You are on page 1of 25

Fokus SPM / Tip penting SPM - BIOLOGI

FOKUS SPM / TIP PENTING


SPM TOPIKAL

FOKUS SPM / TIP PENTING SPM


BAB 2

SELEPAS SELESAI BAB-BAB BERIKUT, PASTIKAN ANDA MENGUASAI SEMUA ASPEK-ASPEK BERIKUT :

Eksperimen penting (KERTAS 3 ):


1. Menyediakan dan mengkaji slaid untuk membandingkan sel epidermis bawang dengan sel pipi.
2. Menyediakan dan mengkaji slaid untuk membandingkan sel epidermis bawang dengan sel daun Hydrilla.

Gambar rajah penting:


1. Sel haiwan dan sel tumbuhan berlabel di bawah mikroskop cahaya dan mikroskop elektron.
2. Struktur organel-organel seperti mitokondrion, kloroplas dan jasad Golgi.

Jadual penting :
1. Perbandingan antara sel haiwan dan sel tumbuhan daripada segi struktur.

TARGET ESEI:
1. Perbincangan hubungan antara kepadatan organel tertentu dengan fungsi sel khusus iaitu:

i. kepadatan mitokondrion dengan fungsi sel sperma / sel otot penerbangan serangga dan burung / sel
meristem / sel hati.
ii. kepadatan kloroplas dengan fungsi sel sel palisad.
2. Meramalkan keadaan sel tertentu tanpa salah satu organel.

1
Fokus SPM / Tip penting SPM - BIOLOGI

BAB 3

Eksperimen penting (KERTAS 3 ) :


1. Mengkaji pergerakan bahan secara resapan merentas membran dengan menggunakan tiub visking atau
selaput telur.

2. Mengkaji kesan larutan hipotonik,hipertonik dan isotonik terhadap sel tumbuhan dan sel haiwan.(Sel
tumbuhan : sel epidermis bawang, sel Elodea sp., sel ubi kentang, sel batang sawi. Sel haiwan : sel darah
merah manusia/ ayam )

3. Mereka bentuk eksperimen untuk menentukan kepekatan larutan yang isotonik dengan sap sel tisu
tumbuhan seperti ubi kentang ( Menggunakan kepekatan larutan garam atau larutan gula yang
berbeza ).

Gambar rajah penting:

1. Struktur ringkas membran plasma yang menunjukkan lapisan lipid, protein dan liang.

2. Peta konsep menunjukkan pergerakan bahan merentas membran plasma.

Jadual penting:
1. Perbandingan antara pengangkutan aktif dengan pengangkutan pasif.

Graf penting :
1. Graf penentuan kepekatan larutan yang isotonik dengan sap sel tisu tumbuhan.

TARGET ESEI:
1. Menerangkan pergerakan bahan merentas membran plasma

2. Menerangkan / Membincangkan contoh proses pengangkutan pasif dan pengangkutan aktif dalam
kehidupan

2
Fokus SPM / Tip penting SPM - BIOLOGI

i. pertukaran gas di alveolus dan kapilari darah.


ii. Penyerapan makanan tercerna dalam vilus
iii. Pengambilan ion pada rambut akar tumbuhan.

3. Menerangkan kesan larutan hipotonik, hipertonik dan isotonik terhadap sel tumbuhan dan sel haiwan –
plasmolisis, deplasmolisis, segah, krenasi dan hemolisis.

4. Menghubungkaitkan pergerakan bahan merentas membrane plasma dengan perbezaan kepekatan antara
larutan luar sel dengan sap sel.

5. Menerangkan fenomena kelayuan tumbuhan disebabkan penggunaan baja berlebihan.

6. Menerangkan pengawetan makanan menggunakan garam dan gula dengan contoh yang sesuai.

BAB 4

Eksperimen penting ( KERTAS 3)

1. Mereka bentuk eksperimen untuk mengkaji kandungan air dalam daun pada peringkat pertumbuhan yang
berbeza.
2. Menjalankan eksperimen / mereka bentuk eksperimen untuk mengkaji faktor-faktor berikut yang
mempengaruhi tindak balas enzim (enzim amilase, pepsin dan tripsin )
i. Kesan suhu.
ii. Kesan pH
iii. Kepekatan enzim
iv. Kepekatan substrat.

Graf penting :
1. Graf-graf faktor-faktor yang mempengaruhi kadar tindak balas yang dimangkinkan oleh enzim.
i. suhu
ii. pH

3
Fokus SPM / Tip penting SPM - BIOLOGI

iii. kepekatan enzim


iv. kepekatan substrat

TARGET ESEI:

1. Menerangkan kepentingan air dalam sel.


i. air sebagai medium untuk semua tindak abals kimia dalam sel.
ii. air sebagai medium pengangkutan
iii. perkumuhan
iv. pengawalaturan suhu badan
• Kaitkan dengan Bab 7

2. Pengertian enzim dan menyenaraikan ciri umum enzim.


3. Menerangkan penglibatan organel khusus dalam penghasilan enzim luar sel.
4. Membincangkan penggunaan enzim dalam :
i. Kehidupan harian
ii. Industri .
5. Penerangan mekanisme tindakan enzim
6. Menghuraikan kesan pH, suhu, kepekatan enzim dan kepekatan substrat ke atas aktiviti enzim.

