You are on page 1of 3

ISL TAJUK 1: Bincangkan isu dan cabaran semasa khasnya dari aspek pengaruh perkembangan Teknologi Maklumat dan

Komunikasi terhadap para pelajar. Aspek teknologi telah digabungkan dalam kurikulum sekolah sebagai satu daya usaha ke arah menyemai dan memupuk minat serta sikap yang positif terhadap perkembangan teknologi. Budaya persekolahan seharusnya diubah daripada sesuatu yang berdasarkan memori kepada yang berpengetahuan, berpemikiran, kreatif dan penyayang dengan menggunakan teknologi terkini ( KPM, 1997 ). Atas alasan inilah pihak kerajaan melalui Kementerian Pendidikan berhasrat untuk

mengujudkan Sekolah Bestari yang sekali gus bertindak mengisi agenda perancangan dan pelaksanaan Koridor Raya Multimedia ( Multimedia Super Corridor atau MSC ). Pelaksanaan Sekolah Bestari akan membuka ruang seluas-luasnya kepada teknologi komputer dan internet, yang akan membolehkan fleksibiliti dan kepelbagaian dibina dalam sistem pendidikan (KPM, 1997). Penggunaan dan perkembangan internet yang meluas dalam bidang perniagaan dan komunikasi, akan memudahkan pelaksanaannya dalam bidang pendidikan. Pengaruh perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam pendidikan ialah menjadikan suasana lebih kondusif, mudahkan hasilan bahan, mempelbagaikan media dan maklumat yang dapat adalah pelbagai. Ia mempunyai tiga asas penting dalam penggunaan Teknologi Maklumat. Teknologi Maklumat berfungsi untuk mengumpul maklumat. Ia digunakan untuk suntingan dengan menggunakan teknologi. Teknologi maklumat memanipulasikan

maklumat dan proses semula imej. Proses berkomunikasi iaitu ia menjelaskan bagaimana teknologi maklumat digunakan untuk berkomunikasi bagi

mendapatkan maklumat daripada sumber kepada penerima.

Implikasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam pendidikan adalah penggunaan komputer dalam sistem organisasi yang mampu mengubah cara kerja dan penyesuaian pekerja dengan sesuatu tugasan. Selain itu, ia juga menjadikan sesuatu keputusan yang ingin dilaksanakan oleh organisasi menjadi lebih terancang dan telus terutama organisasi yang

mempunyai maklumat yang banyak dan terdapat perkara kerahsian. Implikasi yang lain seperti mampu untuk mengawal selia dengan lebih terancang dan tersusun tanpa wujud kekhilafan dalam perlaksanaannya. Kemampuan sistem komputer yang mempunyai internet dan perkembangan sistem komunikasi juga akan lebih menjurus kearah berkomunikasi secara interpersonal dan bukan secara bersemuka yang lazim dilaksanakan dalam organisasi.

Sumber 1: http://nidaspecialeducation2.blogspot.com/2012/08/pengaruhperkembangan-teknologi.html

Lampiran 2

Pengaruh Perkembangan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (TMK) : Suasana lebih kondusif Mudah hasilkan bahan Kepelbagaian media Maklumat pelbagai 3 Asas Penting Dalam Penggunaan Teknologi Maklumat : Berfungsi untuk mengumpul maklumat. Ia digunakan untuk suntingan dengan menggunakan teknologi. Memanipulasikan maklumat dan proses semula imej. Proses berkomunikasi iaitu ia menjelaskan bagaimana teknologi maklumat digunakan untukberkomunikasi bagi mendapatkan maklumat daripada sumber kepada penerima. Perubahan Teknologi Maklumat: Kuasa penggerak Pelaksanaan Pemudahan bertindak Kaedah perubahan Permulaan perubahan Implikasi TMK Dalam Pendidikan : Penggunaan komputer dalam sistem organisasi yang mampu merubah cara kerja dan penyesuaian pekerja dengan sesuatu tugasan. Menjadikan sesuatu keputusan yang ingin dilaksanakan oleh organisasi menjadi lebih terancang dan telus terutama organisasi yang mempunyai maklumat yang banyak dan terdapat perkara kerahsian. Mampu untuk mengawal selia dengan lebih terancang dan tersusun tanpa wujud kekhilafan dalam perlaksanaannya. Kemampuan sistem komputer yang mempunyai internet dan perkembangan sistem komunikasi juga akan lebih menjurus kearah berkomunikasi secara interpersonal dan bukan secara bersemuka yang lazim dilaksanakan dalam organisasi. Komputer Dalam Pendidikan : Pendidikan jarak Jauh Reformasi dalam pendidikan Mudah beri maklumbalas Sebagai bahan pengajaran pembelajaran Alat komunikasi Memudahkan pemahaman

You might also like