You are on page 1of 6

TEKS PENGACARA MAJLIS MAJLIS PENUTUPAN KEM LITERASI DAN KHATAM AL-QURAN PROGRAM j-QAF PERINGKAT DAERAH KULAI

TAHUN 2010 DI MASJID AR-RAHMAN, TAMAN PUTERI, KULAIJAYA, JOHOR 29 SEPTEMBER 2010 BIL. PERKARA CATATAN

Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian, Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Ustaz Jamil bin Hussin, Penolong Pengarah, Unit Pengurusan Kepimpinan, Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Negeri Johor.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian, Sebagai pembukaan majlis kita pada hari yang penuh dengan keberkatan ini, marilah sama-sama kita saksikan Majlis Khatam alQuran yang akan dijayakan oleh murid-murid Program j-QAF Kohort 2005 yang akan dipimpin oleh Ustaz Mohd Yunos bin Mohd Sujak dan Ustaz Mohd Faisol bin Palal. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada semua murid dan pemimpin majlis yang telah menjayakan Majlis Khatam al-Quran sebentar tadi.

Dari Raub pergi ke Pontian Terus pula ke Kuala Perlis Harap semua berikan perhatian Mohon saya mulakan majlis. Min Raub ila Pontian Mubasyaratan ila Kuala Perlis Arju lakum al-ikhtimam Astadzinu li abdaal jilsah. Dengan lafaz yang mulia : . .

. Yang Berbahagia Ustaz Jamil bin Hussin Penolong Pengarah Unit Pengurusan Kepimpinan Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pelajaran Negeri Johor Yang Berbahagia En. Hamzah bin Abu Talib Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Unit Pembangunan Profesional Pejabat Pelajaran Daerah Kulai selaku wakil rasmi Pegawai Pelajaran Daerah Kulai Yang Berusaha Ustaz Ziman bin Mohammad Ketua Unit Pendidikan Islam Pejabat Pelajaran Daerah Kulai Yang Berusaha Ustaz Khairul Anuar bin Abdul Rahman Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Unit j-QAF Pejabat Pelajaran Daerah Kulai Yang Berusaha Ustazah Kalthom binti Abdul Rahman Penyelia Pendidikan Islam Pejabat Pelajaran Daerah Kulai Yang Dihormati Tn. Hj. Mustafa bin Md. Salleh Imam I Masjid ar-Rahman Taman Puteri, Kulaijaya selaku wakil kepada tuan rumah Yang Dihormati En. Jais bin Sudin Pengerusi Jawatankuasa Kurikulum Daerah

Panitia Agama Islam Rendah Daerah Kulai Yang Dihormati Tn. Hj. Othman bin Talib Pengerusi Jawatankuasa Kurikulum Daerah Program j-QAF Daerah Kulai Barisan Guru-Guru Besar atau wakilnya Ahli Jawatankuasa Kerja Kem Literasi dan Khatam al-Quran Program j-QAF Peringkat Daerah Kulai Tahun 2010 Barisan fasilitator Barisan ustaz dan ustazah Para peserta Muslimin dan muslimat Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian.

Selamat datang ke : Majlis Penutupan Kem Literasi dan Khatam al-Quran Program jQAF Peringkat Daerah Kulai Tahun 2010.

Hadirin dan hadirat sekalian, Alhamdulillah, seiring kita menadah tangan menzahirkan rasa kesyukuran ke hadrat Rabbul Izzah, Tuhan Yang Maha Tinggi kerana dengan limpah dan izin-Nya jua, dapat kita dipertemukan dalam Majlis Penutupan Kem Literasi dan Khatam al-Quran Program j-QAF Peringkat Daerah Kulai Tahun 2010. Mudahmudahan hasrat untuk melahirkan generasi yang cintakan al-Quran dapat direalisasikan melalui program-program sebegini. Indah mekar si bunga siantan Mekar mewangi di taman larangan Cintakan al-Quran, fahami al-Quran Moga terealisasi jadi kenyataan.

Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian, Bagi memohon agar majlis kita pada hari ini dilimpahi dengan keberkatan, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh Ustaz Mohd Nawawi bin Palal. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. Amin Amin Ya Rabbal `Alamin. Majlis mengucapkan terima kasih kepada Ustaz Mohd Nawawi bin Palal atas bacaan doa itu tadi.

