You are on page 1of 29

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN, JITRA, KEDAH DARUL AMAN.

KERTAS CADANGAN

PERTANDINGAN BOLA BALING


TARIKH : 7 8 SEPTEMBER 2012 ( JUMAAT& SABTU ) TEMPAT : GELANGGANG BOLA BALING INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN, 06000 JITRA, KEDAH DARULAMAN.

DIANJURKAN OLEH : GERKO BOLA BALING PISMP MT/PJ/BI/BM 1 AMBILAN JANUARI 2012 DENGAN KERJASAMA JABATAN KOKURIKULUM INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN

PERTANDINGAN BOLA BALING

1.

PENGENALAN

Bola Baling merupakan salah satu jenis sukan yang berpotensi untuk dibangunkan sebagai sukan teras negara. Namun, agak ketandusan bakat

muda bagi sukan ini.Menyedari akan hakikat ini, maka Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Darulaman, Jitra Kedah telah mengambil inisiatif untuk mencungkil bakat-bakat muda dengan menganjurkan Pertandingan

BolaBaling.Ini merupakan kesinambungan daripada Matlamat Pendidikan Negara iaitu melahirkan insan yang baik dan sempurna supaya menjadi warga negara Malaysia yang baik dan berguna.Dengan perkataan lain, Pertandingan Bola Baling ini dapat memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan seimbang.

2.

MATLAMAT Penganjuranpertandinganinidiadakanuntukmenyediakan guru

pelatihsupayamendapatpengalamandanilmupengetahuanterutamanyadalamper mainan bola baling.Melaluipenganjuranini, para guru

pelatihdapatmemperkayakandiridenganperkongsianilmudankemahirandalammen ingkatkansahsiahdanetikaperguruan.Justeru, penganjuraniniadalahbertujuanuntukmenjadikan pelatihlebihbersediauntukmenghadapipelbagaicabarancabaranbarupadamasaakan datang. guru

3.

OBJEKTIF 3.1 Mengeratkan Darulaman. 3.2 Menyediakan guru pelatih dengan pengetahuan, kemahiran, pengurusan dan pengelolaan sesuatu kejohanan. 3.3 Mempertingkatkan integrasi dalam kalangan guru pelatih. hubungan silaturahim antara warga IPG Kampus

3.4

Memperluaskan peluang penglibatan pelajar dalam aktiviti perancangan dan pengurusan kokurikulum

3.5

Membina minda yang cergas dan cerdas.

4.

TEMPAT PERLAKSANAAN AKTIVITI Gelanggang Bola Baling, Institut Pendidikan Kampus Darulaman, Jitra Kedah

5. TARIKH, HARI DAN MASA : 7 8 September 2012 : Jumaat& Sabtu


:7.45 pagi 5.00 petang

5.1 Tarikh 5.2 Hari


5.3 Masa

6.

PERANCANGAN & PELAKSANAAN

Rujuk Lampiran A 7. AHLI JAWATANKUASA Rujuk Lampiran B BIDANG TUGAS Rujuk Lampiran C PENYERTAAN Rujuk Lampiran D

8.

9.

10. PERALATAN Rujuk Lampiran E 11. ANGGARAN KEWANGAN Rujuk Lampiran F 12. PROSES PELAKSANAAN Rujuk Lampiran G 13. PERATURAN PERMAINAN Rujuk Lampiran H

14. PENUTUP Kami berharap agar pertandingan ini akan berjalan dengan lancar dan seperti yang dirancang. Pertandingan yang dirancang ini akan dapat memberi peluang kepada para guru pelatih untuk mengenali dengan lebih dekat lagi tentang permainan tersebut. Selain dapat mencungkil bakat- bakat yang terpendam, pertandingan ini juga dapat memupuk semangat kerjasama dalam kalangan guru pelatih. Di samping itu, diharapkan agar program ini dapat memberi input-input yang berguna kepada kami semua sebagai bakal-bakal guru serta dapat mengaplikasikannya kelak. Kerjasama daripada pihak tuan kami dahului dengan ribuan terima kasih.

Disediakan oleh, .................................. (SHARYN ARASOK ) Setiausaha Pertandingan Bola Baling, Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman, Bandar Darulaman, 06000 Jitra, Kedah Darul Aman.

Disemak Oleh .............. (TUAN HAJI ABDUL RAHIM BIN ABDULLAH) Pensyarah Penasihat Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman, Bandar Darulaman, 06000 Jitra, Kedah Darul Aman.