BAB 5

Eksperimen penting :
1. Mereka bentuk satu projek kultur tisu atau pengklonan ke atas tanaman yang dipilih.

Gambar rajah penting:

1. Fasa dalam kitar sel.


2. Peringkat-peringkat dalam mitosis- menyusun dan melabel.
3. Peringkat-peringkat dalam meiosis I dan meiosis II - menyusun dan melabel.
4. Rajah sitokinesis sel haiwan dan sel tumbuhan.
5. Tisu hujung akar bawang untuk mengenalpasti fasa mitosis.

4
Fokus SPM / Tip penting SPM - BIOLOGI

Jadual penting:
1. Perbandingan mitosis dan meiosis
2. Perbezaan antara sitokinesis dalam sel haiwan dan sel tumbuhan.
3. Perbezaan antara proses Meiosis I dengan proses Meiosis II.

TARGET ESEI:
1. Memerihalkan aplikasi pengetahuan mitosis dalam teknik kultur tisu dan pengklonan. ( Tanaman: Lobak
merah, pokok pisang dan pokok orkid . Haiwan : biri-biri dan katak )
2. Menerangkan kebaikan dan keburukan pengklonan.
3. Menerangkan kepentingan proses mitosis yang terkawal.
4. Menerangkan kesan daripada mitosis yang tidak terkawal dalam hidupan.

BAB 6

Gambar rajah penting:


1. Rajah Paramecium dan Amoeba.
2. Jenis-jenis tisu utama.

TARGET ESEI:
1. Memerihalkan proses hidup organisma unisel seperti Paramecium dan Amoeba.

BAB 7
Eksperimen penting :
1. Mengkaji kandungan tenaga dalam sampel makanan.
2. Mengkaji kandungan nutrien : kanji, gula penurunan, gula bukan penurun, protein, lipid dan vitamin C ke atas
beberapa jenis sampel makanan yang dicadangkan.

3. Mengkaji pergerakan makanan merentas tiub visking.


4. Mereka bentuk eksperimen untuk mengkaji tindakan enzim terhadap sampel makanan kanji dan protein.
5. Merekabentuk eksperimen untuk mengkaji kesan kekurangan makronutrien kepada tumbuhan.

5
Fokus SPM / Tip penting SPM - BIOLOGI

6. Mengkaji keperluan karbon dioksida, cahaya dan klorofil dalam proses fotosintesis.
7. Menguji kehadiran kanji sebagai hasil fotosintesis.
8. Mereka bentuk eksperimen untuk mengkaji

i. kesan keamatan cahaya ke atas fotosintesis.


ii. kesan suhu ke atas fotosintesis
iii. kesan kepekatan karbon dioksida ke atas fotosintesis

9. Mereka bentuk projek penanaman sayur menggunakan kaedah seperti hidroponik dan aerofonik.

Gambar rajah penting :

1. Bahagian dalam sistem pencernaan manusia


2. Bahagian sistem pencernaan ruminant dan rodensia.
3. Struktur usus dan vilus.
4. Bahagian sistem pencernaan yang terlibat dalam penyerapan makanan.
5. Rajah skema menunjukkan pengangkutan makanan daripada usus kecil ke sel badan.
6. Keratan rentas daun
7. Rajah skema tindak balas cahaya dengan tindak balas gelap fotosintesis.

Jadual penting:
1. Perbezaan asid amino perlu dan asid amino tidak perlu.
2. Perbandingan lemak tepu dengan lemak tak tepu.
3. Perbandingan tindak balas cahaya dengan tindak balas gelap fotosintesis.

Graf penting :
1. Graf faktor-faktor mempengaruhi fotosintesis seperti faktor kepekatan karbon dioksida, kematan cahaya,
suhu
2. Graf bilangan gelembung melawan jarak.

