You are on page 1of 48

Inovasi dan Perubahan Pendidikan EDU 3109 (Guru dan Cabaran Semasa)

Misi Nasional bertujuan meningkatkan ekonomi dalam rantaian yang lebih tinggi.

Misi Nasional ini akan meletakkan asas yang kukuh untuk pembangunan ekonomi negara yang lebih berdaya saing dan berdaya tahan. Negara perlu melahirkan Modal Insan yang memiliki Minda Kelas Pertama untuk menghadapi cabaran pembangunan ekonomi berlandaskan ilmu pengetahuan dan inovasi. Transformasi diperlukan menuntut perubahan drastik untuk merevolusikan sistem pendidikan negara dalam jangka masa panjang.

Transformasi ini juga merupakan kesinambungan Falsafah Pendidikan seperti yang dinyatakan dalam Akta Pendidikan 1996 untuk melahirkan Modal Insan yang seimbang, harmoni, berpengetahuan dan berakhlak mulia. Para pendidik juga berinovatif, mempunyai kebolehan kognitif, menguasai pelbagai bahasa, keupayaan komunikasi berkesan, celik teknologi, menghayati nilai-nilai murni serta mampu memberikan sumbangan kepada masyarakat, negara dan dunia.

Strategi Pengajaran Inovatif


Guru didesak untuk menggalakkan inisiatif murid dan memberinya peluang untuk menyumbang dalam pembelajaran diri. Guru sering meluahkan kekecewaan atas sikap pasif murid menerima pengajaran mereka tanpa memikirkan bahawa murid juga mungkin kecewa dengan gaya pembelajaran guru.

Mengikut Wan Zahid (1993), pelaksanaan Kurikulum (KBSR) dan (KBSM) akan membawa kepada perubahan penekanan daripada pendekatan tradisional kepada pendekatan baru. Pembelajaran yang tertumpu kepada murid (child centred) mesti diamalkan dan sebaliknya mengurangkan pembelajaran yang tertumpu kepada guru (teacher centred).

Ingham (1992) dan Wan Zahid (1993) mengesyorkan agar para guru, murid dan ibubapa memahami gaya pembelajaran murid dan menganggap perbezaan yang ada pada seseorang murid itu merupakan keistimewaan. Apabila Kaedah, Sumber dan Program disesuaikan dengan gaya belajar murid, pencapaian akademik serta sikap murid akan meningkat. Wan Zahid (1993), menyarankan agar P&P disesuaikan dengan gaya belajar individu.

Biar setinggi mana ijazah yang dimiliki tetapi jika seseorang guru tidak memiliki kemahiran yang sewajarnya maka perkataan seperti pengajaran cikgu membosankan akan keluar dari murid-murid. Ini mungkin memberi gambaran bahawa pengajaran guru tersebut tidak berkualiti dari aspek isi pengajaran atau perancangan tetapi dari aspek strategi sistem penyampaian.

Dick & Reiser (1990), pernah mendifinisikan pengajaran berkesan iaitu kemampuan menerapkan pengetahuan, kemahiran, sikap serta mewujudkan keseronokan belajar dalam kalangan murid. Keseronokan belajar dalam kalangan murid akan lebih mudah diwujudkan jika guru berjaya menjadi seorang guru yang inovatif.

Guru yang kreatif dan inovatif akan menjadikan mereka berupaya menjadi guru yang bermakna. Inovatif membawa pengertian kemampuan membuat transformasi atau mencipta sesuatu baru sama ada dalam bentuk sumber atau kaedah yang releven. Sistem pendidikan pada masa kini memerlukan guru menjadi pembimbing kepada murid supaya mereka mempunyai kemahiran berfikir, menyelesaikan masalah, berkomunikasi dan berkolaborasi.

Fungsi sesuatu pengajaran itu adalah untuk menyampaikan ilmu dan kemahiran secara efektif serta menyeronokkan sehingga berlakunya suatu perubahan diri murid tersebut. Pada peringkat perancangan, seseorang guru harus mengambilkira aspek Hasilan Pembelajaran. Hasilan Pembelajaran ialah bentuk perubahan yang dikehendaki dalam sesuatu pengajaran sama ada dari segi ilmu, kemahiran atau minda murid.

