You are on page 1of 27

1.

PENGENALAN

KATA TUGAS (TATABAHASA DEWAN)


EDISI BAHARU BAB 9 (237)

Morfologi

Bidang ilmu yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata.


Struktur kata bermaksud susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang
(tulisan) yang menjadi unit bahasa yang bermakna. Bentuk kata pula
ialah rupa unit tatabahasa, sama ada berbentuk tunggal atau hasil
daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan.
Penggolongan kata ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan
keserupaan bentuk dan/atau fungsi dengan anggota lain dalam
golongan yang sama.

Sintaksis

Sintaksis dapat ditakrifkan sebagai bidang ilmu bahasa yang mengkaji


bentuk, struktur dan binaan atau konstruksi ayat. Kita juga dapat
memahami bidang sintaksis sebagai kajian tentang hukum atau rumus
tatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan dan penyusunan
perkataan atau kelompok perkataan untuk membentuk ayat dalam
sesuatu bahasa.

Kata Tugas

Pendahuluan
Kehadiran kata tugas dalam ayat tidak berfungsi sebagai unsur inti
dalam sebarang predikat, baik predikat frasa nama, predikat frasa
kerja, mahupun predikat frasa adjektif. Kata-kata tugas ialah sejenis
perkataan yang hadir dalam ayat, klausa, atau frasa untuk mendukung
sesuatu tugas sintaksis tertentu, sama ada sebagai penghubung,
penerang, penentu, penguat, pendepan, pembantu, penegas, penafi,
pembenar, pemeri, atau tugas-tugas lain. Berdasarkan tugas-tugas
yang disebutkan di atas, maka kata tugas dapat dijeniskan kepada
jenis-jenis yang berikut:

kata hubung
kata seru
kata tanya
kata perintah
kata pangkal ayat
kata Bantu
kata penguat
kata penegas
kata nafi
kata pemeri
kata sendi nama
kata pembenar
kata arah
kata bilangan
kata penekan
kata pembenda

Kelompok Dasar Kata Tugas

Untuk memudahkan penghuraian, bolehlah dikelompokkan 16 jenis


kata tugas ini ke dalam 4 kelompok, berdasarkan kriteria kedudukan
dan fungsinya dalam binaan ayat, sebagai yang berikut:

i. kata penyambung ayat


ii. kata praklausa
iii. kata prafrasa
iv. kata pascakata

Tiap-tiap kelompok mengandungi jenis-jenis kata tugas tertentu


seperti yang berikut:

Kata penyambung ayat, yang terdiri daripada satu jenis kata tugas,
iaitu kata hubung. Kata hubung terdiri daripada 2 jenis:
kata hubung gabungan
kata hubung pancangan

a. keterangan
b. komplemen
c. relatif

Kata praklausa
1. kata seru
2. kata tanya
3. kata perintah
4. kata pembenar
5. kata pangkal ayat

Kata prafrasa
1. kata Bantu
2. kata penguat
3. kata penegas
4. kata nafi
5. kata pemeri
6. kata sendi nama
7. kata arah
8. kata bilangan

Kata pascakata
1. kata penekan
2. kata pembenda

Kata Penyambung Ayat

Kata penyambung ayat ialah kata hubung, iaitu sejumlah perkataan


yang bertugas menghubungkan dua binaan ayat atau lebih sehingga
menjadi satu bentuk ayat yang berlapis, yang dikenali sebagai ayat
majmuk. Terdapat dua jenis ayat majmuk yang terbentuk, iaitu ayat
majmuk gabungan dan ayat majmuk pancangan. Ayat majmuk
gabungan dihubungkan dengan kata hubung gabungan, manakala ayat
majmuk pancangan dihubungkan dengan kata hubung pancangan.
Keterangan lebih lanjut tentang ayat majmuk dan jenis-jenisnya
terdapat dalam

Bab18.

Kata hubung gabungan

Kata hubung gabungan ialah jenis kata yang menghubungkan dua


klausa atau lebih yang sama tara sifatnya. Ayat yang terbantuk yang
menggunakan kata hubung gabungan ini disebut ayat majmuk
gabungan. Berikut diberi beberapa contoh kata hubung gabungan:

dan
lalu
atau
malahan
tetapi
sambil
serta
kemudian

Penggunaannya dalam ayat adalah seperti yang berikut

Aminah mengemas rumah dan ibunya membasuh kain.


tetamu itu bangun lalu turun ke Serambi
mereka mungkin pergi ke Johor atau ke Perak
Bukan Ali sahaja yang pemurah malahan anaknya juga dermawan.
Ahmad lulus ujian itu tetapi adiknya gagal.
Ia berkata-kata sambil merenung wajah temannya.
walita itu memeluk anaknya serta membelai rambutnya
Sampah itu dipungutnya kemudian dicampakkannya ke dalam tong
sampah.
Dia mengambil surat itu lalu menyerahkannya kepada Ahmad.
Ahli politik itu berpidato sambil menepuk-nepuk dadanya.
Kata hubung pancangan

Kata hubung pancangan ialah jenis kata hubung yang menyambung


klausa-klausa tak setara atau klausa pancangan pada klausa utama
atau klausa induk. Kata hubung pancangan terbahagi kepada tiga
jenis, iaitu:

i. kata hubung pancangan relatif


ii. kata hubung pancangan komplemen
iii. kata hubung pancangan keterangan

i. Kata hubung pancangan relatif


Kata hubung pancangan relatif atau ringkasnya kata relatif ialah kata
yang berfungsi menghubungkan klausa utama dengan satu klausa
kecil yang lain. Bentuk kata hubung jenis ini ialah yang.