TARGET SPM :
1. Membincangkan perkara berikut:

6
Fokus SPM / Tip penting SPM - BIOLOGI

i. bayi perlu lebih banyak kalsium dan fosforus daripada orang dewasa.
ii. Remaja perempuan memerlukan lebih banyak zat besi berbanding remaja lelaki.
iii. Wanita memerlukan lebih kalsium berbanding lelaki.
2. Membincangkan pemilihan jenis makanan yang sesuai ( dari menu tertentu) berpandukan jadual komposisi
nutrient makanan untuk kumpulan sasaran berikut :
i. ibu mengandung
ii. kanak-kanak sedang membesar.
iii. Remaja
iv. Atlet
v. Orang yang mengidap penyakit tertentu seperti penyakit tekanan darah tinggi, kardiovaskular,
diabetes mellitus,osteoporosis, gout, batu karang.
vi. Orang tua
vii. Vegetarian

3. Menjelaskan kesan kekurangan protein, vitamin, garam mineral, serabut dan air ke atas kesihatan.

4. Menjelaskan kesan pengambilan karbohidrat, lipid, vitamin dan garam mineral yang berlebihan ke atas
kesihatan.

5. Membincangkan cara mengurangkan risiko mengidap tekanan darah tinggi, diabetes mellitus dan
osteoporosis daripada aspek pengambilan gizi yang tidak seimbang.

6. Menyediakan laporan tentang kesesuaian makanan yang dihidangkan daripada segi gizi seimbang dan
mencadangkan menu alternatif berdasarkan data jenis makanan yang dihidang di kantin atau kedai.

7. Menerangkan ciri-ciri penyesuiaan bahagian sistem pencernaan yang terlibat dalam penyerapan makanan.

8. Membincangkan pengangkutan asid amino, glukosa, asid lemak, gliserol, vitamin dan garam mineral oleh
sistem peredaran darah daripada perkara-perkara berikut :
i. usus kecil ke hati melalui vena portal hepar.
ii. hati ke sel badan.

7
Fokus SPM / Tip penting SPM - BIOLOGI

9. Membincangkan proses penyerapan asid amino, glukosa, asid lemak, gliserol, vitamin dan garam mineral di
vilus.

10.Membincangkan peranan hati dalam perkara berikut :


i. penyimpanan makanan
ii. pemprosesan hasil pencernaan iaitu glukosa dan asid amino berlebihan.
iii. Detoksifikasi

11.Perbincangan tentang perhubungan tabiat makan dengan masalah kesihatan berikut:


i. Gastric
ii. Kegendutan / obesity
iii. Anoreksia nervosa
iv. Bulemia

12.Menerangkan faktor yang mempengaruhi keperluan tenaga harian oleh badan manusia.
13.Menerangkan proses pencernaan karbohidrat, protein dan lipid.
14.Memerihalkan proses pencernaan selulosa dalam ruminant dan rodensia.

15.Menyediakan satu menu gizi harian daan mewajarkan menu tersebut dengan pertimbangan aspek-aspek
kesihatan, ekonomi dan keperluan.

16.Menganalisis satu label makanan / iklan makanan dan mengesan kecondongan tentang kandungan
nutriennya.

17.Membincangkan penyesuaian daun untuk mengoptimumkan fotosintesis.

18.Menerangkan penyesuaian tumbuhan daripada habitat berlainan dalam menjalankan proses fotosintesis.
(Tumbuhan seperti bunga raya, telipok, Hydilla dan kaktus ) daripada aspek yang berikut :

i. taburan stoma
ii. taburan kloroplas

8
Fokus SPM / Tip penting SPM - BIOLOGI

19.Merancang strategi berdasarkan faktor yang mempengaruhi kadar fotosintesis untuk memperolehi produk
pertanian sepanjang tahun dalam negara empat musim.

20.Menghuraikan kesan suhu dan kepekatan karbon dioksida ke atas kadar fotosintesis

21.Menerangkan perbezaan kadar fotosintesis tumbuhan sepanjang hari berdasarkan perubahan keamatan
cahaya dan suhu.

22.Menyelesaikan masalah peningkatan produk pertanian berdasarkan faktor yang mempengaruhi kadar
fotosintesis.

23.Menerangkan keperluan peningkatan kualiti dan kuantiti makanan.

24.Menerangkan usaha mempelbagaikan sumber makanan.

25.Menerangkan cara meningkatkan kualiti makanan dan kuantiti pengeluaran makanan negara.

26.Menghubungkaitkan kaedah pemprosesan makanan dengan faktor yang merosakkan makanan.

27.Menerangkan kesan pengambilan makanan yang diproses.

28.Menerangkan kaedah peningkatan kualiti makanan berikut :


i. Kejuruteraan genetik
ii. Pengurusan tanah
iii. Kawalan biologi

BAB 8
Eksperimen penting :
1. Mengkaji kandungan oksigen, karbon dioksida ,air dan haba dalam udara sedut dan udara hembus.
2. Mengkaji eksperimen respirasi anaerob dalam yis.
3. Membina model yang boleh dimanipulasikan untuk menunjukkan mekanisme pernafasan dalam manusia.

