberapa kawasan sekolah yang telah diterapkan dalam misi dan visi sekolah, iaitu menjadikan sekolah sebagai gerbang ilmu pengetahuan murid-murid. Terdapat dua puluh bilik khas yang telah dipaparkan

menerusi persembahan slaid tersebut. Antara bilik-bilik yang telah dipaparkan ialah Bilik J-Qaf, Bilik Sumber, Bilik Muzik dan sebagainya. Menerusi persembahan slaid itu juga, terdapat beberapa laluan yang diwujudkan menggunakan nama-mana cendikiawan Islam sekitar kawasan sekolah. Kawasan laluan tersebut dipenuhi dengan bahan-bahan ilmiah agar murid-murid dapat memenihu masa lapang mereka dengan berguna. Wartawan muda, budaya membaca dan juga kejayaan sekolah juga telah diterangkan dengan terperinci semasa slot pagi tersebut. Sot seterusnya telah disampaikan oleh guru kokurikulum pada jam 10 pagi.berdasarkan hasil ceramah yang telah dilakukan, misi gerakan kokurikulum SK Taman Jana adalah untuk melahirkan pelajar yang bukan sahaja hebat dalam akademik, malahan juga hebat dalam kokurikulum. Oleh yang demikian, terdapat empat dasar pengurusan dalam hal ehwal kokurikulum di sekolah tersebut. Tambahan lagi, terdapat juga pasukan elit sekolah yang telah diwujudkan bagi mengasah bakat yang terpendam dalam diri murid-murid. Antara pasukan elit yang telah ditubuhkan oleh sekolah berkenaan adalah pasukan golf, tenis, hoki dan memanah. Pasukan elit ini mendapat menajaan dari pihak luar sekolah bagi menjalankan aktiviti latihan untuk pertandingan yang dijalankan kelak. Pada pukul 1030, aktiviti penanda aras diteruskan lagi dengan sesi melawat kawasan sekolah. Kawasan sekolah yang dibawa melawat oleh pihak sekolah adalah seperti yang telah dipersembahkan dalam slaid yang lepas. Menerusi pemerhatian yang telah dilakukan, semua kawasan yang telah dibawa oleh guru sekolah itu mempunyai motif dan unput-input yang bernas serta tersendiri. Selepas berakhirnya slot melawat kawasan sekolah, tepat jam 11.30 pagi, pelatih, pensyarah dan juga pensyarah pembimbing telah dibawa ke dewan untuk sesi tunjuk ajar dan soal jawab bersama guru cemerlang Bahasa Inggeris Sk Taman Jana, Puan Vemala. Semasa sesi bersama Puan Vemala, kami telah didedahkan dengan teknikteknik mengajar dengan betul dan berkesan. Puan Vemala juga banyak menggunakan bahasa tubuh badan bagi membolehkan murid-murid Tahun Enam untuk memahami

apa yang mereka pelajari. Tambahan lagi, Puan Vemala juga telah menekankan konsep grammar dimana mereka perlulah pandai dan mahir dalam membina ayat dari simple ke compound untuk mendapat markah lebih dalam kertas peperiksaan kelak. Pada jam 12.15 tengah hari, kami telah mengadakan sesi soal jawab dan temu bual bersama Puan Vemala, guru cemerlang SK Taman Jana. Antara soalan dan jawapan yang telah dinyatakan adalah seperti yang dilampirkan berikut.

Slot Bersama Guru Cemerlang Bahasa Inggeris, Puan Vemala

Pelatih 1: Apakah aktiviti Bahasa Inggeris yang dijalankan oleh puan sepanjang perkhidmatan puan di sekolah ini? Puan Vemala: Antara aktiviti yang saya jalankan ialah, kelas tambahan untuk murid tahun enam setelah sesi persekolahan tamat. Terdapat juga kelas yang dinamakan Booster Classes, sebagai pengukuhan kepada murid-murid yang lemah dalam bahasa inggeris. Kelas ini dijalankan pada setiap hari jumaat, iaitu pada jam 3.00-5.00 petang. Saya juga ada menjalankan kelas malam, pada malam Jumaat, iaitu pada jam 8.00-10.00 malam. Semua kelas tambahan ini bertujuan untuk membantu murid-murid untuk mendapat pengukuhan dan pendedahan yang maksimum terhadap matapelajaran Bahasa Inggeris memandangkan kebanyakan ibu bapa murid di sekolah ini tidak menggunkan Bahasa Inggeris apabila berada di rumah. Selain itu, saya juga berkolaborasi dengan pihak sekolah dalam menjalankan minggu Bahasa In ggeris, English Week pada setiap hujung bulan dan English Camp.