Penentuan ini dapat menjadikan pengajaran guru lebih berfokus, menepati masa serta memudahkan guru memilih bahan pengajaran yang bersesuaian dengan pengajaran. Guru yang inovatif dan kreatif sentiasa bersedia mengubah gaya pengajarannya seperti kita menukar fesyen pakaian supaya sentiasa kelihatan tampan, segak, kacak dan kemaskini.

Antara langkah yang mampu membentuk strategi inovatif dalam penyampaian P&P yang menyeronokkan adalah seperti: i. Mengenali dan menjiwai ciri-ciri diri murid ii.Strategi Pengajaran meliputi pendekatan, teknik dan kaedah penyampaian. Penyampaian ini ada kaitannya dengan gaya belajar (Learning Styles). Murid biasanya bercirikan Auditori, Visual serta aktiviti Kinesthetik.

iii.Guru harus Kreatif dan Inovatif dalam penyampaiannya.Guruharus mengintegrasikan pelbagai bahan, kaedah dan teknik dalam penyampaiannya. Penghasilan, Penciptaan dan Pengubahsuaian bahan serta corak pembelajaran menjadikan ianya lebih inovatif serta mampu melibatkan diri murid dalam aktiviti pembelajaran.

iv. Daya Imaginasi Tinggi memainkan peranan penting dalam proses mencerna minda murid. Apabila seseorang guru memulakan pengajaran, beliau seharusnya memulakannya dengan soalan umum atau apa yang disebut sebagai Essential Questions. Ia bertujuan untuk membuka minda murid dan berfikir di luar kotak (Think outside the box). Selepas itu, barulah guru membimbing murid ke arah soalan berkaitan dengan unit pembelajaran (Unit Questions) dan menjurus kepada isi pelajaran (Content Questions).

v. Unsur Kecindan ialah kata-kata atau perlakuan yang berunsur jenaka serta tidak keterlaluan yang bertujuan untuk menimbulkan rasa seronok serta menghilangkan tekanan sewaktu berlakunya sesi pengajaran dan pembelajaran. Prestasi guru yang cemerlang bukan hanya terletak pada jawaan semata-mata tetapi mampu menyampaikan pelajaran yang menarik.

vi. Pemilihan dan Pengaplikasian Media Pengajaran dapat menjana minda murid. Seseorang guru yang inovatif harus juga bijak memilih pendekatan pengajaran yang akan digunakan dalam pengajarannya. Antara pendekatan yang digunakan adalah seperti Pendekatan Induktif, Deduktif, Elektik, Tematik, Masteri, Koperatif dan Kolaboratif.

Berasaskan 4 MAT, guru yang inovatif akan dapat juga mengenali 4 kategori cara belajar (Nelson, 1997) iaitu: i. Aktivis ii. Pragmatis iii. Reflektif iv. Teoritis

Aktivitis bermaksud, murid yang aktif dan bersedia mencuba sesuatu yang dipelajari pada masa yang sama. Pragmatis bermaksud mencuba dahulu sesuatu yang dipelajari sama ada sesuatu itu benar-benar praktikal. Reflektif bermaksud murid akan mengasingkan diri tetapi masih melihat sesuatu yang dipelajari itu daripada beberapa perspektif dan mengambil masa untuk berfikir serta membuat keputusan.

Teoritis bermaksud murid suka mengambil pendekatan logikal, tersusun serta membina teori-teorinya sendiri. Satu perkara lagi yang mencabar guru ialah Teori Kepelbagaian Kecerdasan (Multiple Intelligence Theory) oleh Howard Gardner (1983). Beliau membincangkan perihal kecerdasan spatial, kinestetik, linguistik, muzikal, logik, interpersonal, intrapersonal dan kecerdasan naturalistik.

Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) telah semakin lumrah di Institut Pengajian Tinggi. Menurut Davis (2001), TMK merupakan kemahiran yag utama dan juga tema utama dalam era Teknologi Maklumat. Kajian di luar negara terutamanya di United Kingdom telah menunjukkan kesan positif Teknologi Maklumat terhadap P&P di Institusi Pengajian Tinggi.