BHG. A : PENSYARAH PENASIHAT

Data / maklumat yang diberikan adalah betul.

Butiran kewangan yang diberikan adalah betul.

Telah disemak dengan teliti.

DISOKONG / TIDAK DISOKONG

( Tarikh )

. ( Tandatangan & Cop )

BHG B : KETUA JABATAN HEP

Disahkan betul.

DISOKONG / TIDAK DISOKONG.

Ulasan ( jika ada ) :

. .. . ( Tarikh ) (Tandatangan &Cop )

BHG C : PEGAWAI EKSEKUTIF / KETUA PEMB. TADBIR / PEMB. AKAUNTAN

Kewangan mengizinkan / tidak mengizinkan

Peruntukkan yang akan digunakan ialah : ..

Kenderaan boleh digunakan / tidak boleh digunakan pada tarikh / masa tersebut.

Ulasan ( jika ada ) ... ..................................................................................

...................... ( Tarikh )

..................................... ( Tandatangan & Cop )

BHG. D : TIMBALAN PENGARAH

Tarikh sesuai / tidak sesuai

Masa sesuai / tidak sesuai

Pensyarah pengiring diluluskan untuk . Orang sahaja (.Lelaki / .Perempuan )

DISOKONG / TIDAK DISOKONG

Ulasan ( jika ada ) :. ......................... ..............................................................................................................................

.. ( Tarikh )

. ( Tandatangan & Cop )

BHG. E : PENGARAH

Ulasan ( jika ada )

.. ( Tarikh ) (Tandatangan & Cop )

Lampiran A SISTEM PERTANDINGAN DAN JADUAL 1) Sistem Pertandingan Hari pertama ( 7 September 2012) Sistem Liga Separuh
A1 A1 A2 A3 A4 A5 A2 Kumpulan A A3 A4 A5 Mata Kedudukan

B1 B1 B2 B3 B4 B5

B2

Kumpulan B B3 B4

B5

Mata

Kedudukan

C1 C1 C2 C3 C4 C5

C2

Kumpulan C C3 C4

C5

Mata

Kedudukan

D1 D1 D2 D3 D4 D5

D2

Kumpulan D D3 D4

D5

Mata

Kedudukan

i. Pertandingan ini terdiridaripada 20pasukan. ii. 20 pasukan dibahagikan kepada 4 kumpulan; setiap kumpulan terdiri daripada 5 pasukan. iii. Setiap kumpulan mengandungi 10 perlawanan. iv. Masa bagi setiap perlawanan adalah 10minit tanpa rehat bagi setiap separuh masa. Masa pertukaran adalah 10 minit sebelum perlawanan seterusnya dijalankan. v. Pemberian mata adalah seperti berikut : Menang Kalah Seri :3 mata : 0 mata : 1 mata

vi. Johan dan naib johan setiap kumpulan akan masuk kepusingan kalah mati. Hari Kedua ( 8 September 2012) Sistem Kalah Mati

i.

4 Pasukan Johan dalam Kumpulan akan membuat undian untuk ditempatkan di kedudukan 1,3,5 dan 7.Pertandinganinidijalankansecarasistemkalahmati.

ii.

2 Pasukan Naib Johan dalam Kumpulan akan membuat undian untuk ditempatkan di tempat 2 atau 4, jika Pasukan Johan kumpulannya telah membuat undian dan berada di tempat 5 atau 7. Manakala 2 Pasukan Naib Johan yang lain akan mengundi untuk ditempatkan di tempat 6 atau 8. (Pasukan Naib Johan setiap kumpulan perlu ditempatkan di kumpulan lain dari Pasukan Johan kumpulannya)

iii.

Pasukan-pasukan yang menang dalam Pusingan Suku Akhir

akan

mara ke pusingan Separuh Akhir untuk menentukan Kedudukan Johan, Naib Johan, Ke-3 dan Ke-4.

iv.

Pasukan-pasukan yang menang pada perlawanan separuh akhir akan bertanding dalam Perlawanan Akhir bagi menentukan Johan dan Naib Johan, sementara pasukan-pasukan yang kalah akan bermain untuk tempat Ke-3 dan Ke-4.

v.

Setiap perlawanan akan berjalan selama 20 minit setiap separuh masa dan rehat selama 5minit.

vi.

