You are on page 1of 10

AHMAD SHUKRI BIN ABD. MAJID NO.

MATRIK : 812515 SCLM 5023 BAHASA DAN MINDA

Tajuk Tugasan: PERBEZAAN ANTARA OTAK DAN MINDA 1.0 Pendahuluan Seringkali kita merasakan bahawa otak dan minda (akal) itu adalah dua perkara yang sama. Tetapi pada hakikatnya otak dan minda (akal) amat berbeza. Berdasarkan perspektif Islam, perbezaan otak dan minda (akal) juga memberi jawapan mengapa wujudnya mereka yang bijak pandai dalam aspek keduniaan tetapi kurang bijak dalam meneliti dan memastikan setiap perilaku dan tindakannya menurut 'arahan' tuhan. Ia juga menunjukkan sebaliknya. Ini dibuktikan melalui firman-firman ALLAH yang dirakamkan dalam Al-qur'an. Persamaan antara semua manusia adalah dikurniakan otak tetapi yang benar-benar terselamat pada hari kiamat nanti hanyalah mereka yang benar-benar menggunakan nikmat minda (akal) yang memimpin segala tindak tanduk ke arah jalan yang benar.

i)

Dan perumpamaan-perumpamaan ini kami berikan kepada manusia. Dan tiada yang memahaminya (yaqiluha) kecuali orang-orang yang berilmu. (Surah Al-Ankabut [29]:43) dan mereka berkata:Sekiranya kami mendengarkan ataupun memikirkan (naqilu) itu, nescaya tidaklah kami termasuk penghunineraka yang menyala-nyala. (Surah Al-Mulk [67]:10) Sesungguhnya, seburuk-buruk mahkluk yang melata di sisi Allah ialah mereka (manusia yang tuli da bisu, yang tidak menggunakan akalnya (la yaqilun). (Surah Al-Anfal [8:22)

ii)

iii)

2.0 Definisi Otak Otak adalah organ terpenting dalam operasi tubuh. Otak terbahagi kepada dua bahagian iaitu kiri dan kanan. Otak kanan melihat sesuatu perkara secara menyeluruh dan lebih fokus kepada imaginasi dan kreativiti. Bahagian kiri otak pula adalah untuk menyelesaikan sesuatu yang kritis. Otak kiri lebih kepada urutan, kemahiran analitis dan pemikiran logik. Setiap saraf dan sel otak berhubung antara

AHMAD SHUKRI BIN ABD. MAJID NO. MATRIK : 812515 SCLM 5023 BAHASA DAN MINDA

satu sama lain untuk membentuk satu sesuatu kemahiran atau kepandaian untuk mempelajari sesuatu. Kecerdasan otak amat membantu anak untuk memberikan perhatian dan konsentrasi ketika di dalam kelas. Perkembangan kognitif dan kebolehannya menggunakan memori jangka panjang membantunya terus meneroka dan mengembangkan kebolehannya untuk mempelajari sesuatu yang baru. Otak adalah jendela, yang akan menafsir apa yang dipandang mata. Mata hanyalah mengarah segala 'cahaya' untuk menerobos ke bintik kuning, lalu di situ akan diimejkan sebagai sesebuah objek. Namun, akhirnya segala apa yang mata sedang melihat, akan ditafsir oleh otak. Mata tidak berupaya untuk menafsir kerana bukan tugasnya untuk menafsir sesuatu benda atau objek yang sedang diperhatikan.

Otak hanyalah satu organ. Secara falsafahnya, mindalah yang menafsir akan segala perkara yang sedang manusia fikir. Minda adalah naluri untuk berfikir, sedangkan otak hanya berfungsi sebagai 'meniru' alam sekitar. Otak tidak membesar mengikut tumbesaran badan seperti biasa. Pembesaran otak adalah begitu unik dan bergantung kepada aktiviti komplek sistem neuron. Namun begitu, pembesaran otak tidak mempengaruhi kebijakan seseorang. Mindalah yang berupaya membezakan benar atau salah. Proses untuk minda belajar mengetahui bahawa sesuatu itu benar atau salah digelar proses pembelajaran. Minda akan mengalami sesuatu kejutan luaran. Minda cuba sedaya upaya untuk melogikkan apa yang sedang dilihatnya. 3.0 Definisi Minda Tidak dapat dinafikan bahawa akaladalah anugerah Tuhan yang tertinggi kepada seorang insan. Malah lebih tinggi daripada nilai sebuah nyawa. Kalau diberi nyawa sekalipun tanpa dibekalkan akal, manusia tidak ubah seperti seekor haiwan.Tujuan Tuhan menganugerahkan akalkepada manusia ialah untuk mengurus alam ini. Sebab itu akal mesti dijaga. Akal didatangkan oleh Tuhan dalam dua bentuk.