9
Fokus SPM / Tip penting SPM - BIOLOGI

4. Mengkaji kesan aktiviti cergas ke atas kadar pernafasan dan kadar denyutan jantung mengkaji kesan
kematan cahaya terhadap kadar fotosintesis

Gambar rajah penting :


1. Struktur alveolus.
2. Sistem respirasi ikan, serangga
3. Rajah skema untuk menunjukan pertukaran dan pengangkutan gas respirasi dalam manusia.
4. Melukis rajah untuk menunjukkan pemerolehan oksigen oleh tumbuhan
5. Mengkaji kesan asap rokok ke atas kapas putih dan menganalalogi keadaan kapas dengan peparu.

Jadual penting:
1. Perbandingan sistem respirasi manusia dengan sistem respirasi serangga, ikan dan katak
2. Perbandingan antara respirasi aerob dengan respirasi anaerob.
3. Perbandingan proses respirasi dengan fotosintesis pada tumbuhan.

Graf penting:
1. Graf untuk menentukan titik pampasan hasil eksperimen mengkaji kesan keamatan cahaya terhadap kadar
fotosinteis
TARGET ESEI:
1. Mencirikan permukaan respirasi dalam hidupan untuk meningkatkan kecekapan pertukaran gas.
2. Membincangkan mekanisme pernafasan dalam manusia, protozoa, serangga ,ikan dan amfibia.
3. Membincangkan proses pertukaran gas merentas permukaan alveolus dan kapilari darah dari aspek :
- perbezaan tekanan separa gas respirasi ( oksigen dan karbon dioksida ) dalam udara alveolus dan
dalam kapilari darah di peparu

4. Menerangkan proses pertukaran gas respirasi antara darah dan sel badan/ peranan darah dalam
pengangkutan gas respirasi.
5. Membandingkan antara pertukaran udara di peparu semasa pernafasan dengan pertukaran gas di
permukaan respirasi dari aspek :
i. tekanan
ii. gas yang terlibat.
6. Menerangkan proses respirasi anaerob dalam otot manusia.

10
Fokus SPM / Tip penting SPM - BIOLOGI

7. Membincangkan hubungkait kadar pernafasan dengan kandungan oksigen dan karbon dioksida dalam badan
serta mekanisme kawal atur kandungan oksigen dan karbon dioksida dalam badan.
8. Membincangkan gerak balas daripada aspek respirasi, kadar pernafasan dan kadar denyutan jantung
terhadap keadaan berbeza iaitu:
i. aktiviti cergas seperti berenang, senaman aaerobik dan mendaki bukit.
ii. Beristirehat
iii. Ketakutan

9. Membincangkan respirasi anaerob oleh tumbuhan padi di sawah dalam keadaan banjir.

BAB 9
Eksperimen penting :
1. Mengkaji persaingan intraspesies dan persaingan interspesies pada tumbuhan seperti jagung atau kacang.
2. Mengenalpasti teknik persampelan untuk mengkaji saiz populasi dalam satu habitat :
i. teknik persampelan kuadrat
ii. tangkap tanda lepas dan tangkap semula
3. Mengkaji kesan pH dan keamatan cahaya dan kelembapan ke atas taburan populasi sesuatu organisma.
4. Mereka bentuk eksperimen untuk mengkaji kesan pH dan keamatan cahaya ke atas kadar pertumbuhan
populasi Lemna
5. Merekabentuk eksperimen untuk menyiasat kesan perubahan setiap komponen abiosis ke atas kadar
pertumbuhan populasi suatu organisma.
6. Membina kekunci dikotomi untuk pengenalan beberapa spesies.
7. Mengkaji kesan suhu, pH, cahaya dan nutrien ke atas aktiviti mikroorganisma seperti Bacillus subtilis atau
yis secara kualitatif.

Gambar rajah penting :


1. Proses pengkolonian dan sesaran di kawasan paya bakau, kolam, lombong terbiar.
2. Contoh-contoh organisma parasit, saprofit, simbiotik

TARGET ESEI:
1. Menerangkan kaedah penamaan organisma dengan menggunakan sistem binomial Linnaeus.

11
Fokus SPM / Tip penting SPM - BIOLOGI

2. Menerangkan peranan mikroorganisma berfaedah daalm ekosistem.


i. pereputan
ii. kitar nitrogen
iii. salur alimentari anai-anai
iv. sistem pencernaan manusia
3. Menerangkan kesan mikroorganisma berbahaya ke atas hidupan.
i. menyebabkan penyakit
ii. merosakkan makanan dan bahan

4. Menerangkan cara jangkitan penyakit dan kaedah pengawalan vector.


i. malaria
ii. kolera
iii. influenza
iv. kurap
v. keracunan makanan

5. Mentafsir data tentang penggunaan mikroorganisma dalam bioteknologi:


i. penghasilan antibiotik dan vaksin
ii. pembersihan tumpahan minyak
iii. pengolahan sisa
iv. pemprosesan makanan
v. penghasilan bioplastik
vi. penghasilan tenaga daripada biojisim.
6. Membincangkan kepentingan memelihara dan memulihara kebiopelbagaian dalam alam.