Beberapa contoh ayat yang mempunyai kata relatif adalah seperti


yang berikut:
11. Pemuda yang kena tangkap itu telah diberi amaran.
12. Budak yang sedang membaca itu adik saya.
13. Buku yang dibeli Ahmad itu buku sejarah.
14. Mereka menonton drama yang disukai ramai.
15. Saya membeli baju yang berwarna hijau.
16. Ali memanggil kanak-kanak yang sedang bermain itu.
17. Ibu menghalau kucing yang mencuri ikan tadi.
18. Alia menangis mendengar cerita yang sedih itu.
19. Mak Minah yang berjaja kain itu jiran saya.
20. Bangunan yang sedang dibina itu kepunyaan syarikat kami.

ii. Kata hubung pancangan komplemen


Kata hubung pancangan komplemen, ringkasnya kata komplemen atau
pelengkap pada satu klausa utama. Dua contoh kata complement yang
sering digunakan ialah bahawa dan untuk.
Contoh penggunaannya dalam ayat adalah seperti yang berikut:

21. Guru itu menyatakan bahawa murisnya sangat rajin.


22. Mereka mengetahui bahawa Haji Ahmad saudagar besar.
23. Ibu itu memberitahu bahawa anaknya akan pulang esok.
24. Untuk memaksa dia hadir adalah tidak wajar.
25. Sungguh mustahil untuk banduan itu melepaskan diri.
26. Kami tidak menyedari bahawa mereka bukan ahli persatuan.
27. Pegawai-pegawai itu beranggapan bahawa mutu kerja perlu
ditingkatkan.
28. Kita harus sentiasa ingat bahawa hidup di dunia ini sementara
sahaja.

iii. Kata hubung pancangan keterangan


Kata hubung pancangan keterangan, ringkasnya kata keterangan,
berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi keterangan pada satu
klausa utama. Beberapa contoh kata keterangan adalah seperti yang
berikut:

kerana
agar
meskipun
sekiranya
semoga supaya
kalau
andaikata
kendatipun
hingga
jika(lau)
semasa
sementara
setelah
sewaktu
ketika
tatkala
untuk
walaupun
sungguhpun
apabila
Contoh penggunaannya dalam ayat:
29. Pegawai itu sering dipuji kerana rajin bekerja.
30. Pertunjukkan itu akan ditangguhkan sekirannya tiada sambutan.
31. Kalau musuh menyerang kami akan melawan.
32. Ia bersorak terlalu kuat hingga serak suaranya.
33. Sementara menanti padi masak petani itu menanam jagung.
34. Pencuri memasuki rumah itu ketika penghuninya sedang nyenyak
tidur.
35. Walaupun kurang sihat, dia tetap menghadiri majlis usrah itu.
36. Pertahanan negara perlu diperkuat agar keamanan sentiasa
terjamin.
37. Orang tua itu berdoa semoga keluarganya sentiasa sihat.
38. Kami akan merayu andai kata permohonan itu ditolak.
39. Pekerja-pekerja itu akan mogok jikalau perundingan gagal.
40. Penonton bersurai setelah permainan selesai.
41. Tatkala hujan turun mereka masih di sawah.
42. Sungguhpun letih pemain handal itu terus bermain juga.
43. Meskipun hari sudah lewat Ali belum pulang juga.
44. Murid itu belajar bersungguh-sungguh supaya berjaya dalam
peperiksaan.
45. Usah kita bercakap kasar terhadapnya, kendatipun ia seorang
yang sombong.
46. Semasa kami tiba mereka tiada di rumah.
47. Sewaktu polis membuat pemeriksaan barang itu tiada padanya.
48. Nira dapat dikumpul untuk dibuat manisan atau tuak.
49. Apabila senja tiba kelawar berterbangan keluar mencari makanan.

Beberapa contoh penggunaan Kata Hubung “hingga” dan “kerana”


dalam ayat konkordens dalam teks Hikayat Abdullah

1. a akan dia pada siang malam; ***hingga*** sampailah kepada


waktu perja
2. gajar akan Tuan Thomsen itu, ***hingga*** sampai beberapa
lamanya, ada
3. di batu itu, Wallahu a`lam. ***Hingga*** sampailah tinggal batu
itu k
4. h yang tersangkut dalam hati ***hingga*** sampai sekarang ini.
Maka ba
5. aku pulang balik ke Melaka, ***hingga*** sampailah kepada suatu
tahun