AHMAD SHUKRI BIN ABD. MAJID NO. MATRIK : 812515 SCLM 5023 BAHASA DAN MINDA

Secara fizikal (yang dinamakan otak) dan secara rohani (yang dinamakan minda). Banyak unsur-unsur yang mempengaruhi pencapaian dan kecemerlangan akal antaranya; keturunan, kesihatan, pemakanan, suasana sekeliling dan orang yang paling hampir atau paling disayangi. Minda yang hebat mampu melahirkan manusia yang super hebat. Manusia yang super hebat mampu membawa perubahan atas muka bumi bukan sahaja untuk dirinya, keluarga dan masyarakat malah untuk manusia sejagat.Tetapi ramai manusia yang mensia-siakan hidup kerana tidak membangunkan akal dan minda. Inilah manusia yang biasa-biasa sahaja - merasa cukup dengan apa yang menimpa dirinya dan tidak punya kekuatan untuk berubah. Sedangkan Tony Buzan berkata dalam bukunya Make The Most of Your Mind, "Otak ibarat raksasa yang sedang tidur." 4.0 Perbezaan antara otak dan minda Otak, akal dan fikiran adalah suatu nikmat dan anugerah Allah S.W.T kepada manusia. Seringkali ketiga-tiga kurniaan ini diaggap sama namun hakikatnya otak, akal dan fikiran adalah suatu yang berlainan tetapi saling berkaitan. Otak ialah ciptaan Allah yang bersifat konkrit dan kelihatan. Bagi yang belajar subjek Biologi tentu biasa mendengar teori Roger Sperry yang menyatakan otak terbahagi kepada dua bahagian iaitu kiri dan kanan. Kedua bahagian ini mempunyai daya fikiran yang berbeza. Bahagian otak kanan membolehkan kita berfikir dengan kreatif dan berimaginasi sebaliknya bahagian kiri otak membolehkan kita berfikir dengan logik dan analisis. Akal pula adalah suatu ciptaan Allah yang unik. Tidak seperti otak, ia bersifat abstrak atau tidak kelihatan. Namun, ia tetap wujud. Jika anda melihat pembedahan otak dilaksanakan, yang anda akan lihat hanyalah otak bukan akal. Akal ialah anugerah yang besar daripada Allah S.W.T kepada kita semua makhluk-Nya yang bernama manusia. Dengan akal darjat kita ditinggikan berbanding makhluk Allah yang lain seperti tumbuhan dan binatang. Dengan adanya otak dan akal barulah fikiran boleh dihasilkan.

