You are on page 1of 7

Journal of Edupres, Volume 1 September 2011, Pages 223-229

Menyelesaikan Masalah Pembangunan Akhlak Pelajar : Analisis Penerapan Kemahiran Generik Dalam Amalan Pendidikan
Musliha Salma Mohd Radzi, Rohana Hamzah& Amimudin Udin
1

Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia 81310 Johor, Malaysia

ABSTRAK : Pendidikan merupakan proses asas untuk pembinaan insan yang baik, seimbang dan bersepadu yang secara langsung merupakan saluran utama dan yang paling penting untuk menjayakan hasrat dan cita-cita Negara. Bagi memcapai hasrat ini, kementerian telah menggariskan unsur kemahiran generik untuk diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui pembacaan literatur kemahiran generik memberi kesan yang memberangsangkan kepada peningkatan intelektual pelajar tetapi kesan terhadap potensi spiritual pelajar tidak menunjukkan yang penerapan kemahiran generik ini selari dengan matlamat pendidikan iaitu melahirkan insan yang seimbang, beriman dan berakhlak mulia. Penerapan kemahiran generik dalam kurikulum di sekolah telah dilaksanakan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran pelajar seperti yang telah digariskan dalam matlamat pendidikan. Walaupun telah banyak kemahiran generik sering di perkatakan dalam perlaksanaan kurikulum di sekolah tetapi masih terdapat kejatuhan nilai kemanusiaan pada masa kini yang semakin berleluasa. Kertas konsep ini bertujuan untuk membincangkan sejauhmana kemahiran generik yang diterapkan dalam amalan pendidikan hari ini selari dengan matlamat pendidikan dalam melahirkan manuasia sedar kendiri bagi membangunkan akhlak pelajar.
Katakunci : Kemahiran Generik, Pembangunan & Akhlak Pelajar

ABSTRACT : Education is the foundation for building a good man, well balanced and integrated approach that directly represent the main channel and the most important to accomplish the will and aspirations of our country. To achieve this objective, the ministry has outlined the elements of generic skills to be applied in the teaching and learning. By reading literature, generic skills favorable impact on enhancing students' intellectual, but the impact on the spiritual potential of students did not show that generic skills are in line with the educational goals of producing a balanced human being, faith and morality. Generic skills in the school curriculum have been implemented to improve their skills as outlined in the goals of education. Despite the many generic skills often say in the implementation of the school curriculum, but still there is a decline of humanity at present is more widespread. The concept paper is to discuss the extent of generic skills that apply in today's educational practices consistent with the goals of education in creating a self-actualization human being to develop students' moral values.
Keywords : Generic Skills, Development & Students Attitude

1.0

PENGENALAN

Sistem pendidikan memainkan peranan yang amat penting dalam membentuk generasi dan pemimpin pada masa akan datang. Oleh itu, sekolah adalah menjadi tempat utama dalam membentuk dan menghasilkan pelajar yang bukan sahaja bijak tetapi juga berwibawa, berkarisma, berakhlak mulia dan berketrampilan untuk menjadi pemimpin di masa hadapan

