You are on page 1of 9

TEKS PENGACARA MAJLIS PROGRAM PEMBUKAAN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL IPG KAMPUS KENT 2011 Pada 15 Februari 2011

Dewan Tun Datu Mustapha, IPG Kampus Kent, Tuaran.

MASA/ AGENDA
7.30 pm

SKRIP PENGACARA

CATATAN

Ketibaan Guru-guru pelatih dan kehadiran VIP

8.00 pm

Mengumumkan ketibaan Tuan Romli Bin Darus, Timbalan IPG Kampus Kent, Tuaran

Umum jika perlu

Alunan Zikir Asma ul-Husna. Hadirin diminta bersedia

SHAH

Kalau pergi Tanjung Keramat, Anak manis jangan diangkat, Bacaan Doa Bersama kita memohon rahmat, Moga majlis mendapat berkat.

SHAH

Untuk memberkati majlis kita pada pagi ini, majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan Saudara Mohd Hazizi Bin Yusup dari unit PPISMP Pendidikan Agama Islam Ambilan Jun 2010 untuk mengetuai bacaan doa. Majlis mempersilakan.

Amin amin ya Rabbal Alamin, Majlis mengucapkan ribuan terima kasih di atas bacaan doa itu tadi.

8.40 pm

Yang Berbahagia, Tuan Romli Bin Darus,

Pembuka Bicara

Timbalan Pengarah, Institut Pendidikan Guru Tuaran.

Kampus Kent,

Yang Berusaha, Ustaz Harun bin Hj Sarail, Ketua Jabatan, Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, IPG Kampus Kent.

FADTHIA
Ust Mohd Fauzi Bin hassan Ketua unit kebajikan dan sosial, Jabatan Hal Ehwal Pelajar, IPG Kampus Kent Tuaran.

Yang Dihormati, Ustaz Zakiamin bin Haji Harun, Penyelaras Program, Program Sambutan Maulidur Rasul 2011

** Encik Saifuddin bin Ahmad, penceramah jemputan

Saudara Azmirul Bin Ahmad, Pengerusi Surau Nurul Yaqin Sesi 2011/2012

Ketua-ketua jabatan, Para Pensyarah, Jawatankuasa Program Sambutan Maulidur Rasul 2011, Seterusnya hadirin hadirat yang dikasihi sekalian.

FADTHIA

Indah berbalam si awan petang, Berarak di celah pepohon ara, Pemanis kalam selamat datang, Awal bismillah pembuka bicara.

Bismillahir rahmanir rahim, Selawat & (alhamdullilah...)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Selamat datang ke Majlis Perasmian Sambutan Maulidur Rasul, Peringkat Institut Pendidikan Guru, Kampus Kent Tuaran, Bersamaan 12 Rabiulawal 1432 Hijrah.

SHAH

Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurniaNya, kita dapat berhimpun bagi menyambut satu lagi peristiwa penting dalam kalender Islam iaitu Majlis

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat IPG Kampus Kent Tuaran.

Selawat dan salam

ke atas

junjungan

besar

kita,

Nabi

Muhammad SAW, Penghulu segala Nabi, pembawa rahmat sekalian alam.

Permulaan

Hadirin hadirat sekalian, Majlis dengan segala hormatnya menjemput Ustaz Harun Bin Hj Sarail, Ketua Jabatan, Jabatan Pendidikan Islam dan Moral untuk memberi ucapan alu-aluan,

FADTHIA

Majlis mempersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih di atas ucapan yang disampaikan sebentar tadi.

Sesungguhnya kelahiran Nabi Muhammad saw ke dunia ini telah menyelamatkan umat manusia dari terperangkap ke dalam dunia yang penuh fatamorgana, sungguhpun menerima pelbagai ujian dan cabaran yang sangat menyayat hati dan perasaan, namun baginda adalah hambaNya yang sangat sabar dan tabah serta redha dengan ketentuan yang maha Esa, namun dengan duri dan onak yang perlu dilalui itu tidak pernah membuatkan baginda mahu berundur dari menyampaikan wahyu Allah swt kepada umat manusia, kerana itu haruman ajaran Islam mekar mengisi setiap tempat di pelusuk dunia sehingga saat ini.

