You are on page 1of 10

Disediakan oleh: Nur Farahiyah Binti Ab Wahab

DEFINISI PEMBELAJARAN
Proses belajar bagi memperoleh ilmu pengetahuan dan

menjalani latihan (Kamus Dewan). Perubahan tingkah laku yang agak tetap dan berlaku kerana pengalaman atau latihan yang diteguhkan. Tidak melibatkan penguasaan fakta atau konsep bidang ilmu sahaja tetapi turut melibatkan perkara berkaitan emosi, kasih sayang,benci, hasad dengki dan kerohanian. Tidak terbatas kepada apa yang dirancang tetapi turut melibatkan pengalaman di luar kawalan seperti kemalangan atau jatuh cinta pada pandangan pertama.

DEFINISI PEMBELAJARAN AKSES KENDIRI


Suatu pendekatan pembelajaran yang membantu dan

memberi peluang kepada pelajar untuk memperolehi kemahiran dan pengetahuan secara berdikari: Bahan pembelajaran direka dan diuruskan supaya murid

belajar mengikut minat, keperluan, tahap kemampuan dan gaya pembelajaran mereka. kaedah pembelajaran dan pengajaran yang lebih tertumpu kepada para pelajar.

Berpusatkan murid
PEMBELAJARAN Kemampuan murid Keperluan murid Matlamat murid Perancangan murid

Takrif PAK Konsep

tempo t bahan

stail

AKSES
bimbingan masa

Pembelajaran Akses Kendiri (PAK) ialah satu program yang memberi murid akses kepada tempat, bahan, bimbingan, stail dan tempoh masa belajar. Murid belajar secara kendiri melalui penggunaan bahan pembelajaran dan memilih aktiviti pembelajaran sendiri serta menilai dan memantau kemajuan mereka sendiri. Dengan ini murid mempunyai autonomi dan bertanggungjawab dan berdikari ke atas pembelajaran mereka.

KEPERLUAN PAK
Hanya pelajar sendiri dapat melakukan pembelajaran

secara optimum. Terdapat ruang tiada guru yang dapat melakukannya untuk pelajar. Setiap pelajar mempunyai minat, keperluan, sikap dan tahap kecerdasan dan kebolehan yang berbeza. Pelajar yang lebih tahu menentukan sendiri strategi pembelajaran terbaik untuknya.

CIRI-CIRI PAK
Guru berperanan sebagai fasilitator, jurulatih

dan kaunselor. Suasana pembelajaran fleksibel, selesa dan tanpa tekanan. Bahan PAK dan bahan fasilitator mudah diakses. Pemilihan bahan dan akvititi pembelajaran yang luas. Kemudahan yang membolehkan pelajar belajar secara sendiri atau kumpulan. Membolehkan pembelajaran mengikut kadar dan kemampuan pelajar.

TANGGUNG JAWAB

GURU

MURID

Menggalakkan murid berinteraksi sesama sendiri

Mengenal pasti keperluan sendiri Mengenal pasti kebolehan sendiri Menetapkan matlamat sendiri Mengenal pasti masa pembelajaran sendiri Menyediakan pelan pembelajaran sendiri

Mewujudkan persekitaran yang memberi peluang murid menguji kemampuan sendiri


Membantu murid menyedari pelbagai strategi pembelajaran Melatih murid belajar sendiri Membimbing murid di mana perlu

KELEBIHAN
Pelajar mendapat kemahiran belajar untuk belajar.
Pelajar mendapat pengetahuan dan kemahiran secara

berdikari. Pelajar dapat belajar mengikut keperluan dan gaya mereka sendiri. Pelajar memiliki kuasa autonomi dan tanggungjawab ke atas pembelajaran sendiri. Guru lebih mengenali murid dengan lebih dekat. Menjimatkan masa

You might also like