You are on page 1of 1

Abstrak Kajian ini bertujuan untuk menilai kesan penggunaan kaedah buku besar dalam meningkatkan tumpuan dan

minat murid tahun 1 terhadap subjek Dunia Sains dan Teknologi. Seramai 8 orang murid tahun 1 di sebuah sekolah kebangsaan yang terletak di Daerah Kuala Pilah, Negeri Sembilan telah dipilih sebagai kumpulan sasaran. Instrumen pengumpulan data mencakupi soalan latihan, soal selidik, temu bual dan senarai semak. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat peningkatan tumpuan dan minat murid yang signifikan setelah kaedah buku besar diperkenalkan berbanding dengan pengajaran secara tradisional. Di samping itu, hasil soal selidik, pemerhatian dan temu bual juga menunjukkan ratarata dalam kalangan kumpulan sasaran berasa lebih berminat dan memberikan tumpuan terhadap pengajaran sains yang menggunakan kaedah buku besar. Rumusannya, kaedah buku besar juga boleh diperkenalakn kepada murid-murid dalam subjek sains selain daripada subjek bahasa. Kaedah ini harus diperkenalkan dalam kalangan murid untuk meningkatkan tumpuan dan minat mereka terhadap sains di samping membantu mereka dalam kemahiran membaca.

Abstract The purpose of this research is to assess the impact of the use of the big book in increasing focus and interest among standard one pupils towards the subject World of Science and Technology. There were 8 of standard one pupils from primary school located in Kuala Pilah were selected as a target group. The instrument of data collection that has been used is assessment, questionnaire, interview and checklist. The findings show that there was a significant result in increasing of pupils focus and interest after the big book was introduced compared using the traditional method. In addition, most of the pupils give the positive feedback when science subject is taught using the big book. In summary the big books could also be introduced not only in science subject but also be can be applied to language subject. This method should be introduced to the pupils to improve their focus and interest in science and help them in reading skill.

You might also like