1. kepada tuan paderi Thomsen, ***kerana*** adalah halku pada


ketika itu
2. anjutkan akan perkataan ini, ***kerana*** bukannya hajatku
mengarang y
3. ang yang ada beranak banyak; ***kerana*** demikianlah
diperbuat oleh o
4. ayar pergi berniaga ke Siak, ***kerana*** perniagaan terbuka
dalam neg
5. b dipanggilnya demikian itu, ***kerana*** tiga belas tahun umur
nenekk
6. main barang ke mana sukaku; ***kerana*** adalah pada masa itu
kesukaa
8. entur akan dia, ia mengikut, ***kerana*** ia lagi lembut. Maka
apabila
9. araku Muhammad Latif itulah, ***kerana*** ia lah yang banyak
memukul d
10. alah bolah didakwa akan dia, ***kerana*** ia mengajar baik.
Sebag
11. ga-bunga dan gambar- gambar, ***kerana*** pada masa itu aku
biasakan t
12. uratnya, iaitu bahasa Hindu, ***kerana*** adalah adat dalam
bahasa neg
13. rang tua-tua kampung sahaja; ***kerana*** adalah pada tiap-
tiap kampun
14. gkau biasakan menulis malam, ***kerana*** nanti lekas rosak
mata; dan
15. takut barangkali ada salah, ***kerana*** belum pernah- pernah
aku mem
16. an bahawa aku memuji diriku. ***Kerana*** berfikirlah tuan-
tuan, maka
17. atut belajarkan bahasa Arab, ***kerana*** ia itu yang berguna
kepada a
18. ang-orang yang tersebut itu, ***kerana*** lebihlah pengetahuan
dan pen
19. u tiadalah terbilang adanya, ***kerana*** tiada mengetahui
hukumnya, a
20. "Apakah gunanya dipelajari, ***kerana*** ia itu bahasa kita;
lagipun
21. ka mereka itu demikian, oleh ***kerana*** kukuhnya kota itu,
serta den
22. escaya banyaklah orang mati; ***kerana*** ada beberapa banyak
jin syai
23. oleh Inggeris akan kota itu, ***kerana*** teguhnya. Dan lagi oleh
seba
24. nya. Maka apalah boleh buat? ***Kerana*** dengan taksirnya
sendiri ia
25. gaimanakah perbuatannya itu, ***kerana*** seumur hidup orang
Melaka be
26. masa kepada suatu masa. $$54 ***Kerana*** kebesaran dan
kemuliaan duni
27. nakan oleh bangsa lain-lain, ***kerana*** pada sangkanya
demikianlah k
28. mendengar perkataannya itu, ***kerana*** berlainan tabiatnya
itu dari
29. a dengan bijaksananya. ***Kerana*** kecuali kebanyakan kulihat
o
30. at yang akan dikirimkan itu; ***kerana*** ini pekerjaan mahu
lekas, ti
31. angan rupanya dan pakaiannya ***kerana*** namanya begitu
masyhur. Maka
32. itu takjublah sangat hariku, ***kerana*** kusangkakan
bagaimanakah rup
33. ada ia pun dibunuh hukumnya. ***Kerana*** sekali-kali tiada
diluluskan
34. sebab mendengar khabar itu, ***kerana*** lagi se-Jumaat sahaja
semua
35. sahaya hendak bercakap tuan, ***kerana*** takut ada orang
Holanda puny
36. rapakah mati sahaya tak tahu ***kerana*** gelap sangat." Maka
adapun t
37. k disuruhnya baca surat itu, ***kerana*** ia mengetahui bahasa
Jawa. M
38. hendak dipukulnya akan dia, ***kerana*** pada ketika itu aku
ada meng
39. `Mari kita singgah di Jambi; ***kerana*** angin $$88 ini terlalu
kenca
40. Sekarang bagaimana bicaramu? ***Kerana*** kita tiada boleh
menyampaika
41. ayarkan bersungguh- sungguh? ***Kerana*** ini ketika bukannya
musim an
42. rik nafas sebentar-sebentar; ***kerana*** pada hari itu ia hendak
memu
43. ar, engkau pergi naik lekas, ***kerana*** pukul empat dia mahu
belayar
44. esar kepada Tuan Lord Minto, ***kerana*** ia sudah mengaku,
mengatakan
45. udiannya yang tiada berguna. ***Kerana*** telah diketahuinya
tabiat ma
46. annya dari sebab mati, tuan, ***kerana*** ia lagi budak-budak,
belum b
47. dak belajar bahasa Inggeris, ***kerana*** belum lagi ada tempat
belaja
48. tau bertutur Inggeris betul, ***kerana*** tiada yang belajar. Sya
49. halnya paderi Inggeris itu, ***kerana*** belum pernah aku
melihat dan
50. bersalahan noktahnya sahaja. ***Kerana*** $$96 dalam surat-
surat Melay
51. Sudah terang lagi bersuluh. ***Kerana*** kecuali sepuluh kulihat
bany
52. ya, "Apa buat belajar, tuan, ***kerana*** sahaya sendiri punya
bahasa,
53. kalian itu tiada kuendahkan, ***kerana*** kuketahui ia itu orang
bodoh
54. lidahnya, lagi lambat dapat, ***kerana*** ia susah menyebut
perkataann
55. ah dipakai tanda itu ***kerana*** demikianlah hukumnya dalam
h
56. ian. Maka tiadalah aku mahu, ***kerana*** bersalahan dengan
pelajarank
57. penanggalan akan darah itu, ***kerana*** penanggalan itu konon
takut
58. angkali tersangkut perutnya. ***Kerana*** ada ceritanya, datang
penang
59. barang tempat atau tempayan, ***kerana*** ia itu gunanya
merendamkan p
60. a perkara yang tersebut itu. ***Kerana*** asalnya pekerjaan itu
semuan
61. a kehilangan tongkat adanya. ***Kerana*** adalah telah
beberapa lamany
62. ma hukumnya menduakan Allah. ***Kerana*** sekali-kali tiada
yang lain
63. atau di $$116 Tanah Keling. ***Kerana*** kuketahui yang
demikian itu
64. ebutkan nama-nama kitab itu, ***kerana*** melanjutkan
pekerjaan adanya
65. anya. Tiadalah berdaya lagi, ***kerana*** tiada lulus
kehendaknya. Dan
66. erlebih bapaku membelanjakan ***kerana*** bersuka hatinya
anaknya seor
67. ukannya seperti dahulu lagi, ***kerana*** pulang pula kepada
adat yang
68. sekaliannya itu kutegurkan, ***kerana*** menurut jalan bahasa
Inggeri
69. engerti salinan Holanda itu, ***kerana*** bukannya aturan
bahasa Melay
70. t yang patut ada ditiadakan. ***Kerana*** masing-masing
kecualinya gur
71. Apakah kelak fikiran orang? ***Kerana*** kitab itu tempat orang
Maseh
72. Maka dalam fahamku demikian, ***kerana*** belum pernah aku
mendengar d
73. mengambil negeri Melaka itu. ***Kerana*** pada sangka mereka
itu boleh
74. a yang ada dalam Melaka itu. ***Kerana*** mereka itu
menempelak aku se
75. nda alangkah banyak gunanya? ***Kerana*** banyak Holanda itu
hendak be
76. endak belajar bahasa Melayu, ***kerana*** selama-lamanya
negeri ini na
77. mana patut sampai ia datang. ***Kerana*** pada masa itu ia
pergi ke Ac
78. endak dilantikkan Bendahara, ***kerana*** keduanya itu sama
putera mar
79. u bernama Pancuran Larangan, ***kerana*** ia itu tempat segala
gundik
80. sekalian tiada berani naik, ***kerana*** banyak puakanya.
Kerana seha
81. hentilah daripada berteriak, ***kerana*** sakit kena sengat lipan
itu
82. binatang dihisapnya darahnya ***kerana*** ia segera hendak
menjadi ula
83. eri itu, tiada akan menjadi. ***Kerana*** bukannya sedikit-sedikit
bel
84. eminta daripada tuan dahulu, ***kerana*** ia pekerjaan besar
adanya."
85. nta silakan Tengku ke Selat, ***kerana*** hendak diangkat oleh
mereka
86. jalan dari tepi laut sahaja; ***kerana*** takut berjalan di hutan
dara
87. a waktu itu terlalulah jinak ***kerana*** belum pernah dikail
orang se
88. il dan memakai kolek sahaja, ***kerana*** belum pernah ia
melihat oran
89. r Inggeris yang ada di sini. ***Kerana*** segala bangsa sebelah
sini s
90. lalu susah di seberang sini, ***kerana*** semuanya tanah
lumpur, dan l
91. a, asal boleh segera terang, ***kerana*** semuanya itu lagi
hutan bela
92. tong tanah di Kampung Gelam, ***kerana*** kemudian nanti
menjadi kampu
93. tiadalah dapat dibaca orang, ***kerana*** sudah bekas haus
dimakan air
94. , tetapi tiada dapat dibaca, ***kerana*** oleh tersangat lama,
tenggel
95. sempit, tiada boleh selesa, ***kerana*** diapit orang kiri-kanan.
Lag
96. mpuan hendak berjalan-jalan, ***kerana*** tempat ini di tengah-
tengah
97. a, istimewa bangsa Inggeris. ***Kerana*** terlalu banyak
bencana yang
98. n kepada orang-orang Melaka, ***kerana*** seumur hidup
mereka itu dala
99. n orang memakai senjata itu, ***kerana*** adalah beberapa
banyak kebaj
100. yu dengan tiada suka belajar ***kerana*** sementara dia lagi
kecil ini
101. fles di rumah Tuan Farquhar, ***kerana*** itu hari ada bicara
orang $$
102. anya diketahui sekalian itu? ***Kerana*** ia itu berguna dalam
dunia y
103. an itu meninggalkan akhtiar, ***kerana*** adalah tersebut
dalam bebera
104. oleh belajar dengan mudahnya ***kerana*** dengan bahasanya
sendiri. Ak
105. pa, boleh cuma-cuma belajar. ***Kerana*** makin lama kelak
makin ramai
106. beri lebih daripada sahaya, ***kerana*** pekerjaan ini berguna
kepada
107. ihan barang sedikit jua pun, ***kerana*** kulihat apabila budak-
budak
108. gan ayam jantan itulah juga, ***kerana*** itulah yang telah
dipandangn
109. pada sebulan sepuluh ringgit ***kerana*** pada masa itu
kebanyakan ora
110. bukannya seperti zaman ini, ***kerana*** pada masa itu jikalau
ada ba
111. uklah ia dengan dukacitanya, ***kerana*** serinya telah tiada.
Adapun
112. h dapat begitu punya untung, ***kerana*** ia itu kepala doktor,
ia dat
113. menyamun dan membunuh orang ***kerana*** hampir- hampir
semuanya mere

