Professional Documents
Culture Documents
Kurikulum sokongan
JENIS-JENIS KURIKULUM
Definisi dan konsep kurikulum secara umum Definisi secara khusus Ciri ciri Kurikulum Futuristik
Kurikulum merangkumi pengalaman kehidupan nyata dan tidak nyata yang dipilih, diorganisasi dan disusun oleh sarjana pendidikan dan pakar kurikulum secara teliti dan profesional, demi menjadikan pelbagai jenis aktiviti pembelajaran nyata dan tidak nyata seperti yang dijalankan dalam dan luar bilik darjah, dalam dan luar sekolah, untuk semua peringkat persekolahan.
Konsep Kurikulum
Ia banyak berkaitan dengan falsafah epistemologi (teori epistemologi). Teori Ilmu atau sumber-sumber Ilmu melalui 3 pendekatan iaitu: 1. Pendekatan Rasional 2. Pendekatan Empiris 3. Pendekatan Pragmatis
Pendekatan Rasional mencari maklumat atau kebenaran dengan cara penaakulan. Pendekatan Empiris maklumat yang sah dapat diperoleh daripada organ deria manusia. Pendekatan Pragmatis maklumat diperolehi melalui manusia dengan alam sekitar. Ia dikaitkan dengan kaedah penyelesaian masalah.
Teknologi: Contohnya pengenalan komputer dan teknologi maklumat bertujuan menghasilkan rakyat yang bersifat progresif, berpandangan jauh dan berkeupayaan untuk bersaing. Perubahan dalam strategi pengajaran dan pembelajaran Keperluan sumber manusia iaitu bagi mencapai hasrat kerajaan untuk mencapai sebuah negara perindustrian yang setanding dengan negara maju pada 2020. Ideologi negara iaitu kurikulum yang digubal mesti mengambil kira ideologi negara iaitu Rukun Negara.