BAB 10
Eksperimen penting :
1. Membanding bahan pencemar pepejal dalam udara dari persekitaran yang berlainan dan membuat inferens
tentang punca pencemaran.

TARGET ESEI :
1. Membincangkan impak aktiviti manusia ke atas ekosistem .

12
Fokus SPM / Tip penting SPM - BIOLOGI

2. Menerangkan kesan pembangunan kurang terancang dan salah pengurusan ke atas ekosistem:
i. hakisan tanah
ii. banjir kilat
iii. tanah runtuh
iv. eutrofikasi
v. pencemaran air, udara, terma dan bunyi
vi. pemanasan global
vii. penipisan lapisan ozon
viii. perubahan iklim.
ix. Kepupusan hidupan
x. Penyahhutanan
3. Membincangkan jenis pencemaran, punca pencemaran dan kesan pencemaran ke atas :
i. kesihatan manusia; penyakit sistem respirasi, kulit, konjunktivitis, kanser, kolera.
ii. habitat haiwan dan tumbuhan
iii. bangunan
iv. pertanian
v. iklim

4. Menganalisis data indeks pencemaran udara beberapa Bandar utama dalam dan luar Negara dan membuat
inferens tentang punca pencemarannya.

5. Membuat hipotesis tentang tahap pencemaran air di beberapa sungai

6. Menganalisis data berkaitan pencemaran air seperti nilai Keperluan Oksigen Biokimia (B.O.D.) dan
kandungan logam berat di beberapa sungai dan membuat inferens tentang punca pencemaran.

7. Menganalisis maklumat tentang penduduk seperti bilangan penduduk, aktiviti sosioekonomi dan tahap
pencemaran udara dan air serta meramalkan tahap pencemaran udara dan air di lokasi tersebut dalam masa
sepuluh tahun akan datang dan menyediakan pelan tindakan yang mengandungi strategi mengurangkan
tahap pencemaran udara dan air di lokasi yang berkenaan.

13
Fokus SPM / Tip penting SPM - BIOLOGI

8. Menghuraikan kesan rumah hijau, punca dan akibat serta menghubungkaitkannya dengan fenomena
pemanasan global.

9. Impak penipisan lapisan ozon dan fenomena pemanasan global ke atas ekosistem

10.Membincang kesan pertambahan penduduk keatas ekosistem.

11.Merangkakan langkah dalam pengurusan pembangunan dan pengurusan ekosistem untuk mengekalkan
keseimbangan alam dari aspek:

i. penguatkuasaan undang-undang
ii. penggunaan teknologi
iii. pendidikan
iv. pemeliharaan dan pemuliharaan tanah, air,hutan dan paya bakau.
v. Amalan kawalan biologi
vi. Penggunaan tenaga yang boleh diperbaharui
vii. Mengekalkan sumber tumbuhan dan haiwan.

12.Membuat pemerhatian tentang aktiviti di persekitaran yang boleh mengancam ekosistem dan seterusnya
menyediakan laporan yang merangkumi cadangan langkah mengatasinya.

BAB 11
Eksperimen penting:

1. Menyediakan keratan rentas akar dan batang dikotiledon untuk mengenal pasti sistem vaskular.
2. Mengkaji keratan rentas daun dikotiledon melalui slaid tersedia.
3. Mengkaji sistem vaskular sebagai satu sistem salur yang berterusan dalam tumbuhan dikotiledon.
4. Mereka bentuk eksperimen untukmenyiasat kesan pergerakan udara ke atas kadar transpirasi menggunakan
potometer
5. Menjalankan eksperimen untuk menunjukkan kesan tekanan akar, tindakan kapilari dan tarikan transpirasi ke
atas pergerakan air dalam tumbuhan.
6. Menjalankan eksperimen menggelang batang tumbuhan.

14
Fokus SPM / Tip penting SPM - BIOLOGI

Gambar rajah penting :


1. Rajah skema sietem peredaran darah manusia, serangga, ikan dan amfibia
2. Rajah skema sistem peredaran darah manusia yang menunjukkan laluan bahan seperti oksigen, karbon
dioksida, asid amino, glukosa dan urea.
3. Rajah skema mekanisme pembekuan darah
4. Rajah skema pembentukan bendalir tisu dan limfa termasuk ruang antara sel,bahan yang keluar dari kapilari
darah ke dalam ruang antara sel dan bendalir tisu.
5. Sistem limfa dan perhubungannya dengan sistem peredaran darah.
6. Keratan rentas batang, akar dan daun dikotiledon serta melabel sistem vaskular.
7. Rajah skema laluan air dari tanih ke akar, ke batang dan daun.
8. Proses fagositosis oleh sel fagosit

Graf-graf penting:
1. Mentafsir graf -graf empat jenis keimunan.
2. Graf kesan suhu, keamatan cahaya dan kelembapan udara ke atas kadar transpirasi.

