You are on page 1of 12

KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN

Pengenalan
Kaedah pengajaran adalah terdiri daripada beberapa langkah atau kegiatan yang mempunyai urutan yang tertentu. Pengajaran yang dimaksudkan ialah segala aktiviti seseorang untuk menghasilkan perubahan tingkah laku yang agak kekal dalam diri seseorang yang lain. Teknik-teknik pengajaran adalah kemahiran atau perkaraperkara khusus yang terdapat dalam sesuatu kaedah. Jika seseorang guru itu tidak dapat menguasai teknik-teknik yang ada apda sesuatu kaedah maka kemungkinan besar matlamat kaedah itu akan tidak berhasil.

Sumbang saran
Satu aktiviti perbincangan yang dikendalikan secarakumpulan. menjana idea tanpa mengira idea tersebut sesuai atau tidak. mengelakkan berfokus kepada satu cara penyelesaian sahaja. penilaian, perbincangan dan kritikan ditunda sehingga semua percambahan idea sudah dibuat. Topik perbincangan sesuai dengan kebolehan dan minat murid-murid.

Tujuan Sumbang saran


Murid dilatih mengemukakan idea dan pendapat mereka dengan cara yang logik dan analitis Memupuk semangat kerjasama dan berkongsi maklumat antara satu sama lain Meningkatkan mutu penguasaan kemahiran lisan Melatih murid berusaha menyelesaikan masalah penting bersama-sama Memperolehi banyak idea dalam tempoh masa yang singkat

Prinsip-prinsip Sumbang saran


1. Topik perbincangan haruslah sesuai dengan kebolehan dan minat murid 2. Garis panduan yang diberikan ringkas dan jelas 3. Setiap kumpulan mengandungi ahli yang terdiri daripada pelbagai kebolehan. 4. Setiap kumpulan memilih pengerusi yang boleh menggalakkan ahlinya mengemukakan cadangan dan idea berkaitan dengan topik perbincangan.

5. Semua cadangan/idea dicatat untuk dibincangkan dalam sesi umum. 6. Cadangan/idea walaupun salah, tidak boleh dikritik. Penilaian dan rumusan hanya dibuat pada peringkat perbincangan yang akhir. 7. Setiap ahli diberi giliran untuk mengemukakan cadangan.

8. Ahli digalakkan menggunakan prinsip 5W (iaitu: What? Why? Who? Where? When?) untuk memperluaskan idea penyelesaian masalah. 9. Ahli digalakkan menyumbangkan seberapa banyak idea yang boleh untuk meningkatkan kemungkinan penyelesaian. 10. Wujudkan suasana tidak formal untuk menggalakkan perbincangan. 11. Pastikan peruntukan masa untuk sesi sumbangsaran adalah patut dan mencukupi.

Contoh soalan-soalan untuk sesi sumbangsaran


Apakah maklumat penting dalam soalan bermasalah ini? Apakah yang hendak diseselaikan? Bagaimana kita gunakan maklumat yang diberi untuk menyelesaikan masalah itu? Apakah kaedah yang sesuai digunakan? Mengapa?

Kelebihan sumbangsaran
1. Setiap ahli dalam kumpulan kecil diberikan peluang untuk mencadangkan pendapatnya 2. Idea-idea penyelesaian didatangkan daripada murid-murid sendiri 3. Strategi pembelajaran berpusatkan murid 4. Sesi sumbangsaran dapat melatih muridmurid berfikir dan mengeluarkan pendapat secara analitis, kritis dan rasional.

5.Memperkukuhkandan meningkatkan penguasaan kemahiran lisan. 6.Melatih murid menghormati pendapat orang lain 7.Meningkatkan kemahiran interaksi antara murid 8.Memupuk semangat kerjasama dan berkongsi ke arah menyelesaikan masalah

Kelemahan sumbangsaran
1. Murid kurang cerdas mungkin tidak dapat memberi sumbangsaran yang berpatutan 2. Cara menyelesaikan masalah memakan masa yang banyak 3. Murid-murid sekolah rendah tidak mampu mengendalikan sesi perbincangan dengan berkesan kerana kurang pengalaman serta aras kognitif mereka rendah.

4.Banyak masa disia-siakan jika murid menggunakan lebih masa untuk berbual bual daripada memberi sumbangan. 5.Terlalu banyak pendapat/idea akan menimbulkan kekeliruan semasa memilih dan menilai idea pada peringkat akhir. 6.Pendapat dan idea murid yang tidak dipilih menjadi rumusan akhir akan menimbulkan perasaan kecil hati murid berkenaan. 7.Sukar menggubal soalan perbincangan yang sesuai.

You might also like