AHMAD SHUKRI BIN ABD. MAJID NO. MATRIK : 812515 SCLM 5023 BAHASA DAN MINDA

Perumpamaan otak dan akal adalah umpama hardware dan software dalam komputer. Kita andaikan otak kita adalah hardware manakala akal ialah software. Kedua-dua unsur ini perlu digabungkan untuk berfungsi dengan baik. Seperti yang kita tahu, setiap hardware memerlukan software untuk berfungsi manakala tanpa hardware pula, software tidak dapat digunakan. Mustahil untuk menggunakan komputer tanpa software dan mustahil untuk menggunakan software tanpa adanya komputer. Begitulah juga hubungkait antara otak dan akal manusia. Tanpa wujudnya otak, akal tidak dapat digunakan dan tanpa akal pula, mustahil otak dapat digunakan. Jika kedua-dua otak dan akal digunakan maka akan wujudlah fikiran. Dengan wujudnya fikiran maka manusia boleh berfikir. Fikiran pula wujudnya dalam dua keadaan iaitu fikiran keadaan sedar dan fikiran bawah sedar. Dari sudut ilmiah, fikiran sedar digunakan dalam empat tahap iaitu mengenal pasti maklumat, membuat perbandingan, menganalisis dan membuat keputusan terhadap sesuatu maklumat. Otak merupakan organ yang terletak pada bahagian kepala kita yang mempunyai sistem-sistem tertentu, manakala minda pula merupakan kualiti pemikiran yang dihasilkan oleh otak berkenaan. Sebagai analogi otak dapat diibaratkan seperti sebilah pisau, manakala minda dapat diibaratkan seperti ketajaman yang terdapat pada mata pisau tersebut. Pisau tidak dapat digunakan dengan sempurna jika matanya tidak diasah untuk mendapatkan ketajaman yang maksimum. Begitu halnya dengan otak kita yang tidak dilatih untuk menghasilkan minda atau pemikiran yang berkualiti. Oleh itu, otak kita harus diasah dan digilapkan seperti juga mata pisau. Jika usaha ini sering dilakukan maka sudah tentulah potensi minda kita akan meningkat dari semasa ke semasa. Namun demikian kita seharusnya juga berwaspada supaya pisau yang kita asah itu dapat digunakan kepada perkara-perkara yang bermanfaat dan berfaedah.Otak adalah organ yang terdapat dalam tubuh badan manusia, dan beberapa jenis hidupan yang lain. Organ otak terletak di kawasan yang paling tinggi dalam tubuh manusia, iaitu di kepala. Untuk menunjukkan kehebatan dan
4

AHMAD SHUKRI BIN ABD. MAJID NO. MATRIK : 812515 SCLM 5023 BAHASA DAN MINDA

kepentingannya, organ otak dilindungi pula dengan tengkorak yang keras dan bersifat melindung. Fungsi otak ada dua. Pertama, berfungsi secara fizikal untuk melaksanakan fungsi-fungsi lain pada tubuh. Contohnya, apabila berlaku

kerosakan pada organ otak akibat kemalangan atau terhantuk, maka fungsi otak untuk melaksanakan fungsi tubuh terganggu. Sering kali kita dapat lihat apabila seseorang terlibat dalam kemalangan yang teruk, akibatnya mereka lumpuh, atau lebih teruk mereka akan koma. Ini adalah kerana fungsi otak telah terganggu dan menghalang untuk melaksanakan fungsi tubuh yang lain. Fungsi otak yang kedua adalah menjana minda. Menjana minda berlaku apabila kita memikirkan sesuatu secara kritis, atau kreatif. Fungsi ini menunjukkan keadaan otak yang memberi sesuatu daya untuk manusia menilai, dan mencipta sesuatu. Hal inilah yang dinamakan minda. Minda tidak terlihat secara objek. Namun ia ada kerana kehadiran otak yang berfungsi untuk menjananya.Jika otak mampu melaksanakan aktiviti fizikal dengan tugasnya seperti mengarahkan tangan untuk mengangkat sesuatu barang, ia juga berdaya untuk menggerakkan sesuatu dengan hanya menggunakan fungsi yang satu lagi iaitu dengan kekuatan minda. Hal ini bukanlah sesuatu magik atau misteri. Ia memang boleh berlaku jika kita telah berjaya menguasai minda sepenuhnya. menyentuh ini dinamakan telekinetis. Minda adalah suatu peralatan rohaniah manusia yang berfungsi untuk Ilmu menggerakkan sesuatu tanpa

membezakan yang salah dan yang benar serta menganalisis sesuatu yang kemampuannya sangat bergantung kepada pengalaman dan

taraf pendidikan, formal ataupun tidak formal. Oleh itu, minda didefinisikan sebagai salah satu peralatan rohaniah manusia yang berfungsi untuk mengingat, menyimpulkan, menganalisis, menilai apakah sesuai benar atau salah. Namun, oleh sebab kemampuan manusia dalam menyerap pengalaman dan pendidikan tidak sama, maka tidak ada kemampuan akal antara manusia yang betul-betul sama. Akal berasal dari bahasa Arab 'aql yang secara bahasa bererti pengikatan dan pemahaman terhadap sesuatu. Pengertian lain dari akal adalah daya fikir untuk memahami sesuatu, kemampuan melihat cara memahami lingkungan, atau
5