Jadual penting:
1. Perbandingan sistem peredaran darah manusia denagn sistem peredaran darah serangga, ikan dan amfibia.

TARGET ESEI:
1. Menerangkan penghasilan daya yang menyebabkan peredaran darah manusia dari aspek pengepaman oleh
jantung dan pengecutan otot rangka.
2. Menerangkan fungsi darah dalam pengangkutan
3. Membincangkan keperluan pembekuan darah dalam sistem peredaran tertutup daripada aspek
i. mencegah kehilangan darah dan
ii. kemasukan mikroorganisma dan bendasing.
iii. Mengekalkan tekanan darah
iv. Mengekalkan peredaran darah dalam sistem peredaran darah tertutup.

4. Menerangkan mekanisme pembekuan darah.

15
Fokus SPM / Tip penting SPM - BIOLOGI

5. Menerangkan peranan sistem limfa dalam pengangkutan.


6. Membincangkan sistem pertahanan badan yang terdiri daripada barisan pertahanan pertama, kedua dan
ketiga.

7. Menerangkan peranan leukosit dalam fagositosis dan penghasilan antibodi.


8. Mentafsir graf pelbagai jenis keimunan dan membincangkan perhubungan aras antibodi dengan pertahanan
badan.

9. Menghubungkaitkan struktur xilem dan floem dengan fungsi pengangkutan.


10.Memerihalkan laluan air dari tanih ke daun.

11.Membincangkan faktor persekitaran yang mempengaruhi kadar transpirasi.


12.Menerangkan kesan tekanan akar, tindakan kapilari dan tarikan transpirasi ke atas pergerakan air dalam
tumnbuhan.

13.Membincangkan proses pengangkutan bahan organik dalam tumbuhan.

14.Membincangkan tindakan HIV ke atas sistem keimunan badan, cara jangkitan AIDS dan cara pencegahan.

BAB 12

Gambar rajah penting :


1. Kedudukan otot, ligamen dan tendon pada sendi anggota belakang dan anggota hadapan haiwan seperti
ayam, tikus putih dan manusia.
2. Vertebra serviks, vertebra toraks, vertebra lumbar,
3. Lengkungan pektoral terdiri dari skapula dan klavikel.
4. Lengkungan pelvik
5. Humerus-ulna-radius dan sendi bersambungan.
6. Femur-tibia-fibula dan sendi bersambungan.
7. Slaid keratan rentas batang tumbuhan berkayu untuk mengenalpasti tisu sokongsn iaitu vesel xilem dan
trakeid berlignin.
8. Tisu aerenkima dalam batang keladi bunting.

16
Fokus SPM / Tip penting SPM - BIOLOGI

9. Otot biseps dan triseps dalam pergerakan anggota hadapan manusia.

TARGET ESEI:
1. Membincangkan keperluan pergerakan dan sokongan pada manusia dan haiwan.
2. Membincangkan tindakan otot, ligamen dan tendon semasa melakukan pergerakan anggota manusia.
3. Menerangkan masalah berkaitan pergerakan dan sokongan

i. osteoporosis
ii. distrofi otot
iii. artritis.
4. Membincangkan mekanisme pergerakan bagi :
i. cacing tanah
ii. belalang
iii. ikan
iv. katak
v. burung
5. Membincangkan keperluan sokongan kepada tumbuhan akuatik dan darat.
6. Menerangkan penyesuaian jenis tisu dalam tumbuhan darat untuk sokongan
7. Membincangkan cara memelihara sistem rangka .

BAB 13
Eksperimen penting
1. Merekabentuk eksperimen untuk mengkaji kesan pengambilan air minum ke atas penghasilan air kencing.

Gambar rajah penting


1. Rajah skema organisasi sistem saraf.
2. Otak dan saraf tunjang-label struktur dan fungsi.
3. Tiga jenis neuron – neuron aferen, interneuron, neuron eferen.

4. Rajah skema proses penghantaran maklumat dengan perbincangan mengenai:


i. penerimaan rangsangan oleh erseptor.
ii. Penghantaran maklumat ke sistem saraf pusat.

17
Fokus SPM / Tip penting SPM - BIOLOGI

iii. Integrasi dan interpretasi oleh sistem saraf pusat.


iv. Gerak balas oleh efektor.
5. Sinaps-label dan fungsi
6. Rajah skema Arka refleks
7. Sistem endokrin manusia
8. Rajah skema kesepaduan antara sistem saraf dan sistem endokrin.
9. Struktur ginjal dan nefron.
10.Rajah skema pembentukan air kencing.
11.Rajah skema tindakan hormon ADH dan aldosteron.
12.Rajah skema pengawalaturan suhu badan
13.Rajah skema pengawalaturan aras gula darah.

