You are on page 1of 11

KESALAHAN MINUM ARAK

SEJARAH PENGHARAMAN ARAK


SURAH AN NAHLIL:67

Dan dari buah tamar (korma) dan anggur, kamu jadikan daripadanya minuman haram dan makanan serta minuman yang halal sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang- orang yang mahu menggunakan akalnya.
SURAH AL-BAQARAH:219 Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah: "Pada keduanya ada dosa besar dan pula beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfa`atnya". Dan mereka bertanya pula kepadamu: apakah yang mereka akan belanjakan (dermakan)? Katakanlah: "(Dermakanlah apa-apa) yang berlebih dari keperluan (kamu)". Demikian Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatnya (keterangan-keterangan hukumNya) supaya kamu berfikir:

SURAH AN-NISA:43 Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu hampiri sembahyang (mengerjakannya) sedang kamu dalam keadaan mabuk, hingga kamu sedar dan mengetahui akan apa yang kamu katakan. Dan janganlah pula (hampiri masjid) sedang kamu dalam keadaan Junub (berhadas besar) - kecuali kamu hendak melintas sahaja - hingga kamu mandi bersuci. Dan jika kamu sakit, atau sedang dalam musafir, atau salah seorang diantara kamu datang dari tempat buang air, atau kamu bersentuh dengan perempuan kemudian kamu tidak mendapat air (untuk mandi atau berwuduk), maka hendaklah kamu bertayammum dengan tanah - debu, yang suci, iaitu sapukanlah ke muka kamu dan kedua tangan kamu. Sesungguhnya Allah Maha Pemaaf lagi Maha Pengampun

HIKMAT PENGHARAMAN ARAK


Sudut kesihatan Hadis Rasulullah : Bahawasanya arak itu bukan ubat tetapi adalah sebagai pembawa penyakit. Mengikut kajian ilmiah bahawa arak menjadi sebab datangnya bermacammacam penyakit seperti sakit perut, perjalanan darah tidak betul, sakit paruparu, lemah nafsu, kecacatan pada kandungan, mandul dan sebagainya.

Mengancam keharmonian kemanusiaan Firman Allah yang bermaksud: Sesungguhnya syaitan mengkehendaki supaya berlaku permusuhan dan kebencian disebabkan oleh arak dan judi. Apabila seorang itu mabuk maka akalnya tidak dapat menghalang dirinya daripada mengeluarkan kata-kata atau perbuatan yang menyakiti orang lain. Sehingga boleh berlaku pergaduhan dan pembunuhan.

Menggugat darjat manusia haiwan Khamar adalah punca kejahatan hadis Rasulullah Seorang yang mabuk akan melakukan kejahatan sama ada dari segi percakapan dan perbuatannya, tanpa menyedari akibatnya.

Mengabaikan tuntutan Allah dan suruhan agama Dan arak itu menghalang kalian daripada menginati Allah dan daripada menunaikan solat maka berhentilah kamu (dari mengerjakan pekerjaan itu) Mengancam ekonomi sesebuah keluarga Minum arak mampu menghabiskan harta kerana minum arak ammpu membawa kepada kejahatan yang lain seperti berjudi, berfoya-foya dan sebagainya.

RUKUN KESALAHAN MINUM ARAK


Minuman (arak/khamar) Orang yang minum Niat

# arak atau khamar termasuklah segala jenis benda yang boleh memabukkan dan mengkhayalkan

SYARAT-SYARAT ORANG YANG MINUM ARAK


Baligh

Berakal
Minum dengan kehendak sendiri Minuman itu mestilah sampai ke dalam rongga melalui mulut.

Tidak disabitkan kesalahan minum arak jika: Tidak tahu minuman yang diminum itu memabukkan Tidak tahu akan haramnya khamar (jika dikelilingi masyarakat Islam maka alasan itu tidak boleh diterima)

Tahu akan benda yang diminum itu memabukkan tetapi tidak tahu jika meminum sebanyak itu akan memabukkan. (contoh:ubat batuk)

BUKTI YANG MENSABITKAN KESALAHAN MINUM ARAK


Kesaksian Pengakuan Bau mulut

HUKUM
Hadis Nabi: 1. Ertinya : Apabila mereka minum arak, sebatlah mereka, dan kemudian jika mereka minum lagi, sebatlah mereka dan kemudian jika mereka minum lagi, sebatlah mereka ( Riwayat Abu Daud) 2. Ertinya : Sesungguhnya dipukul (sebat) bagi arak (peminum) dengan kasut-kasut dan pelapah tamar sebanyak 40 kali (Riwayat Muslim) [2]

SEKIAN, TERIMA KASIH!

You might also like