You are on page 1of 1

REFLEKSI Permainan Bola Baling dan bola tampar telah banyak memberikan manfaat kepada saya.

Pelbagai pengalaman telah saya kutip sepanjang mengambil mata pelajaran ini. Pengalaman yang didapati di institut ini dapat digunakan pada masa-masa akan datang terutamanya semasa di sekolah. Selain daripada itu, ia sedikit sebanyak membantu meningkatkan lagi kemahiran saya dalam sukan dan permainan bola baling dan bola tampar yang tidak pernah saya ketahui sebelum ini. Sepanjang saya mengikuti mata pelajaran permainan ini, saya dapati banyak aspek positif dan negatif yang dapat dikategorikan. Di sini saya telah membuat refleksi daripada pengalaman sepanjang penglibatan dalam permainan bola baling terhadap beberapa aspek berikut :Sebagai guru pelatih di institusi ini, adalah wajar untuk saya mempersiapkan diri dengan ilmu sebelum melangkah ke alam persekolahan. Sukan dan permainan merupakan aspek yang penting untuk diceburi sama ada secara serius mahu pun tidak oleh seseorang individu secara disedari atau pun tidak. Akademik dan permainan harus seiring bagi memastikan seseorang individu itu sihat secara fizikal dan rohani. Pada peringkat awal, kumpulan kami sukar mendapat kerjasama daripada kumpulan satu lagi. Keadaan ini merumitkan proses perbincangan awal. Ini mungkin kerana jadual pembelajaran yang tidak sama membuatkan kami kurang mendapat kata sepakat untuk mengadakan perjumpaan mahupun mesyuarat. Namun, masalah ini dapat diatasi apabila hanya ahli-ahli yang tertentu sahaja dipanggil untuk menyertai perjumpaan bagi perbincangan persiapan pertandingan bola baling. Secara keseluruhan, sukan dan permainan ini telah banyak mendidik saya sebagai guru pelatih dalam penganjuran sesuatu pertandingan. Seterusnya saya dapat menggunakan ilmu yang ada ini secara praktikalnya di sekolah yang saya akan ditempatkan disamping membantu memartabatkan sukan dan permainan dikalangan pelajar sekolah.

You might also like