Jadual penting
1. Perbandingan tiga jenis neuron.
2. Perbandingan koordinasi saraf dan koordinasi kimia

TARGET ESEI
1. Membincang keperluan organisma hidup bergerak balas terhadap rangsangan.
2. Menerangkan proses penghantaran maklumat.
3. Menerangkan struktur dan fungsi sinaps.
4. Memerihalkan penghantaran impuls saraf merentasi sinaps.
5. Menerangkan jenis tindakan saraf.
6. Mencerakinkan tindakan peristalsis dan proses belajar mengayuh basikal daripada aspek :
i. jenis tindakan
ii. jenis otot
iii. pusat kawalan yang terlibat.
7. Membincangkan tindakan refleks yang melibatkan :
i. dua neuron
ii. tiga neuron
8. Membincangkan kepentingan koordinasi saraf sebagai satu keperluan untuk bergerak balas terhadap
perubahan persekitaran. Contoh: seseorang keluar dari bilik yang gelap ke tempat yang terang

18
Fokus SPM / Tip penting SPM - BIOLOGI

9. Menerangkan kesan ketakseimbangan hormon tiroksina hormon pertumbuhan dan hormon ADH pada
manusia dan hormon auksin serta etilena pada tumbuhan.
10.Membincangkan peranan hormon dalam pengawalaturan kandungan gula dan tekanan osmosis dalam
badan.

11.Membincangkan
i. pertumbuhan pucuk jagung apabila hujung koleoptil dibuang.
ii. Gerak balas koleoptil pucuk jagung terhadap taburan hormon auksin.

12.Menjelaskan dengan contoh penggunaan hormon dalam perubatan dan pertanian.


13.Mentafsir data tentang
i. penggunaan insulin dalam rawatan penyakit diabetes melitus
ii. penggunaan etilena
iii. penggunaan auksin.

14.Membincangkan perubahan tekanan osmosis darah setelah minum air banyak.


15.Membincangkan proses pembentukan air kencing.
16.Menghuraikan
i. proses pengosmokawalaturan oleh ginjal.
ii. pengawalaturan aras gula darah
iii. Pengawalaturan suhu badan

17.Mentafsir data mengenai hemodialisis dan pendermaan ginjal.


18.Memerihalkan kesan penyalahgunaan dadah dan pengambilan alkohol.
19. Membincangkan faktor yang membawa kepada penyalahgunaan dadah dan pengambilan alkohol.

20.Menerangkan penyakit Alzheimer dan Parkinson.

BAB 14

19
Fokus SPM / Tip penting SPM - BIOLOGI

Gambar rajah penting :


1. Keratan rentas ovari dan testis untuk emngenalpasti sperma, ovum den peringkat perkembangan dalam
pembentukan gamet jantan dan betina.

2. Rajah hubungan antara aras hormon, perkembangan folikel dan ketebalan endometrium uterus dengan masa
dalam kitar haid.

3. Rajah skema pembentukan zigot .


4. Rajah skema pembentukan kembar seiras, tak seiras dan kembar siam
5. Rajah perkembangan zigot kepada morula dan blatosista.

6. Struktur plasenta dan tali pusat.


7. perkembangan embrio.
8. Rajah skema perkembangan debunga daripada sel induk mikrospora.

9. Rajah skema pundi embrio dalam ovul mulai daripada nuselus.


10.Model proses persenyawaan gandadua.
11.Struktur buah dengan bahagian-bahagian :
i. Biji benih menjadi ovul.
ii. Kulit biji benih daripada lapisan integumen.
iii. Buah daripada ovari

12.Slaid zon pertumbuhan pada hujung akar dan hujung pucuk.


13.Slaid keratan rentas batang muda, batang tua, akar muda, akar tua tumbuhan dikotiledon dan tumbuhan
monokotiledon untuk mengenalpasti tisu primer dan tisu sekunder.

Eksperimen penting :
1. Mengkaji percambahan debunga dan pembentukan tiub debunga menggunakan larutan gula.
2. Mengkaji lengkung pertumbuhan pokok jagung, pokok keembung, bawang atau tikus putih.