Musliha Salma Mohd Radzi, Rohana Hamzah & Amimudin Udin / Journal of Edupres

224

(Azizi dan Rohaya, 2007). Bagi merealisasikan impian ini, para pendidik perlu memainkan peranan yang penting dalam pembentukan pelajar bagi menghasilkan generasi yang mempunyai kesedaran kendiri (self actualization). Bagi memperoleh sumber manusia yang mampu menyumbang kepada pembangunan, negara telah memperkenalkan elemen kemahiran generik yang diterapkan ke dalam diri pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah bagi membolehkan mereka melahirkan sumber manusia yang berpengetahuan, berketrampilan, bersahsiah, berahklak mulia, bersikap positif, dedikasi dan berdisplin. Falsafah pendidikan yang menjadi panduan bagi semua aktiviti pendidikan di Malaysia dikenali sebagai FPK. Salah satu frasa penting terkandung dalam FPK adalah falsafah tentang manusia yang berasaskan kepercayaan kepada Tuhan dan agama. Matlamat pendidikan adalah untuk membangunkan semua aspek diri manusia secara harmonis dan seimbang supaya kesepaduan fitrah diri manusia terpelihara. Berilmu dan berpendidikan harus menghasilkan budi pekerti yang baik dan akhlak yang mulia yang sekali gus menjadi ciri-ciri asasi seorang ahli keluarga, masyarakat dan warganegara yang baik dan terdidik. Persoalannya, kenapakah isu-isu berkaitan pembangunan akhlak pelajar masih lagi diperkatakan? Dimanakah silapnya perlaksanaan kemahiran generik yang diterapkan? Berdasarkan FPK, jelas bahawa tujuan pendidikan bukan hanya setakat memperoleh segulung ijazah, diploma atau sijil tetapi adalah untuk pembangunan diri manusia secara menyeluruh dan seimbang supaya menjadi seorang insan, ahli keluarga dan masyarakat dan warganegara yang berilmu, bertanggungjawab, berakhlak mulia, dan berbakti.

2.0

KEMAHIRAN GENERIK

Dalam melaksanakan matlamat FPK, guru sentiasa dikehendaki mengintegrasikan kemahirankemahiran generik seperti kemahiran belajar, kemahiran berfikir kreatif dan kritis, kemahiran teknologi maklumat, tatasusila dan kemahiran mentaksir dan menilai. Lain-lain prinsip pengajaran dan pembelajaran KBSR dan KBSM perlu diambil kira bagi memastikan pencapaian matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Justeru itu, sistem pendidikan persekolahan di Malaysia, telah mengariskan kemahiran generik yang perlu untuk pelajar sebagai persediaan untuk kerjaya adalah seperti berikut: i. kemahiran berkomunikasi ii. kemahiran menggunakan teknologi iii. kemahiran merancang dan mengelola aktiviti iv. kemahiran bekerja dengan orang lain dan dalam kumpulan v. kemahiran menyelesaikan masalah vi. kemahiran mengurus,memilih dan menganalisa maklumat vii. kemahiran menggunakan idea dan teknik matematik viii. kemahiran memahami budaya (Pusat perkembangan kurikulum, KPM, 2001). Kemahiran generik telah diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan dalam mata pelajaran Geografi, Sejarah dan juga di Sekolah Bestari serta program Sekolah Ke Kerjaya. Penerapan kemahiran generik dalam kurikulum dilaksanakan bagi memenuhi keperluan industri yang memerlukan pekerja berilmu dan berakhlak untuk menghadapi cabaran globalisasi ekonomi industri (Pusat Perkembangan Kurikulum, 1999). Kemahiran generik

Musliha Salma Mohd Radzi, Rohana Hamzah & Amimudin Udin / Journal of Edupres

225

yang boleh didapati dalam pendidikan adalah seperti kemahiran menyelesai masalah, kemahiran berfikir secara kritikal, komunikasi berkesan, kerja kumpulan dan tatasusila. Menurut Azah et al (2007), kemahiran generik adalah yang boleh diguna pakai merentas pelbagai subjek domain. Ini bermakna, dengan menguasai kemahiran generik, seseorang individu akan dapat mengadaptasikan diri dengan sebarang perubahan yang berlaku. Pelajar yang menguasai kemahiran generik bersifat fleksibel, dinamik, berakhlak mulia dan berketerampilan dalam menjalankan tugas. Kemahiran generik wujud dalam aktiviti kokurikulum yang dijalankan di sesebuah institusi pendidikan. Justeru itu, penerapan kemahiran generik secara langsung atau tidak langsung kepada pelajar boleh dilaksanakan menerusi kurikulum yang sistematik, kaedah pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang pelbagai serta penglibatan aktif pelajar dalam kokurikulum di sesebuah institusi. Di sekolah kemahiran generik diterapkan melalui pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum. Ia merupakan usaha berterusan untuk menerajui program akademik yang berorientasikan pasaran dan berfokuskan pelajar menerusi pembelajaran melalui pengalaman (experiential learning) untuk menghasilkan sumber manusia terlatih dan profesional sebagai pemangkin ke arah kemajuan negara yang mampan (Noreen et al, 2007) . Kemahiran generik bukan merupakan satu mata pelajaran tetapi dilaksanakan secara tidak langsung mengikut kebijaksanaan dan kreativiti seseorang guru.