SHAH

Seterusnya, tibalah masa yang kita nanti-nantikan iaitu ucapan perasmian sambutan Maulidur Rasul, Peringkat IPG Kampus

Kent daripada Tuan Romli bin Darus, Timb Pengarah IPG Kampus Kent Tuaran.

FADTHIA

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan

Majlis merakamkan ucapan terima kasih di atas ucapan perasmian sebentar tadi.

Dengan ucapan itu tadi, maka rasmilah sudah Sambutan Maulidur Rasul 2011 peringkat IPG Kampus Kent Tuaran, sabah.

muzik

Untuk Pengetahuan Hadirin dan Hadirat sekalian, Di antara pengisian sepanjang sambutan ini yang bermula pada hari ini 15 Februari 2011 sehinggalah 21 Februari 2011 adalah seperti berikut:

SHAH

1) 2) 3)

Highlight 2

Hadirin dan hadirat sekalian, Tak molek jika ada alu tiada lesungnya Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya Tak berkat ilmu tanpa amalnya Tak lengkaplah Majlis jika tidak ada yang berbicara.

FADTHIA

Kini, tibalah masa untuk kita mendengar ceramah yang akan disampaikan oleh Encik Saifuddin bin Ahmad yang bertajuk Siapa Muhammad SAW di hatiku ..

Beliau meruapakan seorang ________________

Beliau berasal daripada _________________________

Kini, beliau mengajar ____________________________ selama hampir ______ tahun.

Oleh itu, marilah kita bersama-sama mendengar dan mendalami ceramah yang akan disampaikan oleh beliau. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih di atas ceramah yang telah disampaikan oleh Encik Saifudin sebentar tadi. Mudahmudahan kita semua akan dapat mengambil ikitibar dan tauladan daripada ceramah yang telah disampaikan itu.

AKHIR DAN JAMUAN

Hadirin dan hadirat sekalian,

SHAH

Hadirin, Selawat dan salam ke atas junjungan, Tanda berputik iman di hati, Mari bersama kita laungkan, Tersemat keinsafan di dalam diri.

Di jemput, Yang Berusaha Ustaz Harun bin Haji Sarail untuk mengiringi Yang Berbahagia Tuan Romli bin Darus untuk menyampaikan cenderahati kepada penceramah Encik saifudin bin Ahmad.

Majlis mempersilakan

Hadirin, dengan alunan asmaul husna itu tadi, maka berakhirlah majlis Pembukaan sambutan Maulidur Rasul peringkat IPG Kampus Kent Tuaran.

Bunga dedap di atas para, Anak Dusun pasang pelita, Kalau tersilap tutur bicara, Jemari disusun maaf dipinta.

FADTHIA

Di atas dahan burung tempua, Melihat rusa tepi perigi, Salam perpisahan untuk semua, Dilain masa bersua lagi.

SHAH

Sekian sahaja, salam hormat, wa bilLahit Taufiq walHidayah

wassalamu `alaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh. Dijemput kepada Yang Berusaha Ustaz Harun bin Hj Sarail untuk mengiringi Yang Berbahagia Tuan Romli bin Darus disertai para tetamu untuk menikmati sedikit hidangan jamuan yang telah disediakan di cafeteria. Juga dipersilakan kepada guru pelatih untuk sama-sama menikmati jamuan yang telah disediakan yang bertempat di surau Nurul Yaqin

FADTHIA

Sekian, terima kasih

Slot

Perhatian kepada muslimin dan muslimat IPG Kampus Kent

pengumuman Tuaran, berikut merupakan tentatif pengisian untuk malam ini 15 Februari 2011 bersamaan dengan hari Selasa

SHAH

1)

2)

You might also like