Jadual penting

20
Fokus SPM / Tip penting SPM - BIOLOGI

1. Perbandingan proses oogenesis dan spermatogenesis.


2. Perbandingan antara kembar seiras dan kembar tak seiras.
3. Perrbandingan antara tumbuhan yang mengalami pertumbuhan sekunder dengan tidak mengalami
pertumbuhan sekunder

TARGET ESEI
1. Membincangkan keperluan pembentukan sel pembiakan.
2. Menghuraikan proses gametogenesis dengan membuat urutan perinngkat perkembangannya.
3. Membincangkan keperluan kitar haid termasuk dalam kebersediaan uterus untuk proses penempelan embrio
dan penghasilan ovum.
4. Mengkaji dan mentafsir rajah tentang hubungan antara aras hormon, perkembanagn folikel dan ketebalan
endometrium uterus semasa kitar haid.
5. Menghubungkaitkan aras hormon dan kaitannya dengan perkembangan folikel dalam ovari dan ketebalan
endometrium uterus semasa kitar haid.
6. Menerangkankan peranan hormon yang terlibat dalam kitar haid.
7. Menerangkan putus haid pada wanita.
8. Mentafsir data tentang kesan ketakseimbangan hormon iaitu keguguran dan sindrom prahaid.
9. Memerihalkan proses persenyawaan dalam pembentukan zigot.
10.Memerihalkan perkembangan zigot kepada morula dan blastosista untuk penempelan.
11.Menerangkan kejadian kembar seiras dan kembar tak seiras.
12.Membincangkan fungsi plasenta dalam perkembangan fetus.
13.Menerangkan perkembangan debunga.
14.Menerangkan perkembangan pundi embrio dalam ovul.
15.Menerangkan proses persenyawaan gandadua dalam tumbuhan berbunga.
16.Menghubungkaitkan bentuk lengkung pertumbuhan umum dengan proses pertumbuhan yang berlaku.

17.Menerangkan lengkung pertumbuhan haiwan berangka luar.


18.Menerangkan kepentingan pertumbuhan primer
19.Menerangkan keperluan pertumbuhan sekunder.

20.Menerangkan pertumbuhan sekunder.


21.Membincangkan peranan kambium vaskular dan kambium gabus dalam pertumbuhan sekunder.

21
Fokus SPM / Tip penting SPM - BIOLOGI

22.Menerangkan kepentingan penggunaan teknologi berkaitan pembiakan :


i. Teknik pencegahan kehamilan.
ii. Bank sperma
iii. Permanian beradas.
iv. Persenyawaan in vitro
v. Ibu tumpang
vi. Pengklonan.
vii.
BAB 15

Gambar rajah penting :


1. Hasil eksperimen kacukan monohibrid Mendel daripada induk ke anak generasi pertama dan generasi kedua.
2. Hasil eksperimen kacukan dihibrid Mendel daripada induk ke anak generasi pertama dan generasi kedua
3. Rajah skema penentuan seks anak
4. Rajah skema perwarisan terangkai seks untuk hemofilia dan buta warna.
5. Rajah kariotip manusia
6. Struktur DNA

TARGET ESEI
1. Memerihalkan :
i. ciri dominan dan ciri resesif
ii. gen dan alel
iii. gen dominan dan gen resesif
iv. fenotip dan genotip
v. homozigot dan heterozigot.
vi. Nisbah fenotip dan nisbah genotip.
2. Membincangkan perwarisan monohibrid dan perwarisan dihibrid.
3. Menerangkan perwarisan kumpulan darah manusia.
4. Membanding dan membeza bilangan kromosom antara manusia normal denagn sindrom Down.

22
Fokus SPM / Tip penting SPM - BIOLOGI

5. Menerangkan penentuan seks anak.


6. Memerihalkan struktur kromosom, asid deoksiribonukleik dan struktur nukleotida.
7. Menerangkan aplikasi pengetahuan genetik dalam kehidupan :
i. penanaman kelapa sawit.
ii. Penternakan kambing
iii. Kejuruteraan genetik dalam bidang perubatan dan pertanian.
iv. Cap jari DNA dalam menentukan pengenalan dan kesihatan.
v. Perkembangan projek genom manusia.

8. Memerihalkan kebaikan dan keburukan kejuruteraan genetik.


9. Membincangkan keperluan etika dalam kejuruteraan genetik.

BAB 16

Eksperimen penting:
1. Aktiviti menyiasat variasi pada manusia
2. Mengkaji kesan faktor persekitaran yang berbeza ke atas pertumbuhan pokok seperti pokok bunga raya dan
pokok ubi kayu.

Graf penting
1. Graf bilangan pelajar melawan trait ketinggian atau berat badan
2. Graf membenzakan variasi selanjar dan variasi tak selanjar.

Jadual-jadual penting
1. Membanding dan membeza variasi selanjar dengan variasi tak selanjar.

TARGET ESEI
1. Membincangkan tentang punca variasi dari segi faktor genetik dan persekitaran.

2. Menerangkan proses penggabungan semula genetik.

3. Menerangkan mutasi kromosom dan mutasi gen.

23
Fokus SPM / Tip penting SPM - BIOLOGI

4. Menerangkan faktor-faktor yang menyebabkan mutasi.

5. Membincangkan keperluan variasi dalam kemandirian spesies.

/opt/scribd/conversion/tmp/scratch1/20285951.doc

24
Fokus SPM / Tip penting SPM - BIOLOGI

25

You might also like