KATA TUGAS (TATABAHASA BAHASA MELAYU)


MORFOLOGI DAN SINTAKSIS (AH) 203

KATA TUGAS

Pendahuluan

Kebanyakan perkataan mempunyai makna. Perkataan-perkataan kata


nama, kata kerja dan kata sifat, semuanya mempunyai makna. Tetapi,
ada perkataan tidak mempunyai makna. Perkataan-perkataan itu
hanya mempunyai tugas. Oleh yang demikian perkataan-perkataan itu
disebut kata tugas. Walaupun kata tugas tidak mempunyai makna,
tetapi perkataan-perkataan itu penting kerana tugas-tugas yang
dimainkan olehnya dalah mustahak.

Jenis-jenis Kata Tugas


Kata tugas terdiri daripada 14 jenis iaitu:

Kata sendi
Kata hubung
Kata arah
Kata pemeri
Kata Bantu
Kata penguat
Kata penegas
Kata nafi
Kata tanya
Kata perintah
Kata pembenar
Kata bilangan
Kata seru
Kata pengkal ayat

Kata Hubung

Ada satu lagi jenis kata tugas yang selalu dikelirukan dengan kata
sendi. Kata tugas itu ialah kata hubung. Kata sendi dan kata hubung
berlainan. Kata sendi digunakan dalam frasa tetapi kata hubung
digunakan untuk menggabungkan perkataan dengan perkataan, frasa
dengan frasa, klausa dengan klausa, ataupun ayat dengan ayat. Kata
hubung dalam bahasa Melayu boleh jadi dalam bentuk akar ataupun
terbitan.