Teknologi boleh dujelaskan sebagai satu proses yang mana manusia lakukan untuk menyelesaikan masalah atau mencapai tujuan untuk memenuhi keperluan komuniti. Teknologi Pendidikan suatu sistem dalam pendidikan melibatkan (5 Ms): Mesin, Bahan, Media, Manusia serta Kaedah (Alexander, R.J., 1980).

Teknologi Pendidikan merupakan perkembangan, penggunaan dan penilaian sistem, teknik dan bantuan dalam pembelajaran manusia (Department of Education and Science UK). Teknologi Pendidikan merupakan aplikasi ilmu pengetahuan saintifik mengenai pembelajaran dan keadaan pembelajaran untuk meningkatkan keberkesanan dan kecekapan P&P. (Hadden, E.H.)

Teknologi Pendidikan telah mendorong perkembangan konsep baru dalam pendidikan seperti on-line learning, e-learning, virtual learning, dll. Menurut Grant (1999), perkembangan profesionalisme dalam teknologi pendidikan mestilah dapat membantu guru menjadi lebih produktif, profesional dan memberi kepercayaan bahawa teknologi berkenaan akan membawa manfaat kepada mereka.

Sehingga tahun 2000, pembelajaran elektronik juga dikenali sebagai web-based learning ataupun internet-based learning. Penggunaan teknologi ini akan dapat meningkatkan lebih banyak peluang pembelajaran kepada murid. Kelebihan pembelajaran secara elektronik selalu dikaitkan dengan peningkatan motivasi P&P dalam kalangan guru serta murid di sekolah.

Kajian Gardner, J, Morrison, H, Jarman, R, Reilly, C dan McNally, H. (1994) berkenaan dengan penggunaan komputer riba dalam kalangan 235 orang murid dari sekolah rendah dan menengah dalam satu kalender persekolahan merupakan satu kajian yang releven. Penyelidik mendapati majoriti guru melaporkan tahap motivasi murid telah meningkat dan memperoleh sikap positif untuk belajar apabila komputer riba digunakan.

Becker (1994) berpendapat penggunaan teknologi dan pengintegrasian ICT dalam Kurikulum perlu diperkembangkan dalam kalangan guru supaya profesionalisme bidang perguruan akan terus meningkat. Sarason (1995) menjelaskan adalah mustahil untuk mencipta dan mengekalkan suasana pembelajaran yang produktif untuk para murid. Killion (1999) menjelaskan guru mestilah berpengetahuan serta berkemahiran menggunakan ICT serta mengintegrasikan dalam P&P.

Cuban (1995), menjelaskan bahawa apa yang menjadi masalahnya adalah sebab kurang penggunaan ICT di sekolah ialah ketidaksediaan guru untuk menggunakannya dalam pengajaran mereka. Guru harus menggunakan teknologi sebagai sebahagian daripada proses dan aktiviti yang direkabentuk untuk meningkatkan dan menambahbaik pengetahuan, kemahiran dan minat murid terhadap pembelajaran mereka.

Terdapat 3 asas penting dalam penggunaan Teknologi Maklumat dalam pendidikan iaitu: i. Tujuan mengumpul maklumat. ii. Memanipulasikan maklumat dan proses semula imej. iii. Tujuan berkomunikasi bagi mendapatkan maklumat daripada sumber kepada penerima.

Penggunaan Teknologi Dalam Pengajaran dapat membantu murid secara individu dan secara kumpulan. Ini dapat dijalankan dengan menggunakan komputer melalui Arahan Program. Arahan Program ini dapat memberi peluang kepada golongan murid lemah untuk membaiki kelemahan dalam pembelajaran mereka.

Berdasarkan Sistem Pendidikan Konvensional, kesemua murid terpaksa mengikuti sistem yang berlangsung tanpa mengambil kira sama ada mereka dapat mengikuti pelajaran tersebut. Ini tidak bermakna Sistem Pendidikan Konvensional perlu dihapuskan sama sekali. Kita tidak seharusnya bergantung kepada komputer dan melahirkan golongan yang tidak mampu berinteraksi tanpa komputer.

