You are on page 1of 5

Konsep dan Definisi Pendidikan Jasmani

Merupakan satu proses pembelajaran yang menyeluruh yang merangkumi semua aspek domain seperti psikomotor, kognitif, afektif, sosial dan emosi. Pettifor, dalam Wee Eng Hoe, 2005: Melalui Pendidikan Jasmani, pelajar akan diberi ruang untuk mencuba dan mengalami sendiri pengalaman semua aktiviti fizikal yang dijalaninya. berupaya menyediakan kanak-kanak untuk mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif melalui penyediaan skop pengalaman pembelajaran yang berturutan serta rapi. merupakan satu bentuk pembelajaran yang holistik serta berupaya membangunkan pelajar dari pelbagai aspek dan dapat menghasilkan kejayaan kepada satu kumpulan pelajar dari pelbagai aspek dan dapat menghasilkan kejayaan kepada satu kumpulan pelajar (Colfer, 1986).

Roddick(1982): PJ adalah sebahagian daripada pendidikan yang menggunakan aktiviti fizikal sebagai medium pendidkan yang menekankan pembentukan sikap, pengetahuan, kemahiran yang berhubung dengan kesihatan, kecergasan dan rekreasi. Barrow (1971, 1983) menyatakan Pendidikan Jasmani dalam konteks pengalaman pendidikan menyeluruh dan berkait dengan hal seumur hidup setiap individu. Baley & Field (1976): satu proses pengubahsuaian dan pembelajaran berkenaan organik, neuromaskular, intelektual, sosial, budaya, emosional dan estetik, hasil melalui aktiviti-aktiviti fizikal yang terpilih dan agak rancak. Freeman (1977, 1992): menegaskan bahasa Pendidikan Jasmani meliputi pembangunan fizikal dan mental dan menumpu kepada tiga domain pendidikan, iaitu psikomotor, kognitif dan afektif. Lumpkin (1990) berpendapat Pendidikan Jasmani merupakan suatu proses yang membolehkan individu mempelajari kemahirankemahiran fizikal, mental dan sosial serta tahap kecergasan yang tinggi.

Dauer (1995) berpendapat Pendidikan Jasmani ialah sebahagian daripada program pendidikan yang menyeluruh, yang memberi sumbangan pada asasnya melalui pengalamanpengalaman pergerakan kepada perkembangan dan pembangunan keseluruhan kanak-kanak. Jenny (1961) dan Williams (1964) berpendapat bahawa Pendidikan Jasmani memberi pendidikan melalui aktiviti fizikal dan matlamatnya mempengaruhi semua perkembangan fizikal termasuk perkembangan mental dan sosial. Teh Boon Tong (2004): Pendidikan Jasmani meliputi satu bidang yang luas dan tidak terbatas kepada pengalaman pembelajaran yang diperoleh daripada kegiatan di padag sekolah sahaja. Boleh dikatakan bahawa segala kegiatan yang tersusun dan melibatkan usaha jasmani dan mempunyai unsur-unsur pendidikan, dapat digolongkan dalam bidang pendidikan jasmani.

Kesimpulan
Pendidikan Jasmani merupakan suatu proses yang bertujuan meningkatkan prestasi manusia melalui aktiviti fizikal yang berkait rapat dengan pemilikan dan penghalusan kemahiran-kemahiran motor; pembangunan dan pemeliharaan kecergasan untuk kesihatan optimum dan keadaan baik; memperoleh pengetahuan, dan pembangunan sikap-sikap positif terhadap aktiviti fizikal.

You might also like