You are on page 1of 1

Ketua Jabatan Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam Selangor Darul

Ehsan

Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia.. Saya bagi pihak Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada urus setia dalam menganjurkan Kolokium Penyelidikan Tindakan Pendidikan Jasmani Semester 8 ambilan Januari 2010 peringkat Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam. Kolokium Penyelidikan Tindakan merupakan satu platform untuk pelajar mempamerkan hasil penyelidikan yang berupaya mempertingkat kualiti pendidikan dalam semua aspek. Saya berharap buku abstrak ini berupaya memberi cetusan idea kepada pihak tertentu dalam mempertingkatkan kualiti pendidikan terutamanya bidang Pendidikan Jasmani. Penyelidikan yang dijalankan adalah selaras dengan hasrat pihak institut untuk membudayakan elemen kreativiti dan inovasi dalam pendidikan. Usaha menerbitkan buku abstrak ini adalah bertujuan untuk menjadi medan perkongsian pemikiran dan pengalaman dalam menjalankan penyelidikan tindakan. Sehubungan itu, buku abstrak ini merupakan satu medium yang harus dimanfaatkan oleh para pelajar untuk mengetengahkan sinopsis hasil penyelidikan tindakan masing-masing. Syabas dan tahniah diucapkan kepada Jawatankuasa Penerbitan buku abstrak ini dan semua pelajar Pendidikan Jasmani ambilan Januari 2010. Semoga kemunculan buku abstrak ini dapat dijadikan sebagai contoh kepada pelajar lain untuk menjalankan penyelidikan tindakan yan akan datang. Akhir kata, semoga usaha seperti ini akan menjadi agenda utama yang dapat menyumbang kepada penghasilan bahan keilmuan warga pendidik IPGKPI yang berbudaya penyelidkan.

AZIZAH BIN MD AMIN Ketua Jabatan Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam Selangor Darul Ehsan.

You might also like