3.0

PEMBANGUNAN AKHLAK PELAJAR : KESEDARAN KENDIRI

Maslow(1943) memperkenalkan konsep kesedaran kendiri (self-actualization) iaitu mencapai potensi diri yang bermakna kepada seseorang. Bagi Maslow, manusia dilahirkan dengan mempunyai kuasa dalaman untuk menghasilkan potensi diri maksimum yang dikenali sebagai kesedaran kendiri (self-actualization). Untuk mencapai kesedaran kendiri, perlu melalui beberapa tahap. Ia bermula daripada tahap asas iaitu keperluan fisiologi diikuti oleh keperluan keselamatan seterusnya kepada keperluan sosial kemudian meningkat kepada keperluan penghormatan dan akhirnya tahap mencapai kesempurnaan kendiri atau kesedaran kendiri. Pelajar yang mempunyai kesedaran kendiri yang tinggi akan bermotivasi untuk belajar dan tidak terlibat dengan tingkah laku tidak berdisiplin seperti mencuri, bergaduh, melepak, vandalisme, terlibat dengan dadah, maksiat dan sebagainya lagi. Menurut Wan Mohd. Nor (2005) dalam Rohana (2010), sarjana muslim mentakrifkan kesedaran kendiri kesedaran diri manusia terhadap hakikat diri dan tujuan hidupnya iaitu manusia yang telah kembali kepada fitrah dirinya dengan mengakui Keesaan Allah sebagai Pencipta Yang Tunggal. Berdasarkan takrif ini, mereka yang mempunyai kesedaran kendiri akan mampu mengembangkan potensi dirinya terutamamnya dalam pembangunan spritualnya. Tidak mustahil kuasa dalaman positif yang dimiliki seseorang pelajar dapat dibangunkan dan membentuk tingkah laku yang baik dalam kalangan pelajar. Aspek kesedaran kendiri merupakan kebolehan individu untuk mempunyai kebolehan emosi diri, membuat penilaian tepat dan mempunyai keyakinan diri. Azizi dan Jaafar (2006), individu yang mempunyai kesedaran kendiri boleh membuat penilaian yang tepat dan mempunyai keyakinan yang sangat tinggi. Selain itu, kesedaran kendiri boleh diertikan keadaan di mana seseorang mempunyai pengetahuan mengenai kesedaran, kefahaman mengenai dirinya, persekitarannya dan Penciptanya. Dalam mencapai matlamat pendidikan iaitu melahirkan pelajar sedar kendiri, antara aspek penting yang di beri penekanan ialah potensi rohani pelajar yang merangkumi menyedari dan menginsafi adanya Pencipta, menghargai dan mensyukuri pemberian pencipta, menyedari dan menginsafi tanggungjawab, memupuk dan membina disiplin kendiri dan

Musliha Salma Mohd Radzi, Rohana Hamzah & Amimudin Udin / Journal of Edupres

226

membentuk akhlak mulia (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2001). Jika ciri-ciri ini dapat diterapkan, masalah keruntuhan nilai akhlak pelajar akan dapat diperbaiki.

