You are on page 1of 3

artikel

PERTUBUHAN BELIA SEBAGAI SAYAP PARTI PEMERINTAH

Oleh Zulkifli Ahmad


(mediajaya@gmail.com)

Pertubuhan belia lazimnya dihubungkaitkan dengan agen proses perubahan masyarakat.


Penglibatan dan peranan termasuk berupa gerakan agama, politik dan sumbangan tenaga
produktif ekonomi yang mereka ceburi membuktikan betapa besarnya pengaruh golongan
ini dalam masyarakat.

Bagaimanapun terdapat pertubuhan belia yang mewakili sebahagian besar generasi muda
tidak mempunyai sikap dan matlamat yang jelas. Potensi yang ada tidak digunakan untuk
mengembeling tenaga belia sebagai suatu kuasa dan agen menyeru kepada kebaikan dan
mencegah kemungkaran. Masing-masing mempunyai keutamaan matlamat perjuangan
yang tidak melambangkan pertubuhan belia. Mereka terlalu condong dan akur kepada
kerajaan, malah menjadi penyambung dasar dan hasrat kerajaan.

Umpamanya untuk mengukuhkan kekuasaan nazisme di Jerman, memantapkan ideologi


komunisme di Rusia dan isme Zionisme Yahudi, golongan belia merupakan tenaga
penggerak utama. Di Malaysia pertubuhan belia 4B dan MAYC boleh digolongkan dalam
kategori ini.
Belia 4B dan MAYC adalah sinonim. Mereka adalah pro pemerintah dan akan akur kepada
apa sahaja yang dilakukan oleh pemerintah dan tidak mungkin akan berpendirian atau
bersifat kritis.

Sesungguhnya apabila mengkaji dan memperihalkan Gerakan Belia 4B dan MAYC,


penampilan peranan dan sumbangan kerajaan tidak dapat dielakkan malah amat menonjol.
Ianya berlaku di semua peringkat sama ada di peringkat penubuhan hinggalah di peringkat
untuk menggerakkan aktiviti.

Dari segi penubuhan, kerajaanlah yang memainkan peranan utama dalam menggalak,
menganjur dan menubuhkan kedua-dua organisasi ini. Belia MAYC ditubuhkan pada tahun
1954. Kerajaan kolonial menubuhkannya kerana khuatir dan bimbang terhadap
kemungkinan belia dipengaruhi oleh fahaman komunis. Bagi Belia 4B pula, penubuhannya
pada tahun 1966 untuk mengatasi masalah kemunduran golongan belia luar bandar dalam
menyertai rancangan dan arus pembangunan sosio-ekonomi di zaman pasca
kemerdekaan.

Untuk mengurus dan menggerakkan aktiviti, kerajaan dan agensinya sentiasa bersedia
menyumbangkam bantuan dan kemudahan termasuklah sumbangan kewangan dan
kemudahan asas yang lain. Umpamanya untuk tujuan menguruskan pentadbiran Belia
MAYC, sejak tahun 1973, kerajaan melalui Kementerian Kebudayan Belia dan Sukan
(sekarang Kementerian Belia dan Sukan) menyumbang pelbagai bantuan kewangan dan
kemudahan infrastruktur.

Dari segi keahlian, sungguhpun keahliannya terbuka kepada semua kaum, tetapi dewasa
ini majoriti ahlinya terdiri daripada belia-belia Melayu. Mengikut perangkaan rasmi KBS
tahun 1986, keahlian Belia 4B dan MAYC adalah teramai sekali jika dibandingkan dengan
persatuan belia lain.

1
artikel

Dari 1.5 juta belia yang menganggotai pertubuhan belia di negara ini, sejumlah 461,233
belia adalah ahlinya. Penumpuan ini dipercayai hasil daripada kempen-kempen kerajaan.
Dari segi aktiviti, kecenderungan utama Belia 4B dan MAYC di tahun-tahun 60an adalah
kepada kegiatan yang bercorak kesenian dan kebudayaan. Namun berdasarkan kepada
lapuran mesyuarat agung tahunannya, dewasa ini terutamanya selepas kerajaan
melancarkan dasar ekonomi baru (DEB) kecenderungan itu telah berubah kepada kegiatan
di bidang perdagangan dan perniagaan, umpamanya koperasi Shamelin, Syarikat Nur
Harapan, Maycee Air Transport, Segemal 4B, perniagaan sewa-menyewa bilik pejabat,
perusahaan lombong bijih dan lain-lain.