Sekiranya mata perlawanan adalah seri, maka masa tambahan akan diberikan iaitu selama 10 minit.

vii.

Jika keputusan masih seri, makasistembalingan 7 meter mengikut peraturan IHF akan diadakan.

2. Jadual Masa Hari Pertama( 7 September 2012)


7.45 am 8.30 am 9.00 am 12.00 pm 1.00 pm 5.30pm Pendaftaranpasukan MajlisPerasmian Pertandingan bermula Rehat / Makan tengah hari Pertandingan disambung semula Pengumumankeputusan

Hari Kedua( 8 September 2012)


7.45 am 8.30 am 12.00 pm 3.00 pm 4.00 pm Pendaftaranpasukan Pertandingan bermula Rehat / Makantengahhari Pertandingan Tamat Penyampaian Hadiah Majlis Penutupan

Lampiran B

JAWATANKUASA PENGELOLA PERTANDINGAN BOLA BALING PERINGKAT IPG KAMPUS DARULAMAN

JAWATANKUASA TERTINGGI

Penaung

TN HAJI MUSTAFA BIN MOHAMAD Pengarah IPG Kampus Darulaman Tuan Haji Abdul Rahim bin Abdullah Mohd Suffian bin Hamdan Michelle Terence anak Janting Sharyn Arasok Ena Zamffri Goh Kok Ming Wong Kiong Hoon

Penasihat Pengerusi Naib Pengerusi Setiausaha Naib Setiausaha Bendahari Naib Bendahari

: : : : : : :

AHLI JAWATANKUASA

AJK Peralatan

Aledroos Bin Syed Hassan Mohd Musyi Bin Abd. Rahim

AJK Cenderahati

Siti Hazierah Binti Mustafa Bakri Nurul Alifah Binti Mohd. Yussoff

AJK Persiapan Tempat

Balamurugan A/L Selvaraja Zawawi Bin Gendot

AJK Pendaftaran

Chan Lian Siez Jackson Anak Jays

AJK Makanan& Minuman :

Norhayati Binti Ahmad Khairul Nadzirah Binti Naqiuddin Yap Yong Wei

AJK Kepengadilan

Nurul Fatimah Binti Azmee Samson Anak Eric Chong Onn Jing

AJK Publisiti

Mohd Sufian Bakri Ngu Kian Teck Mohd Radziman Bin Mohd Sulaiman

AJK Keselamatan

Ong Zhong Lin Siti Hajar Binti Sukri

Lampiran C BIDANG TUGAS JAWATANKUASA PENGELOLA PERMAINAN BOLA BALING

Pengerusi: Memastikan AJK AJK lain bertugas dengan baik dan lancar.

Naib Pengerusi: Membantu pengerusi menjalankan tugas yang diberi. Memberi nasihat kepada pengerusi semasa menjalankan tugasnya.

Setiausaha: Menyimpan semua rekod tentang pertandingan ini. Mencatat maklumat dan data yang dibincang dalam mesyuarat. Mencatat keadaan sebenar semasa pertandingan diadakan. Menyediakan satu laporan yang lengkap.

Naib setiausaha: Membantu setiausaha menyimpan maklumat dan data. Menguruskan proses penyimpanan maklumat dan data.

Bendahari: Mengutip wang atau yuran pertandingan. Mengira jumlah perbelanjaan yang diperlukan.

Naib Bendahari Membantu bendahari menjalankan tugas yang diberi Menjalankan tugas sebagai seorang bendahari sekiranya bendahari tidak berada. AJK Persiapan Tempat: Menyediakan gelanggang bola baling. Membersihkan gelanggang bola baling

AJK Publisiti dan Dokumentasi: Menyediakan maklumat-maklumat yang diperlukan.

AJK Cenderahati atau Hadiah: Menyediakan cenderahati atau hadiah kepada pemenang.

AJK Makanan:& Minuman Menyediakan makanan& minuman kepada peserta peserta pertandingan ini. AJK Keselamatan: Menjaga keselamatan dan kebajikan peserta-peseta pertandingan ini. Memastikan pertandingan ini dijalankan dalam keadaan selamat dan lancar.

AJK Peralatan Menyediakan peralatan sebelum pertandingan dimulakan Memastikan peralatan selamat digunakan oleh para peserta

AJK Pendaftaran Mendaftarkan nama- nama peserta Menguruskan tempat pendaftaran Menyediakan kaunter pendaftaran

AJK Kepengadilan
Pengadil Garisan Gol Bertugas di bahagian belakang pemain pertahanan.