4.0

ISU PENERAPAN KEMAHIRAN GENERIK

Tanggungjawab sistem pendidikan adalah untuk menyediakan generasi muda dengan pelbagai pengetahuan dan kemahiran supaya mereka dapat menghadapi alam dewasa. Dalam konteks menyediakan pendidikan yang ideal, tujuan dan matlamat pendidikan negara pada abad ke 21 amat jelas sekali. Kementerian Pendidikan telah menyusun dan merancang untuk memperbaiki, memperkukuh, dan mempertingkatkan mutu pendidikan negara sesuai dengan perubahan sosialisasi masyarakat hari ini. Dalam buku Pembangunan Pendidikan 2001-2010 (KPM, 2001), Kementerian Pelajaran Malaysia menyatakan bahawa pembangunan pendidikan dari Zaman Dasar Pembangunan hingga ke Zaman Dasar Wawasan Negara telah berjaya mencapai banyak kemajuan khususnya dalam penyediaan infrastruktur, kemudahan pendidikan dan latihan perguruan. Strategi meningkatkan peluang pendidikan berjaya mencapai sasarannya. Walau bagaimanapun, apa yang dilihat pada masa ini masih terdapat pelbagai isu yang ditimbulkan berkaitan pembagunan akhlak pelajar. Ini selaras dengan pendapat Sufean (2004) yang menyatakan kualiti sahsiah pelajar pada pelbagai peringkat pendidikan juga turut menjadi isu dan dipersoalkan kerana masih terdapat sebilangan pelajar rendah yang naik ke sekolah menengah, atau pelajar menengah rendah yang naik ke Tingkatan 4 memiliki kualiti sahsiah yang kurang baik. Hal ini berlaku pada kebanyakkan murid tanpa mengira kaum dan agama. Sebagai contoh, tabiat merokok di kalangan pelajar, gejala vandalisme, melepak, ponteng sekolah dan sebagainya semakin menjadi-jadi. Kemahiran generik telah lama diterapkan di dalam kurikulum sekolah. Kajian Noreen et al (2007), Azah,Liza, Haryati (2007), Aini, Che Husna, Dzuraidah (2005) telah membuktikan kemahiran intelektual seperti kemahiran berfikir, kemahiran komunikasi, kemahiran asas dan kemahiran menyelesaikan masalah menunjukkan peningkatan yang banyak selari dengan matlamat pendidikan iaitu membangunkan potensi intelektual dan jasmani. Dari sudut peningkatan rohani pula dapat kita lihat di era globalisasi ini nilai-nilai murni dan akhlak pelajar semakin merosot. Berita-berita buruk yang di gembar-gemburkan melalui media massa seperti kes buang bayi, maksiat yang berleluasa, rogol dan pembunuhan sudah tidak mengejutkan lagi malah telah menjadi perkara biasa. Kini masyarakat kita sedang melalui perubahan yang pesat, khasnya dalam pesainagn aplikasi sains, teknologi malumat dan komunikasi serta menangani cabaran globalisasi dan kekonomi(Pusat Perkembangan Kurikulum, 2002). Oleh itu pendidikan sepanjang hayat diberi penekanan untuk menyesuaikan diri kepada perubahan ini selari dengan matlamat pendidikan tetapi adakah ia sejajar dengan pembangunan akhlak pelajar? Terlalu ramai pegawai-pegawai kerajaan dan bukan kerajaan terlibat dengan aktiviti rasuah dan pecah amanah. Ini bermakna matlamat pendidikan ke arah pendidikan suatu usaha berterusan tidak tercapai kerana mereka masih belum mampu mencapai kesedaran kendiri (self-actualization). Dapat kita lihat di sini kemahiran generik yang telah banyak diterapkan di sekolah tidak memberi kesan terhadap pembangunan potensi rohani dan emosi pelajar secara langsung tidak membantu pembangunan akhlak pelajar ke arah yang lebih baik.