Kewujudan program yang berupaya membaca teks dapat membantu orang buta berkomunikasi tanpa bantuan keluarga, rakan-rakan dan pekerja lain. Penggunaan teknologi dalam pendidikan juga memberi peluang sosial baru kepada orang cacat melalui penggunaan internet, IRC serta ICQ. Terdapat rangkaian yang dikhaskan untuk mereka berkenalan serta bergaul dengan golongan yang sama.

Penggunaan teknologi dalam pendidikan biasanya melibatkan penggunaan bahan dalam bentuk Multimedia. Multimedia juga didefinisikan sebagai persembahan aplikasi komputer yang interaktif di mana ia akan mengabungkan elemen teks, audio, video, grafik dan animasi. Penggunaan teknologi ini membolehkan guru menjalankan pengajaran dengan menggunakan kaedah Tutorial.

Kaedah Tutorial nyata lebih mesra dan merupakan satu pembelajaran yang lebih interaktif bagi semua murid. Kaedah Tutorial terbahagi kepada 2 iaitu: i. Tutorial Terancang (mudah diprogram) ii. Tutorial Kecerdasan (interaksi berterusan antara komputer dan murid)

Guru juga boleh menggunakan teknologi dalam pendidikan untuk melaksanakan Kaedah Perbincangan. Kaedah ini melibatkan interaksi antara murid dengan murid atau pelatih dengan pensyarah. Dalam perbincangan, murid diberi peluang menggunakan prinsip, konsep dan prosedur yang telah dipelajari. Ini menggalakkan mereka menilai dan membuat keputusan.

Penggunaan teknologi dalam pendidikan juga melibatkan penggunaan Animasi/Grafik. Animasi digunakan untuk memberi gambaran pergerakan bagi sesuatu objek. Penggunaan PowerPoint atau Keynote adalah perisian yang banyak digunakan terutama dalam persembahan oleh bahagian korporat atau syarikat komersial. PowerPoint boleh berfungsi sebagai alat pengarang untuk mengatur cara dan membina bahan Instruksi Berbantu Komputer (IBK).

Kepentingan Teknologi Pendidikan


Melicinkan proses P&P kerana berfokuskan kepada isi-isi penting. Menjimatkan masa, tenaga dan wang. Mengelakkan rasa bosan murid serta mengekalkan minat murid. Mengelakkan berlakunya tidak faham atau salah tafsir terhadap konsep. Membetulkan sebarang kekeliruan atau salah tafsir kerana ia memberi gambaran yang menyeluruh dan jelas sesuatu konsep.

Ciri-Ciri Teknologi Pendidikan Baik


Alat yang dapat menjelaskan idea-idea kabur dan menerangkan isi-isi pelajaran. Alat yang besar dan jelas untuk dilihat oleh semua murid. Tulisan dan gambar perlu dipelbagaikan warnanya. Gunakan bahan yang boleh tahan lama. Tunjukkan hasil dan kemahiran yang baik sekiranya alat dibuat sendiri.

Teknologi Komputer boleh dijadikan sebagai alat alternatif kepada kaedah pengajaran. Proses Pengajaran dan pembelajaran memerlukan pendekatan yang lebih kreatif dan inovatif. Aplikasi pembelajaran berupaya memberikan gabungan teks, muzik, imej, video dan animasi. Media Pengajaran yang menggunakan Teknologi Multimedia berupaya menarik perhatian.

Perkembangan Persekitaran Pembelajaran


Kualiti perkhidmatan perlu ditingkatkan dan pelanggan pendidikan mendesak peningkatan mutu perkhidmatan. Seseorang guru perlu memberi perkhidmatan bermutu, kemahiran yang pelbagai dengan tanggapan yang luas dan mendalam. Warga guru perlu peka dengan perubahan, budaya pendidikan, misi pendidikan dan bersedia menerima perubahan menggunakan peralatan canggih.