Pengadil Gelanggang Bertugas di bahagian belakang pemain penyerang.

Penjaga Masa Bertugas untuk mengawal masa permainan, mengawal pemain keluar masuk gelanggang, masa penggantungan dan kemasukan pemain.

Pencatat Bertugas mencatat jaringan gold an mengawal kemasukan pemain.

Lampiran D

PENYERTAAN PERTANDINGAN BOLA BALING

Pertandingan Permainan Bola Baling Tahun 2012 ini adalah dianjurkan secara terbuka kepada pelajar-pelajar IPG Kampus Darulaman.

Bagi pelajar-pelajar 1PPISMP Ambilan Jun 2012, 3PPISMP Ambilan Jun 2011 dan 2PPISMP Ambilan Jan 2012 serta DPLI Ambilan Jan 2012 yang melibatkan diri dalam Permainan Bola Baling (Gerko) adalah DIWAJIDKAN menghantar satu pasukan kategori lelaki dan satu pasukan kategori perempuan untuk menyertai pertandingan ini.

Lampiran E

PERALATAN DAN KEMUDAHAN PERTANDINGAN PERMAINAN BOLA BALING

Antara peralatan yangdiperlukan untuk pertandingan Permainan Bola Baling Tahun 2012 adalah seperti berikut:

Kon

Bola baling (saiz bola adalah mengikut kategori lelaki dan perempuan)

Bola Untuk Kategori Perempuan

Bola Untuk Kategori Lelaki

Tiang gol& jaring

Gelanggang Bola Baling

Lampiran F

ANGGARAN KEWANGAN Anggaran Perbelanjaan


Bil 1 2 3 4 5 6 7 Perkara Persiapan Tempat Persiapan Kertas Kerja Kos Penganjur (Bayaran Pengadil) Kos Peralatan Kos Publisiti Hadiah / Cenderamata Makanan / Minuman (Untuk peserta dan pengelola) Ringgit (RM) 100.00 50.00 50.00 100.00 100.00 100.00 650.00

Jumlah

1150.00

Anggaran Sumber Pendapatan Kewangan

Bil Sumber Kewangan 1 2 3 Yuran penyertaan (20 pasukan x RM 20) Persatuan Sukan Belia Daerah Jitra Sumbangan dari setiap ahli kumpulan GERKO Bola Baling ( 40 orang x RM 5) Jumlah Baki = Jumlah sumber kewangan pembelanjaan = RM 1200.00 RM 1150.00 = RM 50.00

Ringgit (RM) 400.00 600.00 200.00

1200.00

(Baki tersebut akan digunakan sebagai tabung Permainan Bola Baling)

Lampiran G PROSES PELAKSANAAN PERTANDINGAN PERMAINAN BOLA BALING

Sebelum Pertandingan Sebelum perlaksanaan program ini, pelbagai persediaan telah diatur bagi memastikan proses pelaksanaan pertandingan permainan ini berjalan dengan lancar. Pihak kami telah menyediakan dan menghiasi gelanggang bola baling dengan cantik dan memastikan semua alatan dan kemudahan dalam keadaan yang selamat untuk digunakan.

Semasa Pertandingan Ketika melaksanakan program ini kami melaksanakan pertandingan ini dengan jayanya. Meskipun terdapat beberapa masalah yang kami hadapi ketika menjalankan aktiviti ini namun itu tidak mematahkan semangat kami untuk menjalankan aktiviti ini. Sila merujuk kepada lampiran A (Tentatif Pertandingan).

Selepas pertandingan Upacara Penyampaian Hadiah dan Cenderahati dilaksanakan dengan lancar. Setelah semua pertandingan dijalankan dengan sempurna, sesi pembersihan gelanggang permainan diadakan bagi membersihkan kawasan yang telah digunakan.

Lampiran H

PERATURAN PERTANDINGAN 1 1.1 UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN Pertandingan Permainan Bola Baling dijalankan mengikut Undang-Undang Persekutuan Bola Baling Antarabangsa (IHF) dan Peraturan-Peraturan Am MSSM.

2 2.1

JENIS PERTANDINGAN Pertandingan dijalankan secara berpasukan dalam kalangan pelajar-pelajar IPG Kampus Darulaman SAHAJA.

2.2

Pertandingan ini dilaksanakan dengan menggunakan sistem pertandingan separuh liga.