Kata hubung berbentuk akar ialah:

dan
kalau
hingga
dengan
lalu
yang
jika
atau
kerana
kemudian
sambil
agar
walau
serta
supaya
demi
demikian
ketika
walhal

Kata hubung bentuk terbitan ialah:

setelah
walaupun
andaikata
semoga
kendatipun
jikalau
sekiranya
sungguhpun
pada hal
semasa
meskipun
sedangkan
sementara
sewaktu
bagaimanapun
sekalipun
seketika
itupun
sesungguhnya
sayugianya
mahupun
seandainya
mudah-mudahan
malahan
seharusnya
sebaiknya
moga-moga

1.1 Pendahuluan

Mengkaji dan membincangkan berkenaan Tatabahasa Melayu sudah


sekian lama dijalankan oleh para sarjana bahasa kita. Bermula dengan
Za’ba, lahirlah beberapa tokoh penting dalam perkembangan kajian
tatabahasa Melayu seperti Asmah Hj. Omar, Abdullah Hassan, Nik
Safiah Karim, Siti Hajar Abdul Aziz dan beberapa yang lain untuk
menghasilkan beberapa buku tatabahasa sebagai panduan dan
perbandingan yang akan menjadi sandaran kepada semua peringkat
institusi pendidikan di negara kita. Pada masa kini, sarjana-sarjana
bahasa seperti Asmah, Abdullah dan Nik safiah masih hangat
memperluaskan bidang kaijan tatabahasa melayu yang lebih tuntas
dan mampu dikembangkan berlandaskan rumus-rumus tatabahasa
mengikut keperluan kepada bidang pendidikan bahasa.

Kajian tatabahasa Melayu sentiasa menjadi tumpuan terutamanya


kepada pengguna-pengguna bahasa Melayu di semua peringkat
pengajian mahupun di sekolah rengah ataupun hingga ke peringkat
universiti. Kajian yang akan dijalankan berhubung dengan Sendi
Kata/Kata Hubung yang termasuk dalam penggolongan Kata Tugas.
Dalam beberapa buku yang telah dihasilkan oleh ahli bahasa, telah
membincangkan berkenaan sendi kata/kata hubung yang hadir dalam
ayat, di mana keutamaannya mempunyai fungsi yang amat penting
dan hadir untuk menghubungkan frasa dengan frasa ataupun ayat
dengan ayat terutamanya dalam kajian sintaksis.

Pada dasarnya, kajian ini adalah untuk menghuraikan fungsi sendi


kata dalam golongan kata tugas secara tuntas menggunakan beberapa
kaedah seperti deskripsi struktur bersandarkan data korpus bercetak
dan digital. Hasil daripada kajian ini akan dapat memperkemaskan lagi
kajian-kajian awal yang telah dibuat oleh sarjana-sarjana bahasa
tersohor.

1.2 Penyataan Masalah

Para sarjana bahasa mempunyai pandangan yang agak sama


mengenai penggunaan kata tugas dalam pembentukan ayat. Buku
Nahu Melayu Mutakhir oleh Asmah Hj. Omar menyatakan bahawa kata
partikel (kata tugas) tidak mempunyai makna atau berdiri sendiri
tetapi mempunyai fungsi yang amat penting dalam sesuatu ayat.
Abdullah Hasan dalam bukunya Tatabahasa Melayu, menyatakan
bahawa kata tugas tidak mempunyai makna tetapi mempunyai tugas
tertentu mengikut keperluan sesuatu ayat. Ini nyata dibincangkan
dalam bukunya dan membahagikan kata tugas kepada 14 kata lain
mengikut penggunaannya dalam sesuatu ayat. Tatabahasa Dewan oleh
Nik Safiah Karim membahagikan 16 kata tugas yang berfungsi
mengikut keperluan ayat tersebut.

1.3 Tujuan Kajian

Kajian yang dijalankan ini adalah untuk mencapai perkara-perkara


seperti berikut;
mengenal pasti benuk-bentuk sendi kata dalam kata tugas
berdasarkan tinjauan korpus bercetak dan digital.
mengenal pasti fungsi sendi kata dalam struktur sintaksis.
menghasilkan deskripsi sendi kata yang lebih lengkap.
melihat implikasi kajian ini terhadap pengajaran dan pembelajaran
Bahasa Melayu di semua peringkat institusi pendidikan.
mencadangkan satu modul pengajaran sendi kata yang sesuai
berdasarkan standardisasi yang dibuat.
1.4 Kepentingan Kajian

Kajian yang dibuat ini diharap memberi sumbangan kepada bidang


ilmu bahasa khususnya yang berkaitan dengan penghuraian sendi kata
dalam kata tugas bahasa melayu. Hasil daripada kajian ini diharap
dapat memenuhi dan melengkapkan tatabahasa melayu dengan cara
mengenal pasti semua sendi kata (kata tugas) dalam bahasa melayu
serta menjelaskan fungsi-fungsinya dalam kajian sintaksis. Selain
daripada itu, kajian ini akan mencadangkan strategi pengajaran sendi
kata (kata tugas) yang lebih efektif seterusnya dapat menyumbang
kepada kajian tentang faedah dan prinsip pengajaran dan
pembelajaran tatabahasa melayu.