Musliha Salma Mohd Radzi, Rohana Hamzah & Amimudin Udin / Journal of Edupres

227

5.0

CADANGAN PENYELESAIAN PEMBANGUNAN AKHLAK PELAJAR

Berdasarkan kepada sorotan penulisan di atas, jelas usaha-usaha sewajarnya harus difikirkan bagi mencari jalan agar penerapan kemahiran generik yang telah banyak dilaksanakan memberi kesan yang baik ke atas pembangunan akhlak pelajar. Isu masalah sosial suatu yang tidak boleh dipandang mudah kerana matlamat sebenar proses pendidikan ialah melahirkan pelajar yang berakhlak mulia. Begitu juga dalam sistem Pendidikan Negara, isu pembangunan manusia ditekankan untuk memenuhi keperluan yang tidak hanya tertumpu kepada pembangunan nilai keintelektual bahkan pemupukan nilai akhlak yang baik bagi melahirkan manusia yang berdaya maju (Rohana, 2010). Jelas menunjukkan kemahiran generik yang diterapkan tidak dapat membangunkan akhlak pelajar dan masalah ini perlu ditangani dengan pendekatan yang lebih strategik.
Pelaksanaan tanggungjawab terhadap alam sekitar Pelaksanaan tanggungjawab sosial Pelaksanaan tanggungjawab terhadap diri Aktualisasi hakikat diri dan tujuan hidup (pembangunan spiritual)

Rajah 1.0 : Gambaran Teori Maslow Terbalik (Sumber: Rohana,2010) Bagi membolehkan perkara ini ditangani, antara saranan dan cadangan dikemukakan ialah menggunakan pendekatan pendidikan yang menekankan proses membagunkan kesedaran diri sebagai asas dengan menggunakan teori Maslow Terbalik seperti Rajah 1.0. Menurut Rohana (2010), proses pembangunan manusia bermula dengan kesedaran diri iaitu bermula dengan pembangunan spritual. Setelah mempunyai pembangunan spritual yang tinggi dalam diri, manusia akan terdorong untuk menguasai peringkat yang seterusnya. Begitu juga dengan pelajar, mereka harus disedarkan dan dipupuk dengan pembangunan spiritual sebelum ke peringkat yang seterusnya kerana di peringkat ini, pelajar akan sedar tanggungjawabnya sebagai khalifah Allah dan akan sentiasa mempunyai kesedaran diri untuk melakukan perkara yang makruf dan menjauhi yang mungkar. Secara tidak langsung keperluan-keperluan lain seperti kebolehan intelektual dan fizikal dapat ditingkatkan dengan mudah. Oleh itu, dengan menekankan proses pendidikan yang berteraskan pembagunan spritual akan mampu menjadi landasan yang kukuh bagi melahirkan pelajar yang seimbang, menyeluruh dan bersepadu selari dengan matlamat pendidikan kebangsaan.

6.0

KESIMPULAN

Berdasarkan pelbagai perspektif tentang pembentukan tingkah laku bermasalah dalam kalangan remaja, guru-guru boleh membantu pelajar membentuk tingkah laku positif yang dapat diterima oleh masyarakat. Di sekolah, tugas guru bukan sekadar ingin memenuhi hasrat ibu bapa daripada aspek akademik semata-mata tetapi yang lebih penting adalah untuk mendidik pelajar menjadi manusia yang seimbang daripada aspek intelek,emosi, rohani dan jasmani. Ini bertepatan dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ibu bapa, guru

Musliha Salma Mohd Radzi, Rohana Hamzah & Amimudin Udin / Journal of Edupres

228

dan masyarakat perlu menggembeling tenaga secara berpadu agar masalah tingkah laku remaja yang masih bersekolah dapat dibentuk dan dikawal agar mereka ini membesar dalam acuan yang mementingkan kesejahteraan umum daripada memikirkan kepentingan peribadi. Berdasarkan pelbagai perspektif teori, pembentukan tingkah laku negatif kadangkala adalah tanpa kesedaran remaja itu sendiri. Persepsi mereka mungkin beranggapan nilai dan world view mereka adalah sama dengan orang di sekeliling mereka. Guru, ibu bapa dan masyarakat perlu sedar bahawa tanpa bimbingan, remaja tidak akan sedar nilai dan world view mereka kadangkala adalah bertentangan dan tidak selari dengan nilai-nilai kebenaran universal. Remaja perlu dibantu untuk membaiki tingkah laku mereka kerana mereka merupakan modal insan yang perlu digilap dan diasuh agar menjadi aset yang berguna kepada negara. Masa untuk menunding jari kepada remaja atas kesalahan tingkah laku yang mereka lakukan sudah berlalu dan tidak memberi faedah kepada mana-mana pihak malah ia memberi implikasi kepada kita semua betapa kita tidak mempunyai ilmu dan daya untuk memulihkan keadaan. Berdasarkan justifikasi tersebut, kerajaan telah mengorak langkah dengan mengadakan pelbagai program seperti Rakan Muda, Program Latihan Khidmat Negara dan lain-lain lagi bagi mencari jalan untuk mendekati golongan remaja agar mereka dapat difahami dan dibantu. Tambahan pula Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai pelbagai etnik dan memerlukan tahap toleransi yang tinggi. Di bahu remajalah hasrat tersebut perlu digalas dan komponen penting yang perlu dimiliki oleh remaja adalah tingkah laku yang bersesuaian dengan sifat majmuk tersebut dan bukannya tingkah laku bermasalah.