AHMAD SHUKRI BIN ABD. MAJID NO. MATRIK : 812515 SCLM 5023 BAHASA DAN MINDA

merupakan kata lain dari fikiran dan ingatan. Dengan akal, dapat melihat diri sendiri dalam hubungannya dengan lingkungan sekeliling. Akal juga bermaksud jalan atau cara melakukan sesuatu, daya upaya, dan ikhtiar juga mempunyai konotasi negatif sebagai alat untuk melakukan tipu daya, muslihat, kecerdikan dan kelicikan. Akal fikiran tidak hanya digunakan untuk sekadar makan dan tidur, tetapi akal juga mengajukan beberapa pertanyaan dasar tentang asal-usul, alam dan masa yang akan datang. Kemampuan berfikir mengantarkan pada suatu kesedaran tentang betapa tidak kekal dan betapa tidak pastinya kehidupan ini. Freud membahagi manusia menjadi tiga, iaitu: i) id, yang mempersamakan id dengan naluri ii) ego, yang merupakan akal fikiran iii)super ego, yakni adat kebiasaan sosial Mengikut Paul dan Elder dan kebanyakan ahli psikologi, minda adalah

merupakan psikik sistem dan proses yang unik dan dinamik di dalam otak manusia. Mereka membahagikan minda ini kepada tiga fungsi iaitu minda fikir, minda perasaan dan minda keinginan atau kemahuan manusia. 5.0 Kesimpulan Akal dan minda kita adalah seperti akar pohon. Jika baik akarnya, maka pasti pohon itu akan besar dan sihat, dan mengeluarkan hasil yang sangat lumayan dan penuh kenikmatan. Namun, jika akarnya kurang sihat, pasti pohon itu akan kurang sihatnya, apatah lagi untuk mengeluarkan hasil yang sangat menarik hati. Sama juga dengan akal dan minda kita. Jika kita memiliki minda yang sihat, pasti kehidupan kita akan menjadi sangat hebat dan berjaya.

AHMAD SHUKRI BIN ABD. MAJID NO. MATRIK : 812515 SCLM 5023 BAHASA DAN MINDA

Bibliografi Kekuatan minda bawah sedar. http://menjaro.blogspot.com/2008/04/otak-kiri-vs-otak-kanan.html Kajian Al-Quran.blogspot http://kajian-quran.blogspot.com/ Apa ada pada otak http://hati-seorang-ummi.blogspot.com/2012/02/apa-ada-pada-otak.html

AHMAD SHUKRI BIN ABD. MAJID NO. MATRIK : 812515 SCLM 5023 BAHASA DAN MINDA

AHMAD SHUKRI BIN ABD. MAJID NO. MATRIK : 812515 SCLM 5023 BAHASA DAN MINDA

KOLEJ SASTERA DAN SAINS UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

SCLM5023 BAHASA DAN MINDA KUMPULAN A

PERBEZAAN ANTARA OTAK DAN MINDA NO MATRIK : 812515 NAMA : AHMAD SHUKRI BIN ABD. MAJID

DISEDIAKAN UNTUK: PUAN NOR HAFIDAH IBRAHIM

AHMAD SHUKRI BIN ABD. MAJID NO. MATRIK : 812515 SCLM 5023 BAHASA DAN MINDA

BIBLIOGRAFI Mohd Rasdi bin Saamah. 2008. Pemerolehan Bahasa Kanak-kanak Berusia Dua Tahun: Satu Tinjauan . Jurnal Penyelidikan IPBL, Jilid 6, 2008

HBML3303. (2009). Psikolinguistik dan Semantik. Selangor: Meteor Doc. Sdn. Bhd.

Mangantar Simanjuntak. 1990. Pertumbuhan dan Perkembangan Bahasa Kanakkanak. Jurnal Dewan Bahasa.

10

You might also like