You are on page 1of 3

PANDUAN SOLAT HARI RAYA IDULADHA

PENDAHULUAN
Solat dua hari raya sama ada Idulfitri atau Iduladha adalah sunat dilakukan secara
berjemaah. Menurut Imam As-Syafie, Eid berasal daripada perkataan yang bermaksud
kembali kerana sifatnya yang dilakukan secara berulangkali dalam setiap tahun.

Daripada Abu Said al-Khudriyi RA bahawa Rasulullah SAW keluar pada hari raya
Idulfitri dan Iduladha menuju ke tempat solat. Perbuatan pertama yang Baginda SAW
lakukan ialah bersolat dan apabila selesai, maka Baginda menghadap ke arah
makmum yang sedang duduk. Baginda memuji Allah SWT dan memerintah mereka
sesuatu tugas(untuk berjihad di jalan Allah), kemudian setelah selesai Baginda
bersurai. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

HUKUM SOLAT HARI RAYA

Hukumnya adalah sunat muakkad. Ini berdasarkan perbuatan Rasulullah SAW yang
tidak pernah meninggalkannya sehingga Baginda wafat. Bahkan Baginda telah
menggalakkan para sahabat untuk mengerjakannya apabila tiba waktunya.

Oleh itu setiap umat Islam yang mukallaf lelaki dan perempuan, bermastautin/bermukim
atau bermusafir dituntut mengerjakannya. Segala rukun dan syarat serta sunatnya
sama seperti solat fardu yang lima, kecuali perkara sunat yang ditambahkan iaitu
bertakbir tujuh kali pada rakaat pertama dan lima kali pada rakaat yang kedua. Di
antara tiap-tiap takbir itu disertakan dengan bacaan tasbih.

AZAN DAN IQAMAH

Solat sunat hariraya tidak disunatkan untuk azan dan iqamah. Tetapi memadai bilal
menyeru dengan , - - - | :=| ( iaitu Marilah Solat Berjemaah.

WAKTU SOLAT

Waktu masuk bagi solat hariraya ialah selepas naik matahari pagi sehingga
sebelum masuk waktu fardhu Zohor.

KAEDAH PELAKSANAAN SOLAT HARIRAYA

Solat hariraya mempunyai cara-cara tertentu yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah
SAW seperti:



Rakaat Pertama

1. Dimulai dengan lafaz Takbiratulihram (Allahuakbar) berserta niat:
- - , . | , - _ _ = v = , - | - = _ = | / _ | - = - , - | -
Ertinya: Sahaja aku solat sunat Iduladha dua rakaat tunai (sebagai
imam/makmum) kerana Allah Taala.

2. Membaca doa Iftitah.

3. Mengangkat tangan dan bertakbir sebanyak tujuh kali (seperti takbiratulihram

solat fardhu) yang diselang-seli dengan bacaan tasbih:

= , . = | = = v , | - , v = = | , `_ - | = , v , , | v , , - v
, , = - |

4. Membaca surah al- Fatihah.

5. Membaca ayat dari surah alQuran seperti surah al-Alaa (atau surah yang lain).

6. Meneruskan solat sehingga selesai rakaat pertama.

Rakaat Kedua

1. Dimulai dengan lafaz takbir Intiqalat (takbir permulaan rakaat kedua).

2. Mengangkat tangan dan bertakbir sebanyak lima kali (seperti takbiratulihram
solat fardhu) yang diselang-seli dengan bacaan tasbih.

3. Membaca surah al-Fatihah.

4. Membaca ayat dari surah al-Quran seperti surah al-Ghaasyiyah (atau surah yang
lain).

5. Meneruskan solat sehingga selesai rakaat kedua.

6. Memberi salam.

KHUTBAH HARIRAYA

Membaca dua Khutbah hariraya selepas selesai solat sunat hariraya. Di antara dua
khutbah itu pula Khatib disunatkan duduk sebentar. Khatib sunat melafazkan takbir
dalam khutbah pertama sebanyak sembilan kali dan dalam khutbah kedua sebanyak
tujuh kali berturut-turut.

You might also like