RUJUKAN Azizi Yahya dan Jaafar Sidek(2005). Membentuk Identiti Remaja. PTS Publication Aini Hussain, Che Husna Azhari, Dzuraidah Abdul Wahab, Noriah Ishak dan Siti Rahaya Ariffin (2005). Penerapan Kemahiran Generik Dalam Pengajaran Menggunakan Model Tersebati. Pembentangan Kertas Kerja. Seminar Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan (2005) Azah Mohamed, Farah Liza Mohd Isa dan Haryati Shafii (2007). Kemahiran Di Kalangan Graduan Sebagai Kriteria Penting Pasaran Tenaga Kerja:Kajian Kes. Pembentangan Kertas Kerja. Seminar Pendidikan Kejuruteraan dan Alam Bina 2007 Kementerian Pendidikan Malaysia (2001). Pembangunan Pendidikan 2001-2010. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia. Khalim Zainal (2008). Memahami tingkah laku remaja bermasalah dari perspektif Teori Tingkah Laku, Humanistik, Psikoanalitik & Tret Personaliti. Jurnal Pengajian Umum Bil. 9. Universiti Kebangsaan Malaysia. Maslow, Abraham H. Motivation and Personality. 1954. Ed. Cynthia McReynolds. 3rd ed. New York: Harper and Row, Inc., 1987 Maslow, A. H. 1943. A Theory of Human Motivation. Psychology Review, July. 388-389.

Musliha Salma Mohd Radzi, Rohana Hamzah & Amimudin Udin / Journal of Edupres

229

Noreen Mohd Esam, Mohd Nihra Haruzuan Mohamad Said, Mohd Fadzli Ali (2007). Tahap Kesediaan Kemahiran Generik Pelajar Tahun Akhir Yang Mengambil Mata Pelajaran Fizik Di Fakulti Pendidikan Utm, Skudai. Pembentangan Kertas kerja. Persidangan Pengajaran dan Pembelajaran di Peringkat Pengajian Tinggi 2007. Pusat Perkembangan Kurikulum (2001). Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Matlamat dan Misi. Kuala Lumpur. Kementerian Pendidikan Malaysia Pusat Perkembangan Kurikulum. Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua 1991-2000 : Bab 6 Pembangunan Sumber Manusia. Bil. 1/1999. ISSN.0128.8709 Kementerian Pendidikan Malaysia. Sufean Hussin, Lai Chin Chin, Mohd Firdaus Hussin, Abdul Rahim Abd Rashid (2004). Merokok Di Kalangan Remaja Malaysia. Shah Alam. Karisma Publications Sdn. Zailan Moris (2007). 50 Tahun Pembangunan Pendidikan Tinggi di Malaysia (1957-2007). Universiti Sains Malaysia. Zainudin B. Hassan Mohd Anuar B. Abdul Rahman Mohd. Najib B. Abdul Ghafar Kamariah Zakaria. Penerapan Kemahiran Generik Dalam Pengajaran Kejuruteraan Di Sekolah Menengah Teknik Di Terengganu

You might also like