3 3.1

MASA PERMAINAN Untuk lelaki, dua tempoh dengan 30 minit setiap tempoh dan 10 minit masa rehat di antaranya. Sebagai peraturan, dalam pertandingan bola baling, 15 minit setiap separuh masa tanpa masa rehat diberikan. Untuk remaja lelaki, masa terdiri daripada dua tempoh dengan 25 minit setiap tempoh dan 10 minit rehat di antaranya. Dalam pertandingan, 10 minit dalam setiap separuh masa tanpa rehat.

3.2

Untuk peringkat lain, masa permainan terdiri daripada dua tempoh dengan 20 minit setiap tempoh dan 10 minit rehat di antaranya. Dalam pertandingan, 10 minit dalam setiap separuh masa tanpa masa rehat. Di hadapan kedua-dua ketua pasukan, pengadil akan melakukan undian dengan menggunakan duit syiling bagi menentukan pasukan yang akan memulakan permainan atau memilih

gelanggang. Balingan mula hendaklah dilakukan dalam tempoh tiga saat di tengah-tengah gelanggang apabila pengadil memulakan permainan dengan meniupkan wisel.

4 4.1

PENDAFTARAN PEMAIN Setiap pasukan hendaklah mendaftar tidak lebih daripada 12 orang pemain yang terdiri daripada 7 orang pemain ( 6 orang pemain gelanggang dan seorang penjaga gol) dan 5 orang pemain gantian.

4.2 5 5.1

Yuran Pendaftaran dikenakan RM 10 kepada setiap kumpulan yang mendaftar. SISTEM PERTANDINGAN PERMAINAN BOLA BALING Jenis pertandingan permainan yang akan dilaksanakan adalah bergantung pada bilangan peserta yang mendaftar sebelum tarikh pertandingan dan berdasarkan keputusan yang dilakukan semasa mesyuarat Jawatankuasa Pengelola

Permainan Bola Baling. 6 6.1 CARA MENENTUKAN KEPUTUSAN KUMPULAN Pertandingan dilakasanakan secara liga, cara member mata atau markah: Menang Seri Kalah 3 mata 1 mata 0 mata

Jika dua atau lebih pasukan mendapat jumlah mata yang sama maka pemenang akan ditentukan seperti berikut: 6.1.1 Pasukan yang memperoleh perbezaan gol yang terbanyak akan dikira menang. 6.1.2 Jika masih seri, pasukan yang menjaringkan gol terbanyak dikira menang. 6.1.3 Jika masih seri, pasukan yang kurang kena gol akan dikira menang. 6.1.4 Jika masih seri, pasukan yang pernah mengalahkan lawannya dikira menang. 6.1.5 Jika masih seri, balingan penaliti dilaksanakan.

6.2

Pertandingan dilakukan secara kalah mati, cara memberi mata atau markah: 6.2.1 Bagi perlawanan secara kalah mati, jika kedudukan seri selepas sepenuhnya masa langkah-langkah berikut akan dipatuhi untuk

memutuskan pemenangnya. 6.2.2 Perlawanan masa tambahan 10 minit akan diadakan setelah berehat lima minit. 6.2.3 Selepas 5 minit perlawanan separuh masa pertama, satu minit diberi untuk bertukar tempat dan perlawanan diteruskan 5 minit lagi. 6.2.4 Jika keputusan masih lagi seri, sistem balingan 7 akan dijalankan kecuali dalam perlawanan akhir. 6.2.5 Jika balingan 7 tidak dapat dijalankan kerana keadaan-keadaan lain tidak mengizinkan, maka undian hendaklah dijalankan. 7 7.1 PAKAIAN Sila rujuk Undang Undang Bola Baling Antarabangsa (IHF) dan perkara-perkara berikut: 7.1.1 Semua pemain dimestikan memakai kasut dan bersarung kaki. 7.1.2 Pemain-pemain dibenarkan memakai kasut biasa dan boot. Kasut berpaku tidak dibenarkan sama sekali. (Gelanggang rumput sahaja) 7.1.3 Kasut boot yang mempunyai 6 stud tidak dibenarkan dipakai dan tinggi stud yang dibenarkan melebihi 12 mm. (Padang rumput sahaja) 7.1.4 Nombor jersi 1, 12 dan 16 adalah dikhaskan kepada penggunaan bagi penjaga gol sahaja