Mereka perlu peka dan bertindak kepada perubahan supaya tidak membawa padah yang buruk (Zainal Abidin, 1999). Hanya manusia yang berbudaya fikir dapat bersaing di medan antarabangsa serta menjanakan idea ke arah pembangunan tamadun ilmu, masyarakat, budaya, bangsa dan negara. Pendidikan masa kini bukan sahaja berkehendakkan manusia mengamalkan budaya fikir tetapi mengabungkan penggunaan teknologi dalam sebarang bentuk tindakan.

Guru bilik darjah merupakan individu terpenting di sekolah yang perlu responsif kepada sebarang perubahan yang berlaku dalam bidang pendidkan. Tanpa persediaan mereka, usaha reformasi pendidikan akan menghadapi kegagalan (Fullan, 1991: Sarason, 1982). Setiap guru harus bersedia dari segi mental, emosi serta fizikal untuk menjadi pengamal pendidikan sepanjang hayat (lifelong learning).

Kejayaan sesebuah organisasi turut bergantung kepada kesediaan anggota organisasi terlibat dalam pembelajaran di samping bersedia mengamalkan budaya pembelajaran ke arah penghayatan organisasi pembelajaran (Marimah Awang, Omar Abdul Karim, & Khuan Wai Bing, 2004). Tuntutan ini menjadi lebih ketara dalam era ICT, masyarakat berasaskan ilmu dan ekonomi berasaskan ilmu (Syed Muhamad Syed Abdul Kadir, 2002).

Kebestarian sesuatu pengajaran itu bergantung kepada sejauh manakah seseorang guru mengintegrasikan aspek pedagogi, psikologi dan teknologi dalam proses penyampaian ilmu ke arah melahirkan seorang murid yang berfikiran kritis dan kreatif. Persekitaran adalah satu elemen yang mempengaruhi gaya belajar seseorang. Elemen ini merangkumi aras bunyi, cahaya, suhu, dan keadaan fizikal tempat belajar (Kline & Martel, 1992).

Suhu dan reka bentuk susunan perabot di persekitaran tempat belajar juga penting kerana ada murid tidak boleh belajar dalam keadaan yang terlalu panas atau sejuk. Belajar dengan komputer atau Belajar dari komputer membolehkan murid bebas memilih persekitaran yang sesuai kerana pembelajaran dengan komputer ini tidak menghadkan murid untuk berada pada lokasi yang ditetapkan.

Guru-guru perlu membuat anjakan paradigma terhadap pemikiran serta tanggapan yang akan melibatkan penyusunan strategi pengajaran. Guru sepatutnya lebih bersifat responsif, proaktif serta dapat membuat penyesuaian terhadap apa sahaja perubahan yang berlaku dalam sistem pendidikan akibat daripada perkembangan teknologi dan ledakan maklumat. Ini kerana pembelajaran berkesan adalah pembelajaran yang menyeronokkan (Dick & Reiser, 1989).

KPM juga telah melaksanakan program Sekolah Bestari untuk memenuhi keperluan semasa yang kian mencabar. Perkembangan seumpama ini memerlukan sesebuah institusi pendidikan dapat menggabung serta memberi penekanan terhadap: I Pembelajaran berbudaya fikir ii. Pemusatan kepada murid iii. Penggunaan pelbagai media secara bijak iv. Strategi P&P yang sesuai v. Pengurusan persekolahan yang efektif

Guru-guru bukan lagi pendeta di atas pentas (sage by the stage) tetapi sebagai pembimbing di sisi (guide by the side) untuk menyampaikan pengajaran secara lebih berkesan. Pencapaian pembelajaran (intended learning outcomes) dinyatakan secara eksplisit bagi membolehkan murid memperoleh akses kepada pembelajaran berkualiti dan pembelajaran secara self-paced merentasi tahun dan tingkatan.

Guru haruslah berusaha untuk menggunakan pelbagai pendekatan seperti yang berikut: i. Pendekatan berfokuskan murid ii. Pendekatan berfokuskan pembelajaran iii. Pendekatan berpusatkan pemikiran iv. Pendekatan berorientasikan proses v. Pembelajaran terarah kendiri (self-directed) vi. Bergerak pada kemampuan kendiri (selfpaced) vii. Pemerolehan resos secara akses kendiri (selfaccessed)

You might also like