You are on page 1of 2

Nama Ahli : Nor Azarina Hairul : Intan Farnisa Mohd Hashim

Pentaksiran Hasil Pembelajaran

Pentaksiran ini merupakan satu proses pengumpulan data yang menerangkan sama ada aktiviti atau pengalaman yang disediakan telah memberi kesan kepada mereka yang terlibat atau adakah hasil pembelajaran murid itu mampu memberi perubahan kepada murid tersebut sama ada dari aspek kognitif, sosial, emosi dan sebagainya. Dalam pentaksiran ini, hasil pembelajaran yang diharapkan ditentukan oleh pihak sekolah dan keputusan yang diperolehi mestilah berdasarkan nilai keberkesanan aktiviti yang dijalankan bukan kepada seorang individu sahaja. Pihak sekolah juga menggunakan maklumat yang diperoleh untuk menentukan kaedah yang terbaik untuk membantu menangani masalah yang dirasakan perlu Kelebihan pentaksiran hasil pembelajaran boleh dibahagikan kepada tiga iaitu kelebihan kepada pelajar, guru dan sekolah. Antara kelebihan pentaksiran ini kepada pelajar ialah pelajar dapat memahami kehendak hasil pembelajaran yang diinginkan oleh guru. Selain itu, pentaksiran yang dijalankan adalah lebih konsisten dan telus. Ia juga menggalakkan pembelajaran merentas kurikulum. Disamping itu, murid juga dapat menentukan perkara yang terbaik untuk memperoleh hasil pembelajaran yang terbaik. Manakala, kelebihan kepada guru atau penilai pula ialah guru dapat menentukan sama ada hasil pembelajaran yang diharapkan tercapai atau tidak. Justeru, guru dapat menerangkan keadaan murid dengan lebih terperinci serta dapat memberikan bukti kukuh dalam kejayaan sesuatu hasil pembelajaran. Guru juga dapat melihat sejauh mana keberkesanan hasil pembelajaran tersebut kepada murid.

Bagi pihak sekolah pula, pentaksiran ini dapat membuktikan komitmen berterusan oleh sekolah dalam usaha memperkembangkan potensi murid. Ia juga dapat dijadikan sumber rujukan sekolah dalam merancang rancangan pengajaran semester dan tahunan sekolah kelak. Hal ini kerana pentaksiran hasil pembelajaran ini menyediakan maklumat bertepatan kepada guru untuk dijadikan rujukan pada masa yang akan datang. Disamping itu, ia juga menerapkan nilai akauntabiliti dalam mengumpulkan maklumat berkaitan perkembangan murid. Tuntasnya, pentaksiran hasil pembelajaran ini, sesuai dijalankan untuk matapelajaran Pendidikan Seni Visual terutamanya dalam merancang rancangan pengajaran harian guru.

You might also like