Tidak dinafikan aktiviti keagamaan juga mendapat perhatian. Akhir-akhir ini sebagai
menyahut seruan penerapan nilai-nilai Islam kerajaan pimpinan Dr. Mahathir (sekarang
Islam Hadhari pimpinan Abdullah Ahmad Badawi) banyak program agama yang dijalankan.
Contohnya Seminar dan Khemah Kerja Keislaman, Musabaqah Membaca al-Quran, Kuiz
Agama, Pertandingan Nasyid, ceramah dan kelas-kelas agama.

Suatu aspek penting yang mendasari Belia 4B dan MAYC ialah hubungan dua hala dengan
pemerintah. Sungguhpun konsep kesukarelaan merupakan ciri utama gerakan belia ini,
namun sebagai pertubuhan belia yang ditubuhkan dan mendapat bantuan dan sokongan
daripada kerajaan tentulah menjadi harapan kerajaan supaya ia menjadi saluran bagi
memenuhi dan menjayakan hasrat dan dasar kerajaan.

Oleh kerana itu dalam menghadapi dasar-dasar kerajaan , Belia 4B dan MAYC tidak
mungkin bersifat kritis dan analitis, sebaliknya mereka akan menyokong dan
mempertahankan dasar-dasar dan hasrat kerajaan. Sebagai contoh Belia 4B dari Majlis
Belia Malaysia(MBM) pada tahun 1974 kerana membantah penglibatan pimpinan MBM
dalam demontrasi Baling.

Bagi kerajaan, Belia 4B dan MAYC bukan sahaja menjadi saluran untuk menjaya dan
mempertahankan dasar-dasarnya, tetapi digunakan sebagai tempat latihan para pemimpin
parti kerajaan. Ini tergambar dalam struktur organisasi kepimpinan pertubuhan belia
berkenaan. Penaung, penasihat dan pemimpin-pemimpin belia ini sama ada diperingkat
pusat, negeri dan daerah umumnya adalah terdiri daripada pemimpin-pemimpin politik parti
pemerintah.

Sarjana Sains Sosial, Dr. Hussein Muhammad dalam bukunya Gerakan Belia di Malaysia
mengakui kelangsungan ini. Lebih jauh beliau menyatakan organisasi belia seperti Belia 4B
dan MAYC merupakan training ground (tempat latihan) atau stepping stone (batu loncatan)
bagi memperluaskan pengaruh dan latihan berpolitik seseorang, ataupun organisasi belia
digunakan sebagai alat dan kumpulan bagi seseorang pemimpin muda dalam
mengukuhkan kedudukan, imej peribadi serta mencari pengikut untuk mereka terpilih
sebagai pemimpin kemudiannya.

Keterangan mengenai hubungan ini dapat dijelaskan dengan penglibatan bekas dan tokoh-
tokoh yang masih lagi memimpin belia 4B dan MAYC dalam politik UMNO. Daripada Belia
4B umpamanya Haji Suhaimi Datuk Haji Kamaruddin, Muhammad Rahmat, Tajul Rosli Tan
Sri Ghazali, Abu Bakar Daud dan Mohd Isa Abd.Samad. Daripada MAYC umpamanya
Sanusi Junid, Tengku Razaleigh Hamzah, Ahmad Rastom Hj. Ahmad Mahir dan Ramli
Ngah Talib. - Zulkifli Ahmad.

2
artikel

(Artikel ini adalah disaring daripada Tesis yang bertajuk "Organisasi Gerakan Belia
PKBM/MAYC dan 4B Malaysia: Pendekatan Pemahaman Islam Kepada Belia, Satu Kajian
Perbandingan" yang dikemukakan kepada Jabatan Usuluddin dan Falsafah UKM bagi
memperolehi Ijazah Sarjana Muda. Diterbitkan oleh Harakah 2 Disember 1988)

Lain-lain artikel lawati www.mediajaya.my

You might also like