Pelatih 2: Adakan Puan dijemput untuk menjayakan mana-mana program Bahasa Inggeris diluar sesi persekolahan? Puan Vemala:

Ya, saya juga dijemput oleh pihak luar bagi menjayakan program Bahasa Inggeris di sekolah mereka. Sebagai contoh, setiap sabtu, saya menjalankan sesi kelas pengukuhan Bahasa Inggeris di Sekolah Convent. Ada juga beberapa sekolah menjemput saya untuk memberi ceramah mengenai teknik menjawab soalan kepada murid-murid tahun enam. Saya juga dijemput untuk memberi ceramah motivasi dan kursus kepada guru baru dalam Bahasa Inggeris.

Pelatih 3: Bolehkah Puan jelaskan proses untuk mengadakan sesuatu aktiviti Bahasa Inggeris di sekolah? Puan Vemala: Ok, sebagai contoh aktiviti Minggu Bahasa Inggeris.Prosedur yang pertama ialah dengan menyediakan kertas kerja. Setelah kertas kerja diluluskan oleh guru besar, kita teruskan kepada penyediaan tentatif program. Apabila sudah ada tentatif program, maka aktiviti yang dirancang bolehlah dilaksanakan. Akhir sekali, sebagai bukti untuk tujuan dokumentasi, jalankan sesi fotografi bersama peserta aktiviti.

Pelatih 4: Bagaimanakan puan menggalakkan murid untuk menguasai Bahasa Inggeris dan apakah bukti yang mereka telah berjaya menguasai sedikit sebanyak kefahaman dalam subjek ini? Puan Vemala: Saya akan memastikan mereka menulis semula melalui aktiviti dictation. Sebagai contoh, apabila murid melakukan kesalahan tatabahasa atau ejaan Bahasa Inggeris, saya akan menyuruh murid tersebut menulis perkataan yang betul sehingga 50 kali. Ini secara tidak langsung membantu proses murid untuk lebih mengingati dan mendapat

kefahaman tentang tatabahasa atau ejaan yang betul pada masa akan datang. Sebagai bukti murid di sekolah ini, 43 orang murid UPSR saya telah mendapat A dalam subjek Bahasa Inggeris dan ini satu pencapaian yang membanggakan.

Pelatih 5 : Apakah kriteria untuk menjadi seorang guru cemerlang? Puan Vemala: Pada mulanya, untuk tiga tahun berturut-turut, pencapaian seorang guru tersebut mestilah melebihi 92 peratus dan keatas. Hal ini akan ditentukan oleh guru besar sebelum pihak Jemaah Nazir datang untuk mengesahkannya. Dalam proses untuk mencapai 92 peratus, paling penting, sekolah yang diduduki oleh guru tersebut mestilah tersenarai dalam senarai sekolah berprestasi tinggi. Ia juga bergantung kepada bilangan murid yang terdapat di sesebuah sekolah itu. Bagi guru muda yang ingin memohon untuk mendapat jawatan sebagai guru cemerlang, mereka haruslah menunggu sehingga lima tahun perkhidmatan sebagai seorang guru. Seterusnya, antara kriteria seorang guru cemerlang juga, seorang guru tersebut perlulah melibatkan diri dalam aktiviti di peringkat kebangsaan atau negeri. Ini sebagai bukti yang guru tersebut betul-betul komited terhadap kerjaya mereka. Tambahan, seorang guru cemerlang, mestilah berada di sekolah paling lewat pada jam 4 petang. Guru cemerlang juga harus membina hubungan yang baik dengan murid. Pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah juga haruslah bersifat Activity based bagi menarik minat murid untuk belajar dalam suasana yang ceria.

Pelatih 6: Akhir kata, apakah nasihat terakhir Puan kepada kami sebagai seorang bakal guru Bahasa Inggeris? Puan Vemala:

Untuk para pelatih sekalian, pastikan anda masuk ke kelas dalam keadaan bersedia. Kemudian, pada hari pertama anda menjejakkan kaki ke kelas, jangan bersikap terlalu lemah lembut terhadap murid. Tunjukkan ketegasan anda sebagai seorang guru yang berdiri dihadapan kelas. Apabila anda telah memulakan sesi pengajaran, barulah anda cuba membina hungan yang baik bersama murid. Tambahan, penggunaan bahasa ibunda murid adalah sebanyak 10 peratus sahaja sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran. Pastikan anda menggunakan bahasa ibunda murid sebagai pilihan terakhir apabila murid benar-benar tidak memahami apa yang anda cuba sampaikan. Akhir sekali, segala aktiviti yang dijalankan mestilah berpusatkan murid supaya muridmurid dapat memberi penglibatan mereka yang maksimum dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Saya doakan anda semua berjaya menjadi seorang guru Bahasa Inggeris yang berdedikasi dan berguna pada masa akan datang. Cintai anak murid anda dan kerjaya anda. Akhir kata saya ucapkan selamat berjaya!