8 8.1 8.2

GELANGGANG PERMAINAN Sila rujuk Undang undang Bola Baling Antarabangsa (IHF ) Tiap tiap gelanggang permainan hendaklah disediakan satu kawasan keselamatan di luar gelanggang permainan dengan ukuran sekurang-kurangnya 1 meter dari garisan tepi dan sekurang-kurangnya 2 meter dari garisan gol

8.3

Contoh Gelanggang Permainan:

ALATAN (BOLA)

KATEGORI

BERAT (gram)

LILITAN (cm)

SAIZ

LELAKI

425 475

58 60

PEREMPUAN

325 375

54 56

10 KELEWATAN

10.1 Hanya 10 minit diberikan kepada sesuatu pasukan yang lewat. Selepas 10 minit, pihak lawannya akan diberikan kemenangan dengan 3 jaringan gol sebagai denda kelewatan.

11 MENARIK DIRI DAN MENYERAH KALAH

11.1 Pasukan yang telah bersetuju mengambil bahagian tidak dibenarkan menarik diri semasa pertandingan dijalankan. 11.2 Sekiranya sesebuah pasukan menarik diri atau menyerah kalah dengan sengaja daripada pertandingan - pertandingan, semua keputusan pertandingan yang dimainkan oleh pasukan itu akan dibatalkan. 11.3 Pasukan tersebut tidak dibenarkan menyertai perlawanan seterusnya dan hendaklah memberi sebab secara bertulis kepada pihak pengelola kenapa berbuat demikian untuk menggelakkan tindakan tatatertib dikecualikan.

12 AMARAN (KAD KUNING) 12.1 Jika seorang pemain melakukan tindakan seperti di bawah: 12.2 Menentang lawan. 12.3 Melakukan kesalahan menentang lawan berulang kali. 12.4 Melakukan kesalahan semasa pihak lawan sedang melakukan balingan dan tidak mempunayai semangat kesukanan.

13 AMARAN (KAD MERAH) 13.1 Jika seseorang pemain atau pegawai pasukan menerima satu kad merah atau disingkir dalam satu-satu perlawanan, dia akan digantung satu perlawanan berikutnya. 13.2 Jika seorang pemain atau pegawai pasukan menerima kad merah atau disingkir kali kedua, dia tidak dibenarkan bermain atau berada di gelanggang di mana pasukannya bermain. 13.3 Jika seorang pemain atau pegawai pasukan menerima hukuman batal, dia tidak dibenarkan bermain atau berada di gelanggang di mana pasukannya bermain dalam mana-mana perlawanan sepanjang pesta tersebut. 14 PERGGANTUNGAN 14.1 Bola tidak diletakkan dengan serta-merta apabila balingan percuma diberi. 14.2 Berlaku kesalahan dalam penggantian pemain. 14.3 Kesalahan yang berulang semasa pihak lawan membuat balingan. 14.4 Tidak mempunyai semangat kesukanan. (Kesalahan dan sikap biadap yang serius akan dihukum dengan penggantungan tanpa amaran terlebih dahulu boleh dilakukan)

15 PENYINGKIRAN 15.1 Melakukan kesalahan besar terhadap pemain lawan. 15.2 Pemain yang tidak bermain masuk ke gelanggang. 15.3 Jika seorang pemain telah menerima hukuman gantung 2 minit pada kali ketiga. 15.4 Tidak mempunyai semangat kesukanan yang mana perlakuan yang dibuat dianggap satu kesalahan yang berat. 15.5 Berlaku kekasaran di luar gelanggang permainan.

16 BATAL 16.1 Berlaku kekasaran berat ke atas pemain atas pengadil di gelanggang permainan. 16.2 Melakukan kekasaran oleh pemain yang sedang berada di dalam penggatungan. (Semua hukuman sama ada AMARAN, PENGGANTUNGAN, PENYINGKIRAN atau BATAL boleh dikenakan ke atas pemain dan juga pengawai pasukan jika disabit kesalahan pada penilaian pengadil) 17 BANTAHAN 17.1 Sekiranya selepas tamat perlawanan, pasukan yang ingin membuat bantahan, ketua pasukan hendaklah menandatangani pada ruang bantahan dalam Score Sheet supaya bantahan tersebut dapat dipertimbangkan. 18 PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN 18.1 Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam peraturan ini akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola Permainan Bola Baling. 18.2 Keputusan tersebut adalah MUKTAMAD.

You might also like