Hadirin dan hadirat sekalian, Tak molek jika ada alu tiada lesungnya Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya Tak berkat ilmu tanpa amalnya Tak lengkaplah majlis jika tidak ada yang berbicara. Untuk itu, majlis dengan ini ingin mempersilakan kepada Yang Berbahagia En. Hamzah bin Abu Talib, Penolong Pegawai Pelajaran Daerah, Unit Pembangunan Profesional, Pejabat Pelajaran Daerah Kulai selaku wakil rasmi Pegawai Pelajaran Daerah Kulai untuk menyampaikan ucapan aluan. Dipersilakan dengan segala hormatnya. Terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia En. Hamzah bin Abu Talib atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.

Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian, Kini tibalah masanya untuk sama-sama kita dengarkan ucapan perasmian penutup yang akan disampaikan oleh Yang Berbahagia Ustaz Jamil bin Hussin, Penolong Pengarah, Unit Pengurusan Kepimpinan, Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Negeri Johor. Dengan segala hormatnya dipersilakan. Syukran jazilan diucapkan kepada Yang Berbahagia Ustaz Jamil

bin Hussin atas ucapan perasmian penutup yang telah disampaikan sebentar tadi.

10

Hadirin dan hadirat sekalian, Majlis diteruskan dengan penyampaian sijil penyertaan kepada wakil daripada setiap sekolah. Untuk menyempurnakannya, majlis ingin menjemput dan mempersilakan kepada Yang Berbahagia En. Hamzah bin Abu Talib untuk mengiringi Yang Berbahagia Ustaz Jamil bin Hussin. Dipersilakan dengan segala hormatnya. Dipersilakan wakil daripada SK Sinar Bahagia. SK Kulai Kg. Melayu. SK Polis Kem. SK Senai. SK Felda Bukit Besar. SK Taman Kota Kulai SK Senai Utama SK Taman Muhibbah SK Taman Kota Kulai 2 SK Kangkar Pulai 2 Seterusnya, dipersilakan wakil daripada SK Bandar Tenggara 2. Dipersilakan wakil daripada SK Bandar Tenggara 1. Dan yang terakhirnya, dipersilakan wakil daripada SK Bandar Putra.

11

Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian, Sebagai tanda penghargaan kepada pihak pengurusan Masjid arRahman, Taman Puteri, Kulaijaya, Johor dipersilakan kepada Tn. Hj. Mustafa bin Md. Salleh untuk menerima tanda penghargaan tersebut. Dan yang terakhirnya, sebagai tanda ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia Ustaz Jamil bin Hussin atas kesudian hadir dan merasmikan penutupan majlis kita pada hari ini, majlis ingin mempersilakan kepada Yang Berbahagia En. Hamzah bin Abu Talib untuk menyampaikan sedikit tanda penghargaan kepada beliau.

12

Hadirin dan hadirat sekalian,

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia Ustaz Jamil bin Hussin atas kesudian menyampaikan sijil penyertaan dan tanda penghargaan sebentar tadi.

13

Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian, Tuan puteri tersenyum-senyum Melihat mempelai direnjis dipilis Senyum-senyum jangan tak senyum Sudah kita di penghujung majlis. Saya mewakili seluruh Ahli Jawatankuasa Pelaksana Kem Literasi dan Khatam al-Quran Program j-QAF Peringkat Daerah Kulai Tahun 2010, ingin mengungkapkan ucapan rasa syukur dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat di dalam menjayakan majlis kita pada hari ini samada secara langsung mahupun tidak. Moga kita semua akan beroleh keberkatan daripada-Nya, in sya Allah.

14

Dikesempatan ini, saya ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang mengacarakan majlis ini. Pergi ke dusun memetik kelapa Kelapa muda si kelapa barli Jari disusun maaf dipinta Panjang usia bersua kembali. Marilah sama-sama kita akhiri majlis kita pada hari ini dengan membaca tasbih kaffarah dan surah al-`Asr. Sekian sahaja, salam hormat, wa bilLahit Taufiq walHidayah wassalamu `alaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh. Wa fi AmnilLahi Taala wa ilal liqa, maas salamah.

15

Dijemput kepada Yang Berbahagia En. Hamzah bin Abu Talib untuk mengiringi Yang Berbahagia Ustaz Jamil bin Hussin disertai para tetamu kehormat untuk menikmati sedikit hidangan jamuan yang telah disediakan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

You might also like