Pada pukul 1 tengah hari, kami dijamu selera dan bergerak balik ke Ipoh tepat pada jam 2 petang. Disediakan oleh:

.............................................................................. SITI SYARINA SALWA AHMAD PELATIH J6

Penilaian Kendiri Penanda Aras: Guru Cemerlang Di SK Taman Jana, Kamunting


Berdasarkan program Bina Insan Guru (BIG) yang telah diadakan tempoh hari, ia sedikit sebanyak telah memberi inspirasi dan impak besar terhadap saya dalam meneruskan pengajian, seterusnya berjaya dalam kerjaya guru ini. Bertemakan penanda aras guru cemerlang, program BIG yang dilangsungkan di SK Taman Jana, Kamunting, telah berjalan dengan lancar sekali. Melalui program pada semester ini, saya dan rakan-rakan telah membuat tugasan yang telah diagihkan dengan sebaik mungkin. Beberapa perjumpaan sesama kami telah dilakukan bagi berbincang akan aktiviti, tugasan serta amanah yang perlu dilakukan pada hari program berkenaan. Semua tugasan telah dilakukan dengan adil dan saksama oleh pengerusi BIG kami. Dengan membuat perjumpaan dan mempunyai persetujuan bersama, kami telah bersetuju untuk memilih SK Taman Jana, Kamunting sebagai destinasi bagi melihat cara-cara dan teknik seorang guru ceperlang dalam sesi pengajaran dan pembelajaran bagi program penanda aras kami ini. Sepanjang mengikuti program ini, saya pelajari bahawa guru yang cemerlang memerlukan komitmen yang tinggi terhadap tugasan yang diberikan. Berdasarkan maklumat sepanjang program tersebut, saya dapati bahawa guru-guru di sekolah tersebut banyak menghabiskan masa di sekolah walaupun sudah tamat waktu persekolahan. Mereka sibuk menyiapkan tugasan yang telah diamanahkan kepada mereka. Selain daripada itu, guru-guru di sekolah iu juga banyak membuat aktiivti selepas waktu persekolahan bersama murid-murid bagi memastikan pencapaian yang meningkat dari tahun-tahun sebelumnya.

Tambahan lagi, program ini juga sedikit sebanyak mengajar saya menjadi seorang guru yang prihatin terhadap anak-anak murid terutamanya murid dari kelas pemulihan atas kelas akhir. Saya dapati bahawa seorang guru perlulah banyak bersabar dalam mendidik anak bangsa kita. Saya juga pelajari bahawa gedung ilmu adalah bermula dari minat membaca yang perlu diterapkan sejak kecik lagi. Oleh yang demikian, saya sangat bersetuju dengan konsep yang telah diperkenalkan oleh sekolah itu iaitu sekolah di dalam pusat sumber. Selain daripada itu, program di SK Taman Jana ini jugak telah banyak memberikan input-input yang baru kepada saya. Salah satu input yang telah diterangkan adalah mengenai kokurikulum dan tennik-teknik menjawab soalan peperiksaan Bahasa Inggeris dnegan betul. Menerusi taklimat yang telah disampaikan oleh Guru Kokurikulum sekolah berkenaan, banyak aktiviti menarik yang telah dijalankan di sekolah bagi memupuk insan yang seimbang dari segi akademik mahupun kokurikulum. Murid-murid ditekankan untuk mengikuti program 1 murid 1 sukan agar mereka dapat mempunyai fizikal, emosi dan juga intelek yang seimbang. Menerusi program BIG Fasa 6 pada kali ini, saya juga telah pelajari bahawa kawalan kelas adalah amat penting bagi menjayakan sesuatu aktiviti di dalam bilik darjah. Saya juga dapati bahawa persediaan awal dalam menjalankan aktiviti adalah sangat diperlukan. Ini adalah kerana, persediaan awal akan mebolehkan aktiviti yang dirancang berjalan dengan lancar dan teratur. Ini dapat dilihat semasa Puan Vemala, guru cemerlang SK Taman Jana membuat demonstrasi dalam kelas Tahun Enam. Menerusi pandangan saya, sifat penyayang dan prihatian terhadap murid dan persekitaran amatlah penting, sebagaimana yang telah dilakukan oleh Puan Vemala tersebut. Dengan adanya ciri-ciri seorang gruu yang prihatin dna penyanyang, ini secar tidak langsung dapat menarik minat murid dalam mempelajari mata pelajaran Bahasa Inggeris di dalam mahupun di luar kawasan kelas. Sebagai kesimpulan, Program Bina Insan Guru banyak melatih saya dalam pelbagai bidang. Ini banyak membantu saya dalam menjadi insan yang lebih matang dan berguna sama ada untuk bangsa, masyarakat dan juga negara seterusnya melahirkan modal insan yang sempurna.

You might also like