Secara khususnya, kajian ini akan dapat memberi menafaat kepada


pengguna bahasa melayu secara umumnya. Bagi guru-guru bahasa
malayu, kajian ini diharap dapat membantu mereka menjelaskan dan
menerangkan fungsi penggunaan sendi kata yang sesuai dan lebih
efektif agar mudah difahami oleh pelajar. Bagi penggubal kurikulum
pula diharapkan kajian ini mampu memberi panduan yang jelas dan
membantu mereka menentukan hala tuju pendidikan bahasa melayu
yang berkaitan dengan penggunaan seni kata (kata tugas) tatabahasa
melayu secara jitu dan seterusnya memberi menafaat terhadap
kepentingannya. Pada keseluruhannya, kajian ini diharap dapat
menjadi satu landasan dan panduan untuk kajian-kajian akan datang,
sama ada ingin menambah atau meluaskan kajian kepada aspek-aspek
nahu yang lain.

1.5 Batasan Kajian

Kajian ini dibataskan pada beberapa aspek seperti:

a) bahan yang dikaji ialah berdasarkan data korpus daripada akhbar


terpilih, bahan klasik dan moden, sama ada yang bercetak ataupun
berbentuk digital.
b) aspek yang dikaji hanya memfokuskan kepada sendi kata dalam
penggolongan kata tugas sahaja dan difokuskan kepada bentuk-
bentuk tunggal, terbitan dan gabungan yang terdiri daripada 143 sendi
kata semuanya.
c) pendekatan yang digunakan bagi melaksanakan kajian sendi kata
lebih tertumpu kepada kaedah deskripsi struktur yang menggunakan
data korpus sebagai bahan kajian.

1.6 Definisi

1.6.1 Sendi Kata

Kajian terhadap sendi kata berkait rapat dengan penggolongan kata


tugas yang diwakili oleh kata sendi atau kata hubung, khususnya
perkataan-perkataan yang menerangkan semua jenis kata kecuali kata
nama. Menurut Za’ba (2002) dalam buku pelita bahasa, menerangkan
bahawa sendi kata adalah perkataan yang berfungsi untuk
menerangkan perkataan-perkataan lain selain daripada kata nama.
Menurut beliau juga sendi kata juga disebut sebagai kata penghubung
atau kata sambung di mana perkataan yang digunakan untuk
menghubung atau menyambung perkataan yang setaraf, kata dengan
kata/frasa, frasa dengan frasa dan ayat dengan ayat. Za’ba
membahagikan sendi kata kepada dua iaitu sendi kata penambah dan
sendi kata penambat yang mempunyai fungsi yang berlainan.

Asmah dalam bukunya Nahu Melayu Mutakhir menyatakan sendi kata


sebagai kata partikal dan kata penghubung iaitu kata yang tidak dapat
berdiri sendiri sebagai ayat minimal tanpa bantuan perkataan lain.
Beliau menyatakan bahawa kata partikal mempunyai sifat yang terikat,
seperti halnya dengan morfem terikat. Bezanya partikal dengan
morfem terikat ialah partikel merupakan unsur frasa dan oleh kerana
itu bertaraf kata, sedangkan morfem terikat adalah unsur kata dan
dari itu bertaraf morfem. Partikal merupakan kata struktural, yakni
kata yang hanya dapat berfungsi dan mempunyai makna dalam
struktur tertentu. Partikal boleh merupakan partikal tunggal atau
partikal majmuk. Partikal tunggal adalah partikal yang terdiri daripada
satu perkataan sahaja, sedangkan partikal majmuk adalah partikal
yang terdiri daripada dua perkataan atau lebih, misalnya daripada,
kepada, sama ada, bagaimana, sungguhpun, dan sebagainya.

Buku Tatabahasa Dinamika dan Tatabahasa Bahasa Melayu (morfologi


dan sintaksis) yang ditulis oleh Abdullah menerangkan bahawa semua
perkataan mempunyai makna seperti kata nama, kata kerja san kata
sifat, tetapi ada perkataan yang tidak mempunyai makna. Walaupun
ini tidak mempunyai makna tetapi perkataan-perkataan ini penting
kerana tugas-tugas yang dimainkannya adalah mustahak. Perkataan-
perkataan itu hanya mempunyai tugas dalam pembentukan sesuatu
ayat. Beliau menyatakan terdapat 144 kata sendi yang terdiri daripada
kata akar, kata terbitan, dan kata majmuk.

Dalam buku Tatabahasa Dewan edisi baharu oleh Nik Safiah dan
rakan-rakannya mengatakan bahawa kehadiran kata sendi daripada
golongan kata tugas dalam ayat tidak berfungsi sebagai unsur inti
dalam sebarang predikat, baik predikat frasa nama, predikat frasa
kerja, mahupun predikat frasa adjektif. Kata-kata ini ialah sejenis
perkataan yang hadir dalam ayat, klausa, atau frasa untuk mendukung
sesuatu tugas sintaksis tertentu.

2.0 LITERATUR BERKAITAN

2.1 Tatabahasa Deskriptif dan Tatabahasa Melayu

Siti Hajar dalam bukunya tatabahasa Bahasa Malayu (perkataan),


mengatakan tatabahasa termasuk dalam bidang linguistik deskriptif,
iaitu bidang yang menghuraikan bahasa mengikut cara-cara saintifik.
Bidang yang termasuk dalam kajian ini ialah fonologi, morfologi dan
sintaksis. Kesemua bidang ini dikaji secara saintifik dan kemudian
dibuat peraturan-peraturan tertentu yang merupakan peraturan
khusus atau undang-undang bahasa itu.

Fonologi ialah bidang yang mengkaji bunyi-bunyi bahasa secara am.


Bidang ini disebut juga sebagai fonetik. Terdapat perbezaan antara
bidang fonetik dan fonologi. Bidang fonetik menumpukan kajian pada
aspek-aspek bunyi atau pertuturan manusia sejagat. Tetapi bidang
fonologi mengkaji system-sistem bunyi pertuturan tertentu bagi
sesuatu bahasa. Dengan perkataan lain, fonetik melibatkan
pengumpulan keterangan-keterangan tentang bunyi-bunyi bahasa dari
segi sifat-sifat fisiologi dan fizikal, semantara fonologi menggunakan
kriteria-kriteria linguistik untuk pembahagian dan penjenisan bahan-
bahan yang diambil dalam bidang fonetik. Bidang fonologi berfungsi
untuk merumuskan, menghuraikan dan menjelaskan dengan teliti
segala bentuk bunyi dalam sesuatu bahasa untuk mendapatkan
peraturan dan bunyi yang tertentu. Bidang fonetik tidak dapat
memerikan seluruh bunyi yang dihasilkan oleh manusia, menghalusi
variasi-variasinya, serta menghuraikan sistem bunyi semua bahasa
yang dituturkan oleh manusia

Morfologi ialah satu bidang tatabahasa yang mengkaji perkataan dan


cara-cara pembentukannya. Morfologi mengkaji struktur gramatikal
perkataan, iaitu kemungkinan adanya perubahan kata, golongan kata
dan makna kata. Dengan perkataann lain, morfologi mengkaji selok-
belok kata dan fungsi gramatik atau makna perubahan bentuk kata
itu. Misalnya, dalam bahasa melayu ada perkataan rumah yang dapat
menerbitkan perkataan-perkataan lain seperti ke rumah, perumah,
rumah-rumah, rumah tangga dan rumah kongsi. Setiap contoh
tersebut mempunyai makna yang berbeza akibat penggabungan
morfem dengan morfem terikat atau morfem bebas yang lain.
Perbezaan ini wujud apabila terdapat perubahan pada bentuk kata
akar atau kata dasarnya. Oleh itu, bidang yang dikaji dalam morfologi
ialah morfem dan kata. Morfem ialah unit gramatikal terkecil yang
mempunyai makna semantara kata pula ialah unit terkecil yang
mempunyai makna dan boleh berdiri sendiri.

Sintaksis pula ialah bahagian atau cabang daripada tatabahasa yang


membicarakan selok-belok frasa, klausa, ayat dan wacana. Ini
bermakna, sintaksis berbeza daripada morfologi yang membicarakan
selok-belok morfem dan kata. Perbincangan tentang ayat, klausa,
frasa dan hubungan antara ayat-ayat pada peringkat wacana termasuk
dalam bidang kajian sintaksis. Sintaksis sebagai sebahagian daripada
ilmu linguistic yang berusaha menjelaskan unsur-unsur sesuatu satuan
serta hubungan antara unsur-unsur itu sama ada dari segi fungsi atau
hubungan makna.

Lufti Abas dalam buku Linguistik Deskriptif dan Nahu Bahasa Melayu
menyatakan bahawa Linguistik deskriptif ( studi sinkronik ) adalah
satu daripada cabang linguistik yang mempelajari satu bahawa pada
satu waktu tertentu dan seterusnya terbahagi menjadi:
1) Fonologi, mempelajari tentang bunyi-bunyi yang diucapkan dalam
atau melalui mulut manusia yang terbahagi kepada dua iaitu fonetik
dan fonimik.
2) Morfimik iaitu mempelajari morfim-morfim dan cara-cara penyatuan
mereka menjadi kata-kata.
3) Sintaksis iaitu mempelajari ayat-ayat dan frasa-frasa, dan cara-cara
pembentukan mereka.

Bahasa Melayu mempunyai pengertian yang amat luas. Sarjana-


sarjana linguistik komparatif berpendapat bahawa bahasa Melayu
berasal daripada Rumpun Bahasa Austronesia atau Melayu-Polynesia.
Kebanyakan ahli bahasa dan linguistik memberikan pengertian dan
konsep bahasa yang hampir sama antara satu sama yang lain. Pada
umumnya, bahasa dapat diertikan sebagai system lambing-lambang
yang diujarkan oleh manusia oleh manusia dengan menggunakan alat-
alat ujaran yang terdapat pada mereka. Lambang-lambang yang
diujarkan itu mengandungi makna-makna tertentu berdasarkan
lingkungkan masyarakat yang menuturkannya.

Tatabahasa Bahasa Malayu mula dikaji oleh Marsden, dalam tahun


1812 dan sumbangannya itu telah ditulis dalam bukunya yang berjudul
Grammar of the Malay Language. Buku ini dipercayai merupakan
penulisan tatabahasa Melayu yang pertama sekali. Sarjana-sarjana
lain selepas Marsden yang mengkaji tentang tatabahasa bahasa
Melayu ialah Crawford (1852) dan Maxwell (1881). Bebepapa
penulisan tentang tatabahasa Melayu yang lebih baru telah dilakukan
oleh Winstedt pada tahun 1927, melalui bukunya Malay Grammar yang
dianggap lebih ‘comprehensive’ dalam Tatabahasa Melayu.

2.2 Penghuraian Sendi Kata

Za’ba (1958) ada membicarakan sendi kata yang merujuk kepada kata
penghubung atau kata sambung di mana perkataan-perkataan yang
digunakan untuk menghubung atau menyambung perkataan yang
setaraf, kata dengan kata/frasa, frasa dengan frasa dan ayat dengan
ayat.

Asmah pula membicarakan sendi kata sebagai partikel dan kata


penghubung. Partkel adalah kata yang tidak dapat berdiri sendiri
sebagai ayat minimal tanpa bantuan perkataan lain. Partikel
merupakan kata struktural, yakni kata yang hanya dapat berfungsi dan
mempunyai makna dalam struktur tertentu.

Abdullah hassan telah menyenaraikan sejumlah kata sendi dalam


kajian dan dapatan terbarunya yang terdiri daripada 144 semuanya.
Daripada itu, beliau membahagikan kepada tiga bahagian utama iaitu
kata akar, kata terbitan dan kata majmuk. Dalam bukunya tatabahasa
Bahasa Melayu Morfologi dan Sintaksis, menerangkan kata sendi tidak
mempunyai makna tertentu tetapi mempunyai tugas yang penting dan
sentiasa hadir di depan perkataan yang diterangkan olehnya.

3.0 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Reka Bentuk Kajian

Dalam kajian ini, kaedah deskriptif struktur digunakan dengan


memberi tumpuan pada hubungan konstituen terdekat. Bahan-bahan
kajian berdasarkan kepada data-data korpus yang diperoleh daripada
bahan-bahan bercetak terpilih sahaja.

Bahan-bahan bercetak yang dipilih merupakan beberapa karya klasik


dan moden yang ditulis oleh tokoh-tokoh tersohor tanahair. Selain
daripada itu, terdapat juga beberapa tajuk dalam akhbar berita harian
tahun 2002 yang akan buat berdasarkan keperluan kajian. Data-data
yang diambil adalah data asal yang disalin daripada teks sebenar
selepas dimasukan ke dalam data komputer untuk dianalisis mengikut
pola-pola penggunaan sendi kata.

Kaedah deskriptif struktur digunakan untuk melihat penggunaan


sebenar pelbagai bentuk sendi kata dalam bahasa melayu berdasarkan
bahan korpus bercetak sahaja. Ini termasuklah daripada teks klasik,
teks moden dan beberapa tajuk dalam Berita Harian terbitan tahun
2002.

Reka bentuk kajian adalah seperti berikut:

Data korpus karya-karya bercetak

Data korpus berkomputer dalam bentukdigital

Analisis fungsi
Rumusan pola-pola sendi kata

3.2 Instrumen Kajian

Kajian ini menggunakan data korpus yang dianalisis daripada bahan-


bahan bercetak dan sebahagian besarnya akan menggunakan data
korpus berkomputer yang diperoleh daripada Dewan Bahasa dan
Pustaka. Bahan-bahan bercetak yang digunakan adalah seperti
berikut:

a. dua buah teks klasik, iaitu Hikayat Abdullah dan Sejarah Melayu.
b. dua buah teks moden, iaitu Novel Salina dan Ranjau Sepanjang
Jalan.
c buku-buku tatabahasa yang ditulis oleh Za’ba (1958), Asmah Hj.
Omar (1986), Abdullah Hassan (1994) (2002), Nik Safiah Karim dan
rakan-rakan (1989) (2003).
d. Akhbar tempatan, iaitu Berita Harian (sukan)

3.3 Prosedur Pengumpulan Data

Prosedur pengumpulan data berkaitan kajian sendi kata adalah seperti


berikut:
Mengkaji buku-buku tatabahasa lama dan baru untuk memahami
konsep dan penghuraian sendi kata.

Menjalankan kajian rintis penggunaan sendi kata dalam buku ‘Hikayat


Abdullah’
Mengkaji data korpus bercetak dan berkomputer (digital)

3.4 Prosedur Penganalisisan Data

Data-data korpus yang dikumpul daripada bahan-bahan teks klasik,


teks moden dan akhbar Berita Harian (sukan) dianalisis melalui
proses-proses berikut:
Mendapatkan konstruksi sendi kata dalam bahan bercetak dan baris-
baris konkordans.
Mengamati fungsi setiap sendi kata berdasarkan konteks
menggunakan kaedah KWIC (Key Word In Context) dan kolokasi.
Mengklasifikasi data korpus berdasarkan fungsi dalam konteks.
Menghasilkan rumus.

Senarai Rujukan

Abdullah Hassan & Ainon Mohd. (1994). Tatabahasa Dinamika


(Berdasarkan Tatabahasa Dewan). Kuala Lumpur: Utusan Publications
& Distributors Sdn. Bhd.
Abdullah Hassan. (2004).Tatabahasa Bahasa Melayu (Morfologi dan
Sintaksis). Kuala Lumpur: PTS Publications & Distributor Sdn. Bhd.
Asmah Hj. Omar. (1993). Nahu Melayu Mutakhir edisi keempat. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Asmah Hj. Omar. (1968). Morfologi-Sintaksis Bahasa Melayu (Malaya)
dan Bahasa Indonesia Satu Perbandingan Pola. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Asmah Hj. Omar. (1986). Nahu Melayu Mutakhir. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Liaw Yock Fang, Abdullah Hassan. (1994). Nahu Melayu Moden. Kuala
Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd
Lufti Abas. 1975. Linguistik Deskriptif dan Nahu Bahasa Melayu. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Nik Safiah Karim, Farid M.Onn, Hashim Hj. Musa. (1989). Tatabahasa
Dewan Jilid 2 : Perkataan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj. Musa, Abdul Hamid
Mahmood. (2003). Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Siti Hajar Hj. Abdul Aziz. (1996). Tatabahasa Bahasa Melayu
(Perkataan). Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Posted by Prof. Emeritus Abdullah Hassan at 5:09 PM

You might also like